tentang
banner
tutor
fb
home

Sunday, November 30, 2014

Resepi Bergambar : Kek Keju Susu Kukus

Macam biasa resepi aku dapat dari group FB Resepi Ringkas. Senang save dalam hp. Paling penting bahan yang digunakan sikit & mudah dicari.




Suka keju?
Kalau suka maknanya kita geng. Aku belum cuba lagi menu ringkas ini. Macam biasa, dah cuba aku akan share dalam blog. Baru ada feel sebab air tangan sendiri. Cewaaahhh!


Ini hanya untuk simpanan akan datang & rujukan kepada yang ingin mencuba.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, November 29, 2014

Resepi Bergambar : Egg Tart versi Diet

Wah kelasss nama. Apa yang pasti menu ini paling senang & ringkas untuk disediakan. Aku dah banyak kali buat. Dah variasikan macam-macam. Memamg umphhh!




Bahan semua main letak lepas itu bakar dalam 15 minit. Nak buat versi kukus pun boleh. Sebab apa aku katakan versi diet, sebab menu ini antara menu pebret aku ketika diet atkins. Mudah & cepat.


Boleh tambah cheese & mayonis. Boleh layerkan. Tambah serbuk lada atau cili. Pendek kata, ikut suka hangpa nak masak macam mana =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 28, 2014

Cashout Nuffnang kali ketiga untuk tahun 2014

Fuhhh bukan senang nak cashout. Walau sebenarnya amaun RM50 dah boleh cashout, tapi aku suka kumpul lebih dari itu. Barulah rasa seronok. Boleh gitu?


Alhamdulillah, macam yang selalu ku amalkan sebelum ini. aku suka cashout hujung bulan dan sebaiknya hari Jumaat. Kira ambil berkat untuk penghulu segala hari. Dah terbiasa.




Aku harap urusan kali ini lancar seperti sebelum. Siapa kata berblog tak boleh jana pendapatan? Ini kira sambil-sambil namanya. Sambil membebel. Huhu.


Alhamdulillah rezeki. 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pengapit untuk 2 bakal pengantin tapi

Ehem-ehem, ini bukan kali pertama tapi dah nak masuk kali ketiga. Dulu pun jadi pengapit sebab "terpaksa", Redha jelah sebab kesian. Mehmeh.


Kali ini, memang member rapat nak aku jadi pengapit depa. Oh sahabat, demimu ku rela. Untuk pengetahuan semua, bermula dari minggu pertama hingga minggu ketiga bulan 12, ada 3 orang kawan rapat aku kahwin. Minggu pertama di Taiping, minggu kedua di Kajang, minggu ketiga di KL.


Kiranya aku akan jadi pengapit untuk 2 orang sahaja. Masing-masing dah bagi baju pada aku untuk aku tempah & inshaaALLAH minggu ini baju itu siap.


Ermmm sebenarnya
Yang di Taiping aku tak dapat pergi. Sob sob. Aku kena hadiri sesuatu yang lebih wajib. Dah bagitahu member semalam. Sedih pula sebab dah rancang awal untuk semua ini. Apakan daya, rezeki takde.


Kiranya nanti ada 2 kenduri sahaja inshaaALLAH aku dapat hadir & aku bakal pengapit untuk seorang sahaja kawan rapat.


Mak aku siap perli, ini dah banyak kali jadi pengapit, lepas ini jadi pengantin pula naaa. InshaaALLAH kalau ada jodoh =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 27, 2014

Resepi bergambar : Peria Goreng Tepung

Dalam hp, banyak gambar kucing & banyak gambar menu. Sebab aku suka kucing & suka save resepi yang dah diedit seperti dalam gambar di bawah.


sumber : Resepi Ringkas


Aku sendiri belum cuba sebab rumah aku jarang sangat nak beli peria. Nanti rajin, aku beli & buat. InshaaALLAH aku kongsikan dalam blog. Selalu masak peria dengan telur sahaja.


Jarang makan peria sebab pahit. Tapi pahit itu ubatkan? Eh, yelaaa tu.








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kisah kucing jalanan : Atam

Ini antara kucing jalanan yang ku ambil bulan 6 yang lalu di kedai makan SS. Sekarang makin sihat & aktif. Alhamdulillah seronok tengok perkembangan Atam.


Gambar atas : Kini
Gambar bawah : Lama


Kisah penuh Atam
[entry]


Aku pantang nampak kucing. Tangan laju nak belai walau kucing itu penuh kurap sekalipun. Itu tak halang aku nak menyayangi mereka. Hebatnya penangan pencinta haiwan! Kadang semua kucing jumpa nak bawa balik. Sayangnya, aku sedar kemampuan aku.


Tengok kucing sakit, kesian sangat. Terfikir nasib mereka. Kadang bukan kita taknak bawa balik, tapi memikirkan berpuluh ekor yang berada di rumah. Jujur, aku boleh ubati sedaya aku, tapi adakah insan yang sudi adopt kucing biasa jika aku open adopt? Ya, ada tapi sangat jarang! Kalau open adopt kucing berbulu lebat, tak sampai sejam dah ada yang adopt. Itu realitinya!


Atam ini pernah aku open adopt tapi hampa. Takpelah sayang, mama mu ini akan buat sebaiknya. ALLAH tahu niat kita.


Jujur, Atam seekor kucing yang pandai jaga diri dan sangat sopan walau dia seekor jantan =)


Kisah kucing yang lain :

1) Eton
2) Lela
3) Oyen : Kucing jalanan



Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]


Terima kasih kepada anda yang sudi war-warkan
program Dana Untuk Meow




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 31 [2014] - Istimewanya bestfriend

Dengan kawan rapat sahaja kita berani gila-gila
Bila dengan orang lain, pendiam gila
Itulah istimewanya BESTFRIEND
Hargai bestfriend yang kekal ada






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 26, 2014

Ura-ura emas dikenakan GST?

Bila dah berada dalam bidang emas, tak sikit tak banyak kena juga ambil kira hal semasa tentang emas. Kecoh kawan-kawan bagitahu kalau nak beli barang kemas tahun depan, akan dikenakan GST. Aku sendiri pun takde dapat info macam itu.


Kalau betul dikenakan, maknanya harga lagilah ______ ( sila isi tempat kosong ).


Korang,
memandangkan harga emas sekarang rendah ( lebih kurang RM 140/gram untuk 916 ), aku cadangkan korang belilah. Ala, bajet rendah pun jadilah. Beli, lepas itu gadailah semula. Perlahan-lahan ambil balik ( buat bayaran ansuran ).


Macam mana nak buat kalau duit pun tak berapa nak cukup?
Gaji adakan? Guna sementara. Janganlah guna 100%. Jom aku tunjuk contoh.


Guna duit gaji : RM 500
Katakanlah kedai emas A : Emas 916 RM 140/g ( termasuk upah )


Dengan duit gaji RM 500, korang boleh dapat lebih kurang 3.5 gram emas 916 ( belilah barang apa pun ).


Lepas itu, pergi cari mana-mana ar-rahnu. Harga gadaian contoh emas 916 RM 134/g ( nilai gadaian tak sama dengan beli baru ok )

3.5g x RM 134 = RM 460 ( akan digenapkan )
65% dari RM 460 = RM 300 ( nilai korang akan dapat untuk gadaian )

Maknanya, korang dapat semula tunai RM 300. Beli tadi harga RM 500, gadai semula RM 300. Kesimpulannya, hanya guna RM 200 ( 500 - 300 ) sahaja nilai gaji anda ( ibarat pinjam sekejap ).

Beli tunai dengan kedai emas, pergi gadai di arrahnu. Maknanya korang hanya perlu bayar ansur di arrahnu. Inilah cara sesuai untuk kes di mana, hati nak beli emas, tapi duit tak cukup. Faham?


Faham tak "formula" aku bagi tadi?
Baca perlahan-lahan. InshaaALLAH korang akan dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan. Tak perlu beli barang kemas secara ansuran pada orang ( ada yang jual ibarat 1 gram = RM 250 ). Tapi kalau tak kisah, terpulang.


Lagi seronok kalau korang dapat beli lelongan barang kemas yang ada di arrahnu. Kenapa? Harga lagi rendah. Tak percaya? Pergi mana-mana arrahnu berdekatan dan tanya mereka.


Apa pun, keputusan di tangan masing-masing. Perlu pendapat? Boleh cari aku. Aku bantu mana yang tahu.


Jadi, berbalik pada isu GST, kita tengoklah nanti kesahihannya. Harap ini hanya khabar angin.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 31 [2014] - Bila rindu pada craft



Lebih banyak di
Nurul Yui Collection




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 25, 2014

Misi clear almari Nurul Yui

Amboi kemain tajuk entry gabung BM & BI. Dah menjadi perkara biasa rojak. Nak full english nanti terkontang-kanting. Cukuplah jawab ketika exam. Eh, melalut!


Berbalik pada tajuk, sekarang ada misi clear almari. Semuanya BARU. Ulang sekali lagi, BARU. Pakai untuk test semata-mata. Lepas itu perap dalam almari sampai aku naik rimas. Hahahaha.



Cardigan sequin RM 36
Seluar saiz 28 giordano RM 50
Baju tshirt padini cotton saiz S RM 30

Tutu skirt hitam RM 26
Magie shawl normal dari calaqisya RM 26
Belt dari FOS RM 10

( Harga termasuk postage SM, SS +RM 5 )

Bawal baris pertama RM 4
Bawal baris kedua dari kiri RM 6, RM 6 & RM 12
Halfmoon RM 7
Shawl RM 7

( Harga belum masuk postage )


Harga dah ku letak rendah atau senang cerita rugi. Mohon janganlah minta kurang sampai jadi free post. Menangis mak jemah tau! Kepada yang benar-benar berminat, boleh terus whatsapp 019-2331810 sampai jam 5 petang sahaja. Nanti aku bagi gambar lebih dekat.


Terima kasih =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kisah kucing lebih banyak

Sejak dua menjak ini, blog aku banyak dipenuhi dengan entry berkaitan kucing. Tambahan banyak cerita berkenaan jualan Dana Untuk Meow. Aku usaha mana yang boleh.


Orang bujang, kalau bukan kisah peribadi, kisah apa yang dia suka.
Dah bertunang, kisah prepare nak nikah.
Bila dah nikah, kisah laki bini mungkin.
Ada anak, entry penuh tentang anak.
Begitulah seterusnya.


Jadi, jangan bosan kalau kisah kucing lebih banyak sekarang. Al-maklum, aku pencinta haiwan yang kurang berkemampuan tapi kaya dengan kasih sayang. Ewahhh! Memang betul!


Kalaulah korang ada nak tanya apa-apa, silakan. InshaaALLAH aku buat entry khas untuk pertanyaan anda. Contoh, macam mana proses mandul kucing, cara nak ajar kucing berak & kencing dalam bilik air. Korang tanya, inshaaALLAH aku jawab mana yang boleh ya.


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 24, 2014

Kisah kucing jalanan Oyen

Oyen kucing yang tiba-tiba duduk depan rumah sewa kami. Time itu kakak-kakak yang jumpa. Gelagat dia yang aktif memang buat kami teruja nak bela dia di rumah sewa. 2 minggu membela, memang kami biarkan dia duduk di luar ( tempat berteduh ) kerana risau dia kucing orang. Dia pandai berak dalam longkang. Kami hanya perlu jirus sahaja. Bijakkan?


Kami bagi makan & minum. Balik kerja kami bawa masuk dalam rumah untuk main dengannya. Allah, memang dia sangat aktif! Muka dia yang cute buat kami geram.


Sampailah satu hari, sebelum raya Haji, aku belikan botol susu & susu. Aku siap cucukkan dia ubat kutu. Malam itu dia minum & sempat putuskan puting susu. Takpe, tak kisah. Dia keluar rumah tanpa memandang kami. Rupanya itu hari terakhir dia dengan kami. Esok pagi, dah tiada!


Kami siap tanya jiran tetangga tapi hampa. Sebulan berlalu lepas itu, kakak rumah bagitahu dia nampak Oyen di kedai makan. Untuk memastikan itu Oyen, aku pergi. Ternyata memang dia! Sedih dengar kisah Oyen melalui tuan kedai.


Katanya anak dia jumpa tepi jalan di sebuah sekolah. Alhamdulillah dia jumpa dengan insan penyayang. Nasib baik aku ambil cepat, sebab mereka nak letak Oyen di kawasan tempat lain kerana Oyen berak atas rumput mereka. Keadaan tak sesuai untuk sebuah kedai makan.


Wajah kepenatan selepas di bawa pulang


Lepas saja ambil Oyen, kami ambil keputusan untuk bela Oyen dalam rumah. Kami berkongsi untuk membeli keperluan Oyen seperti sangkar, pasir, bekas makan & minum, collar, makanan, susu & ubat yang patut. 


Kesimpulan :
Ada insan tak berhati perut buang Oyen jauh dari kawasan perumahan kami
Kami perasan ada seorang uncle yang selalu memerhati Oyen dalam pagar kami


Alhamdulillah Oyen dalam jagaan kami. InshaaALLAH kami jaga sebaiknya. 


Untung dapat rakan serumah yang sama penyayang terhadap binatang. Alhamdulillah. Eh korang baca sampai habiske? Maaf sebab panjang kerana aku memang emosi ketika menaip. Hahaha.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Nilai duit



Ada benarnya kan?
Duit bukan segalanya tapi banyak yang perlukan duit.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, November 23, 2014

Yong tau fo Aeon Station 18

Jumaat ketika rehat, jamah yong tau fo yang dijual di foodcourt. Seketul RM 1. Mahal tapi nak buat macam mana. Nak makan. Huhu.




Pilih 6 ketul + sayur kangkung. Jumlah RM 8. Kenyang bangat! Alhamdulillah.


Aku rasa macam nak jadikan entry makan minum untuk hari minggu. Huhuhu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, November 22, 2014

Rezeki makan percuma

Beberapa hari lepas dapat makan nasi lemak berlaukkan sambal sotong, sambal udang & telur secara percuma. Ada pelanggan bagi. Satu ofis dapat.




Dah kali kedua akak tu bagi. Saja katanya. Alhamdulillah moga semakin murah rezeki akak.


Orang kata rezeki jangan ditolak.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 21, 2014

Kaka telah selamat dineuter - Pemandulan

Kaka adalah kucing jantan kedua aku neuter pada 19/11/2014. Kucing jantan pertama ialah Shinchan [entry].


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?
Sama seperti kucing betina juga

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik
4) Kos pembedahan untuk neuter kucing jantan di veterinar kerajaan RM 40



Gambar atas : Selepas neuter ( kurang sedar )
Gambar bawah : Lebih cergas walau mata kuyu


Kaka memang kucing yang kuat. Tak sampai 5 jam pembedahan dia dah bergerak ke merata tempat. Lalu makan. Sangat berbeza dengan keadaan Shinchan dahulu. Syabas sayang, kamu kuat!


Kaka perlu aku neuter memandangkan dia sudah mula memancut tak kira tempat. Lagipun memang niat aku nak neuter & spay kucing-kucing yang ada satu demi satu. Alhamdulillah, duit neuter yang digunakan hasil jualan dari Dana Untuk Meow Yui


Kos neuter kucing jantan - RM 40 ( veterinar kerajaan Sg Siput )


Terima kasih kepada yang sudi membeli sambil menderma.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :


Entry proses neuter/mandulkan kucing jantan :



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Luahan hati pencinta kucing

Bermulanya kisah aku bela kucing sudah bertahun-tahun dahulu. Masa itu di Maybank SS, ternampak seekor anak kucing berada di kawasan longkang. Aku turun dan ambil anak kucing itu. Ketika itu aku dengan mak. Ku namakan kucing jantan itu Mie.


Bermula dengan seekor, sampai satu hari aku ambil seekor kucing betina dari kampung iaitu Nenek Eton ( alhamdulillah masih hidup hingga kini ). Bila dah mula bunting, paling sikit anak yang dilahirkan sekurangnya 2 ekor dan ada yang mencecah 6 ekor. Untuk pengetahuan anda, dalam setahun kucing boleh beranak 3 kali. Usia kandungan hanya 3 bulan sahaja. Kalau sekali beranak 6 ekor, 3 kali beranak dah 18 ekor! Itu dalam masa setahun.


Dari mana bertambahnya kucing?

1) Beranak
2) Ada yang kami jumpa ( kesian sebab mereka kecil )
3) Ada yang bagi kami ( datang rumah & katanya dia jumpa )


Hingga kini di tahun 2014, sudah hampir 30 ekor kucing di rumah di SS. Allahuakbar! Memang rumah kami meriah dengan kehadiran kucing, binatang kesayangan Rasulullah. Rezeki kami alhamdulillah cukup untuk tampung mereka.


Dulu
Aku takut untuk mandulkan kucing aku. Rasa kesian yang menebal. Tapi bila kesedaran itu timbul, baru aku tahu banyak kebaikan jika mandulkan kucing. Demi kebajikan mereka juga. Demi kesejahteraan jiran tetangga.


Kini
Perlahan-lahan aku mandulkan seekor demi seekor. Oleh kerana kos yang agak tinggi, aku cuba buat apa yang patut termasuk pencarian melalui Dana Untuk Meow. Alhamdulillah, boleh juga ku tampung mana yang patut.


Tolong, andai ada yang tak suka dengan binatang kesayangan Rasulullah ini, jangan sesekali menganiayainya. Jangan lakukan tindakan yang boleh menunjukkan kebodohan diri sendiri seperti sepak terajang, kedekut berkongsi rezeki, sengaja membunuh.


Aku bab binatang, sangat sensitif. Terfikir kalaulah mereka boleh berkata-kata sudah tentu kita lebih memahami perasaannya. Allahuakbar..












guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 20, 2014

Eton Junior disahkan menghidap sporo

Semalam aku MC, aku sempat bawa kucing-kucing aku yang perlu ke veterinar.  Hasil dari Dana Untuk Meow, aku neuter Kaka, Shinchan & Kiut untuk cucuk, ubat cacing & syampoo kucing. Semuanya RM 60.




Sporo adalah ringkasan bagi nama Sporotrichosis iaitu 
sejenis penyakit kulit yang lambat sembuh akibat jangkitan kulat, 
bukan bakteria atau kuman


Berbalik pada kisah Eton Junior, aku perasan dah dekat 2 minggu hidung dia luka. Ku ingatkan luka biasa. Mak sentiasa letak ubat tapi masih tidak baik. Hasil carian yang ada, aku dah syak Eton Junior menghidap sporo.


Korang boleh nampak luka itu ada pula di bahagian tangan. Semalam aku tengok, di bahagian badan pun ada.


Dia sangat cergas walau keadaan dia seperti itu.


Hasil perbincangan dengan pihak veterinar, aku takkan PTS dia. Biar dia hidup selagi boleh. Biar dia lalui hari-harinya sebaik mungkin. Menitis air mata bila terfikir aku perlu PTS dia. Pencinta haiwan mana yang sanggup matikan meownya sendiri? Alhamdulillah lega dengan keputusan sekarang.


Eton Junior jenis outdoor. Hanya akan balik bila lapar sahaja. Jadi ku rasakan risiko untuk berjangkit amat tipis. Harap begitulah. Akan datang tak pasti macam mana. Aku akan cuba rawat sebaiknya & sedaya aku. Allahuakbar. Moga ALLAH permudahkan.


Soal jawab tentang sporo dengan lebih lanjut [ entry ]


Bak kata veterinar, dalam 6 tahun dia berkhidmat, aku adalah kes keempat. Jadi katanya penyakit ini jarang terjadi. Ya, ini pertama kali terjadi pada kucingku selama lebih 5 tahun membela.


Kuat & bertabah Eton sayang. Kami tahu kamu kuat!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kalau boleh

Kau ingat kau siapa ada yang nak mencari? Alaaaa. Maksud aku senyap sekejap itu hilang dari alam maya, hilang dari pandangan mata. Sekejap sahaja kalau boleh. Itupun kalau boleh.


Setakat ini, aku takde lagi nak menghilangkan diri, diam tanpa khabar berita. Boleh perhati dari jauh. Takda makna aku nak buat macam itu. Ingat aku sukake buat insan-insan yang aku sayang susah hati mencari aku? 


Aku rasa, kalau betul aku nak hilangkan diri kejap, itu tandanya TAHAP KESABARAN AKU DAH HABIS. Mungkin kena ada ruang lain untuk aku perbaiki. Mungkinlah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Terasa kehilangan

Lama dah
Lama dah aku rasa macam ini
Aku pun tak pasti kenapa
Macam mana boleh sampai sebegini
Kenapa seteruk ini


Ikut lumrah manusia
Aku pandai sembunyikan perasaan
Pandai simpan sampai tiada yang perasan
Sentiasa fikir aku orang ceria


Bulan ini adalah bulan menguji kekuatan
Menguji kesabaran
Menguji tahap kegigihan
Atau menilai banyak mana kelemahan


ALLAH
PadaMU aku mengadu
Kuatkanlah diri ini
Walau ku tahu ku selemah manusia
Dalam menghadapi dugaan akan datang...




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 19, 2014

Mc dan eton junior

Harini mc. Belum pergi klinik lagi. Ada berita mendukacitakan mengenai kucing aku, Eton Junior. Dia disahkan sporo.


Sejenis penyakit yang jarang berlaku dan memerlukan kos perubatan yang tinggi.


Cara yang nampak kejam adalah PTS ( put to sleep ) atau kata mudah matikan. Adakah aku buat??


Tunggu entry lain =(


Korang boleh google info sporo untuk lebih lanjut.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Info pengkasian kucing & anjing dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Dah banyak group fb aku perhatikan, bila ada yang cadangkan pengkasian atau kata mudah mandul, terlalu banyak kata-kata negatif. Sampai ada yang ku baca, seolah yang menaip itu tiada akan fikiran. Sesedap rasa.




Aku copy semula kata-kata aku di dalam FB sendiri


Tolong baca & fahami betul-betul sebelum dengan mudah berkata itu ini atau lebih dikenali sebagai keyboard warrior.
Sedih bila ada manusia yang berkata" Kau mandulkan kucing itu, kau dah sekat nafsu dia "" Mandulkanlah nanti kau sendiri takde anak "" Akal kau letak mana sampai nak buat macam itu "
Aduhai. Orang yang mandulkan kucing tersebut pasti ada sebabnya. Bukan suka hati nak buat. Fikir logik.
Fikir pula keadaan di mana
1) Kucing semakin banyak, lepas itu buang
2) Bila dah mula memancut, buang
3) Bila dah banyak penyakit, buang
4) Bila dah tak cantik, buang
Lagi teruk bila di buang di kawasan tidak sepatutnya. Ada pula jalan mudah, campak ke mana-mana tanpa fikir kucing itu boleh cari makan sendiri, biasa dengan keadaan sekeliling. Ada fikir itu semua?
Kalau kucing bulu lebat/berbaka, dibagi percuma laju sahaja permintaan. Kucing biasa? Ambil masa dan kadang-kadang langsung takde respon. Kesian. Itu juga antara sebab nak dimandulkan.
Bukan suka-suka nak mandul. Ingat itu!
* Yui dalam usaha bagi mengumpul ‪#‎danauntukmeowyui‬. Hasil jualan 100% akan disalurkan untuk tampung kos meow-meow. Boleh rujuk album :
https://www.facebook.com/media/set/…
Sangat Yui hargai andai ada yang sudi war-warkan jualan untuk dana ini. Terima kasih. Semoga ALLAH membalasnya.

Kalau rumah besar, tak mengganggu persekitaran jiran tetangga, haiwan bebas bolehlah bela banyak-banyak. Sayangnya rumah mak pak aku adalah dalam persekitaran rumah teres. Rumah yang tidak mempunyai tanah yang lapang. Dah lebih 4 tahun aku membela, maka sekarang masanya untuk aku kasikan mana yang boleh.

Kalau masih ragu tentang info pengkasian, boleh terus hubungi JAKIM. Itu lebih baik.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 18, 2014

Beza label untuk bawal Aidijuma

Ada yang bertanya apa bezanya label bawal AJ ini? Aku nak terangkan bukan pandai tapi jom aku kongsikan entry rakan blogger yang ada share pasal beza label bawal AJ ini.


Lebih lanjut untuk lihat jenis label & antara corak menarik, boleh terjah ---> [entry]


Setiap minggu ada sahaja keluaran baru bawal AJ. Aku lebih suka fokus pada corak & aku perasan nanti akan ada corak kucing. Wahhh! Cantik tau. Tapi ada yang mengingatkan, jangan pakai ketika solat. Sudah tentu tidak. Hanya dibawa pakai di luar sahaja. Mana boleh bawa pakai solat untuk corak-corak sebegitukan?


Buat masa ini masih "puasa" beli bawal AJ. Tumpuan lebih bagi kumpul Dana Untuk Meow. Hajat tuan diketepikan dulu sementara bukan selamanya. Hehehehe.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Dana Untuk Meow Yui - Penjagaan Diri

Aku teruskan lagi dengan item lain untuk ku tampung bagi Dana Untuk Meow Yui. Harga dinyatakan tidak termasuk postage. Postage RM 6 SM, RM 10 SS.


Mascara RM 4 - SOLD
Egg white RM 5 - SOLD
Scrub badan RM 5 
Mask 2 keping RM 3 ( 18 keping )

Boleh terus WhatsApp juga 



Hasil jualan akan digunakan untuk tampung kos bagi meow-meow yang ada. Moga urusan ini dipermudahkan. Aku buat jualan kerana ingin berusaha sebaik mungkin bagi mendapatkan kos.


Sekali lagi daku nak bagitahu, hasil jualan 100% disalurkan untuk meow aku di mana sekarang sudah lebih 30 ekor & beberapa ekor lagi bakal melahirkan anak. Tujuan utama duit akan ku gunakan untuk kos spay & neuter


Betina - RM 80/ekor
Jantan - RM 40/ekor


Terima kasih juga buat mereka yang sudi menderma tanpa membeli barang. Tapi lagi baik jika ada jualan sebab aku segan sebegitu saja. Moga ALLAH mampu membalasnya.


Sangat ku alukan jika ada antara kalian yang sudi war-warkan projek ini. Terima kasih.



Lebih banyak jualan lain di FB Page



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Dana Untuk Meow Yui - Kasut

Aku teruskan lagi upload barang jualan di mana hasilnya 100% akan ku salurkan untuk kebajikan meow-meow aku atau dikenali sebagai Dana Untuk Meow. Kali ini upload beberapa pasang kasut yang ada.


Penerangan Dana Untuk Meow
[ entry ]







VINCCI - SOLD

Saiz sebenar 38


Harga tertera tidak termasuk postage. Sekali lagi daku nak bagitahu, hasil jualan 100% disalurkan untuk meow aku di mana sekarang sudah lebih 30 ekor & beberapa ekor lagi bakal melahirkan anak. Tujuan utama duit akan ku gunakan untuk kos spay & neuter


Betina - RM 80/ekor
Jantan - RM 40/ekor


Dengan projek sebegini, ku harap dapat kumpul duit untuk tampung apa yang boleh. Sangat dialukan jika ada antara kalian yang ingin war-warkan projek ini. Semoga ALLAH membalas jasa kalian.


Lebih banyak jualan lain di FB Page




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 17, 2014

Dana Untuk Meow Yui



Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, November 16, 2014

Teringat kota Bandung

Bukak lappy ternampak folder "YUI". Bila kelebek ada folder Bandung. Alahai, rindu pula suasana gian shopping di sana. Walau baru sekali pergi tapi kesannya memang umphhh!


Aku ada hati nak pergi sana lagi. Konon berangan kalau kahwin nanti nak cari barang kahwin di sana. Wahhh, kelas angan-angan minah jenin kan? Takpelah, berangan dulu. Mana tahu jadi kenyataan. InshaaALLAH.




Rindunya nak pergi sana. Sesekali melayan perasaan.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, November 15, 2014

Rutin hari minggu

Hari Sabtu pergi pos barang
Hari Ahad rehatkan diri


Kadang uruskan meow-meow yang ada
Kadang pergi kenduri kahwin
Kadang balik kampung


Macam itulah rutin hari minggu aku
Hari minggu korang?

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 14, 2014

Lauk yang menyelerakan dimakan dengan nasi

Dah lebih setahun, aku jarang makan nasi. Dalam seminggu adalah 2-3 kali sentuh nasi. Bukan bermusuh tapi selera itu ke arah lain. Ngadakan?

Baru-baru ini beli sebungkus nasi kosong untuk kucing di rumah sewa. Digaul dengan tuna. Tengok ada baki, aku pun "terajin" masak lauk.



2 biji telur goreng
1 biji cili padi
1 biji bawang
Sedikit kicap


Perghhh! Nikmat okay makan lauk mudah macam ini. Kadang telur dan kicap n jadilah. Senangkan bela aku? Hahahaha.


Update by Asus Zenfone 6



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Perasaan hingga saat ini

Hingga saat ini, hari ini
Perasaan ini bercampur aduk
Senyum ketika perlu
Sedih ketika menyepi


Kadang ketawa untuk menggembirakan orang lain
Walhal diri sendiri masih menangis
Lebih memikirkan perasaan orang
Berbanding perasaan sendiri


Hati mudah tersentuh
Hati cepat sayu
Luaran nampak kental
Hakikatnya dalaman masih gagal


Mengimbau kenangan lalu
Buat tersenyum
Mengharap keadaan itu sentiasa berlaku
Mengharap dapat ku putar waktu
Kembali pada masa itu


Tenanglah wahai hati
Sabarlah wahai diri
Pasti ALLAH menjanjikan sesuatu yang pasti
Untuk memujuk diri sendiri
InshaaALLAH...







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sponsor di 1st GiveAway by Anamizu

Alhamdulillah hadiah tak seberapa dariku untuk sponsor 1st GiveAway by Anamizu diterima oleh pihak Anamizu. Korang dah join? Kalau belum lekaihlah. Mana tahu ada rezeki? Banyak hadiah topup untuk dimenangi.



klik banner untuk sertai


Hadiah yang daku dapat sponsor ialah :

Topup RM 5 x seorang
Bookmark craft Nurul Yui Collection x seorang


Jom memeriahkan 1st GiveAway by Anamizu =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 13, 2014

Drama Bila Hati Berbicara di TV3

Ada yang tengok? Kesimpulan kasar aku setakat episod semalam, cerita yang mendatar. Bosan pula tengok asyik-asyik jadi benda sama. Kacau perempuan - kelam - ok. Ulang itu saja.


Tapi yang aku paling pasti, faktor pelakon utama itu memberi impak besar untuk drama itu sendiri. Wah ayat kelassss kau jah! Memang betul, pelakon baru yang perempuan dan lelaki itu watak mereka macam erm. Nasib baik ada pelakon "lama". Kang aku komen lebih-lebih ada plak kata macamlah aku ni pernah berlakon.


Aku komen atas dasar sebagai penonton. Of course aku nak tengok benda yang menarik & mampu buat aku emosi. Korang pun samakan? 


Mungkin pelakon baru. Kira baru nak menapak. Kita pun bila baru masuk kerja, masih baby. Nak kena bimbing dan ajar. Tak gitu? So, aku maafkanlah buat masa ini. Cerita lain kalau kau orang berlakon, jangan nampak kaku ya.


Setakat ini layan lagi itu pun ikut mood. Aku lagi suka baca novel yang asli dari drama macam ini. 







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bawal white label Aidijuma

Dalam koleksi aku sebelum ini ada sehelai sahaja bawal AJ, Itupun time buka di Mydin Ipoh. Saja jenguk tengok ada yang berkenan, so rembat. Sekarang, makin meriah bawal AJ. Dengan pelbagai label & harga.


Sekarang, aku macam dah nak terjebak dengan bawal AJ kembali. Walau beli yang murah, tapi aku suka sebab aku lebih sukakan design & paling penting selesa untuk dipakai. Sampai mak aku tegur "tudung keras pun hang beli". Ahahahaha! Senyum sahaja.


Jangan pelik sebab bawal AJ ada label-labelnya. Aku pun baru memahami. Ada WL, GL, BL dan entah apa-apa lagi sebab aku ambil tahu mana yang aku pakai sahaja. Mehmeh.


Gambar atas antara koleksi terbaru merangkap gambar terkini aku. Labuh juga bawal jenis ini. Suka suka suka.


Beli mana yang berkenan sudah =)


FB Page : Tudung Aidijuma




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Ulangtahun ke 15 bongsu, Shahrizal

13/11/1999 lahir lagi seorang bayi lelaki merangkap si bongsu dalam keluarga kami. Nama diberi Shahrizal. Harus juga ada Shah mengikut nama abahnya. Mehmehmeh.


Dalam 4 beradik, si bongsu inilah yang banyak ragam, banyak peel & banyak membuatkan orang marah. Mungkin faktor usia tapi bukan boleh turut sangat budak sekarang ye dak?


Eh, nak wish sebenarnya
Buat adik bongsuku, selamat ulangtahun ke 15. Semoga panjang umur & murah rezeki. Semoga menjadi anak yang soleh dan mendengar kata keluarga. Moga menjadi insan yang baik dunia & akhirat.


Maaflah dik sebab akakmu memang suka marahmu. Tapi itu semua bersebab. Akakmu mewakili mak abah yang sudah berusia. Untuk kebaikan. Nescaya satu hari nanti, saat kau memikirkan kenapa akak memarahimu, kamu akan faham kenapa.


Jadi budak yang baik ok!
Jangan duk ikut tabiat pelik kawan-kawan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 12, 2014

Kasih ibu hingga ke akhir hayatnya

Pasti kalian ada membaca atau mendengar berita mengenai kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa seorang ibu demi menyelamatkan anaknya. Allahuakbar! Tersentuh hati saat membaca sebab munabahnya.


Benar kasih ibu hingga ke akhir hayatnya. Hingga ke syurga. 


Sayu melihat raut wajah si anak. Menyaksikan dengan sendiri apa yang telah terjadi pada insan yang disayangi. Tak tergambar perasaan itu.


Sayangilah ibu kita seadanya. Sehingga akhir nyawa kita. 


Mak, orang sayang mak. Walau di mana orang berada mak tetap orang ingat. InshaaALLAH orang cuba tunaikan permintaan & hajat mak. Hanya masa menentukan.


Yang duduk jauh dari mak, dah telefon bertanya khabar?
Yang telah kehilangan mak, jangan lupa sedekahkan al-Fatihah & doakannya.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 30 [2014] - Hadiah kain sulam coin material prada



Hadiah sempena GA Mialiana.com [entry]
Sponsor oleh Fuzamusa [link]




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Menu ringkas ikan dory & brokoli

Ini entry perap. Bila nampak duk dalam draft, apa kata kita publishkan. Mehmeh. Inilah antara menu aku ketika diet. Eh ketika? Sekarang? Sekarang aku dah FREE. Kurangkan apa yang patut sikit-sikit. Kalau rajin, kena lebih struggle.




Aku kenal ikan dory pun lepas mencuba diet atkins. Sebab tengok ramai post menu macam ini, aku gigih juga cari. Sedap juga! Aku suka perap dengan bawang putih, lada, garam & minyak zaitun. Lepas itu grill sekejap. Nyummy!


Diet lagike?
Biasa-biasa sahaja. Istilah diet takde lagi masa ini tapi menu aku macam diet lagi. Macam mana? Sebab lepas raya haji berat naik hampir 2 kg. Sekarang dalam 56 kg. Kalau rajin aku nak capai 50 kg pula untuk ketinggian aku 157 cm.


Eh! Macam dah panjang pula entry ini. Motif nak tunjuk gambar saja sebenarnya. Hahaha!


Nak tengok menu aku ketika diet atkins?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 11, 2014

Bertugas di Johor

Selama hampir 2 tahun berulang-alik ke Port Dickson dan sekarang PD mungkin entah bila akan kami kunjungi lagi. Orang yang belajar di PD dan bertugas ke Johor. Sekejap saja terus pindah sana.



Adikku yang kanan


Sekarang dia berkhidmat di Kem Mahkota Kluang, Johor. Makin jauh dia bertugas maka makin jarang untuk kami kunjungi. Kesian dia tapi takpelah, dia dah besar lagipun dia lelaki. InshaaALLAH lebih pandai berdikari.


Buat adikku, selamat bertugas. Ada cuti panjang baru balik ya.


Muka dia copy paste abah zaman remaja. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kisah kucing : Lela

Lela pada asalnya aku beli di sebuah pet shop. Kesian tengok dia dalam sangkar & tidak berjaga dengan baik. Dengan bayaran RM 150 aku bawa balik Lela. Motif kuat yang buat aku beli sebab aku sedih kerana ketika itu baru saja kematian anak kucing warna oren.



Lela ketika kecil
[entry]


Lela jenis yang tidak suka dipeluk lebih dari 1 minit. Tak percaya? Kena percaya sebab kami alaminya. Dengan orang luar memang dia takkan dekat. Nampak saja orang luar tercegat depan pintu, dia pun laju meluru ke dapur atau sangkarnya.


Sekarang usia Lela hampir 2 tahun dan masih dara. Masih suka bersendiri dari mencari pasangan. Mehmehmeh. Lela kucing kedua yang ku beli selepas Shinchan. Dan cukuplah 2 ekor ini sahaja yang ku beli. Dah banyak kucing di rumah.


Kisah kucing yang lain :

1) Eton




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 10, 2014

Aaisyah Dhia Rana nama anak che ta & zain

Baby end of the year 2014 antara yang menjadi bualan ramai adalah anak che ta & zain. Wah sakan, baby pun ada end or the year. Ingat orang kahwin saja ada. Hahaha. Kemain comel sangat babynya. 


Nama yang diberi juga secomel baby yang ada. Aaisyah Dhia Rana. Sedapkan? Maksudnya pun alhamdulillah nama yang membawa makna yang baik.




Semoga Aaisyah Dhia Rana membesar menjadi anak yang solehah. InshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bokiita voila plus maxi basics murah

Aku dah bagitahu, aku suka beli tapi bila test dan rasa tak sesuai terus nak jual [entry]. Yelah, dari terperuk dalam almari, baik clearkan secepatnya. Aku pun tak rungsing tengok.




STATUS : SOLD


Kain memang cukup selesa. Labuh tutup bahagian dada & mudah untuk adjust. Ala instant shawl. Harga beli RM 49 tapi harga aku nak jual hanya RM 50 termasuk postage. Kepada yang berkenan dengan bokitta hitam ini, boleh terus roger aku ok.


Bila pakai, feeling gadis arab gitu. Mehmeh.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Beli tapi tak pakai

Sejak dua menjak membeli-belah macam salah satu hobi walau tahu poket itu agak kering. Pantang nampak sale, laju saja nak tengok. Eh jangan risau, sebab aku selalu survey harga normal dan harga diskaun. Maka, penjual atau si kedai tak bolehlah nak klentong bagai. Psiko!


Semalam saja kemas almari yang gedabak. Nampak banyak sangat benda baru termasuk yang ada tag. Aduhai! Nampak sangat aku beli tapi tak guna. Entah kenapa aku suka pakai benda yang sama sampai aku bosan. So, yang beli terus campak sekali plastik dalam almari.


Solution?
Aku rasa aku nak jual balik. Jual lah kurang sikit dari harga beli. Nama pun item barukan? Tengoklah kalau rajin aku update dalam blog. Lebih rajin aku update kat FB page Nurul Yui Collection.


Mesti ada antara korang yang spesis aku kan? Baik mengaku cepat. Huhu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, November 09, 2014

Konsert akhir AF 2014

Malam ini adalah merupakan konsert akhir AF 2014. Rancangan realiti yang dah bertahun-tahun lamanya sampai aku pun dah tak berapa gemar tengok. Mula-mula dulu sahaja yang excited. Hahaha.


Tapi mak aku suka. Dia suka dengan peserta lelaki Firman kot namanya. Yang asal dari Sabah. Katanya suara Firman sedap. Bila aku dengar, memang betul. Ada keunikannya.


Siapa juara malam ini?
Tengoklah nanti. Harap bukan yang perempuan tu menang. Aku tak kenan, Eh, boleh gitu?


Untuk undi?
Memang taklah. Kredit sendiri pun tak topup. Mehmeh.


Good luck kepada semua peserta akhir AF 2014.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kerana mulut badan binasa

Biasa mendengar ayat ini? Boleh terjadi dalam pelbagai situasi. Lebih-lebih lagi untuk golongan yang suka bercakap ikut sedap badan. Tak fikir langsung perasaan orang lain. Janji lepas dia sahaja.


Untuk pengetahuan kalian, aku lebih gemar mendiamkan diri. Bukan bermakna tak prihatin tapi lebih memikirkan jika aku bersuara, makin terasa orang yang mendengarnya. Elok benda nak jadi baik, lebih buruk pula keadaannya.


Contoh
Ada yang meminjam duit dengan aku dengan berjanji akan bayar semula dalam masa sebulan. Sebulan berlalu, si peminjam masih tidak menunaikan janjinya untuk melangsaikan hutang. Masih macam biasa bertegur sapa dengan aku tanpa membicarakan tentang hutangnya

Aku diamkan diri dengan harapan agar peminjam mengerti sendiri. Hampir 2 bulan, dengan rasa rendah diri aku bersuara menyatakan di mana janjinya. Laju dia bayar dan terus menyepikan diri.


Adakah itu salah satu kesan kerana mulut badan binasa?
Kerana mulut aku, badan si peminjam lah yang binasa. Siapa suruh tak ingat janji sendiri.


Oklah, situasi di atas hanya contoh sahaja walau macam tak kena dengan tajuk. Tapi itulah hakikatnya, aku tak suka lebih-lebih dalam bersuara. Mereka yang rapat denganku, inshaaALLAH lebih mengerti.


Tolong jaga mulut masing-masing.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Stok baru untuk di jual di Nurul Yui Collection

Sedia maklum hari minggu lalu aku ambil stok baru untuk Nurul Yui Collection. Bisnes kecilan daku. Alhamdulillah seronok memilih stok baru sampai rambang nak ambil. Rasa nak ambil semua sahaja, hahahahaha!


Antara stok yang ada
1) Baju kurung kain pelikat
2) Baju kurung cotton 
3) Kain pasang cotton
4) Tshirt/blouse


Nak lebih cepat boleh view FB page Nurul Yui Collection sebab di sana lebih jelas gambar yang aku upload. Harga? Pastinya mampu milik dan berbaloi. Aku tak ambil untung tinggi melangit. Cukuplah sekadar lepas duit tol, minyak & kudrat aku serba sedikit.



SAIZ S - AVAILABLE


SAIZ M - AVAILABLE


SOLD

Buat masa ini baju kurung kain pelikat ambil saiz S & M


Perghh! Ini baru sikit gambar aku upload. InshaaALLAH habis cepat minggu ini ambil stok lagi. Siapa nak join beli, boleh wassup daku 019-2331810. Harga hanya RM 80 sahaja ( tak masuk pos ). Ada customer bagitahu tempat dia jual RM 130 ke atas. Bezakan dengan harga aku? Aku akan pastikan kain yang ku pilih berkualiti.


Cuci mata tengok tshirt/blouse pula. Yang ini sebenarnya untuk aku tapi sebab dah beli banyak sampai ada yang taknak pula. Hahahaha. So, apa lagi jual sahaja. RM 30 termasuk postage ok. SS tambah RM 5.


Baju satu persatu sila wassup



Tengok pula corak cotton japan yang ada. Ambil stok sikit sahaja yang ini. RM 25 ( tidak termasuk postage )


Corak satu persatu sila wassup



Dan baju pasang seterusnya. Yang ini aku bagi murah sahaja. RM 50 sepasang ( tak termasuk postage ). 



SAIZ S - AVAILABLE


SAIZ M - AVAILABLE


SAIZ M - AVAILABLE

Saiz S & M sahaja


Cukuplah banyak ini dulu aku upload untuk tatapan di blog. Lebih lanjut korang boleh terjak FB page aku atau wassup terus 019-2331810 ( 9 pagi - 5 petang )


Terima kasih sebab sudi cuci mata untuk entry ini =)


ENTRY STATIK UNTUK SEMENTARA
ENTRY BARU SCROLL BAWAH






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, November 08, 2014

Mood yang tiada

Jenis aku, masalah diri takkan aku tunjukkan pada orang. Aku lebih suka sendiri. Biarlah orang tak tahu asalkan aku tak menyusahkan orang.


Time kerja, kerja. Time personal, personal. Takkan aku campur adukkan. Biarlah raut muka menampakkan kegembiraan walhal hati sedang menangis. Biar orang nampak kita sentisa bersuka walhal kadangkala berduka.


Bila fikir, lama mana. Bukan manusia namanya jika tiada masalahkan? Cara kita atasi itu yang penting. InshaaALLAH Yui boleh!


Di akhir entry ini, aku masih mampu senyum.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 07, 2014

Whatsapp menunjukkan perubahan baru untuk bacaan penerima

Tak tahu nak letak tajuk macam mana tapi kalau tengok gambar kira fahamlah ya. Benda ini aku perasan petang semalam. Ada yang bagitahu dari pagi. Sejak bila aku tak kisah tapi yang kena ambil kisah apa yang di upgrade oleh pihak whatsapp.




Kalau sebelum ini, tanda dua bermakna dah terima. Baca atau belum si penghantar tak dapat kenalpasti. Tapi sekarang, yang tanda dua terima. Yang berwarna biru, penerima dah baca. Nampak dah apa yang diupgrade?


Benda macam ini bagus untuk mereka yang berurusniaga terutama kepada yang sangat kelam dan tak menyempat nak tunggu respon. So, perhatikan benda ini sekarang.


Walau letak setting - privacy - last seen nobody, takde makna sangat itu semua sekarang. Masih boleh nampak kau baca atau tidak. Aku suka juga benda macam ini, takdelah lagi nak buat istilah menipu ke tidak. Jelas dan nyata.


Lagi satu, kepada kaki klentong/kayu tiga, uninstall sahaja whatsapp. Gunalah aplikasi lain sebelum anda terkantoi. Hahahahaha!


Ada siap cakap whatsapp ini punca pergaduhan. Ala, pokok takkan goyang kalau angin takde melainkan ada tangan asing yang saja menggoyangkan pokok itu. Ada faham?


Apa pun, masih ada cara lain untuk elak si penghantar perasan kita baca mesejnya atau tidak. Caranya? Korang pun tahu. Haha.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^