tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, February 28, 2014

Dana untuk MEOW

Alhamdulillah projek dana untuk meow-meow daku telah dilancarkan. Kenapa aku namakan dana? Sebab hasil jualan 100% akan digunakan untuk meow.


Alhamdulillah jualan pertama shawl/tudung preloved dijual bernilai RM 1 setiap satu telah habis dijual. Mendapat sambutan.

SOLD OUT UNTUK ITEM RM 1



AVAILABLE : PINK KIRI, OREN, MARRON & TIGER

AVAILABLE : KEDUA-DUA

Kenapa aku wujudkan dana untuk meow?

1) Pertambahan kucing yang semakin banyak membuatkan aku bertekad nak "mandulkan" walau hakikatnya tak sanggup tapi demi kebaikan terpaksa relakan

2) Ada antara kucing aku yang KKU - Kucing Kurang Upaya


Jadi sebab itu aku nekad tubuhkan dana untuk meow. Ada yang preloved dan new item yang dijual dengan harga jauh lebih rendah. Niat aku untuk kebajikan meow-meow yang disayangi.


Hingga kini terdapat 12 ekor anak kecil kucing sahaja yang baru dilahirkan. Belum masuk jumlah meow yang sudah besar. Jadi, aku berniat untuk berikan kepada mereka yang mencintai kucing. Untuk area Ipoh, inshaaALLAH aku boleh hantarkan terus. Nak gambar aku boleh bagi.



Dengan wujudnya Dana Untuk MEOW 
Sambil membeli sambil menderma secara tidak langsung


Doakan projek aku untuk meow berjalan lancar. Jika ada yang nak membeli boleh terus inform. Terima kasih banyak-banyak.


Jualan lain untuk Dana Meow :

1) Kain cotton dari Vietnam 


ENTRY BARU SCROOL BAWAH





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bercuti ke Kuala Lumpur

Orang KL nak bercuti negeri lain, orang Perak nak pergi sana. InshaaALLAH esok pagi aku akan gerak ke Kuala Lumpur. Naik bas sudah. Turun di hentian duta.


Ahad ada kenduri kahwin kawan sepoli. InshaaALLAH akan stay sampai Isnin sebab hari Isnin dah amibil anual leave. Gigih ambil cuti takut penat. Muahaha!


So, kalau lambat bertandang ke blog anda jangan marah tau. Nanti aku terjah setelah selamat tiba ke rumah tersayang.


Motif utama selain pergi kenduri, nak jumpa best frienddsssss di sana. Tak sabar nak jumpa korang!


Doakan perjalanan daku dipermudahkan dan segala urusan berjalan lancar. Aminnn.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

FISHER PRICE CADDY BAG



FISHER PRICE CADDY BAG


* Mudah digunakan
* Design yang comel
* Ruangan yang menarik


Fisher-price mummy bag / caddy bag
Fisher price multifunctional nappy storage bag for baby
Size: 33cm x13cm x 25cm
Material: polyester



Harga : RM 40 ( SM ) , RM 45 ( SS )
Harga termasuk poslaju


Belian dengan harga borong untuk 10 pcs ke atas
Berminat, sila terus PM Yui ya



Nurul Yui Collection




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 27, 2014

CPUV [1,2,3,4] 2014

Kali terakhir blog ini menerima CPUV bulan Disember 2013. Lepas itu merajuk sebulan. Alhamdulillah Nuffnang merajuk sebulan lepas itu sekali ganti dapat 4 CPUV terus.



Moga bertapak lebih lama di blog picisan ini. Boleh buat tambah isi tabung personal. Muahahah. 


Tahniah kepada anda yang dah lama dapat CPUV. Rezeki masing-masing. Alhamdulillah.


Amaun yang dipaparkan bukan bertujuan menunjuk tapi lebih kepada memberi semangat kepada mereka yang sedang berusaha untuk menjana pendapatan sampingan bersama Nuffnang


Siapa kata membebel dalam blog itu buang masa? Inilah buktinya.


* Esok nak cashout. Hihi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 6 [2014] - Kongsi & rahsia

Ada benda yang boleh dikongsi
Ada benda yang terpaksa dirahsiakan


Semua itu ada kebaikan & keburukan tersendiri
Yang penting kita pandai menjaga, menyampaikan & menilai


Jangan paksa sesuatu
Andai belum mampu untuk dikongsikan


Sebagai contoh
Kisah di blog aku seperti 
ROJAK
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 26, 2014

Wajah lama blog Corat Coret Nusha



Kelebek folder nampak wajah lama blog
Dulu siap nak letak gambar owner blog


Sekarang letak cartoon sudah
Hihi


Macam lama tak bertukar "baju" blog
Tapi sayang pula


Sila jangan mengada-ngada Yui!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 5 [2014] - Antara pelanggan Nurul Yui Collection











1) Set pisau kitchen king 4 pcs
2) Set pisau kitchen king 6 pcs
3) Set pisau & stand
4) Tilam bedung ( sleeping bag baby )
5) Set tilam baby berkelambu
6) Combo set tilam berkelambu & tilam bedung
7) Mini ATM for kids


Berminat? Sila terus PM dia fb page




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 25, 2014

TIPS ATAU CARA UNTUK MASUK TENDER LELONG BARANG KEMAS

Anda berminat dengan lelongan barang kemas? Jom daku share antara maklumat yang aku rasa wajar untuk anda pertimbangkan.


1) Perhatikan sebaiknya item yang ada dalam bekas bercermin
2) Rujuk maklumat lanjut setiap barang pada kertas yang disediakan 
( item, berat, mutu & kerosakan jika ada )
3) Tengok barang samada nampak lusuh, baru atau ada kerosakan sedikit
4) Buat kiraan anda sendiri. Di sini anda kena pandai untuk letak harga. 

Bandingkan dengan harga jika beli di pasaran luar. Kalau beli lelong lagi untung, masuk tender. 

Jika tidak, abaikan sahaja.
5) Minta tolong atau bertanya kepada pekerja arrahnu andai diperlukan


Setiap satu akaun pada barang lelongan iaitu setiap borang berharga RM 5. Anda isi maklumat yang diperlukan dan letakkan harga yang boleh anda tawarkan.


Berapa harga barang lelong ikut anda?
Nilai yang anda letak + RM 5 ( borang ) = Inilah jumlah sebenar untuk item anda pilih


No 5 itu antara yang penting sebab disitu memerlukan "kemahiran" anda untuk meletak harga. Diingatkan, bukan anda seorang sahaja yang akan masuk tender. Jadi kena pandai letak harga selaras dengan harga yang relevan.


* Pekerja arrahnu & ahli keluarga terdekat adalah DILARANG untuk memasuki tender barang lelong, harap maklum.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Antara air dan elektrik yang mana lebih penting buat anda?

Kalau diberi pilihan TERDESAK, antara air dan elektrik yang lebih penting untuk aku, haruslah aku pilih AIR. Kenapa air? Sebab macam-macam kegunaan air.


Aku lebih pentingkan air sebab macam-macam yang dibuat dengan air. Masak air, mandi, air besar, air kecil aishh macam-macam tau.


Tengok berita yang Selangor akan dikenakan catuan air, aku pula yang cuak. Kena habis berjimat cermat untuk kegunaan air. Alhamdulillah Perak tak kena lagi macam itu selama aku hidup 26 tahun ini.


Kalau elektrik takde takpe lagi sebab setakat berpanas, bergelap sekejap. Kalau air? Nayooo la den.


* Bermula hari ini hingga khamis sedikit sibuk untuk urusan lelong barang kemas. Maaf kalau lambat terjah



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 24, 2014

Sibuk untuk urusan lelongan barang kemas

InshaaALLAH hingga Khamis ini aku sedikit sibuk memandangkan bermula esok proses lelongan barang kemas bakal dijalankan.


Banyak barang kemas yang cantik-cantik. Sayang sungguh kerana mereka tidak mahu ambil semula. Harga lelongan anggaran RM 130 ke bawah untuk setiap gram bergantung kepada mutu barang kemas.


Bagi orang Ipoh, anda dijemput hadir untuk melihat barang kemas yang akan dilelong. Mana tahu ada yang berkenan sebab kebanyakan barang nampak baru. Itu realiti sebab daku sendiri yang uruskan bersama manager.


* Bukan senang-senang nak lelong barang kemas. Pelbagai prosedur dijalankan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

8 sekawan mati lemas

Sebelum pergi kerja pagi tadi, sempat tengok MHI di tv3. Ya ALLAH, sangat sayu hati bila ada kisah 8 sekawan yang mati lemas di Muar ( maaf jika salah lokasi ).


Menitis air mata ini saat melihat keluarga dengan sabar menanti. Makin deras air mata saat nampak mayat timbul tidak lama selepas laungan azan dikumandangkan.


Siapa sangka perkara sebegini boleh terjadi. Niat asalnya untuk berjoging akhirnya berlaku tragedi yang sangat menyayat hati. Sungguh pilu bila mengenangkan kronologi kisah kematian ini.


Moga kesemua arwah ditempatkan di golongan orang beriman. Maut tidak mengenal usia, tidak mengenal masa.


Al-Fatihah.


* Aku tak boleh tengok cerita menyayat hati, pasti laju air mata mengalir







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, February 23, 2014

Shinchan si kucing taiko



Shinchan sekarang

1) Degil
2) Pemalas
3) Suka kacau kucing dara - Lela
4) Suka main air tapi tak suka mandi
5) Manja ketika nak tidur


Satu tabiat sampai sekarang yang tak berubah
"sisa-sisa" kat hidung mesti orang lain yang tolong bersihkan
Orang itu haruslah AKU!


Takpe, sayang punya pasal
Relakan sahaja
Huhu





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 21, 2014

Bantuan BR1M 3.0 sudah mula diagihkan

Alhamdulillah, bagi mereka yang sudah update akaun, bantuan BR1M 3.0 telah diberikan. Macam aku, guna CIMB. Juga terbaca pemegang hong leong & bank islam juga telah diterima.


Bagi pemegang akaun lain, inshaaALLAH rezeki anda bakal menyusul. Jangan pula merungut sebab tak dapat sama macam orang lain. Rezeki itu ada, cuma masa sahaja.


Dah dapat bantuan, gunakan sebaiknya. Perancangan aku? Beli aset baru mungkin. InshaaALLAH. Semoga dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah rezeki di hari Jumaat.


Untuk yang tidak update akaun, proses pengagihan sama seperti sebelum ini. 


* Daku penerima bantuan BR1M 3.0 untuk golongan BUJANG





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Antara meow yang Yui ada



Ini gambar antara meow yang daku ada. Baru suku. Suku tau kawan-kawan. Sebab itu sebelum membiak lebih banyak, daku buat keputusan "terpaksa" untuk lakukan pemandulan terhadap kucing betina. Alhamdulillah seekor dah berjaya dimandulkan iaitu Eton J.


Duit dari hasil Dana Meow memang khas untuk meow-meow yang ada hampir 30 ekor. Alhamdulillah urusan dipermudahkan.


Jom aku kenalkan meow yang ada dalam gambar diatas.


Shinchan - Ini taiko segala kucing 
Lela - Kucing dara yang semakin mengada dan degil
Kika - Kawan pejabat bagi sebab tak boleh nak jaga lagi. Dah lama bela dia
Eton J - Kucing dari matrik gopeng, adik bawa balik ketika masih kecil
Zara - Kucing terkini adik aku jumpa dalam longkang. Sekarang makin aktif


Kucing-kucing yang lain, inshaaALLAH aku perkenalkan lagi nanti ya. Alhamdulillah rezeki itu ada walau terasa kesusahannya.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 20, 2014

Kain cotton dari Vietnam

Memandangkan dalam SSM aku ada tertulis pakaian, jadi sepupu aku minta tolong jualkan kain pasang cotton dari Vietnam. Aku on sahaja sebab barang dah ada, tinggal tolong jualkan sahaja.


- 4 meter
- Cotton yang selesa & tidak panas
- RM 85 ( SM ) RM 90 ( SS )
- Harga termasuk poslaju


Nak harga lebih murah dari tertera?
SMS : Kain Pasang Cotton Vietnam 
hantar ke 019-2331810


* Hasil jualan juga akan dimasukkan ke dalam Dana Meow




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Perubahan yang semakin terasa

Jangan dibiasakan kalau terasa nak berubah
Jangan dimanjakan andai satu hari terpaksa disisihkan


Jangan terlalu berubah secara mendadak
Kerana itu bisa membuat hati terasa
Membuatkan perilaku menjadi lain
Rasa menyendiri, rasa kaku


Andai perubahan itu dipinta
Berterus terang sebaiknya
Andai perubahan itu tidak sengaja
Berpatah balik ke asalnya


Kerana kita manusia biasa
Yang pasti leka dan alpa
Muhasabah diri kita
InshaaALLAH






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 19, 2014

Perkara yang perlu diambil tahu sebelum memulakan diet atkins

Untuk group utama dijadikan sebagai panduan, pendapat, resepi & pelbagai lagi, anda boleh join group FB Kelab Diet Atkins Malaysia.


Dah request masuk group, tunggu sahaja para admin approve. Lepas itu apa?


1) Ucap terima kasih sebab sudi terima dalam group
2) Cari dan baca fail-fail dalam group yang telah disediakan terutama bahagian permulaan diet atkins
3) Rajinkan diri baca pendapat, komen & post yang dipaparkan. Kebanyakannya ilmu berguna
4) Screenshot atau catat dalam buku peribadi apa yang dibenarkan dan dilarang semasa berDA

* Sabar, baca dan cuba untuk ketahui hasilnya


Contoh anda memang TAK BOLEH TINGGALKAN NASI WALAU SEKALI DALAM SEHARI, aku cadangkan korang janganlah buat terkejut terus ( jika tak mampu ). Mulakan dengan kurangkan kuantiti. Kalau sebelum ini satu pinggan penuh nasi, lepas ini jadikan 1/2. Lepas itu suku & akhirnya tiada langsung.


Dalam berDA, jangan nak kata kita takde makan sedap-sedap. Ada okay! Kita sendiri olahkan. Banyak resepi yang dikongsikan dalam group, rajin tak rajin sahaja nak mencari dah olahkan versi Atkins.


Dalam berdiet, apa sahaja diet, hati kena kental & fizikal kena kuat. Disiplin itu penting. Kalau nak perubahan, ikut apa yang disarankan. Tolong jangan ada istilah cheat terutama dalam fasa induction. Itupun kalau nak nampak perubahan. Huhu.


Rajinkan google, inshaaALLAH akan keluar maklumat yang anda nak. Antara percaya atau tidak sahaja. Ingat ya, tiada paksaan dalam berdiet. Anda sendiri yang pilih dan tentukan. 


Bagi aku, apa yang penting, diet tetap diet tapi kesihatan itu juga diutamakan. Jangan paksa diri andai rasa tidak mampu. Perlahan-lahan inshaaALLAH ada hasilnya.


Entry lain :

Menu fasa induction minggu pertama { entry }

Menu fasa induction minggu kedua { entry }
Resepi versi atkins yang aku hasilkan { entry }



Sertai di FB :


Apa yang penting
Diet Atkin TIDAK PERLU
sebarang ubat untuk kuruskan & maintainkan badan anda
Jaga pemakanan & lakukan workout






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 4 [2014] - Akaun facebook Fasha Neelofa?



Kenapa masuk dalam email aku?
Macam pelik je





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 18, 2014

Hadiah untuk hari ini



Bangun pagi nak bersiap pergi kerja, kepala asyik tingtong. Masuk bilik air pun ambil masa yang lama untuk mulakan apa yang patut.


Hari ini datang kerja pun lewat seminit. 8.31 pagi. Disebabkan pening, muntah, cirit birit maka perlu jugalah jumpa yang pakar. Kalau tak teruk, memang tidaklah teman pergi jumpa doktor tu.


Kata doktor aku keracunan makanan. Takpe, telan sahaja ubat yang diberi. Moga kejap lagi dan seterusnya pulih seperti biasa.


Sekarang masih kerja seperti biasa. Sakit itu penghapus dosa kecilkan? ALLAH sayang saya.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Ole-ole dari Pulau Langkawi

Bila ada yang pergi Langkawi terutama "teman rapat", haruslah kita kena kirim mengirim. Nak pergi entah bila. Huhu.




Ini antara hasil yang telah selamat berada di rumah. Daim & milkyway sahaja yang biasa aku makan. Yang lain nan hado pernah.


Pepero : Biasa-biasa aje. Macam makan biskut biasa
Bounty : Ada kelapa dalamnya. Memang manis melekat!
: Seperti biskut disalut coklat. Biasa sahaja.
Ritter sport : Belum rasa lagi
Milkyway : Coklat didalamnya seperti mashmallow. Sedap!!
Daim : Ini memang mables! Coklat wajib. Mak yang nak sangat


Terima kasih awak sudi bagi semua ini. Nanti pergi lagi nak lagi ok? Hahaha. Almond gold jangan dilupakan. Itu menjadi pujaan sekarang.


Paling best bila dapat ole-ole langkawi yang aku sangat suka! Apa dia? Kalau rajin aku update nanti. 







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 17, 2014

Menu fasa induction minggu kedua diet atkins

Alohai tu dia aku ambil masa nak update menu fasa induction aku. Maaf ya  pada yang ternanti sambungan. Sekarang aku bagi settle tunjuk menu aku selama 2 minggu "berpantang". Lepas itu aku share pengalaman seterusnya.



Telur separuh masak
Ikan bakar & salad
"Nasi" gorengversi atkins


Salad & brokoli
Salad campur
Ayam dari Tesco


Telur separuh masak & brokoli
Ayam & sayur
Telur berlada


Sebaiknya menu untuk induksi, masak sendiri lagi bagus. Kita sendiri tahu bahan yang dimasukkan. Macam yang aku pernah bagitahu, tidak 100% aku follow sebab ada yang cheat. 


Contoh macam menu hari ke-13. Aku tak makan nasi tapi ambil ayam. Ayam itu bersos, maka ada terselit juga aku telan sekali sos walau aku kuiskan. Menu beli macam itulah jadinya.


Bagi yang betul-betul nak berdiet, 100% aku sarankan ikut apa yang dicadangkan ok. Hati kena kental, fizikal kena kuat.


Entry lain :

Menu fasa induction minggu pertama { entry }
Resepi versi atkins yang aku hasilkan { entry }


Sertai di FB :





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Set Eksklusif Kitchen King Knife with Acrylic Stand



 - Set Eksklusif Kitchen King Knife with Acrylic Stand -

Menjadi pilihan suri rumah untuk menghiasi dapur & gunakannya

100% Tajam
Mata Pisau Stainless Steel Yang Tajam dan Tahan Lasak
Didatangkan dengan Acrylic Stand (adjustable & boleh berpusing)
Corak yang menarik
Boleh juga dijadikan hadiah

Terdiri daripada ( 7 item ) :
8" Chef Knife
8" Slicer Knife
8" Bread Knife
5" Utility Knife
3.5" Paring Knife
Peeler (Ceramic Blade)
Acrylic Stand (Boleh Berpusing)

Terdapat dalam warna Hijau, Merah dan Ungu 

Harga termasuk poslaju
RM 80 ( SM ) RM 90 ( SS )
Anggaran berat : 1.5kg




- stand boleh berpusing -


- MARKET PRICE RM 95+ -


Berminat? Sila terus PM di page FB Nurul Yui Collection
atau tinggalkan komen anda di entry ini





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, February 16, 2014

Perasaan banggakan diri atau berlagak

Bila kita tanya tentang A
Bagi saja jawapan tentang A
Jangan seperti riak menambah cerita lain
Kisah B hingga Z
Sambil bercerita sambil bangga dengan apa yang ada


Alhamdulillah dengan kelebihan 
Bersyukur dengan apa yang diberikan
 Bersederhana dalam setiap perkara


Contoh situasi :

A : Kita makan kat gerai makcik kiah kejap lagi ya?
B : Aish, taknaklah. Gerai kecik, panas takde aircond.
Kita p mekdi jelah. Selesa, ada wifi lagi.


Ingat! Sebelum wujud mekdi
gerai tepi jalan yang lahir dahulu
Jadi, jangan nak over tak bertempat
Berkata ikut sedap
Takut nikmat kelebihan ditarik ALLAH


Moga kita sama-sama dijauhkan seperti itu





 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, February 15, 2014

TILAM BEDUNG (SLEEPING BAG BABY) - Berzip





TILAM BEDUNG (SLEEPING BAG BABY) 

- Menghalang gigitan nyamuk
- Mudah Dan senang untuk disimpan dan dibawa kemana-mana
- Sejuk dan selesa untuk bayi
- Sesuai untuk dibawa berkhemah dipantai
- Material dari kain cotton 
- Menggunakan kekabu 

LIMITED EDITION, CEPAT DAPATKAN SEBELUM HABIS STOK!!

TERDIRI DARIPADA:
- 1 set tilam (bedung dan sebiji bantal)
- 1 Beg transparent untuk menyimpan tilam


SLEEPING BAG
Anggaran Ukuran Tilam : 59 cm x 33.0 cm (22.5 inci x 12.5 inci)
Anggaran ukuran Selimut : 40 cm x 22 cm (15.5 inci x 9.0 inci)


Harga : RM 35 ( SM ) RM 40 ( SS )
Harga termasuk postage tauuu


Nak set combo jimat berserta tilam berkelambu?
Rujuk entry { ini }


SMS/Whatsapp 019 233 1810



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 14, 2014

COMBO SET TILAM BABY BERKELAMBU & BABY BAG BEDUNG TRAVEL ( SET JIMAT )



- Menghalang gigitan nyamuk
- Mudah Dan senang untuk disimpan Dan dibawa kemana-mana
- Sejuk Dan selesa untuk bayi
- Sesuai untuk dibawa berkhemah dipantai
- Material dari kain cotton 
- Menggunakan kekabu 

* LIMITED EDITION

TERDIRI DARIPADA:
- 1 set tilam berkelambu (tilam, kelambu, sebiji bantal dan 2 bantal peluk)
- 1 set 'sleeping bag' (tilam, selimut berzip dan sebiji bantal)
- 1 Beg transparent untuk menyimpan tilam

TILAM BERKELAMBU 

Anggaran ukuran tilam : 71 cm x 42 cm.
Anggaran ukuran kelambu ; 71 cm x 42 cm x 41 cm

SLEEPING BAG

Anggaran Ukuran Tilam : 59 cm x 33.0 cm (22.5 inci x 12.5 inci)
Anggaran ukuran Selimut : 40 cm x 22 cm (15.5 inci x 9.0 inci)

*Anggaran berat keseluruhan; 1.5 kg

Harga : RM 80 ( SM ) RM 90 ( SS )
Harga termasuk postage tau 


Juga dijual secara berasingan jika tidak mahu set combo
Tapi lebih jimat dengan set combo tauuu 
=___=


Berminat?
Sila terus PM daku di FB Nurul Yui Collection
 untuk confirmkan corak apa yang available
Terima kasih





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Suasana kampung yang mendamaikan



Tengok gambar pun dah tahu tuan tanah seronok berada di kampung. Kampung aku di Parit Buntar. Inilah kampung belah mak.


Ini namanya bendang tengah kontang itu sebabnya daku boleh jejak situ. Kering. Lompat puas-puas sebab takut tergeliat satg. Muahahaha!


Daku suka suasana kampung. Nyaman dan tenang. 


Kampung belah abah tanam pokok getah. Belah mak bendang.


* Ramai tegur aku berjaya dengan Diet Atkins. Haah, berjaya turunkan sikit kg dan kurang inchloss. Alhamdulillah. Nanti aku story lain ok.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 13, 2014

Mary Kay Gift Away

Pernah dengar produk jenama Mary Kay? Aku pernah dengar tapi tak pernah mencuba. Kalau ada yang bagi free laju juga nak mencuba kehebatan Mary Kay.


Bagi mereka yang nak mencuba produk dari Mary Kay, meh aku nak kenalkan rakan blogger kita yang ada jual produk Mary Kay



FB Page : Buruk Shopz


Support mereka yang menjalankan perniagaan terutama untuk menambah pendapatan sampingan. Oh ya, jika anda bertuah, anda juga mungkin terpilih untuk dapat sample Timewise Skin Care Product secara percuma dari owner Cik Muda.


Untungnya kalau dapat free. Dah cuba baru boleh review keberkesanannya kan? Hihi. Good luck yang lain.


Tangan macam tak sabar nak dapat bungkusan sample percuma. Ok, tak salah berangan sebelum jadi kenyataan =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Hadiah untuk GA 5K Dunia Sebenar Shida



Kepada mereka yang ada join GA 5K Dunia Sebenar Shida, inshaaALLAH akan ada 2 orang pemenang dapat hadiah dari Nurul Yui Collection iaitu aku sendiri. 


Maka, hari minggu aku siap sedia buat applique. Nak jadikan apa? Tunggu siap. Hasil tak seberapa dariku. Nanti aku update lain. Yang belum join, cepat-cepat sebelum tarikh tamat ok.


Good luck semua peserta.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 5 [2014] - Buat bakal suamiku


Kalau pun perokok biarlah bukan yang tegar
Seminggu sebatang sudah
Hahaha!
Tapi kalau boleh bukan perokok lagi bagus
 Aku tak gemar !




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 12, 2014

Urusan dana meow pertama

Hasil terkumpul dari dana meow maka urusan hari ini bakal berjalan. Hal yang sebelum ini aku biarkan sebab tak sanggup nak buat, tapi sekarang untuk kebaikan dan kebajikan kucing-kucing, ku cekalkan hati.


Urusan pemandulan kucing betina - Eton Junior


Temu janji telah dibuat dan 8.30 pagi adalah masanya. Korang doakan kucing aku ini kuat & cekal hadapi pembedahan kecil ini.




Jumlah kucing di rumah aku lebih 30 ekor. Sebab itu keputusan tekad ini perlu dibuat. Dan untuk mendapatkan dana, daku tubuhkan DANA UNTUK MEOW dengan menjual apa yang boleh dijual. InshaaALLAH.


Jualan amal untuk meow
{ entry }


Alhamdulillah ada juga insan baik hati yang sudi memberi derma secara ikhlas ( tak beli barang ). Terima kasih awak yang menderma. Moga ALLAH murahkan rezeki awak.


Doakan urusan aku berjalan lancar.


Aku nak tengok kucing-kucing aku hidup dengan sempurna walau aku juga tidak seberapa. Aminnn.


* Hari ini aku AL demi anak meow tersayang ( entry autopublish )




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 11, 2014

Terus mengorak langkah ke hadapan



Berjalan biar terus ke hadapan
Berjalan biar penuh berhemah
Tidak perlu tergesa-gesa berlari
Untuk cepat sampai ke destinasi


Kerana berjaga-jaga perlu ada
Supaya kita tidak cepat leka
Cepat tergoda dengan jalan yang rata
Berhemah ketika berada atasnya


Sambil kita berjalan
Sambil kita manfaatkan
Rasai apa yang berada sepanjang perjalanan
Hargai apa yang dilalui
Supaya kita lebih mengerti


Teruskan kehadapan
Teruskan perjuangan
Jangan sesekali undur
Takut kita sendiri akan mundur


InshaaALLAH.....






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^