tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, June 30, 2015

Kad raya pertama 2015 | Shida Radzuan

Macam tak percaya tahun ini masih lagi ku terima kad raya. Hehehe.
Alhamdulillah. Seronok sebab tiba-tiba kenangan lama mengusik jiwa. Eceh!




Siapa tak kenal antara blogger terkenal Shida Radzuan?
Bolehlah kenal-kenal sebab orangnya peramah ( dah pernah bercakap melalui telefon )


Terima kasih shida untuk kad raya & keychain ( sempena top komen ).
Alhamdulillah.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Hobi Lelaki & Hobi Perempuan



Senyum baca. Adakah benar? 
Miahahaha




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 29, 2015

SERUNDING DAGING

Beli dari seorang customer tempat kerja, cikgu.
Sambil bergadai sambil berniaga. Hehehe. Aku pun belilah sebab saja.
Boleh juga buat ratah.




Boleh tahan harga serunding daging tapi kena dengan "kesusahan" nak buat.
Kalau tak salah 150 g RM 15. Tak banyak mana tapi sedap tak kisah.


Korang suka makan serunding?
Aku biasa-biasa saja.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

TAK BERMAYA DI PAGI ISNIN

Ini bukan kisah maya bunga matahari, tapi maya diri sendiri. Eh, apa aku ngarut pagi Isnin ni!


Tu tandanya aku tengah malas. Mood letih tak bermaya ( takdelah lembik mana ) tapi lebih kepada kemalasan. Semalam memang seharian aktiviti menggulung mini popia ikan bilis. Dapat tidur rasa kejap je masa berlalu.


Penat,
Tapi takpe. Harini pun terpaksa balik SS, nak siapkan tempahan yang ada. Alhamdulillah rezeki untuk mak & anak-anak bulus juga.


Ini kalau dapat tidur, sedap juga. Hahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, June 27, 2015

MARRY A MAN WHO LOVES YOU




Mak pernah ungkap kata sebegini
dalam bahasa melayu lah
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 26, 2015

MENU BERBUKA SI BUJANG RAMADHAN 1436H

Setakat ini hari pertama saja aku pernah pergi bazar. Tapi bila dah balik Ipoh, duk dengan kawan-kawan, mood nak pergi bazar belum ada ditambahkan lagi dengar perkara kurang enak tentang apa yang dibeli.


Jadi sepanjang puasa, lebih suka masak walau ringkas.
Orang kata masakan bodoh tapi asal kami kenyang cukuplah. Jadi semalam saja masak tempe goreng, terung & telur dadar cream.





tempe yang dibeli tak berapa ok bila digoreng



potong - rendam dalam air garam - goreng


Senang saja menu orang bujang. 
Nak jaga aku senang aje, ada ikan rebus goreng + bawang + cabai + kicap makan dengan nasi panas pun dah cukup selera!


Saja up entry ini sebab takde idea lain. Boleh gitu?





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

APAKAH RASA TIMUN BETIK/TIMUN AIR ATAU SEANGKATAN NAMANYA?

Merujuk kepada [resepi air timun betik], aku dihujani pelbagai soalan.
Eceh, poyo sungguh! Hahaha. Takpa-takpa aku explain di sini naaa.


Apa rasa timun betik?
Kalau kau makan macam itu saja, takde rasa.
Ini serious. Struktur macam buah tembikai susu.


Bentuk timun betik?
Macam betik bentuknya.
Warna kulit berbeza. Isi macam tembikai susu warnanya.


Perlu letak gula dalam resepi air timun betik?
Aku lagi suka tak letak. Dah cukup dengan rasa lemak yang ada ( dari santan & garam ).
Kalau nak letak pun boleh, cuma jadi manis sahaja.


Adakah ia bermusim?
Sudah tentu. Sama juga macam musim buah durian.


Apa pun, kena cuba dulu baru tahu macam mana. Kadang tekak lain-lain.
Jangan pelik sebab lain orang lain panggilan nama buah tapi hakikat BUAH YANG SAMA.
bagi aku, memang aku suka. Sedap!


Saja aku taknak letak gambar, nak suruh korang rajinkan diri google image
Miaahahahah!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 25, 2015

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH SELURUH NEGERI 2015



Sumber : Utusan Online




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 24, 2015

EKSPO BORONG KEMBOJA DI BATU GAJAH 29 JUN - 2 JULAI 2015



Orang-orang Ipoh terutamanya orang Batu Gajah dan sedia maklum sebelum puasa lagi dah ada bazar ini. Tak tahu sebab apa, mungkin saja nak test market. Tempoh pun sekejap sahaja.


Kali ini, dijangka akan diadakan lagi pada hujung bulan. Bolehlah shopping untuk hari raya sebab ada harga yang ditawarkan memang murah!


Kalau terlepas di atas, setiap hari Sabtu memang ada pasar kemboja di Parit Buntar. Lagi seronok dan besar. Tapi bertahanlah sebab sekarang bulan puasa, memang berpeluh kalau pergi. Huhu.


Kebanyakan barang perempuan yang dijual.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

MINUMAN TIMUN BETIK PENYEJUK TEKAK

Eh, aku tau lain orang lain panggilan untuk buah ini kan? Kalau aku, aku panggil timun betik atau timun air.




Resepi untuk sediakan minuman timun betik :

1) Timun betik ( dipotong kecil )
2) 1 kotak kecil santan ( suka guna jenama Kara )
3) Sedikit garam
4) Ketulan ais


Campur semua bahan & kacau sebati. Masuk peti ais ( sejukkan kejap ). Memang sedap sebab berlemak ( sebab garam ). Sesuai sangat diminum ketika musim panas & berbuka puasa.


Tak kenal rupa buah?
Google image "timun betik" & anda akan jumpa. Selamat mencuba!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

SUNNAH DI BULAN RAMADHAN



Sumber : UZAR




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 23, 2015

RESEPI MUDAH : Spageti Aglio Olio

Ini pula menu kedua yang aku sediakan selepas mashed potato. Disebabkan bahan dah ada, terus laju buat. Konon rajin, hahaha!




Bahan-bahan :

1) 1/2 paket spageti direbus
2) 10 ekor udang
3) Sedikit minyak zaitun
4) 5 ulas bawang putih ( dipotong dadu )
5) 2 sudu makan mentega
6) 2 helai cili kering ( dipotong kecil )
7) 4 biji tomato ceri kecil ( dipotong )
8) Sedikit lada hitam
9) Sedikit garam
10 ) Oregano, chili flakes
11) Sedikit cream for cooking ( pilihan )
12) Sedikit air


Cara-cara :

1) Rebus kulit udang dengan sedikit air ( boleh letak pati ayam sedikit )
2) Panaskan mentega dan goreng udang sebentar, Angkat dan ketepikan
3) Guna kuali yang sama, panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih & cili kering. Kemudian masukkan air stok udang & cream
4) Masukkan spageti & bahan-bahan lain
5) Taburkan oregano & chili flakes


Sedia untuk dimakan. Boleh juga masukkan sosej atau bahan lain. Ikut tekak masing-masing.
Selamat mencuba resepi ringkas dari Yui =)






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

HAKIKAT SI KUCING DI BULAN RAMADHAN




Sebab siang hari tidak makan, jadi aku akan sentiasa membawa bekal makanan kucing ( kibbles atau wetfood ). Senang andai terserempak, boleh terus hulurkan.


Kesian.
Itu saja yang aku rasa. Simpati dengan nasib kucing jalanan. Begitu juga haiwan jalanan lain terutama anjing.


Ini juga salah satu cara kita bersedekah.
InshaaALLAH sentiasa amalkan tidak mengira ramadhan atau bukan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 22, 2015

RESEPI MUDAH : Mashed Potato ala KFC

Pagi 16/6/2015 yang lepas ( di mana aku AL ), aku sempat masak 2 menu. Salah satunya mashed potato. Sebab cara masak & bahan yang ringkas.




Bahan-bahan :

1) 5 biji kentang
2) 2 sudu buttercup ( untuk rasa lemak )
3) Sedikit lada
4) 1 cawan/kotak kecil susu segar


Cara-cara :

1) Kupas kentang & potong 4
2) Rebus hingga empuk ( cucuk guna garfu untuk tahu kentang empuk/tidak )
3) Tapis air rebusan & lenyekkan kentang
4) Masukkan butter ( akan cair bersama kentang )
5) Campurkan serbuk lada ( ikut suka kuantiti )
6) Masukkan susu segar sikit demi sedikit sehingga nampak lembut


Sedia untuk dimakan. Memang sedap sebab rasa creamy. Kuah aku tak buat sebab malas. Hahahah. Makan macam ini pun dah rasa cukup. Sesuai sangat nak dijadikan makanan sahur.


Selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ISNIN YANG SANTAI

Sepanjang bulan Ramadhan, waktu pejabat berubah.
Masuk jam 8 pagi dan akan balik 4.30 petang. Kalau aku bergerak dari SS, seawal jam 7 pagi kena lekaih pecut. Tak boleh lambat-lambat, sesak sangat even aku guna motor sahaja.


Pagi ini, cuaca agak baik. Ala-ala mendung nak hujan tapi belum turun lagi.
Yang aku perasan, sejak puasa, belum sekali lagi hujan di siang hari. Cuaca petang memang panas.


Bagaimana cuaca sekali pun, itu bukan penyebab utama nak halang berpuasa.
Bertahan sebaik mungkin & beringat ada yang lebih susah dari kita tapi masih berpuasa.


Selamat berpuasa semua.
Yang tak puasa, duk diam-diam. Ekekekeke!


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, June 21, 2015

RESEPI MUDAH : CHOC BANANA



Ini pun sangat ringkas




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, June 20, 2015

RESEPI MUDAH : CHOC BALL CHEESE



Boleh buat sebab mudah
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 19, 2015

JADUAL WAKTU SOLAT/BERBUKA PUASA IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG SIPUT, KUALA KANGSAR






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

MAKSUD WARNA PADA SETIAP TAG DI ROTI



Kalau sebelum ini perasan juga warna-warna yang berbeza untuk setiap tag pada roti.
Bila baca ini, barulah faham.


Melalui warna, kita tahu hari apa roti itu dikeluarkan.


Oh macam ituuu. Hehehe.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 18, 2015

KESILAPAN KERAP DALAM BULAN RAMADHAN



Sumber : UZAR



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

SELAMAT BERPUASA SEMUA

Maaf, maaf sebab ingatkan kelmarin saja nak cuti rupanya terlajak semalam pun cuti sekali.
Cuti tambahan sempena kurang sihat.


Satu hari semalam tak makan, malam baru keluar dengan member rumah, lagi lancar terus order nasi goreng daging pedas & tomyam poktek.


Hasilnya?
Malam tak tidur lena, perut rasa memusing.


Sahur pertama di bulan Ramadhan
Hanyalah sedikit susu. Lepas itu memerut saja kerja aku sampai 3-4 kali!


Kesimpulannya, kalau sehari tak makan, jangan mengada nak terus makan pedas yui oii!
Inilah hazabnya. Huhu.


BUAT PEMBACA BLOG CORAT CORET NUSHA
YANG BERAGAMA ISLAM
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 17, 2015

DIET SAMPAI NAMPAK TULANG



Biar berpada itu lebih baik




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 16, 2015

CIK BLOG BERCUTI

Hari ini Selasa bersamaan 16/6/2015
Cik empunya blog Corat Coret Nusha
BERCUTI


Segala jejak balas atau pertanyaan 
akan dibuat selepas urusan cuti aku selesai


Sekian, terima kasih
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 15, 2015

BETULKE TAK BOLEH BAYAR BIL YES?

Dari hari Khamis lepas aku nak bayar bil untuk internet YES. Bukan apa, tarikh dah due, itu pasal nak buat cepat tapi malangnya payment tak boleh di buat.


Tanya di outlet Ipoh, katanya system down. Aku ingatkan sehari itu jelah.
Pergi pula di outler Sg Siput, sekali dia cakap, dah 10 hari tak boleh buat payment. Tu diaa!


Biar betol kome ni?
Nak bayar pun masalah. Lagi teruk lebih 10 hari dah takde lagi penyelesaian?
Tension pula mak jemah rasa. ingat guna wifi ( boleh dibawa kemana ) itu memudahkan tapi dah jadi macam ini, menyusahkan juga.


Terpaksa langgan pakej internet 1 gb RM 15 di DiGi.
Celcom ( untuk berbisnes ) terpaksa biarkan dulu sehingga masalah YES selesai.


Korang ada guna YES?
Betulke masalah ini?
Ke deme kat tempat ini je yang problem.


Baru masuk bulan ke-3 aku guna YES
Nasiblah kontrak 2 tahun, ceh!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

PERKONGSIAN BERSAMA



Amalkan terutama ketika makan di luar




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, June 13, 2015

ANG TAKUT BINIKA?



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 12, 2015

TENTANG HUTANG

Jangan pandai pinjam tapi tak reti bayar
Jangan buat muka kesian, andai tiba masa buat muka tak reti
Jangan pandai berjanji andai tidak ditepati


Hutang tetap hutang
Langsaikan secepatnya
Kita tak tahu bila ajal kita


Peringatan bersama


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 11, 2015

JANGAN BAGI PANADOL KALAU SAKIT KEPALA TAPI BAGI




Kalau macam ini ramai mengadu sakit kepala
Hahahaha!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tempahan mini popia ikan bilis di Perak

Alhamdulillah, tiap minggu ada sahaja tempahan mini popia ikan bilis. Banyak atau sikit, itu bukan masalah. Yang penting dapat buat ikut kehendak pelanggan.




Ini contoh mini popia ikan bilis untuk 1/2 kg bagi cod. Untuk pengeposan akan aku masukkan dalam bekas plastik dan bubble wrap.


Kepada yang nak tempah, boleh terus sms / whatsapp 0192331810.
Terima kasih.


Info lanjut
Yui 019-2331810


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 10, 2015

CICIT-CICIT YUI

Cicit? Kemain kelass belum nikah udah ada cicit. Taklahh! Ini bukan cicit manusia tapi cicit "keluarga" aku sendiri. Geram tengok time baby ini.



Ini anak Kiut ( pernah hilang/dibuang oleh manusia tak bertanggungjawab & pulang selepas seminggu ). Mengenangkan kisah Kiut, buat aku rasa sedih, Tak tahulah apa puncanya sampai ada yang mungkin dengki walhal kucing-kucing aku bukan dibiarkan bebas berkeliaran,


Berbalik pada cicit aku ini.
Kata mak, dia beranak 3 ekor tapi seekor hayatnya tak panjang. Jadi tinggallah sepasang.


Secara rasmi telah ku namakan mereka.
Che' Ta & Zen.
Mak aku pun setuju dengan nama itu. Hahahaha!


Moga cicit-cicit aku ini membesar dengan sihat. InshaaALLAH akan aku mandulkan Kiut untuk kebajikan bersama.


Onyang Yui sayang semua =)


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]

Hukum memandulkan kucing
Baca & fahami
entry ]


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

BREAKFAST SEKALI LUNCH = BRUNCH

Menu brunch Nurul Yui hari ini 10/6/2015



Sambal keli RM 3 + Sambal udang RM 3 + Ulam RM 1 + Nasi RM 1
Jumlah = RM 8

( sambal tu berbaki banyak lagi selain dari gambar )


Macam biasa, nasi tak habis makan. Akan simpan dan digaulkan dengan tulang/isi yang ada dan akan diberikan kepada kucing/anjing terbiar. Dengan niat bersedekah & berkongsi rezeki.


Anda juga boleh amalkan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

APABILA BEKERJA SECARA KONTRAK

Semua yang berkerja di sini, semuanya kontrak ( sebab satu office macam itu ). Tak terkecuali juga aku. Memandangkan kontrak aku bermula bulan Jun 2011 ( walau aku dah berkhidmat sejak Mac 2011 ), jadi setiap tahun jika masih ada rezeki, borang kontrak akan diberikan.




Tahu macam mana perasaan pekerja kontrak?
Bimbang, cemas semua ada. Iyalah, kita kerja tapi kalau tiba-tiba berlaku perkara tak terduga, memang beri kesan.


Apa pun, inshaaALLAH jika kita kerja baik-baik, akan dipermudahkan.
Moga aku bertahan di sini. Aamiin.


Aku bahagian emas sahaja.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 09, 2015

KALAU KAU TAK SUKA KUCING



Ditujukan untuk bakal teman hidup
Miahahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

CUTI YANG BELUM TENTU JADI

Sebenarnya hari Rabu ini aku ada apply cuti. Apply kena seminggu awal dibuat melalui sistem yang telah disediakan.


Semalam datang kerja, kawan sekerja inform dia kena admit. Masalah pada kandungannya.
Memandangkan office aku ini pekerja hanya 3 orang, kalau seorang tidak ada, lagi 2 orang wajib ada sebab semua sistem memerlukan sekurangnya 2 password.


Jadi, cuti yang aku mohon belum tentu jadi cuti lagi walau dah approve.
Kena tengok macam mana petang ini, kalau dia datang, esok aku boleh bercuti kalau tidak terpaksa abaikan cuti.


Sedih tapi nak buat macam mana. Setiap perkara ada hikmahnya kan?


Ini namanya perancangan manusia tapi perancangan ALLAH mengatasi segalanya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 08, 2015

BUAH-BUAHAN TEMPATAN DARI RUMAH OPAH

Kelmarin berkesempatan balik kampung nak jenguk opah & saudara yang lain. Sampai sana, makcik pelawa suruh ambil buah apa yang ada. Yelah, dari jatuh terbuang busuk, baik bagi pada yang nak.


Aku apa lagi, laju saja pergi terjah ke pokok-pokok yang ada.
Paling tak menahan tengok jambu susu. Walau dah tak banyak tapi ini dah mencukupi.


Yang warna hijau itu kami panggil buah rembia. Macam buah staq tapi bukan. Ini tak masak lagi tapi boleh dimakan. Rasanya masam-masam, sedap sangat! Buahnya banyak seperti anggur.




Dapatlah 4 jenis buah. Tengok pokok durian, fuhhh banyak buah yang dah timbul tu. Tunggu musim je lagi. Nyum nyum.


Untungnya ada tanah keliling rumah, boleh tanam macam-macam. Best!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

4# Kata pelanggan mini popia ikan bilis

Tempahan dari kawan politeknik. Hari itu dah beli sebalang, kali ini order untuk rakan pula. Alhamdulillah rezeki.


Terima kasih sudi tempah. Jangan segan silu order lagi =)


250 g RM 14
500 G RM 24


Info lanjut
Yui 019-2331810



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, June 06, 2015

KENAPA PERKAHWINAN DAHULU LEBIH KEKAL?


Sama-sama menjaga hubungan yang ada sebaiknya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 05, 2015

JJCM versi Yui : ESAH SANTAI CAFE, STATION 18 IPOH

Satu persatu tempat best dah ada di Station 18, Ipoh. Gila teruja nak mencuba sebab anak owner ada tunjuk gambar makanan & minuman yang sediakan ( sebagai promosi ). Memang ramailah serbu walau kedai itu baru sahaja buka.



Amacam cantikkan hidangannya?
Harga pun berpatutan. Sesuai dengan suasana kedai dan kesedapan makanan yang disediakan.

Komen :
- abc buah sedap tapi kalau tambah sikit kemanisan lagi best
- nasi boom menarik sebab tak kedekut dengan bahan
- mee rebus sedap
- ayam lembut, ok!
- kuah cicah pedas tapi sedap ( rugi rasa tak habiskan kuah, haha )



Senang cerita bagi 4/5 bintang
Tambahan :
Kedai ini baru beroperasi jadi susun atur masih tidak sistematik & pekerja tidak mencukupi. Jadi tabahkan hati menunggu jika lambat sampai. InshaALLAH mereka akan perbaiki dari masa ke semasa. Support bisnes orang melayu!


Lokasi : Belakang aeon station 18, Ipoh
Off day ISNIN 
Operasi 11 pagi - 11 malam


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

COMBO TILAM BEDUNG & KELAMBU BABY

Ada design baru. Sebelum ini ada polkadot sahaja, kali ini ada campuran bintang. Tetap comel juga!



Biasa aku jual RM 80 termasuk pos domestik ( sebab poslaju jadi mahal ). Sempena ramadhan 2015, aku nak bagi harga special.


Kepada yang berminat, cepat whatsapp 019-2331810 untuk sebarang pertanyaan. Sementara stok masih ada.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 04, 2015

CEK NUFFNANG DAH SELAMAT TERIMA

Cek Nuffnang dah selamat sampai di ss dan aku juga dah selamat masuk ke cheque deposit pagi tadi. InshaaALLAH minggu depan dah clear dalam akaun.




Alhamdulillah rezeki saja suka-suka berblog.


Tahniah juga kepada yang dah terima. Duit untuk ramadhan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

3# Kata pelanggan mini popia ikan bilis

Teruskan lagi dengan entry mini popia ikan bilis.



Ehehehe, katanya kurang inti. Sebenarnya, untuk inti "lebih" anda boleh request cuma tambah RM sikit saja. Aku letak "banyak".


Itu serious ya, nak inti lebih kena bagitahu. Sebab sedia ada sekarang aku buat standard macam biasa. InshaaALLAH tetap sedap.



Terima kasih yunk sudi beli. Raya repeat order ya! Hihi.



250 g RM 14
500 G RM 24


Info lanjut
Yui 019-2331810



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

MEMAKI DI INTERNET




Sama-sama kita jaga kata & perilaku
InshaaALLAH



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 03, 2015

WW 8 [2015] - HASRAT NAK KAHWIN LAIN





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

SPONSOR DI GIVEAWAY MEGA RAYA BY AZHAFIZAH.COM

Alhamdulillah berpeluang untuk menjadi salah seorang sponsor di Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com. Memang gempak sebab khas untuk aidilfitri, lagi seronok hadiah semuanya best!




Disebabkan ga berkaitan aidilfitri, jadi aku sponsor 1/2 kg mini popia ikan bilis
Kalau nak merasa, cepat-cepat join ok. Syarat mudah, nak dapat hadiah pun mudah.
Good luck!


TEMPAHAN MINI POPIA IKAN BILIS & KUIH SIPUT
COD & Postage disediakan
019 2331810 - Yui





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

TEMPAHAN KUIH SIPUT DIBUKA

Mula saja buat tapi memandangkan ada yang order, jadi aku open order secara rasmi ya. Selain dari mini popia ikan bilis cuba jual yang lain pula.




1 balang RM 12
Postage disediakan
Untuk postage akan guna bekas plastik putih

SMS atau whatsapp 019-2331810


Renyah buat kuih siput tapi rezeki jangan ditolak
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 02, 2015

DUIT SATU KEPENTINGAN

Zaman sekarang, duit dah menjadi satu kepentingan
Takde duit, rasa something walaupun dalam poket hanya RM 1
Duit itu keperluan




Zaman sekarang pun susah cari duit
Nak habiskan, sekejap!


Walau sesusah mana, jangan nak MENIPU untuk dapatkan duit
Jangan cari jalan mudah
Kelak ingat ada balasannya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

EMEL YANG DINANTI SEBAGAI BLOGGER

Tajuk poyo aje tapi memalui blog lah aku jana pendapatan sampingan
Contohnya dari Nuffnang ini lah
Walau sekarang amaun dah ciput tapi takpe
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ye dak?



InshaaALLAH esok lusa akan dapat cek
Lepas itu boleh tunaikan
Moga semua dipermudahkan
Aamiin....





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 01, 2015

TRAGEDI SALMON HANGUS

Tak tau lah nak sedih atau ketawa tapi aku banyak gelak lepas kejadian ini terjadi
Konon malas masak di rumah sewa, bawalah ke opis
Opis hanya ada microwave


Selalu bakar guna oven 10 minit atas bawah
Hari tiu, "cerdik" sangat set 10 minit
Microwave tu!!
Kejap saja patutnya




Tinggal berbaki beberapa saat, kawan nampak kepulan asap
Laju dia bangun dan terus tutup
Nasiblah tak meletup!
Naya weiiii


Bekas pecah, ikan hangus
Moral, jangan malas-malas sebab ada balasannya
Padan muka kau Yui!


Hahahaha, first time macam ini.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

CENDAWAN MEKAH ATAU MUT MUT

Pernah dengar pasal cendawan mekah atau mut mut? Kat negara luar, teh ini sangat popular. Aku baru tahu lepas dapat tahu dari opah. Berzaman-zaman dah benda ini.


Paling menarik
Cendawan ini macam "hidup". Ada pantang larangnya juga untuk "bela".


Apa yang menarik bila minum air ini?
Banyak kebaikan dan kelebihan. Tapi untuk diri sendiri, bagi senang aku membuang. Hahaha. Jadi, tak payah terlalu bergantung kepada cleanx tea.


Air cendawan mut mut sedap diminum begitu saja atau disejukkan.
Rasanya bergas macam air zapel.


Gambar google, gambar sendiri tak ambil


Kalau korang tengok orang jual, memang boleh tahan harganya. Tak percaya? Cari sendiri. 
Lagi lama cendawan ini, lagi berharga.


Tapi aku minum untuk kesihatan diri saja. 
Kita berusaha, ALLAH penentu segalanya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^