Kenapa anda wujudkan blog?
Atas dasar apa?
Tujuan utama?
Kalau tanya aku soalan macam itu, blog ini aku tubuhkan lebih kepada nak jadikan diari online. Walau tak menyeluruh cerita yang ingin disampaikan, tapi mana yang penting & perlu dititikberatkan aku sampaikan di blog.
Kadang blog juga dijadikan bicara untuk pendapat/perkongsian. Bercerita mengenai isu semasa yang berlaku. Mencari pendapatan sampingan & berkongsi rezeki.
DULU
Blog aku penuh dengan kisah artis termasuk berita yang ada di dada akhbar.
KINI
Blog aku lebih kepada cerita peribadi, pendapat sendiri, luahan perasaan hati sendiri.
Banyak perubahan aku rasakan. Aku sangat berbesar hati untuk katakan aku "menulis" melalui luahan hati. Menyampaikan apa yang tersembunyi. Kerana dengan menulis aku lebih selesa dari bersuara.
Banyak aku pendam tapi alhamdulillah kawalan diri masih ada. Syabas nurul!
20 dak comei sayang YUI:
setuju
blog ni kdg² diary online dan boleh gak buat rujukan sumber akan datang. Banyak kenangan berblog ni.tapi pastikan tujuan berblog ni dengan niat dan tujuan positive :)
xsalah luahkan iisi hati dlm blog..asalkan kena pada cara penulisannya kan..kan..
sangat setuju..perubahan memantangkan kita..^_^
huhu..byk prubahan di blog yui..sb tu suka baca kot..
Assalamualaikum awak. betul tu. dulu more to diary online. skrg kumpul dan share ilmu2 untuk semua. singgah menabung ford sini~~~
memang ada macam -macam tujuan seseorang tu wujudkan blog kan..
yg penting..kenangan kita kan
pendam tu pendam jugak yui. jangan sampai pendam memakan diri sudah ye. weee. :)
yup, Eza mmang suka singgah sini. Kadang2 jadi silent reader, kadang2 drop comments. Hee. Teruskan berblogging dear :) TQ jadi kawan blogger Eza yang baik...
tah la .. aku sj2 je menulis,.... sronok ....
tp mmg aku tk suka pun tulis pasal retis ..so not me... aku ni bkn jenis yg minat artis ke lagu ke ... semua pasal hiburan ...
Assalamualaikum dan salam singgah petang dik Yui...akak setuju sangat2...
tu la kan..better kita story pasal kita..xkacau hidup org..tapi sekali sekala bgosip best gak..hehe
betul tu yui.. licha pun tulis benda yang jenis evergreen je.. kalau benda yang macam berita semasa ni susah skit sbb jrang update
betul tu yui.. licha pun tulis benda yang jenis evergreen je.. kalau benda yang macam berita semasa ni susah skit sbb jrang update
sama la dgn kita. blog dah jadi diari. huhu
Blog dapat mematangkan kita dari segi penulisan, kan? :)
tulis dr hati sampai ke hati..
insyallah
Btol.. bkongsi setakat yg perlu.. hehe..
apa2 pun yui tulis nad akan kunjung..=)
Post a Comment