tentang
banner
tutor
fb
home

Saturday, February 28, 2015

Bagaimana opah mengenali atuk



Adake yang bertemu cinta hati melalui ini?
Hahahaha




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 27, 2015

BARANG KEMAS 916 SECARA TUNAI ATAU ANSURAN

Marilah kita bersama-sama cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan di hati sanubari. Ada duit boleh bayar cash, kekurangan duit boleh buat ansuran.



RANTAI LEHER CHOKER



RANTAI LEHER & RANTAI KAKI



RANTAI TANGAN



CINCIN


Untuk makluman semua, harga tunai dan ansuran adalah BERBEZA. Sudah tentu harga ansuran lebih sedikit.


Untuk harga tunai boleh rujuk terus pada aku sebab harga berubah tak tentu hala. Ada naik, ada turun. 


Untuk belian secara ansuran, bayaran pertama adalah 40% dari nilai barang. Ansuran boleh 3-4 kali sahaja. 


Maklumat lebih lanjut, boleh whatsapp 019-2331810. 


Yang serius & benar-benar nak tahu, digalakkan hubungi daku. Ini emas 916 asli, bukan sadur ya. Ada banyak lagi pilihan lain. Prefer COD di kawasan aku =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bekal orang bujang : Ayam perap cincai

Edisi bekal seterusnya. Ini makanan aku untuk breakfast. Petang perap, pagi esok terus bakar. Senang untuk orang malas macam aku.




Aku pilih bahagian peha 6 ketul RM 6


Perap dengan :
Ground cinnamon ( serbuk kulit kayu manis )
Serbuk lada
2 ulas bawang putih ( cincang halus )
Sedikit minyak bijan/zaitun
Sedikit garam


Semua bahan agak-agak sahaja. Perap sekurangnya 1 jam. Lebih pun takpe. Kemudian bakar selama 30 minit dengan suhu 190' api atas bawah. Boleh juga guna pemanggang ajaib.


Cicah dengan sos lada hitam dan sos cili. Layan!


Sebenarnya banyak lagi bahan perap lain boleh tambah. Ikut selera masing-masing. Yang ini versi cincai a.k.a malas. Huhu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 26, 2015

Shopping di Zawara Ipoh

Hari Sabtu 21/2/2015 yang lepas, Zawara Ipoh ada buat jualan gila-gila. Harga memang kaw-kaw turun. Aku siap bagitahu family nak p, nasib baik abah aku turutkan saja kehendak anaknya. Haha.




Ini kali pertama aku membeli di Zawara. Material kain yang digunakan memang best. Tidak nipis seperti sesetengah butik. Chiffon tapi masih menarik untuk dipakai.


Aku beli jubah & dress.
Adik aku bli dress sahaja.


Harga jubah dari RM 150 dapat RM 100 sahaja. Jimat RM 50. Bak kata mak aku, beli siap lagi senang sebab kalau nak upah pun sama juga harganya. Silap-silap lagi mahal.


Jubah dah aku hantar untuk alter. Maklum sahaja cik empunya tinggi 158 cm sahaja. Kuang kuang kuang.


Duit shopping rezeki dapat insentif tahun ini. Alhamdulillah.


Lokasi : 
Zawara Ipoh
( berdekatan KWSP Ipoh )


Update :
Beli bukan untuk raya mahupun kenduri
Saja suka-suka




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Supplement tambahan untuk diri sendiri

Bila umur dah makin meningkat, keprihatinan terhadap diri sendiri lebih bertambah. Ecehhh ayat! Tapi memang betul pun. Apa guna kita mengejar lain kalau diri sendiri terabai.




Vitamin redoxon - RM 15
Blackmore - RM 22 ( harga diskuan di Guardian )


Buat masa ini, 2 jenis supplement di atas aku amalkan. Vitamin C itu ramai orang cadangkan sebab ada tambahan zinc, Multivitamins & mineral pula untuk kecergasan diri sendiri.


Sebelum ini amalkan vitamin c biasa & vitamin rosehip. Sekarang bertukar jenama lain. Cari yang lebih jimat tapi bawa manfaat yang sama.


Makan sebiji sehari. Multivitamin aku ambil selepas breakfast & vitamin c selepas dinner. Agaknya betul tak cara pengambilan aku?


Kadang aku ambil cuka epal & kapsul minyak zaitun. Itupun bila rajin. Hehehe.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 25, 2015

Tidak berapa sihat

Dah 2-3 hari aku rasa
Lenguh badan, sakit kepala


Dah tampal koyok
Dah letak minyak cap kapak
Panadol saja tidak ku telan buat masa ini
Selagi boleh tahan, kena tahan


Kadang denyut itu terasa kuat
Kadang perlahan
Air memang aku minum cukup


Ada masa rasa nak ketuk-ketuk kepala
Apakan daya, nanti orang tengok pelik pula
Hahaha!


Sakit ini penghapus dosa kecil
Moga baik-baik hendaknya
Korang pun jaga kesihatan sama.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bekal orang bujang : Sayur & telur

Edisi bekal orang bujang diteruskan lagi. Oh ya, kat rumah sewa biasanya untuk dinner & breakfast akan aku masak cincai. You know cincai? Orang malas macam aku saja buat macam ini. Hahahaha.




Yang banyak itu sayur bunga kobis (ala-ala menu diet atkins )
Salad kobis
Telur dadar gulung


Bila aku update entry bekal orang bujang, rata-rata komen tanya aku masih berdiet atkins. Untuk pengetahuan semua, aku dah hidup macam biasa. Kadang aku suka buat menu atkins sebab ringkas. Bila dah terbiasa, macam inilah.


InshaaALLAH aku nak mula semula dengan fasa 2 untuk sambung diet. Kalau dapat angka 50 kg kira untung sangat itu. Sekarang berat 56-57 kg. Duk statik angka itu saja.


Semoga diri ini rajin. Lalalala.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

FM Sabah hadiah top komen

Jauh ni dari Sabah tapi puan empunya blog dah pindah ke N9 sekarang. Alhamdulillah dah di halaman sendiri.




FM ini aku dapat sebab jadi antara top komen di blog Mama Jijah. Tak sangka sebenarnya tapi rezeki jangan ditolak. Ehehehe.


Cantik fm ini!
TQ dear Jijah.


Jom kenal-kenal dengan Jijah ---> http://nurazizahyahaya.blogspot.com/




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 24, 2015

Cincin emas di tahun 2015

Hajat di awal tahun 2014 nak dapatkan cincin emas design sebegitu [entry] tak berkesampaian, maka aku tunaikan di awal tahun 2015. Alhamdulillah, rupanya masih ada lagi design ala-ala yang ku impikan.




saiz 11


Sebenarnya aku trade in 3 cincin dan tambah sedikit duit untuk dapatkan cincin di atas. Lagipun cincin-cincin berkenaan tidak boleh ku pakai ( longgar ).


Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Seronok sebab dah dapat apa yang kita kenan. Nak tunggu cincin tunang/nikah, belum tentu boleh dapat design macam ini. Heheheh.


Beli sendiri puas hati.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bekal orang bujang : Brokoli telur

Sekarang mood ambil gambar bekal pula.
*sebenarnya takde idea update entry!
Meh aku share bekal seterusnya.




Brokoli celup dalam telur kemudian masak dalam pemanggang ajaib ( tak guna minyak )
Cicah pula dengan sos cili
Boleh tahan juga
Lagi sedap kalau tabur lada


Brokoli boleh rebus kejap atau tak payah pun takpe
Maaf ya, ini cara masak orang malas macam aku!
Yang penting senang disediakan
Hehehe.


Aku nak tengok sampai bila aku rajin nak bawa bekal!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 23, 2015

AL pertama di tahun 2015

Ahkak-ahkak,
Cik empunya blog hari ini AL
Kononnya sambung terus cuti raya cina
AL pertama di tahun 2015
Entah pasaipa sekarang malas nak guna AL kalau tak perlu
Kumpul cuti kot
Huhu


Nanti che' balas jejak ya
Esok baru start kerja


Adake yang sama macam aku sambung cuti lagi?
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, February 22, 2015

Pisang goreng cheese di Station 18, Ipoh

Makin maju area Station 18 sejak 4 tahun aku duduk sini. Okay, sana sini sinun bercerita pisang goreng cheese. Serious buat tekak mak jemah kebulur! Tension bila area sini tak jual sampailah satu hari aku jumpa gerai kecil berhadapan restoran RNZ.



Pisang goreng cheese beratoq
Berhadapan restoran RNZ
Bermula jam 2 petang


Harga bermula RM 4 untuk biasa hinggalah yang special. Aku dah cuba oreo, strawberry. Not bad! Lagi puas hati jika buat sendiri sebenarnya tapi apakan daya, penyakit M selalu ada. Hahahaha.


Jadi, lepas dah gian nak merasa. Sekarang, dah merata Ipoh jual pisang goreng cheese. Siap sedia duit sahaja. Huhu.


15/8/2017
Pisang cheese ni berniaga sekejap je
Beberapa bulan sahaja
Sekarang dah TIADA





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 19, 2015

Selamat bercuti

Ewah-ewah bangun lambat ea hari ini? Cuti panjang aku tak plan apa-apa. Membiarkan diri melayan perasaan bersama kucing-kucing yang ada.


Yang mana bercuti atau balik kampung
Berhati-hati walau di mana berada
Ingat orang tersayang
Ecehhhh!


Jangan sambung cuti yang dibuat-buat pula ya
Kesian sama pekerja yang lain
Makan hati dengan peel manusia tak reti bertimbang rasa


Selamat bercuti semua!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 18, 2015

Bekal orang bujang



Sejujurnya aku orang yang malas masak. Tambah duk rumah bujang, lagilahhh!


Oleh kerana idea takde, aku up gambar bekal ringkas ketika kerja.


Ayam grill & telur bayam
Letak sos sebagai perasa
Siap!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Makanan yang diberi kepada kucing

Kak Diana ada tanya dalam [entry], apa makanan yang ku beri kepada kucing-kucing yang dibela. Beli atau buat sendiri?


JUJUR
90% makanan yang diberi adalah makanan beli di kedai kucing
10% kalau aku rajin nak buat wetfood untuk mereka


Jadi, setiap bulan sekurangnya RM 100 - RM 150 akan ada duit untuk kucing. Barang yang dibeli termasuk dry food, wet food, pasir & ubat supplement. In case kucing sakit, itu cerita lain.


Jenama makanan yang aku beri?
Campur-campur. Kucing aku ada yang peel tersendiri. Contohnya Lela, nak kena campur Kiska, Friskies & makanan lain. Kalau tidak, jangan harap dia nak makan! Memilih anak dara tu.


Oh ya, jenama-jenama yang ada di pasaran ada kelebihan dan kekurang tertentu. Contohnya makanan berwarna ( friskies, whiskas, prodiet ) tak elok jika berterusan bagi kerana kandungan garam yang tinggi dan boleh menyebabkan batu karang pada kucing.


Seeloknya beri makanan premium di mana warnanya coklat.
Contoh jenama makanan premium yang murah, Starpro. Sekarang aku beri Starpro sebagai makanan utama buat mereka.


Kalau berkemampuan, boleh bagi Royal Canin/ Blackwood/ Eureka/ Proplan dan pelbagai lagi ( harga biasanya 1 kg = RM 13 + ).


Orang yang sederhana seperti aku, sudah pasti bagi semampu yang boleh. Ukur baju di badan sendiri.


Apa pun nak bagitahu, makanan utama mereka ialah nasi digaulkan dengan ikan rebus/ikan bilis ( tidak digoreng ). Juga selalu buat campur dengan ayam rebus. Fuh!!! Memang berselera mereka makan.


Aku bagi yang termampu buat mereka. Aku rawat mereka yang sakit. Aku bagi kasih sayangku sebaiknya.


Maaf anak-anak mummy sebab ini sahaja yang terdaya. Moga kalian membesar dengan sihat dan sempurna. InshaaALLAH.


Harga Starpro 18 kg - RM 136
( petshop di Kuala Kangsar )

TAHUN 2017
STARPRO 18 KG - RM 180 +



Nak tengok gambar kucing-kucing aku?

Part 1
Part 2
Kisah Eton : [ entry ]
Kisah Lela : [ entry ]




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 17, 2015

Makanan sedap di Butik Sisterniesta Station 18, Ipoh

Sisterniesta merupakan butik berkonsep vendor yang terletak di Station 18, Ipoh. Masuk saja butik, ada macam-macam yang dijual.


Memandangkan aku jenis yang suka mencuba makanan, haruslah mata tumpu pada makanan & minuman yang ada. Fuhhh terliur tengok apa yang ada.



Aiskrim pasu - RM 3
Puding caramel - RM 2.50
Puding bottle - RM 4


Aku paling suka puding caramel. So nyummy. Sekejap sahaja dah habis. Sedap!! Sebenarnya ada macam-macam lagi, takpe nanti kita try yang lain pula ok.


Lokasi : Butik Sisterniesta
Station 18, Ipoh ( sederet calaqisya )
IG : Sisterniesta
Tutup setiap hari Selasa


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Part 4 : Kucing di rumah

Asal usul Puteh, dia ada 4 beradik tapi yang lain mati ketika kecil. Ada orang hantar mereka ke rumah SS memandangkan dia tahu kami bela kucing. Hendak tolak, rasa kesian, jadi terima seadanya walaupun ketika itu rumah memang dah banyak kucing.


Alhamdulillah sekarang Puteh saja satu-satunya yang membesar dengan sihat. Ini kali kedua Puteh beranak & lepas ini tiada lagi sebab Puteh telah aku mandulkan [entry].



Inilah anak-anak terakhir Puteh. Lepat, Lekir & Luna. Senang aku nak ingat nama mereka. Hahahaha. 


Nak tengok gambar kucing-kucing aku yang lain?

Part 1

Part 2
Kisah Eton : [ entry ]
Kisah Lela : [ entry ]


Aku tak kaya untuk beri kesempurnaan kepada anak-anak bulus tapi inshaaALLAH aku kaya dengan kasih sayangku. Sayang mereka!

Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 16, 2015

Kucing ketujuh dimandulkan : Muna

Muna asalnya dari UUM. Adik aku bawa balik ketika dia masih kecil. Kesian katanya. Bila dah makin besar, aku terus minta dimandulkan. Kenapa? Aku taknak pembiakan lebih banyak sebab dalam rumah dah ada lebih 30 ekor.



Muna adalah kucing jantan ketiga neuter pada 5/2/2015.
Kucing jantan pertama [ Shinchan ]
Kucing jantan kedua [ Kaka ]


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?
Sama seperti kucing betina juga

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik
4) Kos pembedahan untuk neuter kucing jantan di veterinar kerajaan Sungai Siput (U) hanya RM 40


Sekarang Muna semakin aktif. Seronok tengok mereka sihat. Alhamdulillah.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :


Alhamdulillah setakat ini dah 7 ekor kucing dewasa aku mandulkan. 3 ekor jantan dan 4 ekor betina. Lega sangat dapat buat walau secara perlahan-lahan. Akan aku usaha lagi untuk cari kos demi kebajikan mereka.


Terima kasih kepada yang sudi membeli sambil menderma.


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]

Hukum memandulkan kucing
Baca & fahami
entry ]



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, February 14, 2015

Kucing berkepala dua

Senyum aku saat rakan FB bagitahu sekali pandang nampak seperti kucing berkepala dua. Ehehehehe! Tidak tidak. Ini dua ekor anak kucing yang sedang membesar bagaikan juara. Semakin nakal.




Sekali tengok nampak kembar tapi mereka lain ibu. Inilah namanya Dedek & Labi. Muka stress kena paksa ambil gambar. Hahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 13, 2015

JJCM versi Yui : Jo Bakery Cafe, Chemor

Kalau pergi area Chemor, selalu aku makan di restoran roslan hanipah, pelbagai chicke chop. Memang tak mengecewakan.


Kali ini aku berkesempatan pergi cafe kawan sekolah rendah. Pak kami sama-sama pak polis. Kira anak beranak saling mengenali.



Rosemarry grill chicken - RM 12



Air soda - RM 3/botol



Strawberry smoothie - RM 3


Aku hanya mampu tapau memandangkan sebelum itu dah makan di ulu kinta ( tak berapa best kedainya ) dengan family. Sebab dah tertunggak lama nak singgah, aku singgah & bawa balik. 


Sampai kat rumah terus hadap makan lagi kali kedua. Fuhhh! Memang sedap. Ini pujian ikhlas sebab semua puji benda sama. Cukup rasa. Ayam lembut, air sesedap rasa. Berbaloi sangat!


Nama : Jo Bakery Cafe
Lokasi : Kawasan kedai baru ( dulu padang ) di Chemor, Perak
FB Page : Jo Bakery Cafe




Muka cik tak sabar nak balik & makan lagi
Ternyata puas hati!
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

RESEPI : Popia Pisang Choc Cheese

Kalau tengok group resepi ringkas, ada sahaja menu yang buat aku terliur. Arghh! Tension mak jemah. Hahahaha. Berikut salah satu resepi habis ringkas & mudah.



Bahan-bahan seperti dalam gambar. Mudahkan?


Sedang taip entry ini, aku terfikir kalau olah resepi ini lagi sedap. Celup pisang dalam susu pekat sikit, tabur gula perang sikit/madu dan baru tabur bahan-bahan lain. Lagi menarik dan umphhh tu.


Fuh, bab makan laju aje aku nak fikir. Lalalala.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 12, 2015

Part 3 : Kucing di rumah

Kita teruskan lagi dengan misi memperkenalkan kucing-kucing yang ada di rumah SS. Masih ingat kisah kucing aku Minah di mana ketika kelahiran pertamanya, anaknya tersangkut lebih 7 jam! [ entry bergambar ].




Ini kira kali kedua Minah beranak. Tiada masalah sangkut. Mungkin dah belajar dari pengalaman. Anak Minah pun dua ekor sahaja. Waktu Dobok dilahirkan, Minah taknak jilat anaknya hingga memaksa aku bagi Dobok tumpang menyusu pada Puteh ( entry seterusnya ).


Tapi sekarang aku dah letak anak-anaknya duduk sekali dengan mak kandung. Jadilah happy family! Ehehehe.


Oh ya, Minah ini pun anak Nenek Eton. Minah dah jadi sedikit OKU selepas masalah di kelahiran pertama. Jalan dia seperti arnab & sedikit mengengkang. Faham tak?


Semoga membesar dengan sihat Dobok & Dedek.


Nak tengok gambar kucing-kucing aku yang lain?

Part 1

Part 2
Kisah Eton : [ entry ]
Kisah Lela : [ entry ]



Aku tak kaya untuk beri kesempurnaan kepada anak-anak bulus tapi inshaaALLAH aku kaya dengan kasih sayangku. Sayang mereka!



Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Part 2 : Kucing di rumah

Kisah kucing Part 1 berjalan lancar. Kita teruskan dengan part 2 pula ya. Kali ini nak kenalkan keluarga kecil ibu muda namanya Omei.




Omei ini anak Nenek Eton. Muda lagi tapi sebab "gatal" awal, maka terbitlah anak dua ekor. Miahahahaha!  Mula-mula tak reti nak jaga, tapi selepas "diajar" oleh mak aku, terus pandai. Sekarang makin mengada dan manja perangai Omei.


Anak Omei memang 2 ekor ini sahaja. Kelahiran pertama. InshaaALLAH nak mandulkan juga Omei ini bila cukup Dana Untuk Meow Yui.


Semoga membesar dengan sihat Labu & Labi.


Nak tengok gambar kucing-kucing aku yang lain?

Part 1
Kisah Eton : [ entry ]
Kisah Lela : [ entry ]



Ini baru half, ada half lagi. Tunggu next entry.


Aku tak kaya untuk beri kesempurnaan kepada anak-anak bulus tapi inshaaALLAH aku kaya dengan kasih sayangku. Sayang mereka!


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 11, 2015

WW 4 [2015] - Orang yang berjaya & gagal





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Employee of the month

Lepas saja kejadian pelanggan tiada adab, petang itu juga aku dapat berita gembira. Sebenarnya macam tak percaya tapi alhamdulillah. Ada rezeki untuk kali ini.




Dapat RM ****. Mungkin ini hikmahnya selepas aku "dimalukan". ALLAH bagi rezeki melalui sebegini.


Untuk Dec 2014 tapi baru sekarang dapat tahu. Takpe, tak kisah =)


Oh ya, sesiapa nak buat pinjaman dengan koperasi di atas, boleh roger aku. Bagi slip gaji dan nanti akan aku bagitahu amaun pinjaman yang layak ( ini kerja partime ). Ini betul-betul punya pinjaman ya.


Dugaan adalah asam garam dalam kehidupan. Terpulang samada kita pandai kendalikan atau tidak walau kadang ambil masa. Bertabah!







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pelanggan yang tiada adab

Aku tak berapa setuju kalau customer always right! Dulu memang relevan tapi zaman sekarang yang makin "cerdik" akal fikiran, dah tak waras ayat itu. Maaf kerana itu pendapat peribadi aku.


Nak dijadikan cerita, minggu yang aku banyak alami masalah, ini pertama kali masalah besar aku dengan pelanggan di tempat kerja. Sejak aku kerja 4 tahun yang lalu.


Dia ( seorang perempuan lingkungan usia 43 tahun ) yang merupakan penduduk tetap di Malaysia. Dia pelanggan pertama aku serve. Kira otak aku masih fresh. Dia datang atas urusan tertentu, kemudian aku bagi baki RM 11 pada dia.


Kebetulan ketika itu ada sesi lelongan, dia kehulu ke hilir tengok barang. Aku teruskan kerja aku macam biasa hingga baki duit diberikan. Dia keluar.


Aku serve pelanggan kedua. Tiba-tiba dia masuk balik.


Dengan angkuh,
"Eh, awak tak bagi baki saya RM 11. Tadi awak bagi ic saya je"
"Akak, saya dah bagi sekali dengan ic akak. Tadi kan akak ke sana sini. Cuba akak check beg akak. Ada dua beg itu kan. "


Berlagak lagi. Dia buka beg duit dan tunjuk hanya not RM 50 sahaja berkeping-keping dalam beg duit. Tiada not RM 10 & RM 1. Padahal beg satu lagi tak buka.


Aku malas nak banyak bunyi tambah ada pelanggan lain depan aku. Malu ok!
Dia bercakap seperti aku KEBULUR sangat nak ambil RM 11.
Please! 
Aku masih tahu perihal amanah walau keliling kerja aku dipenuhi barang kemas & duit.


Manager aku siap kira duit aku depan dia. Baki sama seperti dalam sistem. Duit RM 11 tiada dalam peti besi aku.


Dia masih berdiri depan aku.
Terus aku cakap
"Takpelah kak, kita tengok cctv"


"Ok,kita tengok siapa betul siapa salah" Itu kakak itu cakap!
Fuh hati aku memang dah hilang sabar sebenarnya. Tapi memikirkan itu adalah tugas, ku hadap juga.


Belum sempat nak tunjuk rakaman cctv, dia terus cakap ada duit itu dalam beg kedua.
Dengan muka yang buat aku menyampah, dia terus blah.
Tanpa kata MAAF dari mulutnya.
Memang takde adab manusia macam itu!


Pertama kali air mata aku mengalir disebabkan kerja. Bukan sebab hati lemah tapi aku tercabar dengan kata-katanya seolah aku kebulur duit dia. Dia juga malukan aku depan orang luar. ALLAH, macam-macam ragam. Manager & kawan-kawan tenangkan aku. Hampir 30 minit aku ambil masa nak kembali seperti biasa. Air mata memang laju, jantung memang kuat berdebar.


Perangai aku
Bila aku marah dan pendam, aku mengalirkan air mata. Aku tak naikkan suara.


Jadi, biasakanlah ucap terima kasih atau kata maaf. Walau rasa marah, bila dengar sekurangnya kita lega. Jangan berlagak sombong walau hakikatnya diri itu bersalah.


Bak kata adik aku, sama-sama manusia juga. Akal fikiran itu yang penting. Itu aku setuju!


Maaf panjang sebab ini luahan aku.


Tak lama jadi perkara itu, aku dapat berita gembira. Alhamdulillah. Memang benar setiap yang berlaku ada hikmahnya. InshaaALLAH nanti aku kongsikan berita gembira itu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 10, 2015

Aiskrim pasu di Ipoh

Ewah kemain sekarang fenomena aiskrim pasu! Memandangkan area tempat aku kerja ada yang menjual, aku pun cubalah. Saja suka-suka sebenarnya.



RM 3 sahaja


Pendapat aku mengenai aiskrim pasu

1) Aiskrim biasa yang diletakkan dalam pasu
2) Ditambahkan dengan hancuran biskut coklat ( ibarat baja/tanah )
3) Ditambah manik sebagai hiasan
4) Daun pudina




Nah gambar setepek owner dengan aiskrim pasu. Comelkan tuan pasunya? Jadi, bagi sesiapa yang gian nak rasa lagu mana aiskrim pasu, bolehlah cuba. Untuk aku, not bad! Sedap juga menikmati sambil ditemani angin sepoi-sepoi. Hahaha.


Lokasi : Butik Sisterniesta
Station 18, Ipoh
IG : Sisterniesta






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pendapat penggunaan hundle xs YES

Sedia maklum, streamyx bakal dipotong. Memandangkan hp celcom untuk bisnes kecil Nurul Yui Collection & ia bergantung sepenuhnya pada wifi sebelum ini, maka aku kena cari alternatif lain.


Ada kawan pakai YES.
Aku jumpa & bertanya dengan ejen di Giant, Tambun.




Aku mencari

1) Mudah untuk digunakan dimana saja
2) Boleh guna untuk lebih 3 gajet dalam satu masa
3) Ada talian/coverage di tempat biasa akan aku berada


Maka hati lebih terpikat nak mencuba huddle xs. Sebelum apa-apa perkara pertama memang aku tanya tentang coverage. Buat apa guna kalau line teruk. 


Ikutkan apa yang ditunjuk, ada kontrak selama 2 tahun. Aku tanya dia, kalau dalam sebulan tiba-tiba aku batal, berapa bayaran aku perlu buat. Ada plak dia jawab, tak pasti sebab itu center yang uruskan. 


Apa yang aku baca, kalau kita batalkan, kita perlu bayar baki yang ada dalam tempoh kontrak. Asalnya aku nak pilih 68 untuk 4gb, tapi bila fikir, baik ambil yang rendah. Nak tambah kuota, topup saja. Sebab kita tak boleh downgrade gb ok, hanya boleh upgrade!


Sebenarnya aku baru bayar booking RM 50. Jadi nak tanya pendapat kalian, kalau ada yang menggunakan YES, okay atau tidak?


Pendapat kalian sangat daku hargai.


Kalau dulu kontak setahun saja. Makin "cerdik" sekarang. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 09, 2015

Bakal potong streamyx

Aku rasa dah lebih setahun abah aku langgan streamyx di rumah. Sampailah dalam 2 minggu lepas, adik aku perasan dah beberapa hari internet tak dapat guna.


Dia telefon, dan bila diselidik katanya modem ( entah betul ke tidak ejaan ) rosak mungkin disebabkan kilat yang kuat.


Uih!
Dalam fikiran aku, ketika itu dah beberapa hari tak hujan. Kalau hujan memang jarang kami nak on streamyx itu. Itu rasa pelik.


Penyelesaian?
Disuruhnya ganti yang baru dengan bayaran lebih RM 100.


Bila difikir, aku guna pun hari Sabtu & Ahad. Dengan bayaran lebih RM 100 untuk penggunaan dalam 8 hari sahaja, macam tak berbaloi. Jadi keputusan aku, aku minta abah aku batalkan penggunaan streamyx.


Jadi sekarang, tunggu bil terakhir. Tapi tak pastilah kalau ada bayaran lain pula. Mana tahu kot ada kontrak tersembunyi atau terbuka yang kami tak perasan. Harap selesai dengan baik.


Zaman sekarang, penjimatan harus diutamakan.


Dah fikir nak guna yang lain. Nanti aku share.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Resepi Bergambar : Ayam Goreng Pandan



sumber : Resepi Ringkas


Satu lagi resepi yang memikat hatiku. Tapi diri sendiri belum cuba. Save dulu, mana tahu datang mood boleh terus buat.


Tengok gambar, dah terasa macam mana keenakannya. Fuhhhh!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, February 07, 2015

Susah senang kita






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 06, 2015

Misi clear almari : Preloved with good condition

Dari tersadai dalam almari, aku jual mana yang tak diguna. Boleh juga duit yang dapat, aku gunakan untuk keperluan meow-meow aku.



Jubah dari Peace
RM 26 termasuk pos SM



Jubah zamrud
RM 30 termasuk pos SM



Blouse dari Poplook
( lupa nama )
RM 30 termasuk pos SM



Penny dari Poplook
RM 36 termasuk pos SM

Saiz S
Bahu 13
Dada 32
Labuh tangan 16 1/2
Labuh baju 53

Saiz M polka
Bahu 13 1/2
Dada 34
Labuh tangan 16 1/2
Labuh baju  ( sesuai untuk ketinggian 158 cm )

Saiz L 
Bahu 15 1/2
Dada 36
Labuh tangan 17
Labuh baju 45 ( dah potong )

Ukuran dalam inchi


Untuk postage SS tambah RM 4
Kepada yang benar-benar berminat boleh terus 
sms/whatsapp 019 2331810
InshaaALLAH item dalam keadaan baik


Terima kasih


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Part 1 : Kucing di rumah

Sedia maklum aku sukakan kucing dan sangat sayangkan binatang kesayangan Rasullullah SAW ini. Tak pelik kalau aku banyak buat entry pasal kucing.


Sebenarnya dah beberapa orang request nak tengok gambar-gambar kucing yang ada.
Jadi aku akan pecahkan kepada beberapa bahagian. Supaya mudah untuk kenal. Ecehhhh!





Paling awal ku bela : Nenek Eton
Yang ku beli kerana dasar simpati : Shinchan & Lela
Ambil dari kawan : Kika
Anak Kika : Kiut
Adik ambil dari UUM : Muna

Kisah Eton : [ entry ]
Kisah Lela : [ entry ]


Lepas ini akan menyusul gambar-gambar yang lain. InshaaALLAH.


Moga yang nak tengok kisah kucing daku, puas hati ya.


Aku tak kaya untuk beri kesempurnaan kepada anak-anak bulus tapi inshaaALLAH aku kaya dengan kasih sayangku. Sayang mereka!








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 05, 2015

Emas 916 dengan harga bajet & corak terkini




Mata dah pinar-pinar tengok emas 916
Belum lagi tengok emas 999
Fuhhh!


Ada yang berminat?
Stok tak banyak
Siapa bayar dulu, itu didahulukan
Takde nak booking main-main


Harga pasaran sekarang RM 168 ( tak termasuk upah )
Harga daku?
Boleh terus PM di FB
Harga lebih rendah & tiada upah
Postage tanggung sendiri naaa


Cincin 1.5 gram ke atas
Loket 0.5 gram ke atas
Rantai tangan ala pandora 6 gram ke atas


PERHATIAN
Harga berubah ikut harga semasa
Beli jika berbaloi, tunggu jika sanggup sebab dijangka akan naik lagi
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Minyak masak habis?

Aku rasa dah dekat 2 minggu lebih mak aku asyik mencari minyak masak botol 5 kg tu di merata-rata kedai di SS termasuk Mydin & Tesco Ipoh.


Hampa!
Itu je perkataan yang boleh diungkap. Pelik bila yang botol besar langsung tiada stok! Rak kosong. Yang ada hanya botol kecil & 2 kg sahaja.


Semalam cuba "selidik" tanya tauke kenapa yang besar dah habis. Apa dia jawab?
" Itu lori mogok "


Aik!
Kalau mogok, yang kecil itu semua dah tentu takde. Aku syak lain. Entah-entah nanti minyak masak nak naik harga. Jadi, sorok awal-awal. Mungkinlah tapi aku harap itu tak betul.


Semua benda nak naik, dunia sungguh.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 04, 2015

Ujian buat kita lebih tabah

Memang benar dan itu hakikatnya. Walau diri dilanda masalah, tapi bila masalah itu selesai sedikit demi sedikit  mahupun mengambil masa, ia membuatkan diri lebih tabah. Lebih mengenali apa itu sabar, apa itu kekuatan, apa itu semangat.


Minggu lalu memang banyak yang menguji aku. Ada yang buat aku buntu, ada yang buat aku lebih cekal. ALLAH sayang sebab itu ALLAH uji. Cabaran kehidupan.


Kadang orang lain boleh kata, SABAR.
Kadang kita rasa, orang itu tidak merasai jadi tidak mengetahui.
Apa pun memang benar kata mereka.


Sabar buat kita tabah. Sabar buat kita cekal dan sabar buat kita kuat walau kadang rasa "jatuh". Penyelesaian yang terbaik adalah cara yang perlu kita cari.


Apa pun jenis ujian yang kita hadapi, moga kita dapat selesaikan dengan sebaiknya biarpun ia mengambil masa.


Mungkin kita terlalu leka dengan dunia. ALLAH sedang "tegur" kita.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Cara untuk mengetahui buncit atau tidak





Kalau ikut kiraan di atas, aku bukan kategori buncit. Hakikat sebenar tuan empunya diri yang tahu. Fuhh! Misi buang buncit 50%. Hahahaha.


Ada yang ku baca, kalau perut still buncit maknanya toksin banyak. Maka mohlah kita detox secara semulajadi sambil buat exercise mana yang patut.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 03, 2015

Masalah demi masalah

Minggu yang didatangi ujian. Satu demi satu. Ujian diri sendiri, ujian dari keluarga, ujian dari kerja. ALLAH, ikutkan hasutan syaitan, lama dah benda bukan-bukan jadi. Istighfar!


Bila hati tidak tenang, akal tidak waras, mulalah fikiran jadi bukan-bukan. Sebenarnya difikir secara baik-baik semuanya inshaaALLAH boleh diselesaikan dengan cara baik.


Apa yang melambatkan?
Bila ego tinggi
Bila tiada perubahan
Bila tekanan lebih tinggi


Ambil masa. Itu sebenarnya. Ambillah masa yang mana boleh agar diri lebih baik. Senyum selagi boleh walau hati rasa pedih.


ALLAH duga tandanya ALLAH sayang.


Maaf kerana belum mampu untuk bercerita lebih lanjut.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 02, 2015

Sesuatu tentang kucing yang kita perlu tahu




Serba sedikit perwatakan kucing yang kita perlu tahu




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^