Semalam cuti sempena
pertabalan DYMM Yang Dipertuan Agong. Jadi, aktiviti aku hanya di rumah dan pasti on9 FB. Tiba-tiba wall dipenuhkan dengan kata-kata
" bergegar" ,
" gempa bumi ". Mulanya aku kurang pasti sampai la adik aku mesej.
" Tadi bergoyang bangunan hostel sekejap".
Ku ingatkan dia main-main tapi ia adalah KENYATAAN. Selepas itu ramai yang update mengenai gempa bumi ini. Ada yang terasa, ada yang pening kepala. Ramai yang post wall berdoa moga mereka di sana dan kita disini baik-baik belaka.
Dalam banyak-banyak post, ada gak post yang aku rasakan macam tak perlu untuk keluarkan. Contohnya :
1) Kenapa tempat ko rasa, tempat aku tak??
2) Baru sekarang nak ingat ALLAH sebelum ini tidak
3) Apesal pakat semua post benda yang sama ha!
Ya ALLAH, aku tak tau nak cakap apa lah. Wall depa kan. Aku pon
tak ketinggalan post benda sama tambahan pula bila dikatakan ombak tsunami bakal melanda Georgetown dan Port Dickson. Bukan apa,
adik lelaki aku ada belajar disana.
Aku sebagai hamba ALLAH yang banyak khilafnya hanya mampu berdoa untuk kebaikan mereka di sana dan juga kebaikan kita di sini. Moga ALLAH akan lindungi kita bersama. InsyaALLAH,amiiinn.
nota kecik yui
Mampu bernafas lega
tatkala amaran tsunami
ditarik balik,alhamdulillah
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^