tentang
banner
tutor
fb
home

Sunday, May 31, 2015

JUALAN PENGHABISAN STOK - HARGA JATUH TERGOLEK TERBELIAK MATA!

Kome baca tajuk tu, harga jatuh tergolek. Yang sebenarnya aku yang jatuh tergolek sebab nak bagi harga kaw-kaw turun. Terus ke harga modal atau jauh dari harga modal ( untung takde dah ).


Motif utama?
Nak clearkan sebab dah jenuh mata tengok ( rasa semak dah, hahaha )
Nak gunakan cash untuk kegunaan penting yang lain


Jom cuci mata dengan barang-barang yang akan aku jual dengan harga jatuh tergolek ok!


PERINGATAN TULUS MURNI : 
Harga dipaparkan tidak termasuk kos postage ( ikut berat barang ) 
Semua adalah barang baru ( stok jualan )
Mohon jangan minta diskaun sebab harga yang diberi dah terlajak murah 
( kesian sama kepada aku naaa )



JUBAH PINK
Tag saiz L
Bahu 17", labuh 55"
Material moss crepe ( tak lekat pada badan )
Harga pasaran RM 50
RM 30 - SOLD




JUBAH UNGU 
Tag saiz S
Bahu 13 1/2 ( Yui bahu 15" masih boleh pakai )
Material moss crepe ( tak lekat pada badan )
Sesuai untuk ketinggian 159 cm ke bawah
Zip pada tangan
Harga pasaran RM 90
RM 60



DREES GREY & MUSTARD
Bahu 16 1/2 ( free size )
Sesuai untuk ketinggian 159 cm ke bawah
Chiffon with full lining
Harga pasaran RM 60
RM 30



BLOUSE COTTON
Harga pasaran RM 39
RM 22



2 SHAWL H&M
1 HALFMOON
RM 20



1 SHAWL
1 BUTTERFLY SHAWL
RM 10



KURUNG MODEN COTTON VIETNAM
Kain susun tepi
Harga pasaran RM 70
RM 45



KURUNG MODEN COTTON VIETNAM
Kain susun tepi
Harga pasaran RM 70
RM 45



KURUNG MODEN PELIKAT WADIMOR
Kain susun tepi
Harga pasaran RM 100
RM 70



KURUNG MODEN PELIKAT WADIMOR
Kain susun tepi
Harga pasaran RM 100
RM 70



KURUNG MODEN PELIKAT WADIMOR
Kain susun tepi
Harga pasaran RM 100
RM 70 - SOLD


KURUNG MODEN PELIKAT 
Kain lipat batik
Harga pasaran RM 100
RM 70



KURUNG MODEN PELIKAT 
Kain lipat batik
Harga pasaran RM 100
RM 70 - SOLD



KURUNG MODEN PELIKAT 
Kain lipat batik
Harga pasaran RM 100
RM 70 - SOLD



KAIN PASANG CORAK BATIK 4 METER
Senang iron, sedap pakai
Available 1 & 2
Harga pasaran RM 70
RM 30



KAIN PASANG COTTON
Hampir 4 meter
RM 25 - SOLD


Jadi inilah antara item harga jatuh tergolek terbeliak mata. Kalau ada yang sudi nak beli, boleh terus pm di FB Nurul Yui atau sms 019-2331810. 


Harga yang berwarna MERAH & tidak termasuk pos ya.


Berharap sangat dapat clearkan secepat mungkin. Aamiin.


ENTRY BARU SCROLL BAWAH YA









guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, May 30, 2015

PARAS AIR UNTUK MASAK NASI/PULUT



Cara yang sehingga kini kita guna
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 29, 2015

INSTAGRAM NURUL YUI COLLECTION



Sesiapa yang sudi follow
Dipersilakan
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

MAKLUMAN TEMPAHAN MINI POPIA IKAN BILIS

Hari minggu ( Sabtu & Ahad ), aku dan mak aku buat tempahan mini popia yang ada
Jadi kepada yang masih berminat, boleh cepat sms/whatsapp 0192331810
Postage disediakan, jangan risau



250 g RM 14
500 G RM 24


Info lanjut
Yui 019-2331810





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 28, 2015

2# Kata pelanggan mini popia ikan bilis


Kakak ini seorang baker. Aku selalu repeat order terutama kek lobak. So nyummy ok! Nanti aku buat entry khas promote apa aku suka darinya.


Beli 1/2 kg mini popia ikan bilis. Alhamdulillah.


Terima kasih kak sudi beli. Raya repeat order ya! Hihi.


250 g RM 14
500 G RM 24


Info lanjut
Yui 019-2331810


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

BREAKFAST + LUNCH HARI INI

Menu brunch seterusnya Nurul Yui ialah berikut. Dah tak tahu nak makan apa. Ambil saja apa yang kenan di mata.



Nasi + Sambal keli + Ulam & Sambal
RM 5.20

Waktu makan : 11 pagi


Macam biasa, kalau beli bawa balik, aku akan ambil nasi penuh tapi makan setengah sahaja. Bakinya akan digaul dengan tulang & isi yang ada dan diberikan kepada kucing/anjing terbiar.


Dengan niat bersedekah. InshaaALLAH. Korang pun boleh amalkan =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

SEBAB BIASA KAWAN LAMA HUBUNGI KITA


Kebiasaan no 1 lah kan?
Heheheh
Apa salahnya contact balik asalkan tujuan baik




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 27, 2015

CONTOH BARANG KEMAS PALSU

Entry ini bukan untuk menakut-nakutkan  pembeli tapi 
sebagai langkah berjaga-jaga.


Selidik dulu latar belakang penjual emas terutama yang melibatkan online
Bandingkan harga dengan harga semasa ( setiap negeri berbeza )
Ambil nasihat orang yang lebih arif
Buat keputusan dengan bijak




Ini contoh loket palsu. Emas palsu biasanya boleh kita jangka dengan fizikal tapi tak semua. Ada juga yang tidak dapat dikesan oleh ujian densimeter. Jadi kita perlu guna secara manual.


Sekarang, kecanggihan terlampau banyak sehingga emas palsu sukar dikesan.
Bila dikorek/dibuka, boleh dapati tungsten dan magnet didalamnya.
Luar disaluti emas.


Jadi, berhati-hati.
Ambil langkah, beli barang terus cuba ke arrahnu/pajak gadai untuk dinilaikan.


Banyak lagi contoh barang palsu yang dapat dikesan. Sebab itu tak semua barang akan diterima untuk gadai. Risiko!








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 7 [2015] - MILO AIS TABUR


Ini baru milo tapi tetap tak kaw
Jadilah dari tertipu dek "milo lain"




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 26, 2015

1# Kata pelanggan Mini Popia Ikan Bilis

Sebab idea tak membuak-buak nak update blog sendiri, kita cerita pasal pelanggan mini popia ikan bilis jelah ya. Hahaha! Ketandusan idea!



Akak ini order selepas tengok blog. Tak pasti blog ini atau blog http://nuyuisale.blogspot,com. Katanya terliur lepas tengok. Risau che' takut akak mengandung. Hehehehe.


Selamat sampai tapi macam biasa, belah bawah bekas ada keretakan. Masalah dari poslaju walau aku dah tambah sticker fragile. Sebab itu aku guna bubble wrap. Kesilapan biasa terjadi. 


Apa pun terima kasih kak. Katanya nak order lagi untuk raya. Siap review dalam IG. Terima kasih banyak-banyak.


250 g RM 14
500 G RM 24


Info lanjut
Yui 019-2331810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

SEMANGAT YANG PERLU ADA

Malas?
P main jauh-jauh

Marah?
Jangan nak lebih-lebih

Sakit hati?
Cepat ubati

Menangis?
Simpan sama air mata itu

Semangat?
Ok cepat datang
Sikit demi sikit
Kembalikan semangat itu!

Come on Yui
You can do it!!!



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 25, 2015

CARA AKU BEKERJA

Setiap kerja kalau perlu dari A-Z, aku akan buat dan siapkan
Tak suka menangguh atau melengah-lengahkan kerja
Lagi tak suka bila kerja kita tergendala, orang lain terkena tempias
Tak baik macam itu kan?


Apa kata kalau itu dah tugas kita
Laksanakan sampai habis
Jangan biar orang lain rasa tak selesa
Buat orang terasa
Kadang kita tak sedar semua itu kan?


Sama juga bila kerja aku berkaitan dengan pelanggan
Rungsing tau selagi tak selesai
Sama juga bila melibatkan pengeposan
Hati tak tenang selagi barang tak selamat sampai


Tolonglah
Kerja, selesaikan dengan baik
Nak tangguh boleh tapi jangan nak melibatkan orang lain
Rimas!


Kadang kita dah buat terbaik
Tapi kalau ada yang tak boleh elak
Siapa kita untuk menghalang
Sekurangnya dah berusaha


Coretan untuk diri sendiri....



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

PERLAHAN-LAHAN AMBIL AURA POSITIF

Siapa cakap langit selalu cerah?
Kadang tak jangka guruh dan kilat menjelma
Dan biasanya langit gelap dan hujan turun dengan lebat
Ada kalanya sekadar bunyi yang kedengaran


Begitu juga dengan kehidupan manusia
Aku juga tidak terlepas
Kadang kita dah rasa biasa tapi bila "dijolok" kita terasa sakitnya
Sakit yang tidak kelihatan
Hanya dalaman yang merasainya


Akibatnya, kadangkala orang terdekat menjadi mangsa
Maafkanku kerana aku tak sengaja....


Pagi-pagi Isnin dah rupa gini
Sayu sungguh!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, May 24, 2015

UJIAN KESETIAAN BUAT SUAMI



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, May 23, 2015

PIALA FA 2015

Macam tak percaya blog ini nak buat entry pasal bola. Hahahaha. Untuk makluman, daku bukan peminat bola.


Saja tengok bolehlah terutama final.
Abah aku pun tak layan mana. Bukan kaki bola. Dia kaki jalan merayap.


Mesti ramai tengah tontonkan?
Selamat menonton. Korang sokong mana?


Sebab lawan dengan pasukan "luar", aku sokonglah Kelantan, negeri Malaysia. Huahua.


Tekaan aku, 2-1.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 22, 2015

KEMALASAN MELANDA DIRI

Aku sedar aku macam malas nak update sekarang ini
Tak tahu nak coretkan apa
Tak reti nak bicarakan apa


Kadang idea dah mencurah-curah
*eceh poyo sangat ayat!
Tapi bila tiba nak menaip, erm erm erm adik rasa malas
Arghh! Kelas kau adik, teringin gelar diri adik
Hahahaha


Kadang nak makan pun malas
Acaner tu?


Bangkit Yui bangkit!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

MINI POPIA IKAN BILIS 500 GRAM



Ini contoh pembungkusan untuk
Mini Popia Ikan Bilis 500 gram


Berminat nak tempah?
SMS/Whatsapp 019-2331810


InshaaALLAH sedap
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 21, 2015

GEJALA PEMBUANGAN BAYI YANG SEMAKIN MELAMPAU!

Aku tak pastilah, ada musim ke atau kebetulan. Satu persatu kes melibatkan bayi.
Samaada dibuang atau didera. Apalah sikap manusia sekarang.


Yang paling kejam, bayi dikerat 15!
Syaitan bertopengkan manusia manalah yang buat perkara kejam sebegitu. Tergamak potong! Kau ingat itu ayam? Senang hati buat. Takde perasaanke?


Kejadian terbaru, gadis yang berpura terdengar tangisan bayi
Padahal baru lepas beranak. Pelik aku, orang-orang macam ini memang senang beranak sampai tak kisah apa jadi lepas itu. Tak rasa sakit ya?


Ini yang kes kita nampak dan tersebar.
Yang tak tahu? Mungkin ada yang lagi kejam.


Orang yang tiada anak, tak putus berdoa.
Tapi mereka senang-senang buang/bunuh anak yang tidak berdosa.
Macam-macam sekarang. Moga ALLAH bukakan hati.
Yang sedang berusaha, teruskan berdoa. InshaaALLAH ada rezeki kalian




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

DURIAN THAI SEBIJI RM 20

Aku tak tahulah kenapa hari Isnin lepas, perasaan membuak-buak nak makan durian. Tengok dari dalam pejabat dah nampak peniaga durian. Durian melambai-lambai. Hahaha!




Malam itu singgah, bila tanya RM 15/kg. Durian dari Thai. Sebenarnya durian thai tak umphhh pasal gas & baunya kurang. Tak macam durian kampung. Tapi sebab teringin, beli juga.


Sebiji RM 20. Adalah dalam 6 ulas. Tak sedap, biasa saja.


Nak tunggu durian Batu Kurau, lambat sangat nak luruh. Hahahah! Sila hantar ke rumah ya nanti awak.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 20, 2015

BREAKFAST + LUNCH HARI INI

Seronok pergi stall tepi jalan makcik ini. Bagi aku harga lauk pauknya sangat murah.
Berbaloi-baloi gitu. Kat tempat lain, susah nak dapat.



Nasi 1 bungkus + sambal ikan keli seekor + tempe kentang RM 2 + sambal kuini

RM 4.50


Yang aku perhatikan, 
Ikan keli dia kira RM 2 seekor
Tempe kentang RM 2
Sambal kuini RM 0.50
Nasi FREE mungkin sebab harga hanya RM 4.50


Alhamdulillah, moga semakin murah rezeki akak sekeluarga.
Lokasi di Kg Sri Kinta, Ipoh.


Dan biasanya, aku makan nasi separuh
Separuh lagi akan ku gaulkan dengan tulang & lauk yang ada
Tinggalkan pada tempat yang biasa aku nampak kucing/anjing
Sama-sama makan & kongsi rezeki =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

NAMA JE AIR MILO TABUR

Milo? Aku jarang minum. Bukan pasal boikot ke apa ke, tapi hakikatnya macam itu. Tapi sesekali teringin, kempunan je gaya.


Terus kepada tajuk.
Order air MILO TABUR. Tapi rasa tak rupa milo yang ditabur. Macam serbuk koko yang semakin banyak dalam pasaran. Tengok warna dan bau pun boleh agak bukan.




Buat peniaga, kalau pelanggan order milo, bubuh milo.
Order air koko, baru bubuh serbuk koko. Terasa tipah tertipuuu tau.


Kempunan mak jemah nak milo tabur.
Hoho.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 19, 2015

VIDEO BAYI DILAMBUNG IBU MUDA MENGUNDANG KEMARAHAN

Siapa yang tak marah bila saksikan video macam itu?
Tak marah? Takde perasaan! Sekurangnya sedikit pun akan rasa.
Semalam aku nampak sedikit saja video mengenai penderaan kepada seorang bayi comel disyaki oleh ibu sendiri di berita.


Hari ini, tengok video berkenaan tapi tak habis,
ALLAH, tak sampai hati!
Kenapa nak aniaya bayi yang masih tidak mengerti apa-apa?


Kalau ya pun ada masalah dengan laki or sesiapa, jangan nak lepaskan kepada orang lain
Dapat info ibu yang bersifat "kebinatangan" ini masih muda
Geram dan marah bila mengetahui suaminya ada perempuan lain


Yang paling penting, orang Ipoh
Siapa yang komen maki dia di fb, dia block
Tengah malam semalam cari akaun fb, dah tak jumpa


Hai, dekat benar je ni
Kalaulah aku nampak, nak saja aku lempang dan lambungkan dia macam mana dia buat pada anaknya.
Mana sifat seorang ibu?


Macam-macam zaman sekarang
Mungkin ini salah satu sebab kenapa ramai tak galak kahwin TERLALU MUDA
Pokok pangkal hati sendiri tak kisah tua muda.
Guna akal!


Kesian kamu nak, moga bila kamu besar, kamu tidak ternampak video itu.
Tak sanggup nak share video, sayu.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

PERIHAL MINI POPIA IKAN BILIS

Oh ya, saja nak bagitahu, inshaaALLAH Khamis & Sabtu ada pengeposan
Kalau ada yang nak selit order mini popia ikan bilis
Sila cepat-cepat bagitahu sebab boleh buat sekali


Mini popia ikan bilis bukan ready stock
Ada order, baru aku & mak akan buat
Orang kata fresh laaa gitu
Ehehehe


Sms or whatsapp 019-2331810
Terima kasih awak-awak


InshaaALLAH sedap!

FB Page & Instagram
Nurul Yui Collection




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

SALAH SATU TENTANG PEREMPUAN



Ini memang salah satu ciri aku
Sabar selagi boleh



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 18, 2015

TEMPAHAN MINI POPIA IKAN BILIS

Alhamdulillah sekarang tempahan dah buka dan alhamdulillah dah ada yang sudi order
Terima kasih awak-awak. 
Ada yang cod dan ada yang pos.



250 gram RM 14
500 gram RM 24

( penutup merah untuk cod, bekas putih untuk postage )


SMS/Whatsapp 019-2331810


Cepat order untuk rasai keenakannya
InshaaALLAH sedap dan puas hati!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

MASK VIETNAM YANG BENAR-BENAR MENJADI

Orang lain lama dah mencuba, aku ketinggalan ke belakang. Konon taknak cepat teruja. Hahaha. Satu hari aku beli mask vietnam, dalam RM 6 sebotol kecil.




Sapu di hidung, pipi & bawah mulut. Tampal kertas yang diberi. Biarkan kering, Tarik perlahan-lahan. Hasilnya memang fuhhhh!


Nampak jelas apa yang melekat pada wajah. Senang cerita puas hati! Remove blackhead/whitehead yang ada. Seronok tengok!


Mak dan abah aku pun join sekali pakai. Mak aku nyesal sebab rasa pedih. Hahaha. Dia tak pernah pakai benda-benda ini semua.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, May 16, 2015

Resepi Bergambar : Popia Seaweed





Guna putih telur sebagai "gam" ya
Selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 15, 2015

SELEPAS 25 TAHUN BARU TAHU



Tapi aku sebut

POLIS TENTRI WAN TO JAGA
POLIS MATI TINGGAL KITA


Hahahaha, kenangan sungguh!



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN JUALAN MINI POPIA IKAN BILIS

Sekarang nak hampir ke hujung bulan Mei 2015. Bulan depan inshaaALLAH akan sambut bulan Ramadhan. Rata-rata yang berniaga kuih muih dan open order. Aku saja yang baru nak merangkak. Miahahah.


Untuk pengetahuan,
berniaga mini popia ikan bilis sebenarnya nak tolong mak aku dapatkan duit poket. Seronok tengok dia suka. Kita cuba apa yang boleh.


Antara cadangan atau pemikiran aku untuk cuba tingkatkan jualan mini popia ikan bilis.

1) Kerapkali update samada di timeline fb, group, fb page, instagram & blog

2) Nak open minima 10 orang atau lebih kepada blogger yang benar-benar berminat untuk dapatkan sample & promote di medium masing-masing atau boleh juga jadi dropship


Ini baru fikir saja.
Tapi kedua-dua cadangan itu memang aku nak laksanakan. Nak open kepada blogger-blogger yang ada.


Ada tak antara korang yang berminat?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 14, 2015

EPISOD AKHIR DRAMA HATI PEREMPUAN

Episod akhir drama Hati Perempuan 

Yuhanis bercerai dgn Ku Ril.
Dan berkahwin dengan sepupu Ku Ril iaitu Ku Nyit. 
tabur Ku Nyit kt ayam dan Ku Rang kan sedikit garam 
dan goreng guna Ku Ali

Episod akhir drama Hati Perempuan 
Yuhanis bercerai dgn Ku Ril 
Dan berkahwin dengan sepupu Ku Ril iaitu Ku Nyit 
Dapat anak Ku Rap 

Happy Ending !

Yang bace ni pulok KU Disss 

Ending pada semua peminat cerita hati perempuan

- Sayangnya aku tak layan cerita ini, hahaha -




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kucing ke-10 dimandulkan : Kika

Cerita lama tapi aku lupa update, layankan saja ok. Buat tatapan dan bacaan kepada yang berkenaan.


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?
1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik & ubat sapu
4) Kos pembedahan untuk spay kucing betina di veterinar kerajaan ( ikut tempat ) RM 80/ekor



Alhamdulillah, Kika yang merupakan pesakit kanser payu dara & kucing ke-10 berjaya aku mandulkan. Ini semua demi kebajikan dan kesihatan mereka. InshaaALLAH, satu persatu akan aku lakukan. Masih mengumpul dana, cukup dana terus operation.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
Shinchan
Kaka
Muna


Doakan semua dipermudahkan. Terima kasih kepada mereka yang sudi membeli & menderma khas dana untuk meow.


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]

Hukum memandulkan kucing
Baca & fahami
entry ]


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

KAKA YANG SEMAKIN BAMBAM

Sedia maklum, aku memang pencinta kucing. Kucing kat SS, semua ada peel tersendiri. Ada ragam dan cara mereka. Ada yang gemok, ada yang biasa, ada juga yang macam terbantut walau makan minum tetap sama.


Ini namanya Kaka, anak kepada Kika.


Dulu, sehari mesti dia bising nak merayap keluar rumah. Konon nak main. Malangnya satu hari tu, depan mata mak aku sendiri ( mak aku tengah basuh sangkar ), Kaka lari lintas jalan meluru saja. Ada motor tidak sengaja langgar dia. Paling tak tahan, 2x kena langgar badannya sebab Kaka patah balik. Aduhai anak!






Dekat 2 hari dia tak lalu makan. Bawa pergi veterinar tapi bagitahu takde apa. Mungkin Kaka terkejut. Sekarang, dia tak hairan dah. Tak keluar rumah pun takpe asalkan makanan sentiasa tersedia.


Hasilnya, gemok macam dalam gambar. Berat dia dekat 5kg. Kalah Shinchan!


Perangai Kaka :
Hanya boleh peluk/dakap dia tak lebih dari 1 minit. Cium dia lama-lama, dia akan meronta sekuat hati. Hahaha.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 13, 2015

BREAKFAST SEKALI LUNCH - BRUNCH

Sejak aku mc & terima ubat angin, semacam je rasa perut ni. Kadang rasa berombak, nak gerak pun rasa sakit. Budak umah duk fikir aku gastrik tapi sebenarnya aku takde penyakit itu. 


Petang semalam, perut rasa lapar semacam. Beli laksa tapi makan 2 sudu. Perut dah rasa lain. Bangun tidur pun kadang terasa macam itu. Risau juga tapi aku masih makan ubat doktor bagi.




Oleh kerana perut meronta minta makanan, 10.30 pagi terus makan pagi. Petang tak makan. Lepas maghrib baru makan lain, itu pun kalau lalu.


2-3 hari ini, sehari mesti makan nasi sekali. Off dululah diet. Hahaha!


Kesihatan itu lebih pentingkan?


Sebenarnya aku jarang makan nasi. Bukan pasal tekak orang putih or apa, tapi keinginan itu kurang. Balik SS baru makan, itu pun menepek dekat pinggan mak. Hoho.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 6 [2015] - Komen apa yang kau rasa nak sangat cakap







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 12, 2015

TIGA PERKATAAN DARI ANDA




SILA BALIK SEGERA
=___=





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

SARAPAN HARI INI


Tengok, update pun lambat
Hujan selebatnya pagi ini
% nak demam semula tinggi
Takpe, ubat ada


Ini jela sarapan pagi
Beli, senang
Nasi goreng telur mata + teh tarik = RM 4.20






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 11, 2015

CUTI SAKIT SEHARI

Hari Sabtu malam, tekak rasa mual. Perut rasa semacam. Asyik muntah² sahaja. Apa yang dimakan dari kenduri sampai malam, semua keluar balik.


Hari Ahad, asyik baring saja. Kepala kejap panas, kejap sejuk. Petang baru ambik keputusan pergi klinik.




Dapat sehari mc. Yelah, kepala aku kadang pening, nanti naik motor gelong pula bawa. Jadi hari ini aku cuti sehari. 


Nak rilekskan diri.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, May 09, 2015

TENTANG JANJI




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 08, 2015

Apa yang patut di tambah pada whatsapp




Kalau tak buat, tak perlu takut
Tak gitu?
Heheheh



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bekal orang bujang : Ayam & tempe goreng

Memandangkan ayam ayamas masih ada, goreng 5 ketul pagi ini. Ada juga beli 1 paket tempe, apa lagi potong halus-halus kemudian goreng garing. Fuh!




Antara 2 jenis di atas, aku paling suka tempe. Itu namanya gorong bodoh saja. Lagi syiok kalau letak bawang banyak kemudian letak cili padi, ubi kentang. Waahhh! Terangkat makan. Ratah gitu pun sedappp.


Masa yang diperlukan untuk siapkan sarapan di atas hanya dalam 15 minit sahaja.


Sape suka tempe?
Kita geng. Adalah sikit keturunan jawa =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 07, 2015

JUALAN PENGHABISAN STOK NURUL YUI COLLECTION



NORMAL PRICE
Cotton vietnam - RM 50
Pelikat & pelikat wadimor - RM 90
Tidak termasuk postage


HARGA SALE RUNTUH
Cotton vietnam - RM 50
Pelikat & pelikat wadimor - RM 80
HARGA TERMASUK POSTAGE


Boleh kira sendiri berapa penjimatan?
Yang tinggal saiz M & L
Boleh terus whatsapp 019-2331810 untuk tahu ukuran


Juga nak clearkan stok
Cotton blouse, kain pasang, shawl, jubah & pelbagai lagi
Whatsapp 019-2331810


Terima kasih
=___=


ENTRY STATIK UNTUK SEMENTARA




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

AISKRIM HAAGEN DAZS




Selalu tengok dalam fb sahaja, takdelah terliur tapi nak beli sendiri macam nak taknak saja.
Tengok bekas kecil, harga oh mak ai ( zaman gst, kena kedekut sikit )
Tapiiiii
Memandangkan ada yang sudi belanja, ambil saja
Miahahahahaha!


Sekali sekala
Akhirnya merasa juga aiskrim haagen dazs
Selain aiskrim baskin robins yang mahal
Sedap wei perisa ini!


Nak makan cepat bagi habis pun sayang
Wakakaka!


#trobek22042015




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 06, 2015

LOOSE TOP PATCH PLAIN ( Top terkini )






Sesuai hingga saiz L
Plain patch
Ready stock pada Yui


1 helai RM 35
2 helai RM 60
Harga termasuk postage SM


Whatsapp 019-2331810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 05, 2015

PERLUMBAAN KERETA MYVI YANG MERAGUT NYAWA

Berita ini agak gempar apabila sekelip mata 2 anak kecil menjadi yatim piatu. Akibat kesilapan orang lain, insan lain menjadi mangsa.


Tiga nyawa terkorban dalam kemalangan tersebut. Dikatakan akibat perlumbaan kereta myvi. Yang buat aku terkejut, ada salah seorang pemandu seorang wanita. Benarkah? Hebat sungguh wanita sekarang. Berlumba pun jadi.


Sayu tengok keadaan kemalangan tersebut.


Apa pun, moga hukuman setimpal dikenakan. Tak kira kau anak menteri, adik ipar polis, kakak ipar sprm atau apa-apa sahaja. Hukuman tetap hukuman. Kalau terlepas dunia, di akhirat itu pasti.


Al-Fatihah.


Mohon juga jangan salahkan yang tidak salah. Kereta apa sekalipun, itu semua kerana silap manusia. Jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga.


Berhati-hatilah kita.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

KEYCHAIN CRAFT UNTUK PEMINAT AIDIJUMA




Aku bukanlah penggemar tegar AJ, tapi kalau ada design yang menambat hati, akan cuba aku dapatkan.


Memandangkan lama tak bercraft, jari rajin menjahit.
Jadilah keychain AJ di atas.


Mood malas sebab cuti 4 hari. Hari ini kerja, esok cuti sehari. Huhu.


Kalau nak order, boleh terus whatsapp 019-2331810. Terima kasih.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^