tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, October 31, 2012

WW 67 - Aiskrim goreng lagi





# Request dari adik lelaki aku yang bercuti dari N9
Maka ku tunaikan hajatnya
Nak resepi? { entry }
siap ada gambar lagi ya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Selamat hari lahir makku sayang

31/10/2012 adalah ulangtahun kelahiran mak aku tercinta iaitu
Puan Saayah Bt Asri
Tahun 2012 genaplah usianya 49 tahun.




Selamat ulangtahun ya mak
Moga ALLAH panjangkan usiamu
memberi sentiasa kebahagiaan dalam hidupmu
sentiasa dikelilingi insan-insan tersayang
seperti kami ^__^




Moga semua urusan berjalan lancar
dan terima kasih mak
sebab sudi menjadi "sahabat" setia
diri ini baik dalam suka
atau duka


SELAMAT HARI LAHIR MAK

ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN MAKKU SAAYAH
ALLAH SELAMATKAN KAMU


Amiinnnnnn....




# Mak memang tak gemar diambil gambar. Maka semuanya
gambar macam ini lah =p




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 30, 2012

Yui di pagi raya Aidiladha



nota kecik yui
Takde gambar bersama family, ini pon amik sendiri.
Esok birthday mak! Yang ke 49!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Indulgence Cake, Most Choc Cake & Pavlova

Harini baru start kerja pasti mood malas melanda! Tambah-tambahan motor aku buat ragam plak tengah jalan. Dugaan sungguh harini. Ok, sekarang mood nak tunjuk kek-kek yang aku tempah khas untuk sambutan bersama keluarga.


- semuanya sangat sedap! -






Yang kat atas ni namanya indulgence cake. Aku ambil saiz kecil RM 50. Sedap tapi takleh nak makan banyak coz aku rasa muak. Ayat atas kek " Happy Birthday Family Shah ".






Pavlova ini sebenarnya saiz besar lagi coz harga RM 40++  tapi disebabkan aku just nak try rasa camne, aku minta nak saiz kecil, alhamdulillah akak tu baik hati nak buatkan saiz untuk harga RM 20++. Yang ini memang aku suka dan makan banyak! Sedap!


Last aku order adalah most choc cake harganya RM 10 ( tengah promosi ). Yang ini pon aku suka. Sangat sedap. Family aku suka juga makan semua ini. Alhamdulillah, berbaloi beli.


Akak ni orang Batu Gajah tapi dia leh delivery pada korang. Kepada orang Perak terutama di Ipoh dan kawasan berdekatan, boleh jenguk FB Yanie Chicha. Serious, lebih banyak makanan yang menarik disitu. Aku pon rambang mata! Service sangat bagus! 


# Mood malas nak kerja sebab dah lama sangat cuti. Kui kui kui.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 29, 2012

Memilih tak bermakna akan beli { NOSE }

Ini gambar beberapa bulan lepas. Time kuar dengan dia. Entah bila masa dia ambil gambar ini pon aku tak perasan. Tiba-tiba dah ada MMS masuk dalam hp. Maka, ku simpan saja.


- cer teka mana aku, kui kui -


Aku membelek aje dan tak beli sebab takde yang menarik perhatian aku. Kalau aku p JJ, pasti akan ku pergi ke Nose dan Vincci. Kira destinasi "wajib" untuk disinggah. Kalau tak singgah nanti meroyan bila balik umah. Hahaha.


# Sebenarnya aku AL harini. Saja letak gambar untuk korang lepas rindu. Eh, ada yang rinduke? Tak kisahla mak jemaaahhhh. Esok aku balas jejak ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, October 27, 2012

Sarapan selama satu minggu

Ehem-ehem pasti ramai dalam mood bercuti dan seronok berjimba di kg halaman masing-masingkan. Seronok letewww. Hihihi. Saja nak gatal tempek kat blog sendiri. Selama seminggu sarapan hadap makanan yang sama iaitu TELUR SEPARUH MASAK.


- 2 biji telur separuh masak -


Kalau korang, muak tak makan benda yang sama setiap pagi? Eh, bersyukurlah kan dapat makan camni. Ada yang langsung tak dapat nak nikmati camni. Erm, lagi sedih.


# Harini makan-makan kek. Sok insyaALLAH hantar adik ke N9 semula.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha dari Yui sekeluarga

Di kesempatan ini, daku Nurul Farehah atau lebih dikenali Yui mewakili keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha  yang jatuhnya pada hari Jumaat 26/10/2012 kepada yang mengenali kami, saudara mara, kawan-kawan realiti dan juga alam maya.




Moga kita sama-sama hayati apa sebenarnya pengertian ibadah korban. Apakah pula pengorbanan anda kali ini? Berhati-hati bagi yang balik kampung ya.


# Dan 26/10/2012 genap usia 19 tahun satu-satunya adik perempuan aku, Nurul Farzana. Selamat hari lahir adikku. Hari Sabtu kita sambut sama-sama bersama seluruh keluarga.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 24, 2012

Hadiah barangan Avon dari Sis MJ selamat tiba

Rasanya hadiah ini sampai minggu lepas sebab balik je SS tengok-tengok dah ada bungkusan ini. Walau takde tulis dari siapa atau aku yang tak perasan? aku yakin ini dari Sis MJ. Sebab dari Penang + barangan Avon.




Siyes tak pandai guna benda ini sebenarnya. Tapi takpe akan ku cuba. Terima kasih yer kak untuk hadiah ini. Sebelum ini pon ada dapat, moga semakin murah rezeki akak ya. Amiiin.


# Kalau tak salah dapat ini sebab antara pengomen "degil" nak komen kat blog. Kui kui kui.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 66 - The Dining Place { JJCM versi YUI }









# Lunch bersama rakan pejabat hari Jumaat lepas di AEON Station 18, Ipoh





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 23, 2012

Honey Roasted Cashew Nuts Mixed Macadamias { Tong Garden }

Selain dari dok makan benda merapu, aku suka gak makan kacang ini! Superrrr nyuuummmmy! Berbaloi sangat dengan harganya. Nak masuk mulut pon gigit sikit-sikit okay itu tipu! 




Kalau beli jenis macam ini, paket besar itu sudah pasti! Sorang-sorang dah memadai. Kedekut nak bagi orang lain. Ahakz! Oh ya, korang plak suka kunyap-kunyap apa? Ke selera macam aku juga ni. Hihihi.


# Aku baru perasan 3 entry aku harini semua pasal makan. Eh, korang sukakan? Makin gemoklah kau yui! Esok pon WW makanan. Kompem!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Telur dadar versi yui malas!

Tajuk entry memang taknak kalah okay. Haha! Ini lah lunch aku beberapa hari lalu. Cara yang sangat mudah dan menggunakan bahan yang sediaada itu yang buat aku lebih semangat nak siapkan.




Bahan-bahan yang digunakan

2 biji telur
sedikit garam
sekeping daging burger dipotong dadu
sedikit mayonis
seulas bawang
sedikit lada 


Ini kalau suruh budak tadika pon memang senang bebenor. Lebih-lebih lagi untuk orang malas macam aku ni. Ko tengok sos cili atas telur tu. Esklusif okay "N" for Nurul. Kui kui kui.


# Khamis adik lelaki balik dari N9. Dia dah siap request suruh aku sediakan aiskrim goreng { resepi }. Ok! Berehhhh. Demi keluarga sendiri.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

KFC Zinger Double Down

Dah lama hati ini meronta-ronta nak mencuba. Orang lain dah lama merasa aku aje baru terkial-kial nak beli. Maka, Sabtu lepas aku belanja family aku makan KFC. Nyum nyum sodaaappp!




Bila dah makan, ok sangatlah kenyang ya dik non. Kalau ko kata sebiji ni tak cukup, aku tak tahulah nak kategorikan camne lagi. Kui kui kui.





Tengok nampak biasa aje kan tapi aku bab cheese ni aku memang no 1! So, tak kisahlah ko letak cheese camne janji aku suka. Tak hairanlah kenapa aku gemuk okay. Hahaha.


# Hari Khamis ni lengkaplah 6 beranak berkumpul. InsyaALLAH Sabtu sambut birthday bersama. Dah siap order Indulgence Cake, moist choc cake dan pavlova. Nyummmmyy!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 22, 2012

Jemputan majlis perkahwinan rakan politeknik

Alhamdulillah, sorang-sorang kawan aku selamat untuk mendirikan masjid. Aku tumpang gembira untuk kalian ya. Kali ini jemputan dari rakan politeknik atau lebih kepada kenalan melalui Kelab Kaunseling / Pembimbing Rakan Siswa di PUO.


- kad kahwin yang sangat esklusif  bagiku-



InsyaALLAH takde apa-apa akan sampai ke majlis perkahwinan Abang Arm dan bakal isterinya pada 18/11/2012. Katanya nanti nak buat reunion sekali, mesti besh dapat jumpa ramai rakan-rakan yang dah lama tak bertemu.


# Majlis orang sudah tapi majlis sendiri lambat lagi ya <--- dah jawab awal sebelum korang tanya ^__^






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, October 20, 2012

Penat dah main!

Bila penat mulalah nak cari jalan lain. Tambah-tambah bila penat bermain. So, macam inilah jadinya. Aku suka usik tapi bila dia dah letih, buatlah muka manja dan menggodanya! Tergoda aiiii.




Itulah kerja Shinchan. Kalau time aku tidur, taknak dok tepi aku tapi bila aku dah bangun, dia dah berada hujung kaki. Adakah aku bertindak ganas terhadapnya saat terlelap? Kui kui kui. Takde maknanya!


# Menyiapkan order craft yang dok ada sebelum hujung bulan!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 19, 2012

Apakah maksudnya bila popup benda ini?

Sebenarnya lama nak tanya. Al maklum saja aku bukan pakar benda macam ini. Dah banyak kali aku bw dan asyik popup benda ini, maka aku tanyakan di entry. Benda yang aku maksudkan adalah seperti dalam gambar.



Benda yang akan terjadi bila ia keluar :

1) Loading sangat lambat
2) Benda alah itu sentiasa mengganggu
3) Melambatkan proses untuk komen


Jadi, aku nak tanya lah pada yang arif, apa maksud bila popup benda itu? Haruskah kita tinggalkan saja blog itu atau just buat macam biasa walau agak lambat? Membahayakan atau tidak pada kita? Moga ada jawapan. Terima kasih ya.


# Atau benda ini ada keluar saat kalian di blog aku? Cer citer kalau ada ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Terima kasih untuk semua

Tak tahu nak kata apa sebenarnya, sangat terharu! Samada dari mesej ke hp, pm, wall mahupun entry itu sendiri. Ucapan dan doa-doa kalian buatkan diri ini sangat terharu! Terima kasih semuanya. 

Antara ucapan dari rakan blogger :

1) Sis MoonHappy Birthday Yui
2) Sis MJWajah
3) Sis AishahGambar Kucing
4) Echa - Gunting Zigzag


- dari keluarga Blogger Perak -


Sebenarnya ramai lagi yang sudi ucap selamat hari lahir [ entry ]. Tq semuanya tau ^__^


Hanya ALLAH yang dapat balas budi baik kalian. Moga doa-doa kalian dimakbulkan secepatnya oleh ALLAH dan moga impianku menjadi kenyataan. Amiiiin.


- kek dari pejabat -


# Terima kasih buat rakan-rakan sepejabat yang sudi beli sebiji kek coklat yang superb sedap! Laju aje aku melantak kek tersebut. Hihihi. Terima kasih juga untuk awak walau ucapan awak merupakan yang terakhir dan pada tarikh yang lain, saya hargai sangat-sangat.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 18, 2012

Order Mini Popia Ikan Bilis dibuka ^__^

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Entry pagi ini dimulakan dengan nak bagitahu, order untuk mini popia ikan bilis telah dibuka sempena Hari Raya Aidiladha. Walau raya haji tapi makan-makan kompem ada jugakan? Huhuhuh.




Jadi, masih menggunakan cara yang sama seperti sebelum ini [ entry ] . PM aku jika berkenan nak beli okay. Sebab minggu ni aku dan mak nak siapkan 3 tempahan, jadi bolehlah sekaligus buat jika ada yang lain nak ya.


Last order : 19/10/2012
Last payment diterima : 20/10/2012 sebelum jam 6.00 petang


# Untuk lebih lanjut, kalian boleh rujuk entry ini ya. Semua dah tercatat disitu dari segi harga, pengeposan/cod dan sebagainya.


- ENTRY MELEKAT, ENTRY BARU SCROLL BAWAH -




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Genap sudah 24 tahun di bumi ALLAH

Pertama sekali alhamdulillah aku masih mampu menaip entry ini. Masih mampu bernafas seperti biasa. Syukur kepada ALLAH kerana masih melanjutkan usiaku. Masih mampu melakukan apa saja seperti biasa.


Terima kasih banyak-banyak kepada yang mesej, PM dan telefon ( entry kompem takde ) ahakz!. Sayang korang sangat-sangat. Terima kasih masih sudi ingat tarikh lahirku. Moga ALLAH dapat balas budi baik kalian.


Semakin meningkat usia, semakin ku rasa dekat dengan hari kematian. Ya ALLAH, moga kau masih mahu panjangkan usia ku dan bukakan hatiku untuk lebih mendalami ilmumu. Amiiin.


Moga aku mampu membalas sebaiknya dan berbakti kepada kedua orang tuaku, adik beradikku. Moga aku mecapai apa yang kuimpikan dan hajati. Moga semuanya dimakbulkan. InsyaALLAH.


- birthday girl harini malu nak tunjuk wajah =p -


# Harini juga hari kelahiran twin blogger aimie . Kami sebaya. Jomlah ramai-ramai terjah blognya dan ucapkan selamat hari lahir untuknya ya ^__^







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 17, 2012

WW 65 - Untuk mereka yang sukakan kucing



# Shinchan just bergurau tunjuk macam itu ^__^




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sambutan bersama hari lahir di bulan Oktober

Dalam keluarga aku, cukup lengkap 3 pasangan. 3 lelaki dan 3 perempuan. Abah, mak, aku, ana, ijan dan adik. Kira muatlah nak sumbat dalam Waja. Muahaha! Ok, entry kali ini nak bagitahu mengenai bulan lahir sebenarnya.


Dimulakan bulan Ogos, adik lelaki aku Shahrizan. Kemudian bulan Oktober, aku, Nurul Farzana dan diikuti mak aku. Lepas itu, bulan November untuk adik bongsu aku Shahrizal dan diakhiri dengan bulan Disember untuk abah aku.


Kiranya sekarang bulan Oktober, kami sambut bersama seperti biasa InsyaALLAH. Ingat nak buat makan-makan untuk kami sekeluarga. Untuk aku esok tapi tak rasa apa pun. Adik aku jatuh plak time Aidiladha, elok sangat makan sup aje. Hahaha. Untuk mak 31/10/2012.


# Selamat hari lahir diucapkan kepada kawan aku, Siti yang kini berada di UIA. Tak lupa juga harini genap kenal untuk tempoh 4 tahun 4 bulan antara kami. Satu tempoh yang lama tapi tak bermakna mengenali semuanya kan?


Oh ya, terima kasih untuk kalian yang banyak memberi semangat dalam entry semalam. Benar kata kak aty, jarang yui update entry sedih tapi itula. Walau macam mana pun hidup harus diteruskan dan semangat dari kami harus diberikan kepada abah ^__^







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 16, 2012

Perkembangan kesihatan mata kanan abah

Sebelum memulakan entry ini, laju mengalir air mata aku. Entah kenapa aku rasa sangat sayu mengenangkan apa yang bakal terjadi pada abahku. Walau riak wajahnya menunjukkan tiada apa-apa berlaku tapi isi hatinya hanya yang SATU mengerti.


Balik aje SS minggu lepas, aku tanya terus macam mana hasil checkup. Abah suluhkan lampu picit pada matanya dan aku beristigfar melihat matanya. Sudah tiada lagi ANAK MATA. Sedih hati ini. Dan paling menyentuh hatiku pabila doktor maklumkan abah BERISIKO TINGGI akan buta sebelah mata!


Aku tengok abah ceria hadapi hidupnya walau tahu apa yang bakal terjadi padanya. Dia juga tak salahkan si penyebab berlakunya perkara sebegini kerana katanya itu semua tak sengaja. Adat berlaku kemalangan di mana sahaja. Ya, itu aku setuju!


Moga abah kuat hadapi dugaan ini. Matanya kini bergantung kepada ubat dan setiap minggu harus diperiksa. Dia seorang yang sangat ceria! Itulah perangai abah. Nurul nak abah tahu nurul sayang abah walau macam manapun keadaannya.


- inilah abahku, Ahmad Shah -


# Makin laju air mata mengalir saat menghabiskan entry ini. Hidup harus diteruskan! Moga kami sekeluarga kuat untuk dugaan yang terjadi.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pen-pen yang dijadikan sebagai hadiah

Dalam entry lepas ada aku tunjukkan bungkusan hadiah sempena hari lahir dan juga sempena perkahwinan. Maka dalam entry ini aku nak tunjukkan apakah hadiahnya. Ramai yang nak tengokkan. 






Harga tak murah mana dan tak mahal mana. Kira mampu beli. Coz part paling best bagi aku ialah pen ini boleh ukir ayat. Itu sahaja. So, sesuai sangat untuk dijadikan kenangan. Sambil menulis sambil ingat aku yang cute ini. Muahahaha! Muntaaaahhhhhh.


# Pening nak memikirkan hadiah sebenarnya. Huhuhu. Agaknya kalau aku nak buat GA sempena umur nak meningkat ke 24 ni ada yang nak join? 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 15, 2012

Majlis perkahwinan my twin Nurul Farehah Aznida

Ahad bersamaan 14/10/2012 aku sekeluarga sempat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan kawan daku, Nurul Farehah Aznida & Syafiq. Walau pada mulanya sesat, aku beranikan diri kol pengantin takut dia bz sebenarnya, alhamdulillah dia jawab. 




Aku sampai terus salam mak pengantin pastu terus masuk rumah dan cari Eida ini. Siyes! Sangat cun pengantin. Warna pon macam perkahwinan Scha & Awal kan? Maaf tau, gambar pengantin dan suami takde sebab aku tak tunggu lama.


- pelamin serba indah -




Just ada video pendek sebagai kenangan untuk aku. Suami Eida orang Pulau Pinang. Sepadan sungguh ku tengok mereka dan tetiba aku terbayang diriku disitu bersama si dia. Ahakz! Berangan lagi yui oiiii.


- ada yang tak sama, aku gemuk Eida kurus,waa! -


Selamat Pengantin baru sayang
Moga menjadi isteri yang solehah
dan menjaga "masjid" yang dibina sebaiknya
mengikut  jalan ALLAH
Amiiiinnnnn..


# Time nak berjalan masuk rumah, ada seorang nenek memanggil aku. Aku pandang mak, dan mak buat muka pelik. Huhuhu. Terus aku tuju pada nenek dan salamnya even tak kenal. Maybe dia ingat aku cucunya.  Mak senyum saja.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Majalah Hijabista keluaran Oktober 2012

Dah lama aku beli tapi baru harini up entry. Kalau sebelum ini beli keluaran pengenalan, kali ini edisi Oktober pula. Oklah isi kandungannya penuh warna warni dan membuarkan aku nak kelebek banyak kali.




Tapi ada yang nak dikomen aku. Pasal makeup dan shoot gambar yang sampai menampakkan bintik-bintik dan bulu di wajah. Erk! Ke makeup tu over sangat ea? Tapi yang jelas ia buatkan aku rasa ia agak melampau. Huhuhu. Lain orang lain pendapatnya kan?


# Nanti aku up entry perkahwinan my twin semalam dan berita sedih mengenai kesihatan mata kanan abah aku.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, October 13, 2012

Aiskrim Crunch keluaran Nestle



Pernah menikmati aiskrim crunch keluaran Nestle ini? Sedap tau. Aku suka part yang coklat ditengah tu. Memang ummmppphh! Beli 4 pcs sebab di SS hanya tinggal kami berempat jelah. Kalau semua cukup lengkap, bolehlah beli 6 batang.


# Tak mampu nak beli Magnum, beli yang ini. Lebih kurang aja rasanya. Huahua!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 12, 2012

Hadiahnya ialah PEN

Hari Rabu lepas aku buat entry WW dan aku letakkan beg dimana mengandungi hadiah sempena hari lahir Shafiq dan juga hadiah untuk kembar daku Nurul Farehah Aznida sempena perkahwinannya. Maka, ramai tertanya apa isi kandungannya kan.


Yup! Jawapannya PEN. Itu jenama pen yang ada pelbagai jenis design yang menarik. Berjalan di AEON pastu ternampak pen ini. Yang paling besh bila boleh ukir ayat pada pen-pen tersebut.

1) Happy Birthday Shafiq
2) Twin Nurul


Nak bagi pada Shafiq belum jumpa lagi tapi pada twin aku insyaALLAH Ahad 14/10/2012 kendurinya dan aku akan terus bagi. Maaf gambar pen takde dalam entry ini, nanti aku snap ya.


# Nurul Farehah Aznida adalah kawan aku. Rupa ala-ala macam aku, nama pon tambah belakang sikit dan yang paling tak sangka suaminya juga nama Shafiq. Memang banyak persamaan kami! Sebab itu kami gelarkan diri kami twin ^__^




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 11, 2012

ST 55 # - Tanda prihatin dan sayang

Bila orang memberi nasihat kepada kita, 
itu bukan tandanya dia asyik mencari kesalahan kita
Tapi itu sebenarnya menunjukkan dia 
sangat prihatin dan sayang pada kita. 
Jangan sampai nanti dah menyesal, 
sesalan tiada akhirnya..


# Nanti buat tak tahu kata plak tak pernah ambil tahu

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 10, 2012

WW 64 - Hadiah hari lahir untuk Shafiq & Hadiah kahwin untuk my twin



# Satu sempena hari lahir dan satu lagi sempena menjadi pengantin baru




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 09, 2012

Jambu susu yang nyum nyum

Pernah dengar jambu susu? Pernah makan? Perghh! Agak rugi kalau tak try bila dah jumpa tau. Masam-masam besh! Pokok jambu susu ini adalah milik opah daku. Sekarang musimnya tu pasal dapat ku rasa. 




Dapat plak menyicah dengan cicah hasil tangan mak aku sendiri, memang mableesss la. Kalah rojak mak bee okay. Hahaha. Siyes! Tak tipu.


# Bermula 9/10 hingga 11/10 akan diadakan lelong barangan kemas di tempat aku kerja ini. Maka agak bz sedikit la ya. Tapi tetap ku balas jejak. Dont worry.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, October 07, 2012

Jualan tudung Bawal Rose edisi pertama

Meh-meh nak promote kat blog utama aku sendiri ni. Hihihi. Ada 6pcs keseluruhannya. Baru ambil satu warna setiap satu ya. Maka, harusku habiskan dulu warna yang ada untuk restock yang baru.









Kalau nak tengok lagi warna yang lain dengan lebih jelas, jangan segan silu singgah blogshop aku ataupun page aku ya. Ada di sini. Istimewa bagi mereka yang terdiri dari rakan blogger, setiap belian akan kuberikan gift sebagai tanda terima kasih ya.


* Harga sehelai RM 20 (tidak termasuk kos pos )
* Kualiti kain bawal seperti Kangaroo ( lembut dan selesa )
* Jahitan "karipap" atas dan bawah rose
* Boleh gunakan POSLAJU ( 1-2hari) atau POSDAFTAR ( 4-5 hari )
* Pembelian 5pcs keatas FREE POSTAGE!
* Tudung adalah READY STOCK
* PM jika berminat okay ^__^


# Buat masa ini semua masih available ya





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 05, 2012

Gaya pemakaian samping memberi maksud tersendiri? Benarkah?



Lama dah benda ini ku simpan, senyum sorang bila baca kembali. Benarkah begitu? Atau sekadar gurau senda ea. Senang ku nak kenal pasti. Ahakz! Part nak tambah isteri tu memang tak boleh blah la. Hahaha.


# Alhamdulillah abah daku dah keluar hospital semalam. Kalau tidak paling sikit sebulan kena duk hospital! Balik jer rumah semalam, terus nak keluar. Harini dah start kerja walau cuti sampai 11hb!! Degil toi abah aku tu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 04, 2012

ST 54 # - Bercakap memang mudah

Orang lebih pandai BERCAKAP
tanpa memikirkan KEPAYAHAN
yang dilalui orang lain


BERCAKAP tanpa USAHA
sama juga seperti
MENANGIS tanpa SUARA


# Harini aku AL 'terdesak' coz nak bawa mak aku lawat abah
siapa lagi yang dia nak harapkan melainkan anak sulungnya ini

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 03, 2012

Shinchan dicabul Eton Junior!

Dicabul? Erk. Maybe ya maybe tidak. Hanya bergurau aje tu kan. Eton Junior merupakan kawan rapat Shinchan sekarang. Nak bermain dengan Eton, dah si janda tu tak larat. Mana idaknya, penat menjaga 3 ekor anaknya tu.
















Dah penat bergurau senda akhirnya mereka pon tidur tepi mak aku. Huhuhu. Rasanya macam lama dah tak pos pasal Eton sebab ada yang bertanya khabar Eton. Glemer toi Eton dari tuannya ni. Ahakz!


# Shinchan ada masalah cirit birit aritu. Dah kubeli ubat cacing dan cirit birit. Moga beraknya kembali normal. Hihihi.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^