tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, May 30, 2018

Resepi Mudah : Shell Out Lebih Jimat

Ini antara menu buka puasa minggu lepas. Yui pertama kali sediakan Shell Out gaya orang bujang versi paling mudah untuk disediakan.


Setelah Yui google resepi, Yui ikut cara yang mudah dan ikut citarasa Yui. Bahan pun yang basic dan inshaALLAH sentiasa ada di dapur korang juga.


Bahan-bahan :

1) Kerang ( ikut suka kuantiti )
2) Udang ( ikut suka kuantiti )
3) Sotong ( ikut suka kuantiti )
4) Sos cili & sos tomato
5) Sos Tiram & kicap pekat
6) Cili Kisar ( beli yang dijual paket )
7) Sayur ( Brokoli, lobak )
8) Sedikit air
9) Bawang besar & bawang putih ( untuk tumis )
10) Serbuk lada ( jika nak lebih pedas )
11) Sedikit garam


Cara-cara :

Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan kesemua jenis sos dan kacau sebati. Taburkan garam, serbuk lada dan masukkan air, jangan banyak sebab sotong nanti akan keluarkan "air' sendiri.


Yui hanya rebus kerang sahaja terlebih dahulu ( buka cangkerang sebelah ) .


Dah nampak naik bau bahan tumisan tadi, baru masukkan kerang, sotong dan udang. Kemudian masukkan sayuran yang ada. Gaul sebati dan biarkan tumisan tadi meresap.


Siap!


Jujurnya,
memang sedap dan mudah. Jimat banyak tau. Bahan pun kita boleh letak ikut tekak masing-masing. Bahan basah Yui beli di pasar borong, jimat sesangat dan berbaloi harganya.





Dapat letak ketam, lala pun syooookk oooo! Sorry sebab Yui olah resepi ikut gaya sendiri dan versi malas. Hahaha.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 28, 2018

Kenapa banyak komen pelik-pelik muncul?

Yui perasan setiap hari ada sahaja komen-komen dari "luar negara" yang komen post terlalu lama dan tiada kaitan langsung dengan isi kandungan. Sampai naik notis pelik muncul di blog Yui. Risau juga takut jadi benda lain.


Dahlah kita ni reti taip dan post je, nak adjust atau perbaiki memang kena bagi pada yang pakar. Jangan plak tiba-tiba nanti blog ini terus hilang dari radar. Sadis sungguh kalau itu yang terjadi.


Blog uols ok tak?
Atau benda ni jadi pada blogger yang jarang up entry? Huhuhu.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 17, 2018

Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Berpuasa

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah berkesempatan kita merasai Ramadhan tahun ini. Macam mana hari pertama sahur?


Yui macam biasa,
menu sehabis ringkas sebab dah memang terbiasa sebegitu. Makan sosej rebus & drumet seketul. Air masak. Cukup begitu. Kalau Yui makan nasi, confirm awal pagi dah berkeroncong perut. Hahaha. Taktau lah pasaipa.


Uols dah plan nak berbuka apa?
Yui fikir telur je. Kalau rajin masak. Kalau tidak, tengok aje. Heeee. Dan macam biasa, cuba untuk hadkan diri pergi ke bazar seperti tahun lepas.


Macam melalut panjang,
Yui sebenarnya nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA. Moga ibadat kita diterima ALLAH, inshaaALLAH. Maaf andai ada salah silap antara kita ya.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 15, 2018

Bermasalah dengan manusia

Wahh, lama tak bersiaran tiba-tiba update tajuk macam ni kan. Hahaha. Yup. Yui tengah alami sekarang dengan akak rumah. Bermasalah dengan 2 orang budak baru. Eh bukan budaklah kalau umur dah 25 dan 27. Tahap mak.


Satu je masalah,
PEMALAS UNTUK BERSIHKAN RUMAH. Ewahh, kau ingat bayar sewa tu semata duduk keluar masuk ye? Nak cuci seminggu sekali pun malas.


Memang kenalah direct dan habis semua yang dipendam terkeluar itupun masih guna ayat yang baik. Takpe, sekarang Yui dan akak rumah masih sabar sebab nak tengok mereka keluar dari rumah. Itupun kalau reti malu lah.


Rumah kosong asalnya.
sekarang dah ada macam-macam. Kami bagi guna tapi dah perangai macam tu, siapa pun takkan tahan.


Ni dugaan sebelum Ramadhan dan kita tengok ENDING macam mana.


Kalau tunjuk bukti ayat deme cakap,
lagi sakan tahu macam mana perasaan kami yang hadapinya.


Potong mood
Hahaha!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^