Kalau kau dah biasa dengan "dunia" kucing dan dunia manusia, kau akan perasan ada
sesetengah musim, kucing-kucing makin bertambah di buang ke merata tempat termasuklah rumah aku di SS!!
2 hari sebelum Syawal 1437H,
Mak ke sangkar luar rumah untuk bagi anak-anak bulus makan. Tiba-tiba mak panggil nama aku.
"Nurulllll, cer tengok ni" dengan nada
slow nya. Macam menyayat hati sangat. Aku dok ingat kucing beranak dalam sangkar, mustahil tak sedar dia bunting.
Rupa-rupanya,
Ada
anak kucing kecil berlegar di kawasan parking motor. Allahuakbar, tergamaknya siapa yang buang si comel ini.
Aku pun keliling rumah dan tengok dalam longkang kot ada adik beradik lain, rupanya takde. Memang dia seekor aje. Tengok keadaan dia sangat menyedihkan, dengan kesan luka, perut buncit sebab cacing, mata bertahi, kotor.
Bawa masuk rumah,
Bagi makanan terus laju telan. Sedih tengok caranya makan.
Ini keadaan dia semasa jumpa 3/7/2016
Nanti aku update gambar terkini. Kepada yang bela kucing, kalau rasa tak mampu nak bela banyak, sila mandulkan awal-awal kucing anda sebelum terlambat. Mandul bukan suka-suka ya.
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^