tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, January 30, 2014

Hadiah FM dari blogger Herba Tihara



Alhamdulillah selamat terima FM comel dari 
pemilik blog Herba Tihara


Terima kasih kak
Bertambah lagi koleksi FM di peti ais


- Hadiah kedua di tahun 2014 dari blogger -




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Notis penting dari pihak CIMB



Sampaikan kepada mereka yang masih tidak tahu
Standby dengan akaun lain ok
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 29, 2014

Kenapa harga emas 916 murah dengan Yui?

Ada beberapa orang bertanya kepada daku kenapa harga emas yang ditawarkan oleh daku berbeza dengan harga kedai diluar sana. Jawapan cukup ringkas dan mudah untuk aku berikan.


1) Belian terus dari kilang ( 500gram kuata )
2) Jenis emas yang ditawarkan ialah 
( nama barang kemas : putera, puteri, mesin, pasir )
3) Terdapat rantai leher, rantai tangan, rantai kaki ( siapa booking lebih cepat )
4) Anggaran berat dari 10 gram ke atas


Cukup daku rasakan jawapan yang diberikan. Sudah tentu berbeza sebab tawaran tidak selalu diberikan. Jadi rebut sementara harga emas ditawarkan rendah dari biasa.


Ada yang berminat tapi disebabkan wang tidak mencukupi, sila ikuti cara yang telah aku berikan { entry }. Sangat berguna.


Minggu ini sesi booking barang sebab stok akan sampai minggu depan. Jadi siapa yang berminat, boleh bagitahu segera.


HARGA ISTIMEWA
RM 13+/ GRAM
{ ENTRY }


Oh ya, ada ke nak barang kemas tapi nak buat ansuran? Harga boleh runding dengan daku dan daku ajar konsep macam mana nak beransuran. Mungkin 2 atau 3 kali bayar.


Kalau betul-betul berminat, boleh terus PM di FB Nurul Yui. Kita sembang lanjut disana. Terima kasih.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 2 [2014] - Bantal perhiasan felt craft untuk pengantin




Untuk order atau pertanyaan





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 28, 2014

[JUAL] KITCHEN KING Set Pisau Yang Cantik & Tajam



DISEDIAKAN DALAM KOTAK YANG CANTIK
- 100% Tajam.
- Mata Pisau Stainless Steel yang tajam dan tahan lasak.
- Pengupas seramik (tidak berkarat, tajam, antibakteria, tidak perlu asah)
- Corak pisau yang sangat menarik.
- Sesuai untuk kegunaan harian
- Sesuai dijadikan hadiah kepada ibu tersayang, isteri tercinta, 

kakak atau saudara-mara dan 
juga sebagai hadiah perkahwinan.


Set of 6

1x 8" Chef Knife
1x 8" Slicer Knife
1x 8" Bread Knife
1x 5" Utility Knife
1x 3.5" Paring Knife
1x Pengupas Kulit Buah-buahan (Ceramic Blade)


Terdapat dalam warna Pink, Ungu dan Hijau.
**sila ambil perhatian, set pisau kitchen king adalah 

stainless steel
bukan seramik kecuali pengupas"


RM 65 UNTUK SEMENANJUNG
RM 70 UNTUK SABAH/SARAWAK

HARGA TERMASUK POSTAGE

HARGA BORONG UNTUK 6 SET KE ATAS

Berminat? Sila terus PM/ tinggalkan komen






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Chic Cardigan Online




Cardigan adalah pilihan yang cukup bijak untuk sesiapa sahaja yang mahukan sepasang top yang versatile dan boleh dipakai pada bila-bila masa sepanjang tahun. 


Cardigan juga popular kerana begitu mudah boleh dipadankan dengan simple t-shirts atau blouse. Ianya juga boleh dibutangkan menutupi tubuh anda jika berada dalam keadaan sejuk. Ianya hadir dalam pelbagai jenis potongan sesuai dengan tubuh badan si pemakai. Terdapat juga stail dan ukuran berbeza mengikut cita rasa masing-masing.


Kebanyakan wanita merasakan perlu untuk mempunyai setidak-tidaknya sehelai di dalam koleksi mereka. Namun adalah penting untuk memilih cardigan yang sesuai dengan bentuk tubuh anda.




Perkara pertama yang anda harus titiberatkan ketika membeli cardigan ialah tentang bentuk tubuh anda. Kebanyakan wanita tahu jenis tubuh mereka dengan mengukurnya dan membezakan dengan anggaran saiz cardigan tersebut. Ini sangat mudah!


Penggunaan pita pengukur adalah lebih tepat kerana ianya membenarkan anda tahu perbandingan yang sebenar. Namun harus diingatkan bahawa anda digalakkan untuk membuat ukuran tersebut di hadapan cermin ketika mengukur pinggang, badan, dada serta bahu. 


Adalah penting untuk tahu bahawa berat tidak mempunyai kaitan dengan bentuk tubuh seseorang. Ini kerana seorang wanita yang overweight kadang-kala mempunyai bentuk tubuh seperti ‘hourglass’ dan yang sangat kurus berkemungkinan mempunyai bentuk seperti buah pear atau epal, bergantung pada susuk tubuh masing-masing.




Pemilihan sesuatu warna kadang-kala juga memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang dari segi susuk tubuh. Kardigan berwarna hitam kebiasaannya membuatkan seseorang kelihatan kurus namun tidak nampak sesuai atau flattering untuk individu yang tidak mempunyai pinggang. 


Warna cerah mencuri perhatian manakala corak belang dan pattern boleh membuatkan penampilan seseorang lebih bergaya. Apabila dipadankan dengan bentuk atau potongan cardigan yang sesuai, warna dapat memberikan impak terhadap penampilan seseorang. Namun adalah digalakkan untuk mendapatkan basic cardigan yang sesuai dipakai dengan apa sahaja tops dan pakaian.


Online shopping fashion Malaysia yang terbesar dan turut dikenali sebagai destinasi fashion online utama iaitu Zalora, menawarkan pelbagai jenis cardigan online untuk wanita dengan pelbagai bentuk potongan serta corak dan warna. 


Dapatkan cardigan daripada jenama-jenama terkenal antarabangsa serta tempatan di sana dan nikmati pelbagai tawaran menarik setiap hari dengan harga yang berpatutan!


Layari laman web www.zalora.com.my atau Zalora twitter untuk informasi terkini tentang berita fesyen terbaru.

Semestinya Zalora adalah online shopping yang sangat disarankan untuk anda!
Sudah 2 kali daku berurusan dengan Zalora
=___=



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 27, 2014

[JUAL] Mini ATM for kids



MINI ATM FOR KIDS 
Bila masukkan syiling,secara automatik tabung ini boleh mengira nilai syiling yang dimasukkan.
Contoh, anda masukkan sekeping syiling 50 sen dan sekeping 20 sen,
Tabung ini tahu nilai syiling dan menjumlahkan syiling itu sebanyak 70 sen.
Setiap kali menabung,tabung ini akan terus mengira dan 

menjumlahkan syiling yang anak anda masukkan sampai tabung penuh,
bila tabung penuh,hanya tekan butang TOTAL yang ada di tabung 
untuk mengetahui jumlah semua duit yang ada.


Terus boleh bank in atau tukar kepada duit kertas,jimat masa anda kan?
Untuk mengeluarkan duit anda perlu 

menggunakan kad kecik yang disediakan macam mesin atm sebenar dan 
perlu juga menekan password dan jumlah yang ingin dikeluarkan 
supaya mesin boleh mengira baki jumlah yang ada.


Selepas duit dikeluarkan, laci duit boleh dibuka 

selepas password yang dimasukkan itu betul dan 
lampu kecil di tabung menyala menandakan laci tidak dikunci,
jika tidak laci tabung memang tidak boleh ditarik. Menarik bukan??


Selain menjadi tabung untuk anak anda,tabung ini jugak 

umpama mesin 3 dalam 1 kerana boleh 
dijadikan jam didalam bilik dan jam loceng untuk bangun pagi.


Di lcd tabung ini siap memaparkan waktu dan hari,

jadi tidak perlu beli jam loceng lagi. 
Setiap urusan kita dengan tabung ini akan mengeluarkan bunyi,
simpan duit ada bunyi, salah pasword ada bunyi,masukkan kad ada bunyi.
Tekan nombor ada bunyi. Kanak-kanak memang suka pada bunyi.


Jika berminat boleh menghadiahkan pada anak tersayang.
Juga boleh sendiri pakai.
Jadikan hadiah istimewa dan bermanfaat.


Warna :
Blue 
Pink 



Specifications:
Battery: 3pcs battery”AA” (tidak disertakan)
LCD size: 4.6 x 1.5cm
Body Size: 14x 13 x 17cm
Size Bekas coin : Lebar 3 1/2 inci panjang 3 1/2 inci tinggi 1 1/2 inci
Weight: 468g

P/S : 99% tepat


Dicadangkan menyimpan syiling kerana mesin ini boleh membaca nilai
syiling sahaja,untuk wang kertas perlu tekan sendiri jumlah yang hendak
disimpan.



RM 55 SM RM 60 SS
Harga termasuk postage


Berminat?
Sila komen atau pm di FB atau sms 019-2331810



Sekarang mini atm seperti di atas
( bergantung kepada stok )
Fungsi masih sama
=___=





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bantal felt craft



Ambil mood hari Isnin terlebih dahulu
Muahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, January 26, 2014

Bantal perhiasan craft untuk pengantin

Alhamdulillah saat akhir terima lagi order bantal perhiasan felt craft dari bakal pengantin. Majlisnya akan berlangsung 8/2/2014.




2 biji bantal bersaiz 30cm x 30 cm perlu disiapkan minggu ini untuk elak masalah kelewatan ketika pengeposan.


Bakal pengantin nak design yang simple seperti yang diberikan olehnya. Daku follow sahaja kehendak pelanggan. Hihi.


Doakan urusan menyiapkan berjalan lancar ya. Aminnn.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, January 25, 2014

Kek Secret Recipe

Aku akui 2 minggu induction memang aku follow untuk diet atkins walau ada yang cheat sebab pergi kenduri kahwin ( hanya makan lauk ). Tapi sekarang dah hampir sebulan, 80% aku follow diet atkins dan 20% lagi ikut sedap ( sila jangan follow ).


Bukan apa, nasi masih kurang aku makan ( dalam sebulan 3-4 kali makan nasi ) tapi benda lain yang aku idamkan contohnya baru-baru ini mengidam kek secret recipe.


Minggu ini sahaja dua slice dah aku rembat. Turkish indulgence & indulgence. Perghh! Mableees.


Dalam dok cheat, timbang berat tetap diteruskan. Jangan sampai ke tahap asal udah. InshaaALLAH.


Tolong kuatkan diri andai nak dapatkan apa yang diimpi. Aku dah buat "kajian" sendiri dan dah tahu hasilnya macam mana. Huhu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 24, 2014

Kemaskini BR1M segera

Bagi yang dapat bantuan, sebaiknya anda kemaskini terutama jika nak bantuan dimasukkan terus ke dalam akaun. Jadi tidak perlu lagi pergi ke tempat bantuan diterima.


Itu cerita yang aku dengar. Aku pun kurang pasti kesahihan tapi harap betullah bila dah update nombor akaun, just tunggu amaun masuk sahaja lagi.




Apabila kemaskini sila berhati-hati kerana hanya sekali sahaja kemaskini dibenarkan. Kalau nak edit lagi, kena terus pergi ke LHDN. Jadi, sila double check untuk elak masalah lain.


Aku harap bantuan aku baik hendaknya. Begitu juga kepada mereka yang layak. InshaaALLAH. Amiin.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 23, 2014

RESEPI MUDAH SIHAT : Coklat Kukus Cheese

Sesekali kalau tekak teringin kek, terpaksalah cari resepi yang bersesuaian dengan cara pemakanan yang diambil. Sebab dah screenshot, just tunggu buat sahaja.




Buat versi kukus sebab oven rosak. Coklat kukus cheese ini memang terasa pahit sebab daku letak sikit sahaja equal


BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) 2 biji telur
2) 2 sudu besar serbuk koko
3) 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
4) Secubit garam
5) 6 paket equal
6) 2 sudu besar minyak atau butter yang dicairkan
7) Sedikit esen vanilla
8) 5 sudu whipping cream ( ganti air pun boleh )
9) 1 keping cheedar cheese


CARA-CARANYA 
1) Gaul semua bahan kecuali cheese guna whisk.
2) Carikkan cheese dan masuk dalam adunan
3) Kukus dalam 20 minit

* Boleh letak topping ( double boil whipping cream + serbuk koko + equal ) & curah atas kek


Siap. Itu sahaja. Diingatkan ini resepi versi atkins. Kalau biasa, guna cara biasa dan ikut sesedap tekak masing-masing. Boleh pilih serbuk koko yang berkenan di tekak anda.


Selamat mencuba.


Update :
Daku guna equal packet ( serbuk )
Versi bakar 150'c




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 3 [2014] - Cara kerja daku

Suka kerja tersusun
Suka kerja yang teratur
Suka kerja yang kemas


Kerja main-main
Kerja suka hati
Kerja tiada perancangan


Itu daku kurang berminat






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 22, 2014

Cincin idaman hati tahun 2014

Ewah-ewah cincin pun nak beridaman bagaikan. Tapi dah betul aku berkenan benor design macam ini. Tak kisahlah tak up to date ke apa, janji aku suka.




Dah tanya supplier tapi masih belum restock. Sementara harga tengah rendah inilah masanya nak tambah "aset" yang ada. Sesak nanti ada juga cara nak dapatkan duit dengan cara mudah.


Korang rasa idaman aku yang pertama ini tercapai ke tidak? Doakan ya sebab aku tengah usaha. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 2 [2014] - Bantal Perhiasan Craft Untuk Pengantin



Lebih lanjut di




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 21, 2014

Penipuan tersembunyi ketika berblog

Aku pernah baca entry di blog seseorang dan selepas itu sebelum sebarang benda aku klik, aku akan halakan cursor tengok dulu apa benda itu. Yang mana mencurigakan, buat tak tahu terus.


Aku tunjuk gambar. Rasanya korang boleh faham maksud "penipuan tersembunyi" yang telah dilakukan. 




Mula-mula rasa nak senyum bila baca ayatnya. Bila alih cursor, cehhh! Nampak benor nak temberang. Tak baik kalau nak buat macam itu. Bagitahu sahaja suruh daku klik. Senang.




Perhatikan yang berwarna merah. Sebelum klik, tengok apa link nya. Jadi kita boleh nampak terus. Sebab itu blogger yang blogwalking pun boleh buat penyamaran identiti.


Maka, berhati-hatilah. Jangan buat perangai macam ini naaaa.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Lelongan Barang Kemas [ 21/1/2014-23/1/2014 ]

Lelongan barang kemas akan dilakukan bermula
21/1/2014 - 23/1/2014
3 hari sahaja


Oleh itu, owner blog
akan sedikit sibuk kendalikan urusan lelong


Bagi mereka yang berada di Ipoh, 
anda dijemput hadir


Terima kasih




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 20, 2014

Brooch felt untuk majlis istimewa

Bukan takde order nak siapkan tapi bila jemu menjahit, daku cuba buat benda lain pula. Maka inilah hasilnya. Sebab teringat benda macam ini dah popular selain guna button badge.




Boleh dijadikan brooch atau fridge magnet atau lain-lain. Ikut suka korang nak macam mana. Harga? Pastinya mampu milik dan berbaloi sebab 100% guna jari jemari terutama bab potong huruf. Bukan senang naaa.


Jika berminat nak order, boleh terus komen atau PM di FB page Nurul Yui Collection. Terima kasih.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Cara nak dapatkan emas walau bajet tidak mencukupi

Tunai dalam tangan : RM 250
Rantai Tangan : 4 gram ( anggaran harga RM 572 )

Caranya?
1) Pinjam duit orang yang dipercayai
2) Korek lubang tabung yang ada

Sebaiknya pilih no (2). Sebab urusan pinjaman tak sampai 24 jam.

{ Beli - Dapat Barang - Gadai }

( Pajak di mana-mana ArRahnu )

4 gram x RM 132 = RM 528
65% dari RM 528 = RM 340 ( anda dapat tunai untuk nilai gadaian )
Upah simpan untuk 6 bulan di pajak = RM 20
Duit anda = RM 250

RM 250 + RM 340 = RM 590 
( Duit yang anda dapat lepas gadai boleh bayar semula untuk pinjaman sementara )

Nampak tak caranya?

1) Guna kaedah pinjam
2) Buat gadaian
3) Barang dah tentu anda punya
4) Urusan anda selepas itu adalah sempurnakan bayaran RM 340 ( dengan pajak gadai ) Buat bayaran secara disiplin.

Sekurang-kurangya anda dah tentu dapat barang kemas. Dan sudah jadi hak anda selepas itu. Cara ini boleh dibuat untuk mereka yang berfikir hendak beli emas semasa harga tengah rendah tapi dana tidak mencukupi.

Jelas or tidak?

Tak perlu segan/malu/takut nak masuk pajak gadai Islam sebab barang itu anda punya. Bukannya mencuri nak takut-takut bagai kan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, January 19, 2014

Bantal felt craft untuk disiapkan



2 biji bantal untuk disiapkan
Untuk pasangan pengantin baru


InshaaALLAH dah boleh pos terus lepas ini


Untuk order : Nurul Yui Collection


Nanti aku tunjuk gambar penuh pula
=___=





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Zorro si cantik manis

Masih ingat pada kucing yang adik aku jumpa dalam longkang? { entry }. Zorro atau Atam sekarang makin cerdik dan aktif. Dia sangat pandai jaga dirinya.




Cukup dia tak suka kalau aku pakaikan dia baju tapi ada aku kisah? Hahaha. Takkan nak biar saja baju yang tak muat tu disimpan. So guna pada yang layak. Baju turun temurun dari Lela.


Ada kisah sedih yang terjadi dalam keluarga kucing aku. Hmmm. Kesian Kika.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, January 18, 2014

Gagal dan berjaya

Manusia yang takut nak gagal
Adalah manusia yang suka cipta alasan


Kegagalan bukan untuk selamanya
Usaha itu penentu kepada kejayaan




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 17, 2014

Gambar jelas cincin emas belah rotan 916



Saiz dari kiri : 8,9,10,11 & 12




Saiz dari kiri : 13,14,15,16 & 17


Harga istimewa : RM 140/gram


Postage : RM 10


Harga semasa boleh berubah & dapatkan sebelum harga naik
=__=


Berminat nak beli, terus PM di FB
{ Nurul Yui }





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Biji teratai untuk dimakan

Gambar dah lama tapi sekarang baru nak up entry. Maklumlah suka sangat simpan dalam draft. Hahaha. Biji teratai ini member rumah beli semasa holiday di Vietnam.




Dapat juga merasa. Sedap! Tapi kalau nampak di tengah ada daun hijau, keluarkan. Sebab rasanya sedikit pahit. Kalau jenis tak kisah macam aku, makan saja.


Bila pula nak berholiday di Vietnam entah. Ada rezeki inshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 16, 2014

Perihal hadiah topup GA Disember 2013 Nurul Yui

Setelah difikirkan dan ditambahkan para sponsor bagi aku yang buat keputusan, dengan dukacita daku nak maklumkan bagi hadiah topup yang tidak dituntut, hadiah tersebut sponsor boleh simpan atau guna untuk GA lain.


Bermakna tiada pemenang baru diumumkan. Kenapa? Memudahkan pelbagai pihak. Bila diteliti, syarat, maklumat lengkap telah dimaklumkan sejak GA dilancarkan tapi disebabkan kurang allert, hal sebegini timbul.


Jadi, keputusan sebegini di ambil. Daku harap semuanya telah selesai selepas entry ini dikeluarkan. Tiada lagi masalah lain yang timbul.


Terima kasih banyak-banyak buat para sponsor yang sudi berikan hadiah. Terima kasih juga buat para peserta terutama mereka yang sangat peka dan baca dengan teliti setiap syarat sebelum anda sertai.


Yang baik datang dari-Nya dan yang buruk adalah dari diri sendiri.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 2 [2014] - Saiz & Harga Cincin Emas Belah Rotan 916

Merujuk kepada entry cincin belah rotan { entry }
Saiz yang ada bermula
8 - 18
Berat bermula
1g - 2 g++


Harga yang ditawarkan sangat istimewa
RM 140/gram
Tiada upah lain 
NETT


Harga cash barang kemas lain
Masih RM 143/gram





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 15, 2014

Emergency Leave di tahun 2014

Dah siap elok. Dalam perjalanan. Nak pam tayar. Sekali tayar tak jadi keras. Aishhh! Dua stesyen minyak berhenti.


Kali kedua tak mahu, telefon abah. Abah suruh balik rumah tukar naik lain. Tengok jam bila dah sampai rumah tepat 8.00 pagi.


Kalau nak patah balik ke tempat kerja ambil masa dalam sejam. Masuk kerja pukul 8.30. Sudah pasti pukul 9 sampai lepas itu punch card pun merah. Aihhh! Gua taknak punch card gua cacat.


Bila fikir. sebaiknya EL. Senang cerita. Duduk rumah, buat apa yang patut. Macam sekarang, taip entry kedua. Huhu.


- EL bersebab tidak jejaskan rekod. Alhamdulillah company ok
Ibarat kita EL tapi kita gunakan AL kita -




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 2 [2014] - Cincin Emas 916 Belah Rotan




Nak beli emas secara cash atau ansur?
Boleh rujuk FB daku




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 14, 2014

Giveaway Birthday Azhafizah

http://www.azhafizah.com/2014/01/giveaway-birthday-azhafizah.html


Giveaway ini bermula pada 7:00 am 13 January 2014 
dan akan berakhir pada 11:59 pm 7 February 2014


 Yui tak kreatif untuk mengarang entry
tapi Yui cuba membuat apa yang mampu


Jangan sampai jadi papa,
Bila berbelanja perlu berhemah,
Ucap awal itu tak mengapa,
Selamat Ulangtahun dear Azhafizah.


Sorok papan tarik papan,
Buah durian dalam perahu,
Suruh buat sikit ucapan,
Ini sahaja yang Yui tahu.


 Moga entry Yui ini diterima ya dear
=__=








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Salam Maulidur Rasul & biodata Nabi Muhammad SAW

Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada seluruh umat Islam di serata dunia. Mari kita mengimbas atau mengingati perihal RasulALLAH kesayangan kita bersama.


Biodata Nabi Muhammad S.A.W :

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Tarikh Lahir Nabi: 12 Rabiulawal Tahun Gajah 


Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
  • Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 
  • Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun



Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah: 


  • Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya. 
  • Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
  • Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
  • Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
  • Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
  • Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
 


  • Berkata benar (siddiq) 
  • Boleh dipercayai (amanah)
  • Penyampai ajaran Islam (tabliq)
  • Bijaksana (fatanah)
 
Kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

 

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu: 

  • Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) 
  • Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
  • Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
  • Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
  • Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
  • Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.


Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)




Wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah: 


  • Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ” 
  • Pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
  • Berusia 40 tahun.
 
Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata:“Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau:“Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku." Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.



Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.”



Kredit : Blog Ayu


Begitulah serba sedikit mengenai Nabi Muhamad SAW. Sama-sama kita baca dan kenangkan kembali kisah baginda.


Selamat bercuti juga kepada mereka yang bercuti. Sama-sama kita berselawat ke atas nabi kesayangan kita bersama.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^