tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, May 31, 2013

Antara barang yang sempat dibeli di Bandung Indonesia

Ikutkan hati taknak tunjuk apa barang yang sempat aku rembat tapi memandangkan ada yang minta, okay aku gagahkan juga ya. Moga yang nak tengok tu puas hati. Hihihihi.


Mungkin gambar yang ditunjuk tak semua yang ada. Ini antara randomlah senang cerita. 


PASAR BARU BANDUNG

FM untuk kawan-kawan dan kalian


bagasi pink untuk diri sendiri


kain pasang untuk diri sendiri dan kawan




Beg duit beli di Cibaduyut


kain pasang lace dan kosong untuk diri sendiri


sehelai kain batik untuk mak


100 pcs pin kartun


KAWAH PUTIH




CIBADUYUT






KARTIKA SARI








DALAM FLIGHT



Yang di atas antara gambar yang sempat aku ambil. Jadi antara yang tiada dalam gambar termasuklah :

1) 2 pasang telekung
2) Sehelai baju raihan
3) 10 helai bawal plain
4) 2 pen bandung
5) 10 helai tshirt Bandung
6) 4 pasang sandal
7) Perfume Gucci Flora


Dan lain-lain. Aku pun lupa tapi bagasi aku 2 termasuk sumbat dalam bagasi pink baru dibeli dan beg galas belakang aku penuh. Sebab itu aku minta abah aku jemput. Tak mampu nak naik bas seorang diri dengan muatan sebegitu. Kih kih.


Jadi, barang-barang di atas adalah antara termasuk amaun PERBELANJAAN yang kalian tengok dalama senarai { ini }. Berbaloikan dengan harganya? Sangat banyak barang yang anda boleh bawa pulang ke Malaysia.


Rasa macam lepas ini nak ke Vietnam tapi tak tahulah tahun bila. Hahahah.


Update : Bagasi pink RM 110 


Perbelanjaan kasar yang diperlukan untuk bercuti ke Bandung, Indonesia ( kos seorang )


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kasut bertutup hitam saiz 7 dari Bata untuk dijual

Kalau masih ingat, aku pernah kena temuduga SPA. Mengikut cara pemakaian, haruslah atau sebaiknya pakai kasut bertutup warna hitam dan sedikit bertumit bagi wanita.


Memandangkan aku jarang nak pakai kasut tinggi tambahan yang duk ada banyak terbuka, jadi inisiatif aku adalah mencari kasut baru untuk dipakai. Setelah mencuba di merata kedai, akhirnya Bata menjadi pilihan hati. First time beli kasut di Bata!




Time cuba di kedai rasa dah okay. Tapi bila dah balik rumah, alamak! Sedikit longgar walau selalu di Vincci aku pakai saiz 7.


Jadi nak dipendekkan cerita, aku hanya pakai sekali time interview. Apa aku buat supaya tak longgar? Masukkan kertas dan tisu pada hujung. Sesak gaklah rasa sebab kurang selesa tapi ku gagah juga. Kih kih.


Dari dibiarkan saja dalam kotak, aku rasa nak jual. Kepada yang berminat, boleh tengok detailnya { sini  }.


* Boleh bayangkan tak kalau pakai kasut tapi hati rasa tak selesa?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 30, 2013

ST 79 # - Bila rasa itu semakin menghilang

Bila rasa itu semakin kurang
semakin hilang
semakin rasa jauh


Moga ada petunjuk dari-MU
InsyaALLAH




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Perbelanjaan kasar yang diperlukan untuk bercuti ke Bandung, Indonesia ( kos seorang )

Mula-mula nak bagitahu, ini adalah jumlah pengeluaran duit yang "berjaya" digunakan sempena nak bercuti ke Bandung, Indonesia. Gigih kau duit laju macam air. Hahahaha. Anggaran kasar okay.


PERJALANAN, TIKET KEMASUKAN,  KENDERAAN & PENGINAPAN 

1) Tiket kapal terbang pergi & balik : RM 253
2) Tiket bas dari Ipoh - Hentian Duta : RM 18.80
3) Penginapan di hotel, tiket Kawah Putih & bayaran supir : RM 300 ( untuk 4 hari termasuk jemput dan hantar ke airport )

TOTAL = RM 571.80


MAKAN & MINUM

Dari airport Malaysia, sepanjang berada di Bandung dan dari airport Bandung
Anggaran kasar : RM 70

TOTAL : RM 70.00


HARI KEDUA DI BANDUNG ( 18/4/2013 )

1) Beli topup ( simkad supir bagi pinjam , baikkan? ) : RM 22.90 ( terlebih cukup untuk 4 hari )
2) Hasil membeli belah di Pasar Baru : RM 674.40
3) Makan dan minum : Ayah kawan belanja

TOTAL : RM 697.30


HARI KETIGA DI BANDUNG ( 19/4/2013 )

1) Berbelanja di Kawah Putih : RM 13
2) Berbelanja di Cibaduyut : RM 83
3) Berbelanja di Kartika Sari : RM 120

TOTAL : RM 216.00


HARI KEEMPAT DARI BANDUNG KE MALAYSIA ( 20/4/2013 )

1) Bayaran tax di airport : Rp 75 000 / RM 24
2) FM Air Asia : RM 29
3) Tol dan minyak untuk abah sebab jemput ambil dari Perak : RM 100

TOTAL : RM 129.00


PERBELANJAAN LAIN-LAIN

1) Terlebih, terkurang @ tidak perasan : RM 50

TOTAL : RM 50.00 


Total keseluruhan selama 4 hari dari Malaysia - Bandung - Malaysia
RM 1734.10 / secara kasar


Itu belanja untuk aku seorang. Bab beli belah itu bergantung kepada anda. Banyak beli, banyaklah belanjanya. Sikit beli, sikitlah belanjanya. Paling sikit bawah RM 1 000 pun korang dah boleh melancong ke sana.


Tak percaya? Boleh google dan tengok ada yang bawah RM 800 pun boleh pergi sana. Tapi mungkin dapat beli sehelai telekung, satu seluar jeans, ole-ole sikit, makan minum cukup-cukup.


Bagi aku, untuk amaun di atas dah berbaloi. Lagipun ada yang boleh dapat tiket pergi balik RM 100. Ikut nasib dan promosi. Ini pengalaman pertama aku, lepas ini boleh ambil iktibar mana yang patut.


Anda pasti ada inisiatif tersendiri untuk kurangkan kos mana yang patut. Apa-apa pun enjoy your holiday!


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pin comel dari Sis Fieda



Balik SS aritu, ada satu sampul tertulis namaku. Buka-buka ada 2 pin comel macam atas. Tengok ada tulis nama "FIEDA". Aku rasa dari blogger Sis Fieda.


Terima kasih sudi bagi pin comel. Yui pun lupa sebab apa hadiah ini diberi. Hihihi. Apa-apa pun yui suka sebab pin tu ada huruf  "Y" bermakna YUI.


Entry selepas ini adalah total perbelanjaan sepanjang perjalanan dari Malaysia - Bandung - Malaysia.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 29, 2013

Hukum mandul/kembiri/kasi kucing dalam Islam

Bagi yang ragu-ragu dan ada juga katakan haram memandulkan kucing, jom baca ini untuk perkongsian bersama. Laju aku cari maklumat lanjut mengenai hukum mandulkan kucing.


Fatwa Jakim Mengenai Mengembirikan Binatang Peliharaan

Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :
Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.
All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.
After studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".
Dipetik dari FelineMalaysia.com



Boleh baca lebih lanjut { sini } atau { sini }. 


Kalau rumah dah kecil tapi kucing semakin bertambah, apa inisiatif kita? Takkan nak campak buang sesuka hati. Jalan terbaik mandulkan dia untuk kebaikan bersama. 


Setakat ini aku tak pernah mandulkan kucing-kucing aku sebab itu pembiakan semakin bertambah. Kos mandulkan bawah RM 100 untuk seekor. Untuk jantan dan betina harga adalah berbeza. InsyaALLAH nanti aku akan mandulkan yang mana patut.


* Harus mencari kos dahulu 



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Supir dan angkutan yang digunakan sepanjang berada di Bandung Indonesia [ Hayuka Bandung ]

Jom sambung kisah Bandung dan kali ini tengok supir dan van yang berjasa membawa kami sepanjang bercuti di Bandung. Yang paling penting pak supirnya sangat baik dan peramah. Paling best part masa, sangat menepati masa!





Maaf gambar blur kat atas ini. Saja posing depan van 12 seater. 





Namanya Pak Andri. Sangat ramah, berbudi bahasa dan sangat menepati masa orangnya. Kalau anda yang nak ke Bandung ramai-ramai tu, boleh contact Pak Andri. Meh aku bagi detail.


- sumber FB -



Pak Andri 
Mobile : +628535355696
Website : www.hayukka.com
Email : hayukka@gmail.com



Itulah team mereka dan belah kanan itu Pak Andri. Sangat aku sarankan jika korang nak gunakan perkhidmatan Pak Supir. Harga berlainan mengikut jenis kereta ya. Sila berhubung terus melalui maklumat di atas untuk sebarang pertanyaan.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 28, 2013

Beza benci dan menyampah

Kalau benci, memang dah tak suka langsung
Tapi kalau menyampah, boleh toleh tengok lagi
Walau macam mana pun, perasaan BENCI harus tiada!


Ya ALLAH, jauhkan aku dari perasaan itu
Sesungguhnya itu hasutan belaka
Hasutan dari syaitan yang sukakan porak peranda


* Daku kurang gembira beberapa hari ini =(



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Baju dari Bandung bersama tuannya

Mula-mula terima kasih untuk kata-kata semangat dari kalian mengenai entry kematian salah seekor anak kucing aku. Sedih tapi aku redha.


Ada yang nak tengok baju kurung moden yang dah siap dijahit + dipakai. Okay, meh aku tunjuk sikit. Special untuk mereka yang nak tengok aku pakai kan =)




Kerawang keliling tangan. Kain pasang 3 1/4 meter alhamdulillah cukup. Suka pakai sebab tukang jahit pandai dan selesa. First time guna perkhidmatannya.


Kalau ada yang berminat nak kain pasang macam dalam gambar, tapi hanya warna ungu perlahan yang ada, boleh tengok sini { link }.


InsyaALLAH lepas ini sambung balik entry jalan-jalan di Bandung.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 27, 2013

[27052013] Kaka telah pergi selamanya

Saat jari jemari ini menaip, masih bermain di ingatanku
Aku pandang dan panggil namanya, dia toleh melihatku
Ya ALLAH, sayu hati ini bila mengenangkannya


Walau sekejap sahaja aku mampu melihat kerenahmu
Tapi itu cukup buat aku rasa bahagia
Bahagia dengan keletah manjamu 


Disebabkan kau tercedera
Mungkin terseliuh disebabkan jatuh
Hari Khamis, esok, lusa dan seterusnya veterinar tutup
Kau masih bertahan
Bersabar melawan rasa sakitmu


Aku belai dirimu
Aku suapkan minummu
Makan langsung tidak mahu kau jamah sayang


Takpe, kita ikhtiar
Harini abah bawa kau ke veterinar
Dicucuknya kau agar bengkakmu kurang


Tapi sayang
Selepas 2 jam kau pulang
Kau hembuskan nafasmu yang terakhir


Mak telefon aku
Lantas laju air mata mengalir
Mendengar khabar berita mengenai kematianmu


Sayang, walau sekejap kita bersama
Terima kasih sudi membuat ku tersenyum
Dengan lagak gayamu
Manja denganku walau hanya sementara waktu


Mungkin telah tertulis takdirmu
Hanya bernyawa seketika sahaja
InsyaALLAH sayang satu masa nanti pasti kita bertemu
Bertemu tersenyum  sesama kita


Kau yang ku sayang
Kaka......
Tinggal kenangan

27/5/2013




* Entah kenapa aku sedih sangat. Bukan kucing yang rapat denganku. Tapi sepanjang dia sakit, dia sentiasa denganku. Tidur denganku. Ya ALLAH, moga dia tenang di sana. Amiiiin.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Selamat pengantin baru buat rakan sekolah - Elika & pasangan

Ahad semalam 26 Mei 2013, aku berkesempatan pergi kenduri rakan sekolah rendah iaitu Elika Fazlin dan pasangannya Syazwan. Selamat pengantin baru beb, moga masjid yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, aminnnn.


 - pasangan pengantin dan kawan -


- pengantin dan bakal pengantin entah bila, hahaha! -


InsyaALLAH 1 Jun 2013 ada kenduri kawan sekolah rendah lagi. Tak sabar nak pergi sebab yang itu tiba-tiba terus jemput nak kahwin. Dalam diam tu, bagus-bagus. 


Pasangan pengantin adalah sama-sama cikgu 
=___=






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pemenang baru GA Mei 2013 Nurul Yui ( panggilan kedua )

Oleh kerana sudah 3 hari dan masih tiada yang menuntut, maka aku random lagi untuk pemenang baru. Jom tengok siapa yang kena.



Senarai peserta { link }


Peserta no 14 sila mesej ke 019-2331810 dan berikan nom telefon serta line yang digunakan untuk memudahkan urusan topup. Tempoh beri detail hingga 12.00 tengahari esok, tiada juga, pemenang lain akan dicari.


Terima kasih ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Order bantal dan keychain craft

Alhamdulillah cuti 3 hari yang lepas dimanfaatkan dengan siapkan order yang ada. Satu bantal perhiasan dan dua keychain nama. 








Tema nak merah hitam jadi inilah hasilnya. Moga penerima berpuas hati ya. Jika ada yang nak order, boleh terus rujuk page fb daku { Nurul Yui Collection }. Aku akan reply secepat mungkin.


Terima kasih sudi percaya kepada hasil jari jemariku =)


* Pemenang GA Mei 2013 Nurul Yui belum serah detail walau dah 3 hari, selepas pukul 12 tengahari jika tiada yang tuntut, pemenang baru akan diumum. Terima kasih.








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, May 26, 2013

Panaflex for muscle & joint pain

Minggu lepas kemain gigih main tali skiping ke apa namanya. Bajet dah buat 100x tu happy tapi rupanya lenguh kaki den. Haaa, itulah akibatnya kalau lama dah tak bersenam + tak panaskan badan dulu. Main lompat aje!




Buat hari Khamis tapi hari Sabtu dah terasa lenguh. Jumpa dia aku leh kawal lagi sakit tapi bila dah balik rumah, kemain menjadi. Ambil inisiatif beli panaflex. Pertama kali guna. 


Tak berangin mana. Sejuk pada mulanya bila pakai tapi alhamdulillah esoknya okay. Semalaman aku guna. Bukan apa risau time interview terjengkut pula kaki aku jalan pasal lenguh. 


* So, cubalah panaflex. Nak lagi berangin guna tiger kalau tak salah. Memang berangin la!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, May 25, 2013

Hari minggu hari penuh aktiviti

Minggu ini nak siapkan tempahan craft mana yang patut. Minggu ini, minggu depan ada kenduri kahwin kawan sekolah rendah. Alhamdulillah tahniah untuk mereka.




Nampak gaya tak perlu nak masak untuk lunch sebab dah makan nasi minyak. Kih kih. Best tengok Shinchan tidur lena. Lapar bangun, dah kenyang tidur. Nak main ikut mood =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 24, 2013

Pemenang GA Mei Nurul Yui 2013 ialah

Alhamdulillah, GA Mei 2013 Nurul Yui berjalan dengan lancar walau kalian tahu hadiah hanya berupa topup RM 5. Nampak sikit tapi bernilai bagi yang memerlukan, betul ke? Kih kih.


Tanpa buang masa dan juga aku berleter tak tentu arah, meh aku nak umumkan pemenang GA Mei 2013 Nurul Yui adalah jatuh kepada. Jeng jeng jeng =)



Senarai perserta { entry }


Sila mesej dengan beri nom hp anda dan beritahu line apa yang digunakan supaya tidak tersalah masuk. Mesej di sini 019-2331810. Terima kasih.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi join. InsyaALLAH bulan depan ada lagi. Nantikan dengan penuh sabar ya.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

[2] Kain pasang dari Bandung untuk dijual




Available : Maroon
3 1/2 meter 
RM 100 termasuk pos
Bunga timbul : Bahagian depan dan kedua belah tangan
Boleh buat kurung moden
( mengikut kesesuaian ukuran anda )


Harga jual termasuk pos RM 100
Harga pasaran RM 150
{ boleh google untuk harga pasaran }


Kain pasang warna ungu { entry } haritu masih AVAILABLE ya
Untuk update status terkini boleh tanya aku
Terima kasih


* Pemenang GA Mei 2013 Nurul Yui dibagitahu dalam entry seterusnya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 23, 2013

Senarai perserta GA Mei 2013 Nurul Yui [ tamat ]

Berikut aku keluarkan senarai lengkap peserta yang sudi join. Sila check sebelum esok aku umumkan pemenangnya. Dah umum, baru nak bagitahu takde dalam list, maaf sangat permintaan anda tidak dilayan. Hihihih. Sebab GA ini sangat simple.


1) http://anumbaidurah.blogspot.com/
2) http://norumara.blogspot.com
3) www.kucingsenyap.blogspot.com
4) http://www.opzzpinky.my/
5) http://pape-jer.blogspot.com
6) http://www.syuhadasalleh.my/
7) http://3259thelittleboy.blogspot.com/
8) www.anitadahahs.blogspot.com
9) http://sweetcaramelinicecream.blogspot.com
10) http://beautifullifeizzahafizah.blogspot.com
11) http://duniaanita74.blogspot.com/
12) http://kniedaz78.blogspot.com/
13) http://kesumaangsana.blogspot.com
14) cahayashakira.blogspot.com
15) http://www.duniashida.com
16) http://www.mimiepinkummi.my
17) http://herba-tihara.blogspot.com/
18) http://www.cikviva.blogspot.com
19) http://nurazizahyahaya.blogspot.com
20) http://bicarahatimoon.blogspot.com/
21) http://cahayapetunjukku91.blogspot.com/
22) http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/
23) http://zairidanfifi.blogspot.com/
24) http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/
25) http://superman-as.blogspot.com
26) http://juneaina.blogspot.sg/
27) http://sallyyatiey.blogspot.com/
28) www.duniasaya2001.blogspot.com
29)  http://nothingzorro.blogspot.com/


If ada apa-apa perubahan sila bagitahu aku segera ya. Terima kasih kerana beri kerjasama. Nantikan esok pengumuman pemenang bertuah =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

GA Mei 2013 Nurul Yui

GA bulanan seperti yang daku janjikan. Untuk mengetahui perihal GA, boleh rujuk { sini}. Hadiah kali ini berupa topup RM 5. Hadiah mudah sebab GA terlambat untuk bulan ini. Kih kih.


Syarat-syarat yang WAJIB dipatuhi

1) Anda hanya perlu tinggalkan satu link blog anda
di kotak komen entry

2) Seorang pemenang akan dipilih

3) Hanya topup Celcom, DiGi atau Maxis sahaja

4) GA bermula 22/05/2013 dan tamat
jam 9.00 malam 23/05/2013




Pemenang dipilih menggunakan perkhidmatan random. Pemenang diumumkan hari Jumaat 24/5/2013


PESERTA YANG TIDAK MEMENUHI SYARAT
AUTOMATIK DIREJECT




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kes Sosilawati : Keputusan mahkamah 4 dihukum mati

Akhirnya keputusan mahkamah telah keluar. Masih terngiang diingatan mengenai kes pembunuhan jutawan kosmetik iaitu arwah Sosilawati dan yang lain. Menggemparkan seluruh Malaysia!


Yang bersalah telah terbukti. Ini baru hukuman dunia, belum hukuman akhirat. Ya ALLAH tergamak mereka membunuh dengan cara yang sangat kejam. Risau dengan kes sekarang makin menjadi-jadi.


Esok Perak cuti. Ada juga negeri lain bercuti. Selamat bercuti dan selamat bekerja pada yang kerja.


* Ingat jangan buat kerja mudah untuk mendapatkan sesuatu takut diri sendiri terkena nanti

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Samsung Grand menjadi pilihan hati

Kalau haritu entry aku berkaitan mohon pendapat kalian telefon mana yang lebih baik. Pendapat kalian sangat daku hargai.


Dalam hati aku duk tuju nak Samsung Mini S3 atau Samsung Grand ja. Bila dah pergi kedai dan ada depan perghhh melayan duk test dua-dua jenis ini.




Sambil belek sambil minta pendapat Shapit mana yang okay sebab bab hp, komputer insyaALLAH dia lebih terror dari aku. Ikut kata dia, beli mana mampu sebab mini s3 pun dah memadai.


Tapi bila aku fikir, aku suka grand. Free c pen. Malas nak touch boleh guna. Walau ada kata kamera tak okay, tapi aku dah test, alhamdulillah boleh tahan. Bab android apa semua itu, aku tak ambil tahu lagi sebab tak tahu. Hahahaha.




Warna pilihan di sebelah kanan. Alhamdulillah, settle beli apa yang patut. Terima kasih pada dia sebab sudi berikan rebat RM 200 nya padaku. Balance guna duit sendiri ya. Kih kih.


Tepat tekaan sis Eima, meh meh nak kiss sikit sebab pandai teka. Kih kih.


Update : Untuk Anon, akak beli dalam Jaya Jusco Ipoh
Dekat dengan food court kedainya


* Maka dah bolehlah nak wassup ke wechat ke apa kebenda ka. Itupun kalau aku ada masa nak layanlah. Hahahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^