tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, March 31, 2015

Oyen si tunggal

Masih ingat dengan kisah kucing di rumah sewaku? [entry]. Kucing yang pernah dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab tapi alhamdulillah kami jumpa semula.


Dah beberapa bulan Oyen di bawah jagaan kami. Membesar dengan sihat. Sekarang dah 4 kg.




Amacam?
Comel tak Oyen sekarang?
Jauh berbeza nak dibandingkan mula-mula jumpa. Dari cekeding sekarang dah gemok. Sesuai dengan usianya.


Bila dah lawa, ada pula yang mengaku ini kucingnya. Memang taklah! Sekarang kalau lepas Oyen bermain luar rumah, pasti dalam pemerhatian kami.


Semoga membesar dengan sihat ya sayang.
Dah start memancut baru kita sunatkan. Ehehehe!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 30, 2015

Open order : Baju kurung moden kain pelikat murah



Harga runcit RM 100/pasang
Harga 10 pasang ke atas RM 90/pasang

Sape nak join beli baju kurung kain pelikat?

1) Bayaran booking RM 50
2) Yui akan tubuhkan group WhatsApp sementara
3) Sampai di tempat pembekal, yui update warna apa yang available secara langsung
4) Bayar baki + postage
5) Tunggu baju sampai

Itu sahaja. Senangkan?
Kot beli nanti dapat lagi murah, Alhamdulillah rezeki bersama. Boleh jimat lagi.

Anda boleh google untuk tengok harga pasaran dan bandingkan.

Harga pasaran kain pasang = RM 65
Harga tempah baju = RM 60
Jumlah = RM 125
Beli siap? Bandingkan ya.

WhatsApp 019 2331810 untuk yang benar² serius
Boleh dah cari baju raya ;)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, March 28, 2015

Penyakit dan ubatnya






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 27, 2015

Urusan kerja dari Isnin hingga Khamis



Kot terjumpa tegur² la ya
=____?



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Keadaan terkini Kika



Melihat secara mata kasar, nampak Kika seekor kucing yang sihat. Hakikatnya dia telah disahkan menghidap kanser payu dara.


Perkembangan terkini Kika :

1) Lubang yang terbuka masih sama
2) Mula nampak sedikit cecair keluar dari lubang itu
3) Hanya mahu makan wetfood atau makanan lembut
4) Masih menjawab apabila dipanggil




Ini keadaan putingnya. Warna gelap itu adalah disebabkan semburan ubat yang akan kami lakukan hari-hari untuk mengelakkan ulat.


InshaaALLAH Khamis depan akan buat pembedahan. Walau ku tak pasti berapa % risikonya. Apa pun, usaha itu yang lebih penting. Yang lain terserah pada kekuasaan ALLAH.


Kenapa Khamis?
Sebab aku kena hadiri seminar di KL dari Isnin - Rabu
Hari Khamis aku sudah apply AL


Doakan semua dipermudahkan.


Album jualan kilat untuk pembedahan Kika {album}




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Perkembangan terkini jualan amal untuk kucing

Sedia maklum dalam [entry], kucing aku Kika disahkan menghidap kanser payudara. InshaaALLAH tiada apa-apa minggu depan akan operation.


Apa yang menjadi kegusaran hati adalah mengenai kos pembedahan. Aku tak tanya anggaran RM yang akan dikenakan. Yang ada dalam kepala aku, nak tengok Kika sihat. Kesian tengok lubang yang membesar ada pada putingnya [gambar].


Memandangkan aku adalah insan bertaraf sederhana, kemampuan aku ada batasnya. Jadi. aku buat album jualan khas barang personal aku untuk dijual sebagai TAMPUNGAN KOS PEMBEDAHAN. Hasil 100% untuk Kika dan andai ada lebihan, digunakan kepada anak bulu yang lain.


Yang menjadi masalah,
Jualan amal itu tidak mendapat sambutan. Mungkin aku tak pandai nak war-warkan atau item yang dijual tidak mendapat tempat di hati.




Apakan daya,
Takpe, sekurangnya aku dah berusaha. Mungkin sekarang ia hambar, inshaaALLAH satu hari nanti. Yang penting tak berhenti usahakan?


Hakikatnya urgent nak kumpul RM buat anak bulu.
Doakan aku.


Terima kasih kepada yang sudi war-warkan.


Anggaplah ini entry luahan hatiku, insan kerdil.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 26, 2015

TUTORIAL : Cara mudah pakai instant shawl ala neelofa



Memandangkan ada beberapa orang minta aku tunjuk cara pakai, aku gagahkan juga ya walau google image banyak. Takpe, demi pelanggan tersayang. Mehmehmeh!


Ikut step mudah :

1) Sarungkan shawl. Memang sedia terjahit sebelah pendek & sebelah panjang

2) Ambil yang panjang, bawa ke atas kepala. Ketika ini, anda boleh adjust labuh tudung depan & belakang.

3) Yang anda tarik tadi, boleh dilepaskan ke belakang atau bawa semula ke depan. Macam dalam gambar. 

4) Siap!


Tak payah pin sebab kain ini terletak elok bila pakai. Amacam? Bestkan?


* Tak perlu pin jika dagu anda sesuai dengan shawl ( keluasan )


Kalau ada yang berminat, boleh terus whatsapp 019 2331810. Bagi murah-murah sahaja, RM 30 sekali pos SM. Mendapat sambutan, aku akan ambil stok lain termasuk yang plain.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Shawl Instant ala Neelofa


Bismillah

Instant shawl dah masuk stok
Tengok harga pasaran RM 35 tak masuk pos
Tapi Yui nak jual harga perkenalan RM 30 sekali pos


Agaknya ada yang kenan tak? 
Tak payah dah peniti
Tak payah iron
Labuh boleh adjust
Tak payah susah² lagi
Takde alasan sukar cari tudung!


Kualiti jangan risau
Bukan lycra lembik²
InshaALLAH puas hati sebab Yui jual benda yang memuaskan hati yui dulu

#instantshawl #instantshawlmurah
#shawllilit #shawlmurah #ipohmali #nurulyuicollection


Nak tahu warna apa yang available
whatsapp 019-2331810


Selepas ini aku akan update entry macam mana nak pakai
shawl instant yang mudah ini!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 25, 2015

Dugaan, cabaran dan usaha kerana kucing

Sedia maklum, aku merupakan salah seorang pencinta haiwan terutama kucing. Tak berapa pelik kalau rumah di SS dipenuhi kucing disebabkan kasih sayang kami sekeluarga terhadap mereka.


Tak terlepas dugaan dan cabaran ketika mereka bersama kami.
Kalau dikira dengan teliti dari awal kami bela, mungkin lebih 100 ekor. Ada yang masih hidup dan ada yang telah pergi.


Aku sebaik mungkin jaga kebajikan mereka mengikut kemampuanku.
Belai mereka seadanya.
Rawat mereka ketika sakit.


Dugaan biasa bila membela kucing
Saat kita kehilangan mereka. Kadang kita tak boleh nak terima tapi apakan daya kerana itu sudah takdir. Redha adalah yang terbaik.


Ada yang diuji dengan penyakit.
Pernah dalam satu masa kami kehilangan lebih 5 ekor dalam masa satu minggu. Akibat penyakit berjangkit. Penyakit yang tak dapat dirawat.


Pernah juga yang mengalami buasir, kesukaran ketika melahirkan anak, penyakit mata, batu karang & pelbagai lagi. Kami tetap harungi dan berusaha sedaya kami.


Banyak cabaran tapi kami tak kisah kerana kasih sayang lebih menguasi. Dah tak nampak kesukaran. Usaha sebaiknya. Nak tengok mereka sihat.


Baru ini kami diuji lagi.
Kika disahkan menghidap kanser payu dara. Ada lubang yang terbuka di putingnya
[ gambar Kika ].
Melihat dengan mata kasar, dia hidup seperti biasa. Masih mampu makan dan bergerak ke sana sini.
Sayu hati ini.


Apa pun, kami akan berusaha.
Kadang kita diuji saat kita masih mengalami masalah.
ALLAH uji tanda DIA sayang.


Album jualan kilat untuk pembedahan Kika {album}



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kucing : Kika hidap kanser payudara


Semalam aku EL kerana kucingku, Kika
Melihat keadaannya buat aku rasa tak tenang
Memikirkan kesakitan yang ditanggung


Dah bawa ke veterinar, hanya diberikan ubat cucuk
Minggu depan jika lubang yang terbuka tidak baik, perlu pembedahan
Kos?
Aku sendiri tak pasti
Tapi aku akan berusaha sebaiknya untuk kebajikan anak bulus


Album jualan kilat untuk pembedahan Kika {album}


Doakan anak bulu ku, Kika yang menghidap kanser payudara.
Sekarang ALLAH sedang menguji hamba-NYA



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 24, 2015

Amalkan baca ayat kursi selepas solat



Alhamdulillah dah mengamalkan
InshaALLAH






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 23, 2015

Shawl Butterfly Kristal murah!



Shawl Butterfly Kristal yang sangat cantik!
Material sedap dipakai
Simple tapi tetap menarik




1 helai hanya RM 18
2 helai RM 30

Postage RM 6 SM RM 10 SS
Whatsapp 019 2331810 untuk tahu warna yang ada





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Instant Shawl ala Neelofa Murah




Tauke kena cuba dulu sebelum jual!


Bismillah
Instant shawl dah masuk stok
Tengok harga pasaran RM 35 tak masuk pos
Tapi Yui nak jual harga perkenalan RM 30 sekali pos SM



Agaknya ada yang kenan tak? 
Tak payah dah peniti
Tak payah iron
Labuh boleh adjust ( menutup dada )
Tak payah susah² lagi
Takde alasan sukar cari tudung!


Kualiti jangan risau
Bukan lycra lembik²

InshaALLAH puas hati sebab Yui jual benda yang memuaskan hati yui dulu 




Berminat?
Boleh terus whatsapp 019-2331810
Terima kasih




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Stok baru untuk Nurul Yui Collection

Hari Sabtu lepas pergi ambil stok baru. Semangat nak berniaga seboleh mungkin. Kalau dah hobi, memang tak boleh renggang.


Antara stok yang ada :

1) Instant shawl lycra ( lycra berkualiti baik )
2) Shawl butterfly kristal
3) Kurti blouse
4) Baju pasang kain pelikat
5) Tshirt


Ada yang aku dah upload di fb page Nurul Yui Collection.


InshaaALLAH sat lagi aku upload di blog pula. Buat cuci mata. Kalau ada yang berkenan boleh terus inform aku. Sebab postage seterusnya Sabtu ini.


Sekurangnya bila aku sibuk, aku dapat "abaikan" sebentar masalah yang terjadi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, March 21, 2015

DON'T GIVE UP!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 20, 2015

PETUA : Cara mudah untuk kupas bawang

Kalau gotong-royong atau rewang sudah semestinya nak mengupas bawang banyak.
Jika kupas biasa ( ambil dari guni ) mungkin akan mengambil masa lama.


PETUA

Rendam bawang dalam besen yang besar yang dipenuhi air. Lebih lama lebih mudah untuk mengupas. Sama juga jika nak kupas bawang putih. Kulit akan mudah tertanggal.


Itu sahaja. Senangkan?
Aku pasti ramai yang tahu dan tak kurang juga baru tahu. Macam kawan catering.
Dia pun baru tahu! Takpe, kita share ilmu berguna untuk kemudahan bersama.


Selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Resepi diet atkins : Kotiau Goreng



sumber : Kelab Diet Atkins Malaysia


Kemain diet pun boleh makan sedap dan yang penting boleh ala-ala gitu. Ehehehe, sedapkan hati dan tekak sendiri.


Sebenarnya takde seurat pun kotiau asli.
Kotiau digantikan dengan telur dadar yang dipotong halus ikut rupa kotiau asal.


Bahan lain, macam biasa. Asalkan memenuhi "syarat" atkins.
Ikutlah setiap fasa yang ditetapkan.
Jangan dalam fikiran asyik ingat, atkin NO NASI padahal baca tak habis.
Faham setiap fasa, inshaaALLAH lancar semuanya.


Selamat mencuba!

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 19, 2015

Pertama kali makan grape fruit

Kalau masuk kelab diet di mana-mana FB, pasti anda dah biasa dengar kelebihan grape fruit ini atau bahasa melayunya, limau gedang.




Masuk AEON, nampak buah ini. Sebiji lebih kurang RM 2. Beli sebiji dan rasa sendiri. Boleh tahan. Sedap di makan macam itu.


Ada juga yang jadikan jus. Ikut tekak masing-masing.


Apa yang pasti, malam aku makan, esok pagi lancar membuang. Hahaha. Itu sebenarnya motif aku. Tapi kalau hari-hari nak makan limau ini, naya weiii. Mahal wooo. Makan sebelah sahaja pun dah cukup.


Apa pun, kena bersederhana.
Banyak kelebihan buah ini!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tambahan "seri" di meja sendiri




Hari itu masuk MR DIY, tertarik pula dengan pokok love itu. Warna yang menarik & hiasan yang sangat simple. Harga tak sampai RM 3.


Memandangkan meja opis sangat kosong, letaklah seketul di situ sebagai penambah seri di meja sendiri.


Erm, serike?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 18, 2015

SEMANGAT YANG HILANG

Kadang kita bagitahu sebagai luahan rasa
Kadang kita hanya berkongsi
Kadang kita cuma nak kata semangat


Tapi
Disalahtafsir
Diketepikan


Silap
Mungkin itu silap sendiri
Mengharap benda lain
Tapi lain yang jadi


Apakan daya
Kita manusia biasa
Yang hanya merancang
Yang hanya mengharapkan


Bila lain yang diperoleh
Kadang terasa semangat itu pudar
Tak mustahil perlahan-lahan ia hilang


Bertabah!



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Mini popia ikan bilis untuk cod



WhatsApp 019 2331810 untuk maklumat lanjut

200 gram RM 9
Poslaju RM 7 SM & RM 11 SS

500 gram RM 22 
Poslaju RM 9 SM & RM 13 SS

Untuk COD dalam bekas bertutup warna merah


Kenapa harga poslaju sebegitu? Mohon baca sebaiknya [entry]. Kalau ada yang nakorder, boleh terus hubungi daku seperti tertera dalam gambar.


InshaaALLAH sedap sebab daku gunakan ikan bilis asli! Hehehehe.


Terima kasih kepada yang sudi order.


Order sentiasa dibuka dengan minima 500 gram.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 17, 2015

Order mini popia ikan bilis dibuka



Alang-alang ada yang order 2.5 kg, aku buka terus untuk order lain
Ada sesiapa nak join postage Sabtu ini?
Cepat inform sebab nak beli bahan dan buat
Harga masih sama macam dulu²


WhatsApp 019 2331810 untuk maklumat lanjut


200 gram RM 9
Poslaju RM 7 SM & RM 11 SS

500 gram RM 22 
Poslaju RM 9 SM & RM 13 SS

Untuk COD dalam bekas bertutup warna merah


Kenapa harga poslaju sebegitu? Mohon baca sebaiknya [entry]. Kalau ada yang nakorder, boleh terus hubungi daku seperti tertera dalam gambar.


InshaaALLAH sedap sebab daku gunakan ikan bilis asli! Hehehehe.


Terima kasih kepada yang sudi order.


Order sentiasa dibuka dengan minima 500 gram.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 16, 2015

Kenduri kahwin di Pahang

Semalam aku, mak, abah, opah & makcik satu kereta bergerak ke Pahang. Ke Jengka 16 kalau tak silap. Ada majlis perkahwinan saudara bau-bau bacang. Memandangkan itu anak terakhir yang kahwin, haruslah pergi.


Gerak pukul 6.15 pagi, sampai jam 10 pagi. Alhamdulillah urusan pergi dipermudahkan.
Lepas saja makan tengahari, terus bergerak ke rumah saudara lain di Jengka 4.
Fuhhhh, jauh tersasar sampai nak menghala ke Maran disebabkan tiada signboard tunjuk arah Jengka 4.


Bila dah patah balik, baru ada signboard.
Dah masuk simpang, ada lagi banyak simpang. Yang penting, jauh juga perjalanan dari setiap jengka ke jengka lain.


Dah lawat opah saudara, terus gerak balik lebih kurang jam 3 petang.
Silap jalan, dalam sejam baru nak jumpa jalan menuju highway.
Akhirnya sampai SS terlewat sejam.


Waktu pergi, 4 jam
Waktu balik, 5 jam


Apa pun, alhamdulillah urusan dipermudahkan. Yang penting Opah seronok sebab dia yang beriya nak pergi. Hehehe.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

RESTORAN NASI KANDAR VANGGEY CAWANGAN STATION 18, IPOH

Khamis lepas saja puasa sunat. Dah dekat jam 4 petang, tiba² tekak teringin benar nak makan nasi kandar. Bukan apa, bila difikir dah berbulan-bulan tak sentuh nasi kandar.



Nasi + sambal + timun + ayam + kari kambing + telur masin


Nasi ganja memang pemes di Ipoh. Jadi, di Station 18, ada satu cawangan nasi vanggey. Jadi, aku ambil kesempatan untuk beli buat juadah berbuka.


Aku tambah kari kambing dan jumlah semuanya ialah RM 10. Bagi aku ok & standard harganya.


Restoran ini berdekatan Aeon Station 18 & Tesco Station 18. Betul-betul tepi jalan dan corner lot.


Lega sangat sebab dapat tunaikan hajat tekak & perut. Ekekeke!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Resepi bergambar : Choc Cheese Ball


sumber : Resepi Ringkas


Bahan-bahan dia pergh nyummy sangat!!
Benda biasa saja tapi bila dah hancur & gabungkan, meletop!
Ini versi paling mudah ku rasa untuk sediakan.


Sebenarnya menu ini tiada nama, jadi aku memandai namakan sebegitu.
Hahaha!
Ada apa pada nama, janji rasanyakan?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, March 14, 2015

Resepi bergambar : Apam Balik Lembut & Mudah


sumber : Resepi Ringkas


Nampak senangkan?
Kot ada teringin nak buat apam balik, boleh cuba resepi di atas.
Aku sendiri belum buat, inshaaALLAH mood rajin jadilah apam ballik.
Aku buat, aku share sini ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 13, 2015

Bekal orang bujang : Bakar-bakar



Semalam sebelum Isyak dah siap-siap potong bahan. Pagi ini terus campak dan bakar lebih kurang 30 minit.


Bahan campak bakar-bakar :
Sebiji bawang besar, 1 biji cili padi. sedikit bunga kobis, sedikit batang saderi, sedikit lobak, 1 biji kentang, sedikit sayuran hijau, sedikit lada, 2 biji telur, mayonis, 1 keping cheese, sebatang sosej, crab stick dan sedikit garam.


Menu "rajin" dari Yui. Miahahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Apabila baju sama warna

Bila kelebek betul-betul, rupanya warna sama.
Pattern sahaja berbeza.
Aduhai!
Macam mana boleh tak perasan.




Dari kiri :
Suraya by Poplook
Abie by Poplook
Irma by Poplook
Balqis Jubah by Zawara [entry]


Akhirnya, biar sajalah.
Lagipun aku suka jadi tak kisah warna sama.
Janji design tak sama sudah.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 12, 2015

HAL KERJA



Muka terperanjat sebab kena hadiri persidangan arrrahnu atau erti kata lain berkaitan kerja. Satu Malaysia turun. 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

PETUA : Elak mata berair ketika kupas banyak bawang

Kita kongsi petua-petua dari mak kita. Turun temurun dari maknya mungkin. Mehmeh.


Ada satu hari, pihak catering minta mak aku kupas bawang dalam 5 guni & bawang putih 1 guni. Kebetulan ketika itu ada mak, aku dan adik perempuan.
Maka kamilah gigih buat ( yang lebih gigih haruslah mak )


Aku tengok mak potong rileks aje takde melampau menitik air mata
Aku?
Cukup 10, dah mula "menangis".
Adik aku, dia pakai spek.


PETUA 1

1) Cucuk bawang pada hujung pisau & teruskan kerja mengupas bawang
( sejauh mana keberkesanan tidak pasti sebab aku tak cuba petua ini )


PETUA 2

1) Makan gula pasir. Meleleh je air mata, cepat ke dapur dan makan gula sesudu kecil.
Biasa buat macam ini tapi bagi diriku tidak berkesan.


PETUA 3

1) Pakai spek mata.
Memandangkan aku tiada spek biasa, aku pakai spek hitam. Hahaha! Mak aku terus cakap, "pelik apa anak dara kupas pakai spek hitam malam-malam." Tak kisahlah mak, asal nampak & kupas dengan baik.


Kesimpulan,
Petua ketiga memang berkesan untuk aku. Lepas saja pakai, tak meleleh dah air mata. Kalau ada pun tidak seteruk sebelumnya. Korang tak percaya? Kenalah cuba sendiri.


Sebenarnya petua ketiga itu dari diri ku sendiri. Hahahaha! Petua moden.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Koleksi sepanjang sakit pinggang

Kemain tajuk koleksi!
Maaf sakit bukan ku pinta tapi sakit disebabkan kelalaian diri sendiri.




Dah beberapa hari ku tampal benda-benda ini semua.
Ada yang tak rasa apa-apa ( terutama yang ada gambar cili )
Tambah lagi beli jenis tiger balm.
Sekurangnya rasa berangin sikit.


Rasanya dah beransur pulih.
Lepas ini take time nak ber sit up balik.
Jangan cari nahas Yui!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 11, 2015

Bekal orang bujang : Sayur & ayam

Edisi bekal orang bujang bersiaran kembali.
Giler sekarang malas sungguh!




Menu semua versi malas. Hahahaha.


Sayur bunga kobis & telur
1 biji terung ( rendam dalam air garam & goreng sekejap )
Ayam diperap cincai


Cukuplah menu ini untuk breakfast & lunch. Silap-silap bawa ke dinner pula. Huhu.


Aish! Asyik sebut malas saja kan. Patutnya aku kena selalu kata rajin. Barulah terus rajin. Mehmehmeh.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Makanan lagenda : Ubi rebus

Pergi pasar malam Rabu lepas, tengok dilonggok saja ubi. 1 kg baru RM 1.50.
Bagi aku murah. Buat "jajan" sambil tengok tv.




Manis ubi ini!
Sangat sedap & puas hati. Nak tanggalkan kulit pun mudah sebab nipis.
Kalau abah aku yang makan, sekali kulit dia bedal. Hahahaha.


Apa pun, ini juga salah satu makanan lagenda aku. Agaknya budak-budak sekarang reti makan tak ubi macam ini? Maklum saja, sekarang zaman makanan dalam "game" memanjang. Hihi.


Dah menghadap game, mana reti erti lapar.


Update : Ini ubi keledek biasa sahaja




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 10, 2015

Sarapan pagi hari ini



Mood nak bawa bekal sendiri belum ada sejak pinggang masih lagi sakit
Hari ini, pergi kedai tak tahu nak ambil lauk apa
Pilih punya pilih, ini jelah


Nasi mana?
Nasi ada, aku ambil lebih kurang satu senduk


Menu seperti di atas hanya RM 4
Alhamdulillah, kenyang


Lepas ini makan waktu maghrib pula
Biasa dah breakfast nasi, lunch tak makan sebab dah kenyang




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Luahan isteri terabai




Janganlah sampai begini
Baik suami mahupun isteri
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 09, 2015

LOKET & SUBANG EMAS 916 BAJET

Cuci mata lagi. Kali ini stok bajet. Lebih kurang 1 gram sahaja untuk loket & subang berikut. Dan pastinya boleh bayar cash. Nak ansur juga, harga jadi lebih ya. Kena faham konsep cash & ansur.



LOKET CHANEL 916



SUBANG PAKU 916


Kalau ada yang nak join group whatsapp emas cash & ansuran 916, boleh whatsapp 019-2331810. Aku akan update barang kemas yang ada di sana.


Marilah kita mengumpul sikit demi sikit sebab ia boleh diguna jika sesak.
InshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Gara-gara sit up

Malang tak berbau
Sebelum ini buat alhamdulillah takde masalah
Tapi semalam saja buat 5x
5x sahaja!!


Tak lama lepas itu dah rasa lain pinggang ini
Sudah!
Lenguh pulak
Urat simpul ke angin masuk lebih ke itu tak pasti
Yang pasti semalam "kerja berat" ialah sit up


Mungkin badan terlampau berat
Perut terlampau kembung
Hahahaha


Penyudahnya letak balm panas
Letak koyok
Nak rukuk terasa
Nak tidur pun kena elok-elok


Pagi ini pun terasa lagi
Dugaan sungguh
ALLAH sayang



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, March 07, 2015

Sayang & alasan





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 06, 2015

Kopi ais kaw dari Mak

Aku bukan penggemar kopi tapi kalau sekali-sekala layan juga
Kadang saja request kopi ais dari mak tersayang
Memang kaw!!
Cukup semuanya




Kadang mak layan saja kehendak anak daranya
Padahal sendiri boleh buat ( nak taknak saja )
Tapi itulah, air tangan orang tua
Lain sangat rasanya!


Terima kasih mak
Sayang mak!!


Sekarang aku demam, tak boleh request ais sangat
Nanti mak tarik telinga
Huhu




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Demam, batuk & selsema

Akhirnya semalam aku mc juga.
Bangun subuh, badan dah suam panas.
Malas tu ya ampun, hanya ALLAH yang tahu.
Kadang rasa lenguh kaki tangan.


Dah pukul 3 petang baru pergi klinik.
Suhu 38.8' buat aku antara yang tertinggi demam buat masa itu ( dalam senarai doktor )


Ada lebih kurang 5 jenis ubat dengan nilai RM 38. Mc dapat sehari.


Hari ini pergi kerja, badan suam kuku tapi inshaaALLAH boleh gagah lagi.
Jaga diri kalian baik-baik.
Memang tengah musim sekarang ini.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 05, 2015

Kucing ke-8 dimandulkan : Tompok

Cukup saja duit tak kira dari gaji atau hasil jualan dana untuk meow, aku pasti segera cuba mandulkan kucing-kucing dewasa yang ada. Sikit demi sikit. Semuanya untuk kebaikan bersama.


23/2/2015 lepas, aku sambung cuti CNY. Memang cadang nak spay Tompok. Dia pernah beranak sekali tapi dia bagi mati semua anaknya. Jadi, untuk kebajikan, lebih baik mandulkan sebab mungkin dia tak reti jaga anak.


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?
1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik & ubat sapu
4) Kos pembedahan untuk spay kucing betina di veterinar kerajaan ( ikut tempat ) RM 80/ekor



Alhamdulillah setakat ini dah 8 ekor. Harap yang lain-lain dapat buat dengan lebih cepat. Moga rezekiku lebih. Aamiin.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
Shinchan 
Kaka 

Muna


Terima kasih kepada yang sudi membeli sambil menderma.


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]

Hukum memandulkan kucing
Baca & fahami
entry ]


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 04, 2015

MC atau tidak?

Ikutkan badan, hari ini dah aku mc tapi sebab ada member yang mc 2 hari, terpaksa juga ku kena gagahkan diri.


Bila di layan, memang ngada badan ni. Minta dimanja kononnya. Ubat masih tidak telan. Ku harap sakit ini berkurangan dengan sendiri.


Petang ini balik SS. Kalau esok pagi rasa "memerap" saja, terpaksa mohon mc pada doktor. Harap tidaklah.


Selsema, pening & demam.


Cuaca tak menentu. Jaga diri baik-baik!


Tak sihat tapi masih boleh update, kira ok lagi lah kan?
Hehehe.
Luaran nampak ok, dalaman diri sendiri mengerti.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Teh untuk detox

Dulu, kalau tak vera berhari-hari aku tak kisah. Tapi sejak 2013 ( di mana zaman buat diet atkins ), aku dah mengerti kenapa kita kena vera hari-hari. Itu yang terbaik. Kita nak buang apa yang patut buang.




Kalau kita makan sayur & minum air cukup, inshaaALLAH takde masalah nak vera. Takde masalah sembelit. 


Untuk diri aku sendiri
Kalau pagi hari ini tak vera, lepas lunch aku ambil clenx tea. Dalam 8 jam inshaaALLAH akan membuang. Silap-silap 2-3 kali. Hahahaha.


Apa pun aku puas hati dengan clenx tea.


PERINGATAN!
Jangan minum andai anda berjalan jauh takut tak menyempat nanti.


Sebenarnya amalkan green tea pun dah baik. Clenx tea sebagai sampingan sahaja.


vera = buang air besar





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Resepi bergambar : Teh 3 layer



sumber : resepi ringkas



Senang & sedap!
Sama juga kalau nak buat bandung layer
Mambless!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 03, 2015

Bekal orang bujang : Sayuran telur kukus

Bekal seterusnya minggu lepas. Buat insan yang benar-benar malas nak bangun awal semata-mata nak siapkan sarapan, aku cadangkan buat seperti ini.


Malam sebelum tidur, potong siap-siap bahan asas. Bangun pagi, pecahkan 2 biji telur dan masukkan dalam bekas. Kemudian boleh kukus hingga masak. Kalau di pejabat, aku guna microwave lebih kurang 3 minit.




Bahan-bahan :
1/2 biji bawang besar, 1 batang sosej, sedikit lobak merah, sedikit brokoli, sedikit garam & lada sulah. 2 biji telur & sekeping cheese dicarik diletakkan di bahagian atas.






Makan ini pun tak habis. Bawa ke petang. Sedap juga di makan dengan sos lada hitam dan sos cili. Nyummy! Alhamdulillah kenyang.


Maaf ya sebab ini bekal orang mals macam aku =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Aksi Labi yang melampau!

Kalau balik kampung, sudah semestinya aku akan kacau lebih anak² bulus. Geram! Time baby baru dapat pegang lama-lama. Dah menganjak dewasa, susah sebab dah makin banyak ragam.




Tengoklah muka dia, eksyen taknak pandang kamera. Takpe takpe, memang mangsa bulilah kome. Hahaha.


Labi adalah anak Omei merangkap cucu kepada nenek Eton.


Kisah keluarga Omei [entry].




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 02, 2015

Sengkuang makanan lagenda

Susah nak jumpa sengkuang sekarang ini. Tambah jenis keping kemudian calit kuah dan tabur serbuk kacang.



Zaman aku sekolah rendah, sekeping 20 sen
Zaman aku suku abad, sekeping 1.50 sen
Beza harga dalam 17 tahun


Sebab dah teringin, pejam mata sahaja
Nilai mata wang sekarang memang dah "parah".


Apa pun bila makan sengkuang, rasa itu sangat lagenda!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Apa yang saya ingin baca di blog NAURA

Dah lama tak join contest, ini contest pertama di tahun 2015
Meh kita tengok hadiah-hadiahnya yang bakal buat semua teruja!


1. BB CREAM SEQY BEAUTY bernilai RM55 (1pemenang)

2. CLEANSER SEQY BEAUY bernilai RM45(1pemenang)

3. NAELOFAR HIJAB bernilai RM50 (1pemenang)

4. TUDUNG AIDIJUMA bernilai RM15 (2 pemenang)

5. SHAWL BYCEERANOH bernilai RM25(2 pemenang)

6. SELIMUT TAMPAL bernilai Rm30 (2 pemenang)



Saya ingin mengetahui lebih banyak produk-produk yang menarik beserta
review atau testimoni dari pelanggan akak 
paling utama haruslah nak tahu kisah peribadi yang boleh akak kongsikan pada umum
Sambil berniaga sambil saling kita mengenali, tak gitu? 
Hehe.


Tag : Puan Jijah





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^