Pernah dengan tajuk tu?? tak pernah?? kesian sikitla Hikhik.. citer besh tu hari Sabtu lepas kat tb 3.. Seperti yang ak pernah janjikan pada orang tertentu ak nak review sikitla pasal citer ni.. Jadi, ini sekadar entry pendapat peribadi ak sebagai PENONTON.. Harap maklum.
1) Menimbulkan unsur tanda tanya
Kenapa?? Yela, selepas kemalangan aje, Edree berubah tingkah lakunya.. Tak mesra seperti sebelum itu bersama isterinya Lisa [ Nora Danish ] .. Walau si isteri mendesak, bertanya apa salahnya, tetap si laki diam kan diri..
2) Membuat rasa geram bila ada yang dianggap "perampas"
Lakonan Irma Hasmie, membuatkan syak dia sebagai perempuan kedua dalam hidup Edree. Ditambahkan lagi apabila didapati mengandung tanpa kita tahu sebenarnya suaminya telah meninggal dunia.. Merupakan bekas tunang Edree dan teman terbaiknya ketika berada di rumah kebajikan.
3) Penyabar
Kehadiran kakak Lisa membuatkan suasana menjadi tenang.. Menjadi penasihat terbaik di saat adiknya menghadapi masalah rumah tangga. Cuba membantu sedaya upaya sehingga mendapatkan kisah sebenar hubungan antara adik iparnya dengan Irma.
4) Penyayang
Ayah Lisa sememangnya sangat menyayangi anak-anaknya ditambah pula setelah kehilangan isteri tersayang. Jadi, dia mahukan insan terbaik untuk menjadi pembimbing anaknya. Jadi, Edree lah orang itu.
5)
Pendendam
Bekas kekasih Lisa yang telah menganiaya Lisa sehingga suaminya berprasangka buruk! Telah merogol Lisa tapi pada pandangan mata Edree mereka bersekedudukan bersama ketikanya tiada. Sungguh jahat! Bengang kerana Lisa putus dengannya semata-mata kerana ingin mengahwini Edree..
6)
Bertindak terburu-buru
Ini bagiku terjadi apabila Edree melafazkan talak satu pada Lisa di hadapan bapa mertuanya. Tanpa asal usul periksa perkara sebenar yang terjadi pada Lisa. Selepas itu, baru Lisa terangkan kejadian sebenarnya membuatkan Edree berasa kesal.
7)
Keluar tanpa izin suami
Lisa turut bersalah kerana keluar tanpa izin / pengetahuan suaminya untuk berjumpa bekas kekasih. Mungkin selepas dipujuk rayu. Oleh sebab itu, hal "buruk" terjadi pada Lisa iaitu dirogol! Ingat, jangan keluar dengan sembarangan orang lebih-lebih lagi jika sudah bersuami! Taknak timbul syakwasangka.
8)
Memberi peluang kedua
Setelah masing-masing menyesali perbuatan mereka, akhirnya mereka bersatu kembali menjadi pasangan suami isteri yang sah buat kali kedua. Sungguh romantik!! Ak tak berapa ingat ayat yang Lisa cakap pada suaminya tapi sweet okies..
Aduhh.. cukup
8 point utama ak kaborkan.. yang lain kome lak la tambah kat ruang komen
itupon lau ada yang komen! Dan ak pasti, yang menonton citer ini sampai akhir episod
BERPUAS HATI . Citer melayu yang memberi makna mendalam pada para penonton..
Itu sahaja dariku.. Lau ada lagi cerita lain yang besh, akan ak kongsikan bersama ya.. terima kasih kepada yang membaca sampai habis ^__^
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^