tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, July 31, 2015

Bonus pertama bersama CMD

Aku sah menjadi ahli CMD pada 27/7/2015. Alhamdulillah dalam masa sehari, ada yang turut nak cuba. Setelah diceritakan & diberi penerangan, terus bayar & terima barang.



Inilah bonus pertama daku sebagai ahli CMD dalam erti kata lain "upah" kita kerana beri penerangan & kongsi kelebihan CMD {selain sudi melayan melalui pm atau whatsapp}. Semua itu akan diterangkan. 


Sambil sendiri guna, sambil share pada umum.
Tak salah kongsi benda baik kan?


MYPRK1135361
019 2331810


Belilah dengan ahli yang sah sebab harga yang ditetapkan tidak lebih dan tidak kurang.


Entry lain berkaitan CMD :




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sushi di Aeon menjadi pilihan

Aku ni jenis tekak main belasah asal kenan. Haaaa. Ada faham?
Kadang keluar rehat, tak tahu makan apa, nampak pula sushi yang colourfull, mata bling bling pilih mana yang nak.




Biasa paling banyak beli 6 ketul. Itupun dah rasa cukup banyak. Kadang forward jadi 2 hari punya menu. Huhuhuuuu.


Ada yang suka sushi?
Kita tak geng sebab kita jarang makan sushi. Hahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 30, 2015

Apa itu CMD? Jom baca secara ringkas

Sebenarnya produk ini dah lama, zaman mak mak kita pun ada cuma sekarang kembali popular. Biasalah, kuasa internet. Share, klik & baca.


Takpe, aku bagitahu serba sedikit dekat blog untuk bacaan korang. Nak google pun takde masalah.




Nak penerangan atau cerita lebih lanjut, lagi oleh pm di FB Nurul Yui
Kita potpet kat sana. Tanyalah selagi boleh. 
Apa yang bezakan daku dengan orang lain?


1) Cara penyampaian
2) Cara guide
3) Bantuan


Tak percaya, mailah sembang. Ahli CMD ramai, yang bezakan di atas tadi itula. Dengan aku, aku bantu sebaik mungkin. Kita cuba, kita share. Gituuuu.


MYPRK1135361
019 2331810





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Dobok kini dibela oleh orang lain

Tak tahu nak mulakan macam mana, sebab benda tiba-tiba. Memang aku ada rancang untuk open adopt anak-anak kucing yang sudah membesar kepada sesiapa yang berminat, tapi tak sangka ALLAH cepatkan.

ALLAH pilih Dobok sebagai permulaan.



Gambar Dobok ketika usia 1 bulan


Ceritanya bermula begini,

Sabtu pagi 25/7/2015 tiba-tiba datang seorang anak gadis berbangsa India. Terus meminta kebenaran untuk dapatkan seekor anak kucing untuk dibela. Katanya kucing dia baru saja mati. 


Mula-mula dia nak anak kecil, tapi aku tak bagi sebab dia nak seekor sahaja.
Sebenarnya berat hati juga nak lepaskan. Kalau boleh sebaiknya ambil 2 ekor ( sebagai teman ).


Bila difikir, usia Dobok sekarang sudah 7 bulan, sudah agak remaja.
Dia sendiri pilih untuk ambil Dobok sebagai "keluarganya". Sayu hati lepaskan tapi aku fikir maybe mereka lebih baik & lebih mampu untuk menjaga Dobok. 


Dobok sayang,
Berbahagialah dengan keluarga baru. Maaf untuk segala kekurangan selama kami bersama kamu. Kami doakan yang terbaik buatmu sayang.


Saat menaip, air mata ini mengalir.
Walau ia hanya HAIWAN PELIHARAAN, tapi telah ku anggap sebagai keluargaku.
Ku lepaskan demi kebaikanmu.


InshaaALLAH doakan Dobok dalam jagaan yang sangat baik.
Jangan ada penganiayaan kepadanya & anak bulus lain.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

PROMOSI CMD BUY 1 FREE 1



Promosi BUY 1 FREE 1 kembali lagi
Jangan lepaskan peluang keemasan!!

Buy 120ml free 30ml
JOM DETOX♥

Siapa kata mahal?
Kalau dah 1 botol boleh guna luar dalam
Boleh pakai dari hujung rambut sampai hujung kaki
Dari beli macam-macam produk untuk kegunaan 1 badan
Lebih baik bayar untuk 1 botol yg boleh pakai atau guna luar & dalam

Kami tak paksa anda untuk percaya,
Tapi kami ada banyak testimoni untuk ini semua :

♡ada yang dah kurang merokok
♡ada yang dah kurus langsing
♡ada yang dah berseri seri muka
♡ada yang dah pembuangan lebih lancar
♡ada yang batuk dah sembuh
♡ada yang badan,tangan & kaki kebas2 dah ok
♡ada yang kencing manis dah ok
♡ada yang berjalan jauh kaki tak sakit
♡ada yang badan rasa ringan
♡ada yang tak mengantuk dan bertenaga

DAPATKAN PAKEJ
1 BOTOL CMD 120ML (tahan 2 bulan)
Free 30ml
FREE!! 1 BUKU IEXP4U
FREE!! KEAHLIAN SEUMUR HIDUP

Tambahan :
Ada group FB untuk support anda juga

MYPRK1135361
Nurul Yui 
019 2331810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 29, 2015

Senarai penuh Kabinet baru 2015

PERDANA MENTERI 
Datuk Seri Najib Razak 

TIMBALAN PERDANA MENTERI 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

MENTERI KEWANGAN: 

Datuk Seri Najib Razak 

MENTERI KEWANGAN II: 
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Chua Tee Yong 
2. Datuk Johari Abdul Ghani 

MENTERI PERTAHANAN 
Datuk Seri Hishammuddin Hussein 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Mohd Johari Baharum 

MENTERI DALAM NEGERI 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Nur Jazlan Mohamed 
2. Masir Anak Kujat 

MENTERI LUAR NEGERI 
Datuk Seri Anifah Aman 
Timbalan Menteri 
1. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican 

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI 
Datuk Seri Mustapa Mohamed 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2 
Datuk Seri Ong Ka Chuan 

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Ahmad Maslan 
2. Senator Datuk Lee Chee Leong 

MENTERI KESIHATAN 
Datuk Seri Dr S.Subramanian 
Timbalan Menteri 
1. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya 

MENTERI PENDIDIKAN: 
Datuk Seri Mahdzir Khalid 
Timbalan Menteri: 
1. P.Kamalanathan 
2. Chong Sin Woon (Senator)

MENTERI PENGAJIAN TINGGI 
Datuk Seri Idris Jusoh 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Mary Yap Ken Jin 

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN 
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Timbalan Menteri: 
1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin 

MENTERI PENGANGKUTAN 
Datuk Seri Liow Tiong Lai 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Abdul Aziz Kaprawi 

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI: 
Datuk Amar Douglas Unggah Embas 
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon 

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 
Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak Timbalan Menteri: 
1. Datuk Jailani Johari 

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: 
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili Timbalan Menteri: 
1. Datuk Seri Dr James Dawos Mamit 

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: 
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Timbalan Menteri: 
1. Datuk Alexander Nanta Linggi 
2. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub 

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: 
Datuk Wilfred Madius Tangau 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Dr Abu Bakar Diah 

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: 
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Timbalan Menteri: 
1. Datuk Ir Hamim Samuri 

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: 
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman 

MENTERI KERJA RAYA: 
Datuk Seri Fadillah Yusof 
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin 

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN: 
Datuk Hamzah Zainuddin 
Timbalan Menteri: Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah 

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT 
Datuk Seri Rohani Abdul Karim 
Timbalan Menteri 
1. Datuk Azizah Mohd Dun 
2. Senator Datuk Chew Mei Fun 

MENTERI SUMBER MANUSIA 
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem 
Timbalan Menteri 
1. Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib 

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor 
Timbalan Menteri 
1. Datuk loga Bala Mohan 

MENTERI BELIA DAN SUKAN 
Khairy Jamaluddin 
Timbalan Menteri 
1. Datuk M Saravanan 

MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI 
1. Datuk Seri Azalina Othman Said 
2. Nancy Shukri 
3. Senator Datuk Seri Wahid Omar 
4. Datuk Wee Ka Siong 
5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom 
6. Senator Datuk Seri Idris Jala 
7. Tan Sri Joseph Kurup 
8. Datuk Joseph Entulu Belaun 
9. Datuk Seri Shahidan Kassim 
10. Senator Paul Low Seng Kuan 
11. Datuk Mah Siew Keong 

Timbalan Menteri 
1. Datuk Razali Ibrahim 
2. Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

--------------------------------------------------------------------------------

Terkejut dengan pengumuman sebegini. Moga yang dilantik & berada di barisan atas ini akan lebih membela rakyat marhaen seperti kami dan bukan untuk cuba "menindas" atau menyusahkan rakyat.


Sila hafal senarai penuh kabinet ini andai anda bakal terlibat dengan interview kerajaan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 11 [2015] - Tunggu Dia




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 28, 2015

Sah menjadi ahli CMD



Alhamdulillah 27/7/2015 secara rasmi aku telah menjadi ahli CMD. Apa itu CMD? Nanti entry lain. Bagi entry "teruja" ini dulu. Hahahaha.


Sebenarnya lama dah nak cuba CMD semenjak aku dah putus dengan Ephyra. 
Mula cadang nak beli botol kecil tapi bila fikir tambah berapa RM saja boleh terus dapat botol besar & jadi ahli seumur hidup, terus tekad join.


Motif utama guna CMD?
Untuk masalah keguguran rambut & detox. Lain-lain masalah kalau dapat di atasi dengan CMD, itu bonus namanya.


Lagipun nak bagi mak & abah. Abah sebab utama adalah resdung. Mana tahu berkesan padanya. Kesian pula tengok asyik sohsehsohseh.


Selain dari kegunaan sendiri, CMD juga boleh dijadikan tempat untuk tambah pendapatan sampingan. Macam jual produk-produk lain juga.


Jadi, lepas ini jangan marah kalau banyak entry pasal CMD. 
Alaaaa, kita tengah eksaited. Kihkihkih.


Yang nak beli, boleh inform aku. Aku guide korang sebaiknya pula.


MYPRK1135361
Nurul Yui
019 2331810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Raya 2015 Yui kuih raya

Tahun ini pecah rekod, takde langsung biskut dari air tangan ini. Nampak gambar kat bawah???


Inilah 5 balang yang duk terdampar atas meja. Mini popia dah confirm sendiri buat, 4 lagi jenis biskut hasil tunjuk menunjuk. Hahahaha.




Tak tau pasaipa tahun ini malas nak buat



Balang kaca beli baru di kedai RM 2. Eh, bukan RM 2 tapi dah RM 2.12. Tak payah dah nak beli balang bunga-bunga yang menunggu masa retak penutupnya kalau salah pegang atau buka. Huhuhhhhh.


Jadi mana yang mai rumah, inilah biskut yang ada. Tambahan menu lain biasanya ada kalau orang nak mai, sebelum tu call dulu. Senang kami prepare.


Siapa lagi nak mai rumah, jemputlah datang. Hari minggu biasanya aku ada di rumah sahaja.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 27, 2015

Kurang sihat

Jumaat lepas, badan dah mula suam kuku. Suam panas.


Bangun pagi, minum air mineral + panadol.
Risau, risau sebab tak boleh nak mc ( sebab tak cukup staf ).
Walau apa pun kena juga datang pejabat, jadi pilihan awal telan ubat.


Masuk kerja, kepala dah mula pening walau boleh lagi menghadap pc.
Rehat pagi, tak makan, terus masuk surau dan lelapkan mata lebih kurang 40 minit.
Habis kerja, sampai rumah terus terlantar atas tilam.
Tak kisah dah hal lain.


Bangun hari Sabtu, dah rasa lega sikit.
Dah boleh beraya, hohooo.


Hari ini masuk kerja, badan dah mula panas.
Harap oklah semuanya, malas nak ke klinik.


Korang pun jaga diri baik-baik ya.
Musim demam, sebab dah mula hujan.


Demam luaran boleh nampak tapi
Deman dalaman, diri sendiri saja yang tahu...





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Raya 2015 Yui bersama adik beradik

Keluarga aku keluarga kecil sahaja. Gaduh baik gaduh baik itu perkara biasa sebab muka itu juga kena hadap. Hahahaha.


Meh ku kenalkan adik beradik daku. Pandai mak abah nak 2 pasang je. Miahahaha!






Baju raya 3 orang yang lain itu semua beli nak dekat raya. 
Hadap saja cari last minute. Padan muka kome lambat-lambat lagi. 


Jadi, inilah adik beradik aku.
Kot nampak mana-mana bolehlah tegur. Ecehhhh, konon!


Takde gambar bersama mak & abah sebab depa tak gemar bergambar.
Memang jenuh nak paksa, tunggu hari kahwin nanti kot baru nak. Eh!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 24, 2015

Raya 2015 Yui bersama makwe



Ini makwe kedua daku
Makwe pertama haruslah mak aku
Hihi




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kad raya keempat 2015 | Cik Itah

Kad raya seterusnya yang tiba selepas 1 Syawal. Jauh datang dari Sabah. Naik kapal terbang turun ke KL. Naik lori terus ke Perak. Eh, merapu dah. Hahahah.




Kenal dengan blogger Sabah, Cik Itah?
Orangnya comel ( tengok dalam FB ). Rajin singgah blog.
Sape belum kenal, cepat-cepat pergi terjah ya. Boleh tambah kenalan.


Terima kasih Cik Itah untuk kad raya ini.
Salam takziah untuk kejadian gempa yang berlaku di Sabah.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 23, 2015

Raya 2015 Yui bersama anak bulus



Selamat Hari Raya buat acik-acik
terutamanya yang ada anak bulus


Wakil,
Taiko Shinchan




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Beruntung punya mertua sebegini




Kawan, kawan juga
Tapi pasangan tu jangan dibiar terpinga-pinga


Bahagikan masa
Itu sebaiknya


Wahhh kelas kau cik Yui, hahahaha!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 22, 2015

WW 10 [2015] - Betulkah wahai perempuan & lelaki?


Gurau semata-mata
Mungkin juga realitinya ada
Tak kira jantina
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 21, 2015

Harga asal tudung Aidijuma mengikut label

Saja aku nak kongsikan harga sebenar setiap label bawal AJ. Untuk perkongsian ramai.



White label rm10
Pink label rm14
Green label rm15
Blue label rm20
Black label rm33



Itu semua harga pada CS AJ, Tapi bila ada reseller harga akan bertambah ( mengikut kesesuaian ). Kebiasaan harga jual semula pada orang lain ( yang taknak bersusah payah ketika corak baru keluar )


WL RM 15

PL RM 18
GL RM 22
BL RM 25
BL RM 40


Kadang apabila design lama tapi masih menjadi permintaan ramai, harga biasanya akan meningkat. Alaaa, macam barang antik. Lagi lama lagi mahal. Macam itu juga ibarat penangan AJ.


Aku bukan peminat tegar tapi jika ada design yang aku suka, aku akan usaha dapatkan.


Di atas hanya label asas AJ. Ada juga label lain seperti YL & Gold Label.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Nenek Eton berhari raya



"Ate, mane duit rayanyaaa?"




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 20, 2015

Kes langgar lari

Takmau bercerita pasal raya lagi tapi nak kongsi pasal berita kes langgar lari.
Di musim perayaan, risiko kadar kemalangan biasanya akan meningkat
( bukan kita pinta tapi ini statistik ).


Banyak berita yang aku baca,
Kes langgar lari!
Lebih dari 4 kemalangan yang aku baca/tengok di media sosial atau surat khabar adalah melibatkan kes langgar lari.


ALLAH!
Senang saja sikap si pelaku. Salah atau tidak, jangan sesekali "melarikan diri".
Sampai hati buat mangsa kemalangan sebegitu. Lagi menyedihkan apabila melibatkan mangsa yang telah terkorban. Sanggup biarkan mayat sebegitu saja?


Makin melampau gengster jalanan sekarang.
Bayangkan mangsa adalah di kalangan keluarga anda. Dapat rasai?


Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.


Berhati-hati walau di mana anda berada.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Mula bekerja selepas cuti beraya

Assalamualaikum.


Pertama sekali, macam tak percaya sebab "berjaya" buat blog ini senyap tanpa sebarang entry untuk beberapa hari ini.
Kemain malas cik empunya blog nak menaip.


Hari ini. 20/7/2015 aku dah kembali bertugas hakiki.
Cuti sudah "yelek".
Takleh cuti dah selagi sorang lagi tak habis cuti bersalin.


Jadi, yang mana sama macam aku dah mula bekerja hari ini, selamat bekerja semua.


Selamat Hari Raya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, July 19, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H untuk semua pembaca blog

Sebelum blog bakal "sunyi"
Daku ambil kesempatan untuk mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
MOHON MAAF ANDAI ADA SALAH SILAP
SEPANJANG KITA KENAL
SAMAADA SECARA BERDEPAN ATAU ALAM MAYA


MOHON DIAMPUNKAN SEGALANYA
HALALKAN TERLEBIH ATAU TERKURANG


Berhati-hati walau di mana anda berada
InshaaALLAH panjang umur kita akan bersemuka lagi


SELAMAT HARI RAYA SEMUA


Entry melekat untuk beberapa hari




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 15, 2015

Entry sempena Raya 2015

Lusa dah raya dan tentu akan sibuk memanjang samada di kampung atau rumah sendiri (konon je sebenarnya).
Sampai sekarang belum ada entry autopublish yang aku buat.
Apesal entah, macam malas.


Kalau rajin, nanti aku update secara langsung.
Sambil-sambil duduk di kampung, sambil update blog tersayang.
Itupun kalau rajin.


Kalau tak, sunyi jelah beberapa hari ini ya.
Jangan marah aaaaa, nanti ku kunjung balas.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tiba-tiba diberi cuti raya

Semalam aku post di FB sendiri pasal jawapan aku kenapa aku cuti Jumaat, Sabtu & Ahad iaitu cuti umum saja. Takde cuti AL lain.


Tak lama lepas itu, terima emel dari pihak atasan bagi cuti pada hari Khamis.
Alhamdulillah, selalu esok raya hari ini akan kerja half day.


Nampaknya tahun 2015 terus bagi cuti sehari.
Bagus macam ini. Buatlah macam ini tiap-tiap tahun lagi baik. Kihkih.


Sebenarnya cuti sehari ini kena potong AL yang ada.
Tak kisahlah mak jemah, asalkan orang dah bagi cuti, bukan senang!


Secara rasmi, bermula Khamis akan bercuti dan akan mula bekerja pada hari Isnin.InshaaALLAH.


Berhati-hati kepada yang pulang ke kampung
Ingat orang tersayang =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 14, 2015

Baju raya 2015

Baju raya 2015 yang dibeli last minute. Takde tema.
Main hentam kromo je dulu ni. Hahahaha.




Hari Ahad lepas keluar dengan dia.
Pergi Angsana Mall Ipoh, tiba-tiba terkenan baju ini. Suka dengan warna yang ada.


Terima kasih sudi belanja. Mehmehmeh.


Inilah baju raya 2015 daku.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bonus Raya 2015




Alhamdulillah setakat bekerja di sini, tak pernah lagi tak terima bonus raya. Biasanya seminggu sebelum raya akan terima. Amaun sahaja tidak pasti.


Tahun 2015, bonus raya diberi 1/2 gaji.
Alhamdulillah boleh buat tampung apa yang perlu.


Terima kasih company.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kad Raya ketiga 2015 | Eintan Nurfuzie

Untuk tahun 2015, ini adalah kad raya ketiga diterima. Sebenarnya aku minta. Eh eh, hahahaha!




Sebenarnya Kak Eintan ini adalah senior aku ketika belajar di PUO, Ipoh. Sehingga sekarang kami berhubung dan aku banyak rujuk untuk pertanyaan kucing padanya sebab Kak Eintan kerja di veterinar.


Terima kasih Kak untuk semua. Jom kenal Kak Eintan dengan lebih.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 13, 2015

Kad raya kedua 2015 | Azhafizah Dot Com

Kad raya kedua untuk tahun 2015 selepas terima kad raya dari Shida [entry]. Balik kampung tengok dah sampai. Saya suka, saya suka!




Blogger hebat Azhafizah. Kalau belum kenal cepat-cepat singgah blognya. Orangnya ramah & pemurah walau kami sendiri tak pernah bersua muka. Seronok kawan dengan Fiza.


Terima kasih Fiza untuk kad ini. Kad Yui inshaaALLAH lepas raya baru dapat. Hihihi.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Ramadhan 1436H Nurul Yui

Alhamdulillah dapat menikmati Ramadhan 1436H dengan baik. Tak banyak berbeza dari tahun lepas tapi tahun ini dapat juga "sekat diri".


SAHUR
Sahur biasanya akan aku makan 1 atau 3 biji kurma & segelas air.
Biasanya air susu & makan vitamin c ( kadang malas telan )


Nasi tidak akan aku makan ketika bersahur. Sebabnya kalau makan juga, seawal jam 10 pagi perut berdondang sayang. Aku tak pasti kenapa sampai macam itu tapi itulah diri aku. Makan benda lain takpe tapi jangan nak sumbat nasi.


BERBUKA
Alhamdulillah sepanjang berpuasa berbuka di rumah sendiri. rumah sewa dan kampung.
Makan di luar hanya sekali bersama teman semalam 12/7/2015.


BAZAR RAMADHAN
Bab ini aku pecah rekod sebab berjaya kawal diri atau buat tak reti. Hoho.


1 Ramadhan pergi bazar di SS tapi hampa dengan apa yang dibeli. Kecewa sebab makanan dan kuih yang dibeli langsung tak menepati citarasa. Kuah caroi, kuih inti kemain pelik.


Ikutkan dalam 4 hari sahaja aku pernah pergi bazar. Memang pecah rekod sendiri!


AMALAN
InshaaALLAH moga amalan di bulan Ramadhan ini diterima ALLAH, inshaaALLAH.


Beginilah serba sedikit kisah daku di Ramadhan 1436H.
Moga dapat bertemu di Ramadhan akan datang. InshaaALLAH.


Cuti Raya tidak ada. Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kucing ke-11 dimandulkan : Kiut

Alhamdulillah 9/7/2015, seekor lagi kucing kesayangan keluargaku berjaya dimandulkan. Aku kena buat cepat sementara adik perempuan bercuti 2 bulan ( senang dia bawa ). Nak harapkan aku, cuti tengah beku sebab ada staf cuti bersalin.


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?
1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik & ubat sapu
4) Kos pembedahan untuk spay kucing betina di veterinar kerajaan ( ikut tempat ) RM 80/ekor




Kiut pernah hilang seminggu ( disyaki dibuang oleh orang tidak bertanggungjawab ) dan dia berjaya jumpa rumah kami. Menitis air mata kegembiraan tengok dia walau keadaan dia saat itu sangat menyedihkan kerana sedang bunting.


Anak dia 2 ekor Che Ta & Zen [gambar anak]. 
Moga baik-baik hendaknya. InshaaALLAH.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
Shinchan
Kaka
Muna


Doakan semua dipermudahkan. Terima kasih kepada mereka yang sudi membeli & menderma khas dana untuk meow.


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]

Hukum memandulkan kucing
Baca & fahami
entry ]



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, July 11, 2015

Kiut dah selamat


Cerita lanjut tunggu Isnin nanti ya
Selamat menyediakan persiapan raya
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 10, 2015

Tukar duit RM 1

Orang lain pakat beratur pergi bank nak tukar duit baru. Tak kisahlah RM 1, RM 5 atau RM 10. Kalau tukar lebih dari itu, wowwwwww. Untung beraya ke rumah itu! Hahahaha.


Sebenarnya aku sendiri tak pernah beratur di bank untuk pergi tukar duit.
Maklum sahaja, iol orang bujang rasanya tak perlu nak tukar duit banyak-banyak.
Lagipun sepupu sepapat & anak saudara boleh dikira.


Mula-mula fikir nak letak duit lama saja.
Ala, duit lama ke baru ke, guna juga kan?
Lepas itu telefon mak, tanya mak ada lebih tak duit tukar.
Rupanya ada, jadi aku dah "cop" dulu.


Sebenarnya duit baru itu lebih seronok untuk diberi walaupun duit lama juga mempunyai nilai yang sama. Biasalah, raya semua pakat nak baru. Adat sahaja.


Tak fikir lagi nak letak berapa.
Cadang nak letak syiling ja. Miahahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kenangan Ramadhan : Baju Raya

Setiap tahun mesti mak dan abah akan beli pakaian sedondon sama dengan adik perempuan. Aku tak pasti sampai usia berapa kami masih berpakaian sama corak, sama warna.


Ingat lagi waktu itu aku berusia 12 tahun.
Baju raya tak prepare awal. Akhirnya beli malam raya. Main rembat aje tak kisah warna apa.


Paling penting, dulu mak aku suka belikan pakaian besar sikit dari saiz asal.


Hasilnya?
Baju aku yang dibeli ketika usia 12 tahun masih boleh ku pakai kini walau dah berusia 27 tahun!
Bagus pilihan mak. Sampai ke besar aku boleh pakai.


Lagi menarik, baju itu masih nampak seperti baru.
Kalau rajin nanti aku tunjukkan baju itu. Baju raya yang tragis dicari di malam raya. Hoho.


Usia baju itu 15 tahun.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 09, 2015

Kenangan Ramadhan : Duit Raya

Perkara ini masih jelas dalam ingatan. Abah aku pernah pesan, sehari puasa dapat RM 1. Kau tahu kan, puasa penuh dapat berapa? Memang untunglah.


Ini salah satu taktik nak didik anak-anak berpuasa.
Motif utama bukan pasal duit, tapi nak latih. Itulah anggapan aku sekarang dan aku yakin abah aku bagitahu macam itu sebab nak anak-anaknya puasa penuh.


Seperti dijanjikan, dah tiba hari raya, abah aku bagi duit raya.
Kadang dia bagi RM 30 terus. Nilai RM 30 waktu itu memang dah cukup besar bagi aku. Padahal ada juga puasa aku tak penuh [entry], hahahaha!


Maaf abah, anakmu ini pernah menipumu.
Sekarang aku dah besar, aku pula bagi duit raya pada mak dan abah walau ku tahu mereka tak harapkannya. Itu semua ikhlas.


Dulu RM 1 tu dah kira banyak woooooooo!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pakaian sedondon ( pelikat batik )

Aku pasti ramai yang pakai macam ini untuk tema hari raya ( pelikat batik ). Cun kan? Boleh buat sedondon dengan keluarga atau pasangan masing-masing.




Pelikat batik bercorak seperti di atas ada pelbagai jenis. Ada yang betul-betul mahal ( songket ) dan ada yang murah  dari cotton. Aku pernah jumpa sehelai untuk 2 meter RM 15 paling murah. Kualiti pun bolehlah.


Sayangnya aku tak beli.
Nanti jumpa, nak beli. Boleh buat pakai dengan pasangan. Eh, berangan! Hahahaha.


Tapi serious aku suka. Sebab cantik dan simple.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 08, 2015

Kenangan Ramadhan : Sambil ambil wuduk sambil telan air

Kenangan-kenangan yang aku coretkan di sini kebanyakan ketika zaman aku budak-budak atau masih di sekolah rendah. Kenangan zaman comot. Hoho.


Masih aku ingat,
Waktu petang sekolah agama rakyat. Masuk waktu Asar, semua akan ambil wuduk. Ada geng aku yang akan "support" satu sama lain untuk cover ambil wuduk.


Motif cover?
Sebab sambil ambil air sembahyang, sambil telan air. Padahal sikit je air yang ditelan. Orang kata buat lepas hilang dahaga. Hasilnya, dah terbatal puasa! Tapi bukan kerap lah buat perangai macam ini. Boleh dikira dengan jari. Ada masanya mood jahat itu datang!


Bila besar dan ingat kembali, macam-macam peel aku ketika budak.
Ragam tu tak pernah hilang. Alasan memang banyak. Tahu nak seronok aje.


Sebab itu sekarang dah besar, aku suka untuk puasa sunat Isnin & Khamis.
Semoga ALLAH ampunkan aku sebab aku memang jahil dulu. Sekarang pun masih cuba untuk memperbaiki & tingkatkan ibadah untuk diri sendiri.


Apa lagi ya kenangan ramadhan yang aku ingin coretkan.
Okay, pelan-pelan fikir =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 9 [2015] - Jenis kawan




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 07, 2015

Tutorial bergambar cara pakai shawl




Macam senang, macam cantik je
Hehehehe


Tapi aku tak pandai belit-belit lain
Belit simple je reti




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Waktu-waktu baik untuk berdoa



Jangan pernah putus untuk berdoa
InshaaALLAH




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 06, 2015

Kenangan Ramadhan : Kentut ketika puasa

Sebenarnya tiap kali Ramadhan, aku akan teringat-ingat perkara ini. Bila difikir, zaman kanak-kanak memang mengasyikkan. Zaman "gembira".


Berbalik pada tajuk,
Dulu kecil-kecil ketika zaman sekolah rendah, zaman makan sengkuang calit lepas itu guna hujung tudung lap mulut ( balik rumah mak bising tengok hujung tudung saja yang kotor ), aku duk fikir bila puasa, TAK BOLEH KENTUT.


Ibarat lain,
Kalau kentut ketika puasa, batal!
ALLAH, aku pun tak pasti mana aku dapat "info" itu. Lurus bendul betul waktu kecil.


Yang tak menahan,
Bila puasa, kalau nak terkentut, memang ku tahan. Hebatkan mampu tahan kentut. Hahaha. Konon risau puasa aku terbatal.


Sekarang dah besar, dah tahu lebih pasal agama.
Teringat perkara ketika kecil, memang buat aku tersenyum. Banyak lagi kenangan Ramadhan yang aku kongsikan di blog ini.


InshaaALLAH.


Korang ada terfikir macam aku, kentut ketika puasa akan batalkan puasa?
Ke aku sorang je macam itu. Hehehe.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Imbau kenangan : Pistol Mercun


Sumber : Facebook


Beli pistol tak sampai RM 1
Beli pula peluru
Kadang bila tekan ada yang tak berbunyi
Mungkin masuk angin


Apa pun, seronok dapat main
Sekarang dah tak jumpa lagi pistol macam ini


Kenangan sungguh =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^