tentang
banner
tutor
fb
home

Saturday, September 29, 2012

Mencuba Samurai Burger McDonald's

Tengok iklan memang membuatkan hati ni memberontak nak cepat-cepat try. Arrghh! Agak poyo ayat tersebut. Hahaha. Maka, dengan kawan-kawan sepejabat mencubanya. Sedaaaappp! 




Apabila pandu laju, selalunya memang dapat gift lah kan. Maka pai epal la yang freenya. Tekak aku rasa ok aje burger samurai ni. Lembut aje isinya. Tapi itulah, lain orang lain tekaknya, ada yang tak suka. Apa lagi, jom serbu McDonald!


# Makan benda camni sebelum lepas ni kena berpantang makan macam -macam




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 28, 2012

Minuman susu kambing Higoat

Sebelum itu, terima kasih untuk kata-kata entry semalam. Sangat terharu! Okay, kan aku suka mencuba, maka dah lama aku teringin. Sebenarnya nak beli yang dekat food court Mydin tu tapi setiap kali pergi tak buka. Atau sebenarnya belum buka aku pon tak pasti! Maka aku beli yang paket bancuh sendiri.


- mmmbeeeeekkk! -


Aku beli 2 paket, sepaket harganya RM 2.50. Bila bancuh ikut seperti tertera belakang packing, erk! Tak lalu aku nak minum. Lagi suka yang dok ada dalam botol kaca jual kat Tesco tu. Korang suka tak susu kambing? 


Siyes, sepaket lagi tak taula siapa nak minum. Dalam rumah aku sorang pon tak teringin. Aku seorang aje yang suka mencuba itu ini. Hihihi.


# Eh eh tapi aku bagi Shinchan, dia minum tau. Hahaha!



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, September 27, 2012

ST 53 # - Andai tiada berita dariku

Andai tiada update dari ku di FB mahupun blog,
apakah yang anda fikirkan?
adakah kalian merinduiku?
mengingatiku?


Ku mohon doa dari kalian
moga baik-baik hendaknya


# Entah kenapa aku mimpi sesuatu yang kurasakan dahsyat. 
Tak pernah bermimpi sedemikian rupa.
Adakah ALLAH nak beri petunjuk kepadaku?

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 26, 2012

Antara sebab kenapa kurang komen/ tiada komen di entry

Sekadar nak inform aje ni sebenarnya. Bukan apa, orang ni masalahnya pelbagai bila nak on9. Ada yang limit, loading jadi lambat, gambar size besar-besar. Macam-macam lagi la. So, meh nak share salah satu sebab juga kenapa takde nak komen atau jarang menerima komen.






Kes ni jadi pada aku. Percubaan hanya 3x tapi kalau tak berjaya dengan rasa sedih terpaksa tinggal jejak di chatbox atau kalau takde cari butang 'X' jelah akhirnya. So, pada korang yang ada buat word verification ini, settingla balik tau.


Bukan apa, niat baik nak komen terbantut disebab masalah simple macam itu. Kalau kuar perkataan yang jelas okay lagi, ini yang pelik-pelik takke mendatangkan marah saja? Hihihihi. 


Oh ya, ada kebaikan ke kalau letak word verification ini? Kalau ada, aku pon nak guna gak. Kesimpulannya, blog anda, sukahati andalah nak letak ke tak kan? Tak gitu? Hihihi.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Blog aku corat coret nusha hodoh?

Rajin plak aku nak tengok chatbox aku, perasa satu komen di situ. Buat aku tersenyum tau. Alahai, den tak kisah pon apa nak dikata. Nak kutuk or puji aku terima seadanya ya.




Bila tengok ada link blognya. Aku terus tuju ke blog. Oh, budak-budak lagi. Nak komen idak, nak tinggalkan jejak pon idak. Saja jenguk-jenguk. Hihihi. Ni nasihat aku la ea. Ada 2 situasi yang aku rasakan.


1) Itu memang kata-kata owner

If benar itu memang dari adik sendiri, takpe. Terima kasih akak dahulukan sebab pandangan mata orang ni berbeza. Akak rasa dah ok, tapi orang lain idak. Walau bagaimanapun akak tetap puas hati dengan hasil kerja Wan untuk "mencantikkan" blog akak ini.


2) Ada yang menyamar

If ada menyamar sebagai adik tu, kau memang pengecutla! Huahua. Bukan apa, chatbox tu orang lain leh aje menyamar. Bukan susah, masukkan aje link blog. Pastu memporak perandakan blog orang lain. Haiyoooo! Tadak baik itu macam maaaa. Bertaubat ea kalau pengomen itu PENYAMAR.


Aku tak melenting mana, tak kisah pon sebenarnya. Hidup memang macam-macam. Kita aje perlu hadapinya dengan tenang. InsyaALLAH. Kalau orang kutuk macam itu, korang nak watpe? Buat aje macam aku habis citer. Hahaha.




# Macam-macam ragam. Huahuahua


UPDATE : Rupaanya ada sahabat blogger lain terkena
Oh ya, daku tak mention link owner blog tu kan???
Maka, takde sebab aku nak delete entry ini.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 25, 2012

Hasil bercuti siapkan craft seterusnya

Alhamdulillah dapat siapkan lagi order seterusnya. Walau order ini nak sebelum raya aidiladha bulan depan tapi telah kusiapkan cepat. Sebab order yang lain dah siap. Dalam erti kata lain i'm free now! Huahua.


Order 1 ( Bantal Perhiasan )

Customer ini merupakan antara yang terawal pernah tempah craft. Dulu keychain 10 pcs kalau tak salah. Sekarang order bantal perhiasan. Hiasan/deco, warna dan sebagainya dia serahkan 100% kepada aku. Kiranya tak kisah.


- nama yang WAJIB ada -






- ayat yang WAJIB ada -


Order 2 ( Keychain Katak )

Ini pula order dari rakan opis. Dah dekat 2 minggu order tapi baru sekarang siapkan. Hihihi. Nasib baik dia tak kisah. So, inilah hasilnya ea. Katak betina sebab pakai baju pink. Huahua.




Nak tahu harga, nak tahu detail apa semua korang bolehlah singgah ke blogshop aku [ entry bantal ] atau boleh terus ke page aku ya ^__^.


# Kalau ada sesiapa nak order, inform ya. Sekarang tengah FREE. 


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 24, 2012

Kronologi tunaikan cek Nuffnang versi Yui

Rasanya ada aku bagitahu korang kalau lepas aje aku tengok akaun Maybank dan dah ada duit Nuffnang akanku ceritakan dalam blog. Okay, sekaranglah masanya sebab alhamdulillah duit Nuffnang dah selamat dalam akaun.


1) Tekan button Cashout di earning kita

Sebelum nak tekan adalah LEBIH BAIK anda cek dulu profile settings. Pastikan NAMA anda penuh dan seperti tertera di ic masing-masing. Aku alami masalah ini dan hasilnya kena betulkan dan cek terpaksa pending sekejap [ entry ].




2) Waktu sesuai nak cashout

Ini nasihat dari blogger yang lebih pakar iaitu Shida. Katanya " Biasa status ahli glitterati  ambil masa 30 hari, kalau ahli biasa 60 hari. Kalau nak cashout biar hujung bulan antara 27-30hb dan akan dapat awal bulan depan. Contoh cashout 30 Januari akan dapat antara 7-14 Mac. Biasa 2 minggu ". Maka aku ikut caranya, hihihi.


3) Dapat emel

Anda akan dapat emel payment advice bila dah cukup tempohnya dan cek bakal sampai 2-3 hari selepas emel diterima. Contoh emel yang diterima seperti dalam gambar di bawah.




4) Cara tunaikan cek

Ini cara aku. Korang boleh ikut kalau rasa senang ya. Aku gunakan Mesin Deposit Cek di Maybank. Sebelum itu, pastikan anda tulis nama penuh, nom akaun ( kalau guna mesin Maybank, letak akaun Maybank ) dan nombor telefon.


a) Masukkan cek dalam mesin
b) Ikut arahan tertulis
c) Cek ditelan dalam mesin dan anda mendapat resit
d) Simpan resit baik-baik ya


Lebih lanjut untuk tunaikan cek korang boleh klik [ entry ]. Di situ ada ku bagi link blogger yang inform 3 cara nak tunaikan cek Nuffnang. Oh ya, aku deposit cek pagi Jumaat dan alhamdulillah hari Jumaat berikutnya bila cek akaun dah ada. Kenapa lambat? Sebab hari Isnin cuti dan hari Khamis aku lupa cek akaun. Hihihihi.




Alhamdulillah sabar menanti dan ini hasilnya. Motif utama berblog mencari kawan, mendapat banyak ilham dan Nuffnang merupakan rezeki sampingan. Sambil membebel mendapat hasil, semua orang suka kan? Yang belum pernah dapat, sabar tau. Daku pon hampir 2 tahun baru ini pertama kali ^__^


# Terima kasih kepada semua yang sudi membantu daku. Ini pertama kali maka banyak pertanyaan ku ajukan. Dan lepas ini insyaALLAH lebih mudah kan. Tak tahu kita bertanya, dah dapat jawapan kita kongsikan.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, September 23, 2012

Shinchan asyik tengok televisyen

Aku tak perasan benda ni semua, maklum aje Shinchan dok tinggal kat SS. Maka yang banyak memerhati dia sudah tentu mak aku. Time cuti aritu aku perasan dia asyik dok tengok televisyen. Bukan sesaat tapi berminit! Wah, pandai mu ya!




Bukan rancangan sembarangan tapi rancangan chanel food tu haa yang dekat 703. Kamu nak makan  makanan baru ye sayang? Takpe takpe nanti cik tuan kamu ini masakkan ya. Hahaha!




# Agaknya dia dah bosan makan friskies dan nasi berlauk ikan bilis tu. Huahua





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 21, 2012

Ulangtahun ke 23 Mohd Shafiq Hasbullah

Terasa macam baru kelmarin aku post entry ucap ulangtahun ke 22. Dah setahun berlalu, rasa sekejap masa itu kan. Hihihi. Okay, kali ini seperti biasa setiap 21/09 nak wish lagi buat si dia. 




Selamat hari lahir diucapkan kepada tuan empunya nama Mohd Shafiq Hasbullah Bin Haji Ahmad. Moga dipanjangkan umurmu dan dimurahkan rezekimu. Moga impian tercapai dan terlaksana. Teruskan segala usahamu untuk mencapai apa yang diimpikan.


- kek 2010 kami sambut sekali, sepetember & oktober -


Terima kasih sudi menjadi teman, sahabat, dan insan yang disayangi dalam hidupku. Terima kasih sudi melayan kerenah pasanganmu ini. Moga perhubungan kita diredhai dan ALLAH permudahkan segala yang dirancangkan. InsyaALLAH.


# InsyaALLAH ada masa akan bertemu dan ada jodoh pasti bersatu. Amiiiin. Oh ya, selamat hari lahir untuk blogger Najihah juga ya ^__^





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, September 20, 2012

Terima kasih blog untuk perubahan ini!

Tengah asyik aku tengok komen entry birthday bonus, tiba-tiba muncul pulak wajah baru yang tidak diundang. Perghhh! Apa pun aku tak tekan, tiba-tiba saja bagi terkejut. Sabar jelah.




Kelebek la slow-slow. Nak view entry, dia tak jadi automatik tab plak dah. Terus jadi macam kita nak buat/edit entry. Terpaksa aku autotab sendiri. Aish, merimaskan plak. Takpe takpe, saja kan. Benda free memang selalu macam ini. Hahaha!


# Kota-kot korang ada cara nak jadi wajah lama, inform aku. Button back to old face ke apa ke, memang ku tak jumpa.


UPDATE : Haahlah, lama dah dia kata nak tukar
takpe, aku redha =__=






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 52 # = Bonus hari jadi celcom

BONUS HARI JADI : Jawab BDAY YA sblm tarikh lahir anda untuk menikmati
 7 hari PERCUMA panggilan & sms ke 15pax ( no.celcom shj ). 
Pastikan akaun aktif & 15pax tlh diaktif#



# Bukan birthday aku tapi celcom aku atas namanya
21/09 hari lahir tapi takde idea nak bagi apa
Hahaha! Idea pleaseeeeee




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 19, 2012

WW 62 - Hasil cuti 3 hari siapkan tempahan craft









nota kecik yui
Lebih detail boleh jenguk bloshop daku di sini
bakal diupdate untuk setiap pic




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 18, 2012

Memperkenalkan blogshop daku Nurul Yui Collection

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. 3 hari bercuti sungguh ku gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Ecececeh. Okaylah, sebenarnya aku nak memperkenalkan wajah baru blogshop aku yang dikenali sebagai Nurul Yui Collection ( NYC ).


- wajah blog -


Jemputlah singgah untuk view mana yang patut. Pakaian dan aksesori bakal dimasukkan kerana aku belum ambil stok. Setakat ini banyak berkaitan craft dulu. Update terkini lebih kepada page Nurul Yui Collection. Blog nombor 2.


- watermark yang digunakan -


Owner : Nurul Yui
Mesej : 019-2331810 ( 9.00 pagi - 9.00 malam sahaja )


Sekali lagi aku gunakan perkhidmatan Wanhazel untuk mendesign blogshop aku. Kiranya ini kali ke-2 selepas blog ini sendiri juga hasil dari beliau. Sangat berpuas hati dengan hasilnya. Thanx Wan.


# Jom-jom aku nak balas jejak dan bw sehabis mungkin. Hihihi. TQ kepada yang sudi like page Nurul Yui Collection ya.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, September 16, 2012

Selamat Hari Malaysia

Sempena tarikh 16 September, aku nak ucapkan kepada semua rakyat Malaysia, SELAMAT HARI MALAYSIA. Apakah maksudnya? Sendiri boleh google atau sila baca semula buku sejarah. Kui kui kui.


- sumber google image -


Oh ya, aku akan balas jejak hari Selasa iaitu lusa. Maklum sahaja, hari ini cuti dan esok plak cuti ganti maka entry ini pon autopublish tau. Selamat bercuti ^__^




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, September 15, 2012

Cek Nuffnang dah sampai dan dah tunaikan

Okay, aku dah bagitahu awal-awal aku sebenarnya masih blur tentang ini. Maklum aje ini cek pertama aku. Dah dekat 2 tahun berblog. Rezeki namanya. Banyak tempat ku rujuk sebagai pertanyaan.




Amaun tak banyak mana tapi aku tetap bersyukur. Terima kasih Ya ALLAH dan terima kasih semuanya yang sudi klik-klik tau. Sayang korang sangat-sangat. Meh laga-laga pipi pada yang perempuan. Hihihi. Hari Jumaat pagi aku deposit cek, insyaALLAH minggu depan adalah duitnya masuk akaun kan.


# Bila dah selamat terima duit, akan aku kongsikan cara camne nak buat bila dah terima cek. Huahua. TQ bebanyak terutama kepada Shida dan Jijah yang banyak membantu.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 14, 2012

Percubaan pertama sediakan bunga telur

Malam Rabu lepas, entah kenapa aku eksited benar nak mencuba sediakan sendiri bunga telur ini. Sambil dok belek bunga telur yang pernah kawan buatkan, aku slow-slow mulakan. Siyes! Rumit gak sebenarnya. Maybe first time kan.




- bunga aku dan bunga kawan -


Aku tahu banyak yang perlu diperbaiki.

1) Bunga harus lebih kembang
2) Panjangkan sikit riben itu
3) Tambah satu lagi warna riben maybe soft purple


Sebenarnya sangat puas hati bila tengok hasil tangan sendiri. Walau agak letih, tapi berbaloi. Kos lebih kurang RM2 untuk sekuntum. Kalau jual kat kedai maybe dari RM 3 - RM 5. Itu pon bergantung kepada kepenatan, saiz dan material. 


- harus pastikan bunga sekembang belah kiri -


Bila dah mahir baru leh buka order. Oh! Berangan lagi! Hahaha. Aku buat ini bukan bermakna aku dah nak tuuuuutttt okay. Lambat lagi tu. Biar belajar bagi habis dulu. Ahakz.


# Benda ini dok buat, craft yang menunggu tak terusik. Hahahah.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, September 13, 2012

BE ke 11 [2012] - WW Beetle Launch


Alhamdulillah, rezeki lagi. Kali ini dari WW Beetle Launch. Terima kasih Ya ALLAH. Terima kasih Nuffnang. Terima kasih kepada kalian yang sudi "derma" pada diriku. Sekarang ada 2 BE yang tengah berlegar-legar. Moga duk lama-lama tau. Hihihi.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 51 # = Kisah bf dan gf

Date → Gaduh → Hujan turun → BF kejar GF dlm hujan 
→ GF sejuk → BF peluk → Bf ckp "I Love You So Much" 
→ Kissing → Kena sambar petir → Mati




# Senyum ajelah baca status ini kat FB =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 12, 2012

WW 61 - Jemputan majlis perkahwinan rakan blogger { Sarah }





- dari blog beliau -


# Majlisnya dah lepas tapi aku pulak terlupa tarikh! Padahal dekat aje dengan aku tempatnya. Sorry sayang Puan Sarah. Moga bahagia selamanya ea, amiiinnn.


UPDATE : Puan Sarah memang dah ada tempah
bantal couple. { entry }






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 11, 2012

ORDER : Bantal Perhiasan Couple

Alhamdulillah, settle sudah order craft seterusnya. 2 biji bantal perhiasan berjaya disiapkan seperti yang dirancang. Jom tengok gambarnya. Buat cuci mata yang dah mengantuk awal pagi tu. Hahaha!








Nak tahu lebih detail korang bolehlah rajinkan diri lawat blog shoping on9 aku di sini. Takpon kalau yang suka buka FB, jangan segan silu cuci mata di page aku Nurul Yui Collection. Sebarang pertanyaan boleh terus PM ya. 


# Lepas ini siapkan order frame hiasan dan juga sebiji lagi bantal hiasan. Moga siap dengan jayanya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 10, 2012

Cupcake Big Apple

Ini first time la rasa cupcake dari Big Apple. Sedap gak! Kat Jusco Ipoh takde tapi yang ini ku beli di Mydin Meru, kiranya kedai dalam itu. Harga pon sangat okay. Sesedap rasa aje creamnya. Nyuuummmmy!


- choc, strawberry, kopi, keladi -


Harga setiap satu kalau tak salah RM 3. Mak aku pon puji sedap. Huhuhu. Donut Big Apple memang tak disangkal yang terbaik setakat ini aku rasa.


# Pagi-pagi dah buat entry makan, saje nak kasi terliur dulu. Muahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, September 08, 2012

Aksi comel Shinchan

Shinchan bukan budak kartun yang gatal kat dalam televisyen tu ea. Ini kucing aku. Huhuhu. Pernah aku kenalkan dalam entry ini. Sekarang dia dah makin buas. Maksudnya dah seronok berkejaran sana sini dengan kucing-kucing lain








Dah penat sakan bermain, kerja seterusnya wajiblah tidur. Pelbagai aksi tidurnya. Siyes, dia tidur melentang macam aku gak. Aik! Kantoi dah. Hahaha. Diam diam sudah ya pada yang baca entry ini.


- tidur pon mata terbuka -


# Berkejaran siapkan order craft ni!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 07, 2012

Makanan Jepun di food court AEON

Jarang gak la nak makan makanan Jepun ini sebenarnya tapi aku ada sikap ingin mencuba sesuatu makanan dan yang penting HALAL. Maka beberapa hari lepas aku bungkus saja makanan ini. Beli di food court AEON Station 18, Ipoh.




Sedap? Of course la sedap sebab tu masuk dalam blog. Tak sedap buat tak tahu saja. Hahaha. Udang tu panjang itu korang tengok, panjang itulah isinya. Isinya sambung-sambung dan disalut dengan roti kalau tak salah. Siyes! Tak rugi cuba. So nyummmyyy!


Nama makanan : Ebi Don
Harga : RM 10 +


# Tiba-tiba aku terfikir kenapa ea blogger itu tak update blog. Dah berbulan. Rindu padanya. Adakah sesuatu terjadi padanya?


# Blogger Sis Rara dah selamat lahirkan princessnya. Siyes comel! Gambar ada dalam FB nya.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

RESEPI : Cornflake Madu Berkrim

Ini sebenarnya mood biskut raya. Kuang kuang. Maka aku kongsikan ajelah resepi yang ringkas ini di dalam blog ya. Senang untuk rujukan diri andai tetiba jadi nyanyuk. Hihihi.




Bahan-bahan

1) 1 kotak besar cornflake
2) 1/2 buttercup
3) Madu ikut suka
4) Manik hiasan




Cara-caranya

1) Masukkan buttercup dalam periuk yang panas. Kacau hingga menjadi cair. Tutup api.
2) Sediakan mangkuk. Ramas cornflake tapi jangan sampai hancur. Campurkan juga madu dan buttercup yang cair tadi dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.
3) Ambil sudu dan garfu, masukkan campuran cornflake tadi dalam paper cup. Kemudian letak manik hiasan untuk lebih comel.
4) Bakar dalam 15 minit dalam oven mengikut suhu yang bersesuaian.


Agak-agak rasa rugi paper cup ditambahkan pula korang suka sangat makan, letak aje dalam mangkuk besar dan bakar. Lepas itu, makanlah sepuasnya. Hihihi. Mudahkan? Sesuai sangat buat untuk orang yang malas macam aku ini. Huahua.


Ada juga yang letak susu tapi aku tak pernah cuba. Korang cubalah dan inform bagaimana rasanya ya. Mesti bertambah sedap, lemak dan berkrim. Nyum nyum.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, September 06, 2012

BE terbaru dan cara tunaikan cek Nuffnang

Mula-mula nak inform yang aku memang tak pro pasal Nuffnang. Bila dah tukar design baru, terus kepala otak ini pon bercelaru sikit. Ada yang faham dan ada yang kena godek perlahan-lahan. Maka, nak tanya korang, gambar yang bawah ni adalah menunjukkan BE kan?




Last BE aku dapat bulan 6 tau iaitu BE ke - 8 untuk tahun 2012. 3 bulan tanpa BE! Takpe, aku sabar menanti dan ini hasilnya. 


Oh ya, aku rasa cek dari Nuffnang dah selamat sampai ke rumah tapi sebenarnya aku tak pernah tunaikan cek. Dalam erti kata lain TIADA PENGALAMAN. Maka aku google cara macam mana nak tunaikan cek dan ini hasilnya  Cara Tunaikan Cek Nuffnang .


Kot-kot kawan blogger aku nak kongsi cara,boleh la tinggalkan komen. Berapa lama tempoh kita boleh tunaikan cek ea bila cek dah selamat tiba? Cek sampai ke Sg Siput dan aku masih di Ipoh. Kalau nak clear pon tunggu minggu depan. Boleh kan? Masih ada tempohkan? Auuuww, pening!


# Bila semuanya pertama kali, agak rumit dan banyak pertanyaan. InsyaALLAH lepas ini boleh tau dah macam mana kan?



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 50 # = Biar mahal asalkan berbaloi

Biar DUIT keluar lebih
asalkan hasilnya MEMUASKAN

dari

DUIT keluar sedikit
tapi hasilnya MENGHAMPAKAN




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 05, 2012

Antara yang perlu anda tahu mengenai perkahwinan DIY

Ko yui bab bagi tajuk macam hampeh kan! Hahaha. Korang sedia maklum hari Jumaat lepas, aku pergi ke KL. Niat utama nak hadiri majlis pertunangan rakan tapi sayangnya majlis pertunangan terpaksa ditangguhkan atas alasan yang kukuh.


So, meh tengok apa yang korang perlu tahu mengenai majlis perkahwinan yang hampir 80% adalah DIY atau DO It Yourself.


1) Baju, veil, shawl pengantin perempuan di beli hari Jumaat di Jalan TAR
2) Pelamin 100% DIY
3) Bunga telur 100% DIY
4) Makeup pengantin dari kawan-kawan sahaja
5) Untuk kali kedua aku dijadikan pengapit tanpa dirancang! [ pengapit kali pertama ]


Dari no 1 - 4 aku tak kisah. Tapi no 5 tu aku sangat-sangat kisah sebenarnya! Bukan sekali tau jadi pengapit, ini kali kedua. Dah tu tanpa dirancang. Baju raya aku bawa tu plak kena + ngam dengan tema depa aritu. Aiyoyoyoyoooo kebetulan sungguh.


Dan paling tak tahan, ada 3 orang tegur kata muka aku ada iras-iras pengantin. Depa ingat aku adiknya. Huahua. Akak tu orang Sabah, cantik! Putih aje. Jauh beza dengan kulitku yang warna hangus ni. Hahaha.


- Perancang utama DIY, pengantin & pengapit ekspress -


# Orang kata kalau jadi pengapit jodohnya cepat. Yerla sangat! Memandai aje kan. Hahaha. InsyaALLAH ada jodoh tak ke mana. Tak gitu? Oh ya, gambar full takde pada aku. Ini pon gambar hp aku aje.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^