tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, May 31, 2012

Majlis perkahwinan Ilyani & suami

Selasa 28/05/2012 aku ambil AL untuk menghadirkan diri bersama keluarga tersayang ke majlis perkahwinan sepupu daku Akak Ilyani dan pasangan. Sepupu aku ni jururawat di Selayang kalau tak salah. Majlis dibuat hari Selasa coz hari lain dewan penuh!


Gambar tak banyak. Siyes! Tapi nak gak aku tempek dalam blog hangat taik ayam aku ini. Muahaha. So,tepek aje mana yang ada okay.


- pengantin bersanding di pelamin -




- mak pengantin perempuan dan mak aku -


Cukuplah dua itu coz aku amik gambar tak sampai 4 keping. Muahaha! Sekeping gambar seterusnya korang sila jangan gelak over okay. Hahaha!! Ak gelak dulu ni.




Baju itu hasil rembatan time aku shoping di Nilai tak lama dulu ^__^


- dewan yang digunakan -


Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai
moga bahagia kekal ke akhir hayat
layari bahtera perkahwinan
dengan penuh iman & kasih sayang
amiiinnn


---- ----



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 38 # = Miskin dan Kaya

Miskin bukan penghalang untuk kita kecapi bahagia
dan
kaya pula bukan pinjaman kita
akan hidup selama-selamanya


Novel : Usah Menangis Sayang, Aini Marisha

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 30, 2012

HAOYIBAI Blackheads and whiteheads Remover

Kalau tadi ada aku buat entry WW untuk produk yang sangat berkesan bagiku! Siyes, aku dah cuba 2 paket, kesannya memang superb!! Aku takde nak puji benda yang memang tak beri kesan dan manfaat pada aku okay. Better aku diam.


- korang cuba dulu untuk tengok kesannya -


Ramai yang tercari-cari, tertanya-tanya mana aku dapat produk ini? Okay, korang leh tengok FB sis Jannah. Harga, kata-kata yang dah cuba semua ada di situ. 1 paket = RM 5, 3 paket = RM 10 dan beli lebih ada lagi diskaun! 


Haritu aku sekadar nak try, jadi beli 3 pcs. Dan baru tadi tambah lagi order nak 10 pcs. Yang penting hasilnya memang berbaloi!! Aku suka. Thanx kak coz buat mata yui nampak produk dari akak ini dan buat hati ini tertarik nak beli.


Sis Jannah ni pon ada blog juga. Ini blognya ---> http://www.cikjannah.com/ . Bakal pengantin baru ^__^


nota kecik yui
Aku selalunya akan review
benda yang aku rasa suka
dan beri kesan!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 48 - Remove blackheads & whiteheads, BERKESAN!



- klik gambar atas untuk ke penjual -


nota kecik yui
Kembali on9 
boleh huhahuha ^__^




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 29, 2012

Felt Starter Kits Yui - Pek Jimat

Sejak dua menjak, aku ada ternampak key yang mencari starter kits felt craft. Maka dengan rasa rendah diri, aku turut juga menyediakan set starter kits untuk felt craft yang ku rasakan agak jimat! Korang bolehla buat apa yang patut dengan peralatan asas yang ada itu.


- poly felt sepatutnya ada 20 pcs okay -


Meh aku nak bagitahu barang-barang apa yang ada dalam set permulaan ini okay. Aku rasa cukup untuk crafter baru yang ingin mencuba bidang ini ^__^


1) 15 pcs poly felt ( random colour) - 12cm x 21cm
2) 1 pack fiber
3) 2 pcs riben ( 1 meter setiap riben )

4) 5 pcs brooch pin bulat ( random size )
5) 5 pcs pin 2 lubang ( randomsize )
6) 10 pcs butang ( pelbagai saiz & corak )
7) 3 pcs hp strap
8) 3 pcs keychain
9) 10 pcs google eye ( random size )





Harga termasuk postage :


Semenanjung - RM 30
Sabah & Sarawak - RM 34

* Tambah RM 4 jika mahu box 12 bahagian
( jimat RM 1 )

PM jika berminat orait ^__^




Sebarang pertanyaan leh komen okay. Bantuan mendapatkan pattern, insyaALLAH ada dalam blog craft aku ini okay. 


nota kecik yui
Ada yang berminat leh bagitahu
dan aku akan membantu
sedaya mungkin okay




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 28, 2012

Nak nyonyot puting tapi tak dapat!

Aku suka tengok video ini. Tapi sebelum ini, please ea ini bukan 18++ okay! Nanti ada yang kena penyepak laju-laju dari aku. Muahahaha. Ini aksi comel dari anak saudaraku, Nur Zahirah Amira. Mak long suka kenakan kamu sayang!!


- tak payah dengar bunyi pon takpe -


Marah dia aku mainkannya. Besar nanti jangan balas balik tau. Hahahaha. Gurau sahaja okay sayang. Ambik la balik puting kosong kamu tu ^__^


nota kecik yui
Oh ya, esok aku cuti
ada kenduri kawen sepupu
Rindu-rinduanla ea
Haha!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kenapa nak SINGLE?

Suka dengan Semanis Kurma 24/05/2012 dengan tajuknya Kenapa nak single? . Dan panel jemputan ialah Prof Izzi "tak nak tak nak tak nak" buat bunyi suaranya & juga Rozita Che Wan atau Mak Cik Ta. Pelbagai yang dibicarakan.



Maka dalam entry kali ini di blog daku sendiri, aku nak juga tahu pandangan dari korang samada yang masih bujang, berkahwin atau mana-mana beri pendapat masing-masing KENAPA NAK SINGLE??


Aku ada pendapat tersendiri gak, Tapi nak tahu dari korang dulu ea. Kalau banyak beri pendapat,akan aku listkan nanti okay. Teringat kata-kata seorang pemanggil " Single is simple, double is trouble" . Ahakz! Macam putus asa je bunyinya kan??


nota kecik yui
Orang leh berkata macam-macam
tapi hakikatnya individu itu sendiri
yang mengalaminya





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, May 27, 2012

Duit oh duit



# Dialog antara aku dan adik ku

amek kau, jawapan kaw-kaw dari kakakmu!
Muahahah
Penangan craft la ni!


nota kecik yui
Bengang aje dia bila chat dengan aku
Gurau senda!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, May 26, 2012

Projek craft pertama

Ini projek pertama aku sebagai carfter yang sedang-sedang hangat taik ayam. Muahahaha! InsyaALLAH bila dah settle,aku update apa projeknya ea kalau rajin!. Moga semua berjalan lancar untuk bulan 6 ini. Amiiin.


(1) - Brooch/Pin Riben 50 pcs








(2) - Brooch bunga 2 warna 20 pcs






Doakan semuanya dipermudahkan ea. InsyaALLAH. Amiiinn. Kita hanya merancang tapi ALLAH akan menentukan. Moga yang terbaik.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 25, 2012

Akhirnya Labu mati

Tajuk itu bermaksud aku merelakan "kepergiannya". Bukan berharap dia mati okay! Labu ini satu-satunya hamster yang aku ada. Dia telah kematian isterinya Labi lama dah. Bermakna dia dah lama menduda.


- time dah mati -


Tinggallah 2 sangkar hamster menjadi kenangan. Entah bila lagi aku nak beli hamster baru pon tak tau. Ke ada yang nak bagi free pada aku? Muahaha!


nota kecik yui
Hamster mati aku tak menangis lak
Yelah,aku tengok-tengok dah mati!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pengertian TALAK

Pengertian Talak

Menurut bahasa arab talak bererti meleraikan atau menghuraikan ikatan seperti meleraikan tali pada sesuatu benda atau barang yang berikat.

Dalam bahasa melayu perkataan talak dikhususkan pada peleraikan hubungan antara lelaki (suami) dengan perempuan (isteri) dengan perkataan cerai atau perceraian.

Menurut istilah fiqh dalam mazhab Syafie sebagai meleraikan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talak atau kata-kata yang seumpamanya.


Contoh lafaz  talak sharih (terus terang atau nyata)

"Abang talakkan engkau Jamilah"

Contoh lafaz talak kinayah (berkias)

"Jamilah balik sahajalah ke rumah ayah dan ibu  Jamilah, abang tidak akan menghalang"




Lebih banyak : Sumber




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 24, 2012

Selamat hari lahir ke 24 Jijah sayang ♥

Hari ini 24/05/2012 merupakan tarikh kelahiran sahabat blogger daku sendiri iaitu Puan Jijah yang ke 24. Macam kena ajekan tarikh & umurnya? Hihihi. Entry yang ringkas tapi penuh ucapan dariku buatmu dear ♥


- comelkan pasangan ini -


Buatmu Nur Azizah

Moga dipanjangkan usia,dimurahkan rezeki, sentiasa dilindungi
Moga kebahagian rumahtangga kalian berkekalan ke akhir hayat
Moga apa yang dihajati tercapai terutama pasal baby tu ^__^
Moga persahabatan kita berkekalan selamanya


Amiinnn Ya Rabbal Alamin


- Ikhlas dari Yui -




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 37 # = Adat BERPASANGAN

Berkawan --> bertunang --> berkahwin --> 
beranak --> bercerai harus dielakkan


Adat kehidupan macam itu kan. Bila masanya, kita tak tau. 
semuanya urusan ALLAH kerana kita hanya merancang 
dan ALLAH menentukan.


Jangan didesak dengan pelbagai pertanyaan
yang mungkin menggembirakan
dan mungkin juga membebankan.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 23, 2012

ORDER : Hp strap Mickey & Minnie Mouse

Ini order kedua dari orang yang sama. Dulu dia order ini, sekarang nak 2 hp strap bentuk Mickey & Minnie Mouse. Haruslah design ini TIDAK PERNAH aku buat okay. Satu cabaran untuk aku!


- boleh tengok saiznya -




Camne pada pandangan mata korang, jadi ke tak ni? Orang tu taknak riben besar so aku buat la jadi kecil macam itu. Dia komen okay dan suka, aku pon okay la.Huhuhu. Craft pink panther, pocoyo dan angry bird ada di sini


nota kecik yui
Lega bila settle order customer
tapi aku still menanti
customer yang tak bayar-bayar lagi ni!
Barang ada pada aku!



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 47 - Majalah RASA harus dibeli



nota kecik yui
Elok coz untuk masakan
hari-hari juga 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 22, 2012

CRAFT : Tambahan warna brooch bunga 2 warna

Haritu ada bagitahu nak buat entry pasal penambahan warna lain untuk brooch bunga 2 warna. So,inilah entrynya ea. Selamat menjamu mata okay kawan-kawan.




- siap sekali pin ya -


Adalah penambahan warna dari sebelum ini kan? Harga macam biasa. 1 pc = RM 2. Untuk pembelian 10pcs ke atas akan ada harga diskaun okay ^__^. PM jika berminat.


nota kecik yui
Ada yang order brooch ini
alhamdulillah




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 21, 2012

RM 100 hilang begitu saja

Mula-mula nak bagitahu, kisah ini sebagai pengajaran kepada yang lain juga ya. Yang baik kita ambil, yang tidak itu dari diri ini sendiri. 


Masih ingat kisah adik aku yang sambung belajar di PD? Dia takde akaun bank patutnya pihak sekolah dah buatkan , dan dia ada kol umah bagitahu duit tinggal RM 30. Itu aje untuk dia balik 25/05/2012 ni nak naik bas.


Kerana risaukan keadaannya, abah aku pos duit. Memang nak guna moneygram ke apa ntah, tapi adik aku bukan boleh kuar hari biasa. Sebelum ini pos barang melalui pos laju, alhamdulillah selamat sampai even orang sana akan buka dulu dan check/ akan buka depan pelajar.


Tapi kali ini, abah aku hantar duit RM 100 hanya melalui Pos Ekspress. Yup, itu salah abah aku kerana buat macam itu. Tapi dia tiada pilihan, konon akan sampai. Malangnya semalam diberitahu, sampul sampai tapi tiada isi dalam!


Apa akan kami fikir? Tiada yang jujur di situ. Mungkin pihak pos, mungkin juga pihak sekolah, mungkin juga orang lain. Ya ALLAH, adik aku tak bagitahu pasal ini. Tau pon dari mak kawannya. Dia lagi suka diamkan diri bila ada masalah dan itu menjadi masalah pada kami coz tak tahu citer sebenar! 


Moral of the story, sila JANGAN nak pos duit anda kerana memang salah & tiada jaminan! Kami redha dan aku ada terfikir, macam mana agaknya ada orang susah yang kirimkan duit hanya guna pos bersetem biasa? Adakah akan menjadi macam kes kami juga?




Malang tapi aku yakin ALLAH akan balas perbuatan orang yang TIDAK JUJUR itu. Aku ada suruh mak/abah aku telefon sekolah itu untuk bertanya. Biar kita pertahan apa yang patut. Jangan nak takut jika tak salah! Sekian.


nota kecik yui
Dia cuti 10 hari
HARUS buat buku bank sendiri







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Mak Long Yui vs anak saudara

Tajuk agak nyampah aje kan? Sebenarnya nak citer lain dulu tapi biar mulakan entry dengan happy. Coz cerita tu agak mengecewakan hati! Huahua.


- comel tak? Muahaha! -


Time ni aku p kenduri kahwen minggu lepas. Nampak Nur Zahirah Amira, terus rembat dia bawa masuk dalam kete. Mak dia nek kete sendiri. cam jahat aje pisahkan mak dengan anak walau sekejap kan?? 


- Haruslah kami bergambar kan! -


nota kecik yui
Dah siapkan 2 order
yang seterusnya
alhamdulillah


 

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, May 20, 2012

Somtam & Kerabu Seefood



Kalau p Ipoh Parade, haruslah aku p food court dan cari makanan ini. Tapi versi atas ni kat booth Thailand tu. Okay gak rasanya. Rasa cukup lengkap untuk buatkan diri ini ke toilet beberapa jam selepas makan. Muahahaha!


nota kecik yui
Misi menghadirkan diri
ke kenduri orang kawen
sebelum kenduri diri sendiri!
Hihihi





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, May 19, 2012

LELAKI, betulkah ini?


Betulkah ini wahai LELAKI?


Kepada WANITA, betulkah macam ini??


# Pandai merajuk, pandai juga pujuk ^__^




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 18, 2012

ORDER : Brooch bunga 2 warna ( 6 pcs )

Dalam entry ini, aku ada tunjukkan pada korang brooch bunga 2 warna kan? Alhamdulillah, 6pcs tu Akak MJ beli. Terima kasih kak. Dah selamat sampai ke Penang ^__^


- barang yang telah di pos -


Nanti akan aku uploadkan lagi brooch bunga seperti di atas tapi dalam versi warna lain ea. Sabar menanti tau. Hihihi.


Brooch bunga ini dijadikan hadiah oleh Kak MJ untuk pengomen bertuahnya. Tahniah kepada mereka semua ea ^__^


nota kecik yui
Kalau ada yang berminat
leh PM aku ya
TQ




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Doa Iftitah



اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.



“Allah maha beasr lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”

- SUMBER -

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 17, 2012

ORDER : Bantal perhiasan untuk tersayang

Ini adalah order dari kenalan blogger juga. Maaf, tak dapat nak bagi link coz ini hadiah suprise untuk insan tersayang. Toi tak dear?? Hihihi.




Saiz A4
Material : Kain Polyfelt + fiber
Design 100% dari customer


Moga customer suka dan yang penting orang istimewanya suka juga kan?? Hihihi. TQ sudi order. Tempahan sekarang dibuka, PM atau mesej hp jika berminat ea. Craft yang lain turut didapati di sini.


Tengok bantal di atas, teringat harini dah 17hb. Genap sebulan aje lagi nak 4 tahun. ^__^


nota kecik yui
Ada regular customer
request nak mickey & minnie pula
Try ajela, hihihi




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 36 # - Perempuan itu



Perempuan yang banyak bercakap 
banyak gelak adalah 
perempuan yang pendiam bila ada masalah
 &
 banyak menangis dalam diam


# terasa diri ini =p




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 16, 2012

Persoalan mengenai Safi Rania Gold

Kalau tadi aku buat WW- Safi Rania Gold dan ada yang bertanya mengenai produk ini. Meh aku kongsikan dan jawab dalam entry ini ea. Akan aku maklumkan serba serba antara produk aku guna macam cantik aje muka tu kan nak bagitahu! Hahaha


1) Kak Iizza -  dah lama ker pakai safi rania ni..ok x.. 

Aku ni memang pengguna krim safi rania gold. Untuk pengetahuan kalian, aku guna pencuci muka Shurah/Syahirah/Safi. Kiranya suka gak campur-campur pakai. Semua ok dengan kulit ini. Kiranya produk Safi Rania Gold yang baru beli ini, baru nak try. Tapi alhamdulillah aku suka!


2) Cik Lynn -  yui pkai rania eh... 

Haah dear. Yui pakai rania. Setakat ni pakai rania gold kontur mata, krim kecantikan, pencuci muka, pelembap siang dan malam. Penyegar still guna Syahirah lagi.


3) Kak Fieda -  kalau tgh promosi mmg berbaloi kan yui..yui pun pakai jugak ye..

Tau takpe kak. Sebab promosi la habis saya tersangkut nak beli. Yelah, harga biasa RM 20 dan RM 23 lebih kurang. Tapi kali ni harga Rm 15 dan RM 17. Murah kan??


4) Kak Wahida -  ok tak yui? ramai blogger pakai...aku ingat nak try jugak... 

Bagi kulit saya okla kak. Buat masa ni, semua produk saya pakai semua alhamdulillah kena dengan kulit saya. Takde nak jadi mengelupas ke, tumbuh jerawatke. Kira tak salah nak try coz harga pon ok. Tidak lebih dari RM 50.


5) Kak Aida -  ok ke pakai safi rania ni...selama ni kak tengok je kawan kak pakai takut dengan kak x sesuai lak he3... 

Seperti jawapan di (1) dan (4). Bagi saya ok aje kak ^__^


6) Kak Iza -  memang da lama pakai ke baru nak try? 

Kiranya yang baru saya beli tu, baru nak try. Tapi hingga hari ini, ok aje akak. Memang terasa lembap kulit ini. Takde nak berlengas ke apa. Yang penting senang nak guna. Hihihi.


7) Kak Echa -  ok ke pakai safi rania ni..tak pernah try lagi..nak gak try kan sbb harga pun murah.. 

Seperti jawapan (1), (4) dan (5). Ok aje dengan kulit ini.


8) Mas - alamak, belum try lagi. dengan muka yui ok tak? tergoda pulak. rasa nak beli :D

Sama gak jawapan seperti diatas dear. Ok aje,hihi.

 - sumber google -


Itu sahaja soalan mengenai produk tersebut. Kalau nak tau camne kesannya, kenalah try ea. Aku pon pakai set tak lengkap. Kiranya penyegar, serum semua tak pakai lagi. Cuba yang ini dulu. Ada soalan di FB yang buat aku tersenyum !


"ok ka safi rania gold ne kak?
Bkn utk 0wg tua je ka? Kiki.. :D"


Aku pon BANTAH soalan camtu. Muahaha!



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 46 - Safi Rania Gold




nota kecik yui
Tengah promosi di Guardian
Memang berbaloi!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 15, 2012

RESEPI : Coleslaw semanis Yui

Kalau sebelum ini aku kongsikan resepi Kuah Yong Tau Fu yang rata-rata pengomennya kata senang nak buat. Nanti cuba buat okay. Hari ini, aku nak kongsikan pula resepi Coleslaw yang mudah + jimat untuk dibuat.


- ini hasilnya -


Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

1) Kobis 500 gm
2) Lobak merah 70 gm
3) Mix vege
4) Mayonis 4 sudu
5) Susu tepung penuh krim 4 sudu besar
6) Garam secukup rasa
7) Bekas plastik/tupperware yang ada penutup


Cara-cara

1) Kobis, lobak dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Kemudian hiris dan cincang kecil-kecil

2) Masukkan kobis, lobak dan mix vege ke dalam bekas yang ada penutup sebentar

3) Masukkan mayonis, susu tepung, gula pasir dan garam ke dalam mangkuk dan  kacau sampai sebati. Seeloknya guna hand mixer tapi aku malas. Kacau je guna sudu. Bukan lama mana pon.


- cara aku kacau -


4) Tuangkan ramuan yang dah sebati tu ke dalam sayuran tadi dan kacau sampai betul-betul rata

5) Kemudian tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk


- sebenarnya tak campur mix vege tapi tengok cam berair banyak tu buh -


Coleslaw korang akan "matang" dan sedia untuk dimakan selepas 12 jam. Tanda matang ialah ia akan berair dan rasanya "smooth". Kalau tak sabar nak tunggu 12 jam, boleh aje kalau nak makan. Takde masalah!


Resepi asal ada letak cuka tapi aku tak buh coz mayonis pon sedia masam. Ikut selera kalian ok. Boleh disimpan sehingga seminggu. Selamat mencuba! Sila abaikan nama coleslaw ini ok. Hahahaha.


Alhamdulillah rezeki menang vaucer RM 5 untuk Sushi King dari Akak MJ.


nota kecik yui
Pasni nak try resepi
dari blogger Najihah
iaitu ini



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kad jemputan kahwen dari Akak blogger

Balik je ke SS Jumaat lepas, tengok-tengok dah ada kad ini di rumah. Yang pasti mak akan buka dulu. takut ada benda bukan-bukan + untuk keselamatan katanya ^__^ . Siyes. bukak aje, terus tertarik dengan design camni!


- comelkan?? -


Inilah kad kawen Akak Yien atau owner kepada blog Pink Velvet . Tahniah buat akak dan pasangan. Aku wish awal-awal kerana 99.9% aku tak dapat hadir. Sepupu aku pon ada kenduri kawen time tu. Apa-apa pun, tq kak sudi kirim kad ini.


Sangat comel designnya! Tergoda ai. Muahahaha. 

* Tiba-tiba terbayang-bayang design kad kawen sendiri. Ok, berangan lagi!
* Korang perasan tak apa yang besh di sampul kad kawen tu??


nota kecik yui
Dah banyak gak blogger 
jemput ke majlis perkahwinannya
Kad ku simpan
sebagai kenangan ^__^







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 14, 2012

RESEPI : Kuah Yong Tau Fu versi Yui

Oleh kerana "permintaan" resepi kuah yong tau fu lebih banyak di entry ini, aku mulakan share resepinya dulu ok. Coleslaw mungkin kemudian ya. Sabar menanti ^__^ . Ini versi aku, ubah sikit dari asal.


 - hasilnya -


Bahan-bahan ( untuk 5-6 orang )

1) 5-6 tangkai cili kering 
2) 1 sudu besar minyak
3) Gula melaka
4) Gula ( kalau kurang manis )
5) Garam secukup rasa
6) 3cm belacan
7) 300ml air
8) Tepung jagung
9) Sedikit ajinomoto ( kalau nak )


Cara-caranya

1) Masukkan sedikit minyak dalam kuali. Goreng cili kering hingga garing dengan api kecil. Goreng sekali belacan pon okay. Make sure jangan sampai hangit lak. T berbau, kurang besh!. Seeloknya, buangkan biji cili tu time basuh ya.Setelah garing, blend cili kering dengan sedikit air.

2) Panaskan air bersama gula melaka. Aku guna seketul. Bila dah cair gula tu, masukkan cili yang dah dikisar tadi dan juga belacan.

3) Bila dah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan air kedalam bahan (2) bagi memekatkan kuah. Nak pekat lagi, tambah sahaja bancuhan tepung jagung tu ya.

4) Masukkan garam secukup rasa dan ajinomoto ( aku tak berapa suka buh ). Boleh gak buh gula lagi kalau rasa kurang manis.

5) Boleh gak tabur bijan goreng tapi aku tak letak coz tak minat =)


So, itu sahaja caranya. Kalau suka pedas, letaklah lebih banyak cili kering tu. Suka manis, letak lebih gula itu. Seeloknya time nak mendidih tu, korang rasa. Baru leh agak nak citarasa camne ea. Sekian sahaja dariku.


Resepi asal : Sini

Selamat mencuba, dah cuba meh bagi aku sikit ^__^
Kalau ada apa-apa nak tanya
jangan segan silu PM okay
DiBENARkan COPY tanpa inform ya

   


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Percubaan 2 resepi yang menjadi!

Syukur alhamdulillah, resepi-resepi yang aku ambil di sini antaranya Jumaat lepas, telah aku cuba pada waktu cuti Sabtu & Ahad. Paling menggembirakan apabila ia menjadi walau percubaan pertama kiranya hadiah hari ibu kan


Apakah antara resepi yang aku ambil? Meh aku share gambar 2 keping ni ea ^__^


- coleslaw -


- kuah yong tau fu -


Itulah dia 2 resepi yang sempat aku buat. Coleslaw itu memang besh! Pasni tak payah bazir duit beli kat kepsi mahupun meribrown. Modal sikit dan paling lama tahan seminggu. Resepi kedua haruslah kuah yang ku buat.


Secara kesimpulan, ia memang besh dan berbaloi. Ehem-ehem, ada yang nak resepi ke? Leh aku share nanti.



nota kecik yui
Mood masak mai 
jadilah camni
lau malas, tak dapat
nak kata pa, huhuhu




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, May 13, 2012

Aurat dengan siapa?



Carta rujukan untuk aurat
seorang wanita dengan
lelaki ajnabi dan
mahram dalam keluarganya


Sumber : FB




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, May 12, 2012

RESEPI : Oreo Marshmellow

Sebenarnya resepi ini aku terjumpa dalam FB. Ada yang bagi respon baik, mungkin sudah mencuba. Maka, aku kongsikan pula di blog untuk tatapan semua. Mana tau ada yang nak try resepi simple ni kan. Aku pon belum cuba, hihihi.





Bahan - bahan
1) Biskut Oreo
2) Marshmellow
3) Butter


Mengikut apa yang aku baca, tak perlu nak simpan peti ais dulu ke apa. Semua caranya macam gambar di atas. Nampak senangkan? Apakah rasanya? Kenalah cuba sendiri. Selamat mencuba kawan-kawan .





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 11, 2012

Percubaan pertama gubah bear

Geli dengan entry makan kucing ea?? Tengok ini plak. Ini terjadi dalam minggu lepas lau tak salah. Sesungguhnya ada order craft yang patut aku siapkan, tapi jari jemari ni malas sangat! Maka, buatlah benda lain plak. Tanda bosan muncul. Muahaha.




So,inilah hasilnya. Buruk kan? Ala, aku tau. Hikhik. Nama pon percubaankan? Saja buat suka-suka namanya.



nota kecik yui
Bear tu sebenarnya 
leh juga dijadikan keychain







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

TJ : Hukum makan kucing

Soalan

Apakah hukumnya memakan kucing?


Jawapan

Kucing adalah binatang peliharaan yang haram dimakan sebagaimana yang difatwakan oleh sarjana Islam. Sumber larangan ini ada di dalam hadis sahih iaitu haram memakan binatang yang ada taring dan yang mencengkam mangsanya dengan kuku.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^