Dah berminggu Yui beli, saja
up harini memandangkan ada gambar dalam hp. Beli pun sebab kebetulan tak tahu nak
dinner apa. Jadi, Yui dengan akak rumah cubalah ayam goreng pedas hat dok viral sangat.
Kau tengok iklan di televisyen, perghh teruja tau! Hebat sungguh
marketing dia. Iklan macam tu buat hati rasa tak sabar pergi dan mencuba sendiri.
Ini rupa ayam pedas itu
Lokasi : Mcd Station 18, Ipoh
Sampai je mcd lebih kurang 8.40 malam, tu diaaaaa punya ramai manusia. Beratur panjang, yang dimeja pun penuh dengan orang. Lebih kurang 15 minit juga baru nak selesai pembelian.
Pendapat peribadi Yui,
Biasa aje sebab tepung dia. Kakak rumah bagitahu, di mcd lain tepung dia nampak berbeza. Pedas tu memanglah pedas tapi kalau dengan tekak Yui pedas ini masih boleh diterima.
Lagi satu,
Ayam kakak rumah tu, ya ampunnnnn. seketul tu kecil. Jauh berbeza. Kalau betul nak letak 2 ketul, letak la saiz tu hat relevan sikit. Berbaloi dengan harga. Sepatutnya dah kena get ready tempat akan diserbu, jaga kualiti tu sama ya.
Repeat ayam pedas?
Tidak.
Maaf kalau pendapat kita tak sama. Sebab tekak lain-lain. Ini pendapat peribadi. Oh ya, di mcd Station 18 ni, kalau malam korang nak order aiskrim/sundae dan seangkatan, jawapan sama saja dari dulu "tengah cuci mesin". Haihhhhh.
Setakat ni ayam KFC lebih hebat walau dah nampak kekurangan dia berbanding dulu.
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^