tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, December 31, 2013

Hukum beli emas secara ansuran

Bila baca pada mulanya hukumnya HARAM tapi bila baca hingga habis baru rasa lega. Emas & barang kemas adalah "berlainan".


Sebaiknya membeli emas secara tunai dari secara tangguh. Tiada duit lebih untuk bayaran tunai? Beli dan kemudian boleh bergadai di pajak gadai Islam. 


Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh rujuk { entry }.


Jangan kita memandai menjatuhkan hukum sebelum merujuk dengan yang sepatutnya. Moga dijauhkan perangai daku sebegitu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

CPUV [23&24] - INTI Cycle 1 Degree Exten

Setelah hampir 3 bulan tidak menerima sebarang CPUV akhirnya di akhir tahun 2013 muncul 2 cpuv baru. Alhamdulillah.




2 CPUV datang dari pengiklan yang sama iaitu INTI Cycle 1 Degree Exten.  Yang mana berniat nak sambung belajar, boleh view untuk dapatkan maklumat lanjut.


Mungkin ini merupakan CPUV terakhir untuk tahun 2013. Moga banyak menjelma lagi CPUV di tahun baru 2014. InshaaALLAH.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 30, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Telur Kukus

Kalau sebelum ini guna microwave, resepi kali ini guna kaedah kukus dari dapur mak daku. Sama juga mudah macam sebelum ini. Campak campak terus masak.




BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) Segenggam brokoli
2) 2 biji telur
3) Segenggan bunga kobis
4) 1/2 biji bawang besar
5) 1 keping cheese ( taknak letak pun boleh )
6) Sedikit garam/lada sulah ( sebagai perasa )


CARA-CARANYA
1) Masukkan semua dan kukus lebih kurang 15 minit atau hingga nampak masak
2) Siap untuk dimakan


Mudah, cepat dan sedap dimakan. Sangat sesuai untuk orang yang malas masak macam aku. Muahahaha. Ini antara menu aku semasa induction 2 minggu bersama diet atkins.


Selamat mencuba!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Jual barang kemas 916 atau dikenali 22K



Testing testing
Alhamdulillah sekarang jual emas 916
Ada dua jenis


CASH
CASH ATAU ANSURAN MAKSIMUM 2 TAHUN
CASH ATAU ANSURAN MAKSIMUM 10 BULAN


Lebih lanjut boleh tengok FB




Kerja rasmi daku memang melibatkan EMAS
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, December 29, 2013

Jom join GA Disember 2013 Nurul Yui

Yang mana rasa nak cuba dapatkan topup
jom join GA mudah & senang untuk anda




Bakal tamat beberapa hari sahaja lagi
Jom sertai sebelum terlambat


 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, December 28, 2013

Jualan Hujung Tahun 2013 Nurul Yui Collection



Untuk maklumat lanjut boleh terus jenguk

{ selagi stok masih ada }




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 27, 2013

Pertemuan kelima di tahun 2013 [26122013]

Setelah 4 bulan tak jumpa { entry } maka semalam rancang tak berapa rancang kami jumpa juga. Macam biasa.


Aktiviti kami masih sama. Masih menyeronokkan terutama bab makan dan minum harus 2 kali! Huhu. Diet dah kemana. Tak penting sebab bukan senang kami nak jumpa walau satu negeri.


Rupanya dia tunaikan hajatku nak makan coklat dari Langkawi. Nak dapatkan patung hello kitty dari mcd. Saja ja "menipu" kata benda tu semua takde!




Dapat hadiah hari lahir seutas jam. Terima kasih awak. Sengaja daku biarkan dia pilih design sendiri. Sebab daku tak kisah macam mana asalkan ikhlas dari hatinya.


Terima kasih untuk perjumpaan terakhir di tahun 2013 yang sangat manis. Dalam tahun 2013 kami berjumpa 5 kali. Alhamdulillah. Tetap gembira dan sangat gembira.


Terima kasih Mohd Shafiq Hasbullah. Kita doakan moga jodoh kita panjang & dipercepatkan segalanya. InshaaALLAH.


Awak awak semua, doakan kami ya =)








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

RESEPI MUDAH SIHAT : Taufu Telur Sayuran Cheese

Benda mudah aku nak juga kongsi. Tak kisahlah orang taknak cuba asalkan aku ingat apa aku pernah makan. Kui kui.




Kali ini main masak campak-campak masuk dalam microwave. Senang bangat!


BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) 2 biji telur
2) 1 keping cheese ( letak 2 pun boleh )
3) Sedikit brokoli
4) Sedikit bunga kobis
5) Sedikit kobis ungu
6) Sedikit garam


CARA-CARANYA
1) Potong semua sayur
2) Masukkan kesemua sekali dalam bekas
3) Masak dalam microwave selama 3 minit ( sebaiknya brokoli direbus sekejap terlebih dahulu )


Mudahkan? Kalau perhati cara masak sama sahaja cuma bahan yang dimasukkan berbeza. Ikut tekak masing-masinglah ya. Nak tambah sosej pun boleh tapi yang ini aku banyakkan sayur. Sayur itu best!


* Aku masak kat opis sahaja




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 26, 2013

Cuti hari ini

Macam lupa pula nak taip entry hari ini
Aku ambil AL 
Jadi sebab itu entry lambat bersiaran


InshaaALLAH perlahan-lahan aku jejak balas ya
Rasa macam entry mengarut pula kali ini
 Huhuhu!

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 25, 2013

WW 111 - Menu ketika rajin memasak










guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 24, 2013

Tempahan biskut lidah kucing area Ipoh, Perak

Aku pun first time nak mencuba. Walau nama biskut agak "kejam" sebab aku pencinta haiwan terutama kucing tapi sebab biskut comel daku relakan nak merasa. Muahaha!




Colourfull itu menarik. Yang gelap itu rasa coklat. Masuk ke dalam mulut rasa rapuh & cair. Nyummmy. Sesuai sangat nak buat santapan petang atau saat dah tak tahu nak makan apa.


Orang Ipoh, yang nak merasa sendiri biskut lidah kucing, boleh terjah FB Nurul Nurda. Bincang dengan beliau sendiri sebab ada tempat yang boleh COD.


Kek karamel pelangi beliau sangat ohsem! Must try sebab aku dah berkali repeat order.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 23, 2013

Senarai para sponsor GA Disember 2013 Nurul Yui

Untuk pengetahuan anda semua, esok akan dilancarkan GA Disember 2013 Nurul Yui. Alhamdulillah GA terakhir untuk tahun 2013. Dalam entry ini khas untuk daku perkenalkan senarai penuh para sponsor yang baik hati nak bagi topup pada 16 orang pemenang.


2) http://ishy77.blogspot.com/
RM 5 x 2 orang

4) http://norumara.blogspot.com/
RM 5 x seorang

6) http://www.azhafizah.com/
RM 5 x 2 orang

10) http://nusha1706.blogspot.com
RM 10 x seorang
[ topup utama ]


Total pemenang : 16 orang


Nombor 10 itu aku sendiri. Haruslah owner GA pun sponsor juga kan? Hihi. Oh ya, bagi yang nak join GA ini, anda DIWAJIBKAN untuk follow kesemua blog dan google+follower [jika ada] para sponsor.


Kenapa wajib? Sebab kesemuanya akan umum pemenang yang berbeza. Jadi anda semua kena allert dan wajib blogwalking ke blog para sponsor. Mana tahu no peserta anda antara yang menang kan?


Itulah kelainan GA kali ini. Bukan sekadar follow tapi rapatkan juga hubungan dengan ramai blogger yang lain. Best!


SILA MULAKAN FOLLOW
ANDAI ANDA BERNIAT NAK SERTAI GA 
TERIMA KASIH






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kudapan ikan bilis untuk pengamal diet Atkins

Bagi yang dalam fasa induction, yang mana sebelum itu gemar berkeropok berjajan bagai, anda kena ketepikan itu semua. Harus follow & disiplin dengan apa yang telah diberitahu.


Ohoiiii! Siapa kata dengan berdiet Atkins korang tak boleh berjajan? Eh silap besar ok. 




Nampak tak stok aku untuk "jajan"? Hihih. Ikan bilis goreng sebagai penggantinya. Krup krap krup krap bila masuk mulut. Anggap sahaja itu seperti keropok sedap yang ada di pasaran.


Bila dah biasa, pasti dah tidak hairan. Orang kata mula-mula nak biasakan diri sahaja. Bukan selalu nak mengunyah pun. Stok sampingan.


* Esok GA Disember bakal dilancarkan & kejap lagi entry perkenalkan para sponsor. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, December 22, 2013

Sudah emel para sponsor GA Disember 2013 Nurul Yui

Alhamdulillah daku dah selamat emel
kepada semua sponsor 
maklumat lengkap mengenai
GA Disember 2013 Nurul Yui
yang akan bermula 24/12/2013


Esok akan aku buat entry khas
untuk perkenalkan para sponsor yang baik hati
sudi sponsor topup


Jadi bagi yang berminat nak sertai
anda boleh siap sedia lebih awal
untuk follow blog para sponsor


Lebih mudahkan kerja anda kan?


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, December 21, 2013

Pembersih muka Safi sari susu manggis

Sekarang aku guna pembersih muka sari susu manggis keluaran Safi. Daku masih setia bersama Safi. Sebelum ini pakai Safi Rania Gold [ bajet lebih sikit ]. Pun sangat sesuai dengan kulit.




Nak bagitahu aku suka bau pembersih muka manggis ini. Macam rasa nak telan je bila cium baunya. Macam bau coklat. Best! Harga pun murah.


Korang pakai jenama apa untuk cuci muka? Atau guna sabun susu kambing? Best juga tu. Original.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 20, 2013

No negative be positive



20/12/2013

Kali ketiga aku bertanya dan persoalkan
Mungkin kali terakhir untuk dikeluarkan dari mulutku sendiri


Menerima?
Itu terpulang
Masing-masing ada tindakan & jawapan


Semua yang dilakukan bersebab
Pastinya mengharapkan terbaik


Saya mampu positif walau hakikat perasaan negatif itu ada
Saya cuba berusaha walau hakikat ada halangan
Saya cuba rancang walau hakikat tiada yang inginkan


Doakan saya,
Nurul Yui




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 102 # - Kepada mereka yang sudi menjadi sponsor topup

Ada yang sudi nak jadi sponsor
Tapi daku tak dapat nak view blognya


Mohon mereka yang sudi sponsor
Topup RM 5 
Terus tinggalkan link blog anda
di ruangan komen ini


Daku akan beritahu macam mana
GA kali ini berjalan
InshaaALLAH






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

RESEPI MUDAH SIHAT : Ayam & Sosej Grill Simple

Nama menu entah apa-apa. Merepek je. Tapi memang betul simple pun, so sesuailah nama macam itu. Nama tak penting, yang penting rasanya. 




BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) Isi ayam yang dipotong ikut saiz yang kita nak
2) 4 ulas bawang putih
3) Lada hitam
4) Sedikit garam
5) 2 batang sosej
6) Sedikit butter


CARA-CARANYA
1) Bawang & lada hitam ditumbuk
2) Gaul dengan ayam & masukkan garam
3) Perapkan  4 jam ke atas ( simpan dalam peti sejuk )
4) Cara perap sosej pun sama, guna bahan di atas
5) Grill dengan cara letak butter sedikit sahaja ( aku guna kuali biasa main letak-letak )

* Korang boleh tambah dengan bahan herba lain macam origano ke, original ke, yang macam letak pada topping piza. Ini resepi mudah sesangat yang aku cuba.


Yang buat terasa adalah dari bawang putih, aroma dia menarikkkkk! Korang boleh adjust tambah bahan lain. Simple sesangat. Nak buat ala-ala kepak ayam madu pun ok tapi ini disebabkan menu pantang diet atkins jadi bahan dia sangatlah mudah.


Tolong jangan nak bandingkan dengan resepi lain ok sebab ini cara masak aku. Aku suka simple asalkan boleh telan dan makan dengan kenyang. Huhu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Shopping di Zalora untuk terapi diri

Serious aku dah dekat seminggu rasa tertekan even muka aku nampak rileks. Pasal apa? Pasal diri sendiri. Huhu.


Jadi sebab tekanan, aku nak dapatkan terapi untuk kurangkan tekanan yang melanda diri. Memandangkan dapat voucher dari pihak Zalora, aku dah decide nak dapatkan beg. Kasut apa semua taknak sebab tak ada yang berkenan di hati.




Pilih antara satu yang sebaiknya. Sebenarnya dua-dua warna aku berkenan. Tapi itulah, nak minta pendapat para pembaca blogger pula.


Di FB nampak seperti ramai ke beg bahagian kanan. Nampak lembut sesuailah dengan muka aku yang garang ini. Muahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 19, 2013

Permohonan BR1M 3.0 dibuka 23 Disember 2013

Sekarang rancak isu itu ini naik tapi jangan sampai terlepas info penting pasal BRIM 3.0. Buat yang berkeluarga & bujang dengan memenuhi syarat yang ditetapkan, boleh memohon bagi melayakkan anda menerima bantuan BRIM.


Bagi yang dah pernah dapat sebelum ini, boleh kemaskini maklumat. Bagi pemohon baru, anda boleh memohon bermula 23 Disember 2013 samada melalui online atau borang. Pastikan maklumat lengkap untuk elakkan masalah lain.


Peluang yang ada, kita rebut. Sekurangnya ringan sikit dengan duit yang bakal diterima. Bersyukur. Semua ada hikmahnya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

RESEPI MUDAH SIHAT : Bebola Ayam Mudah

Kita sambung sesi masak memasak simple. Sangat boleh untuk mereka yang berdiet Atkins terutama dalam fasa induction.



Abaikan bentuk yang entah apa-apa ya


BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) 2 keping isi ayam 
2) Sedikit daun sup
3) Sedikit serbuk lada hitam
4) Sedikit garam
5) Sebiji telur


CARA-CARANYA
1) Ayam direbus terlebih dahulu & carikkan atau cincang halus
2) Daun sup dipotong halus. Masukkan kedalam ayam & masukkan sekali lada hitam, garam dan kuning telur
3) Gaul bagi sebati
4) Bulatkan atau bentukkan dan letak dalam bekas ( jangan tindih )
5) Masukkan dalam peti ais untuk keraskan dahulu ( 2 jam ke atas sebaiknya )
6) Untuk goreng, celup terlebih dahulu dalam kuning telur dan gorengkan hingga nampak garing


* Caranya sama macam buat bergedil juga. Boleh tambah bahan lain seperti bawang, udang, sedikit cili untuk menaikkan lagi selera anda.


Sangat mudah dan sesuai untuk orang malas masak macam aku ini. Muahahahaha!


Pelbagai resepi lain boleh anda cuba. Cari di bahagian header di atas ok. Terima kasih.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Perancangan untuk GA Disember 2013

Macam tak percaya dah bulan 12. Macam tak percaya yang awal tahun aku ada buat entry bagitahu setiap bulan untuk tahun 2013 akan aku adakan GA simple. Alhamdulillah. Hampir ke penamat.


Jadi, untuk GA terakhir atau sebagai penutup tahun 2013, nak buat kelainan sikit. Nak buat benda mudah itu pasti.


CADANGAN YANG BERMAIN DI FIKIRAN :

1) Hanya topup sahaja untuk para pemenang. Tiada urusan pengeposan, tiada unsur lambat, tiada unsur tenggelam timbul.

2) Mencari 12 orang pemenang sempena 12 bulan untuk setiap tahun

3) Jika ada sponsor contohnya 5 orang ( 1 sponsor x 2 orang [RM5] ) dan setiap sposor akan umum 2 pemenang. Bermakna semua peserta akan blogwalking ke blog para sponsor { in case ada sponsor }. Dah macam game pula, huhu. Blogger yang nak sponsor, inform daku ok.

4) Jika tiada sponsor? InshaaALLAH tetap dijalankan


Itu cadangan. Ulang sekali lagi cadangan. Doakan rezeki aku lebih untuk bulan ini. Sebagai tanda menghargai anda yang selalu support blog picisan & selalu isi tabung Nuffnang.


Doakan cadangan ini menjadi realiti. InshaaALLAH.


ENTRY BARU SCROLL BAWAH




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 18, 2013

Bagaimana boleh terjebak dengan Diet Atkins

Yang mana mengikuti blog aku pasti dah tahu yang aku mengamalkan pemakanan mengikut gaya Diet Atkins. Jomlah baca macam mana aku boleh terjebak.


Serious, kelambakan makanan yang sedap-sedap ditambahkan aku yang suka mencuba & cepat tergoda membuatkan diri tak sedar kilo kilo dah bertambah. Konon salahkan makanan padahal diri tu tak terkawal. Muahaha.


Produk? Macam-macam dah aku cuba. Dari yang murah sampai ke mahal. Dari pengasas yang tiada tittle DR sampai yang ada DR. Ada yang bagi kesan dan ada yang langsung tiada.


Diet Atkins diperkenalkan oleh member baik aku, Ira. Sebenarnya sambil lewa saja kami menyembang tiba-tiba tercerita pasal Diet Atkins. Aku pun laju search google tengok feedback orang. Woowww! Amazing.


Diet Atkin bukannya PRODUK tapi
lebih kepada penjagaan makanan harian kita


Diri makin teruja bila jumpa link group fb Kelab Diet Atkins [ Malaysia ]. Makin bersemangat bila tengok ramai berjaya. Set dalam fikiran, aku sedar memang aku jenis payah turun berat badan tapi at least aku kena cuba!


Yup! Aku start dan beranikan diri dengan "pantang larang" yang terdapat dalam Diet Atkins. 


Mula : 2/12/2013
Tamat : 15/12/2013
2 minggu untuk fasa induction


Alhamdulillah, walau ada cheat tapi aku seronok dengan hasilnya. Tinggi aku 157cm. Sebelum puasa berat aku 64 kg. Sebelum Diet Atkin berat aku 60.5 kg. Sekarang?


Nanti aku story lain sebab entry ini tajuknya BAGAIMANA BOLEH TERJEBAK. Bukan berapa berat aku. Kui kui.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 111 - Aiskrim warna-warni & doodle craft






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 17, 2013

Sabar itu indah

ALLAH menguji hambaNYA
kerana DIA tahu 
Kita mampu menghadapi ujian itu


Moga kita kuat menghadapinya
InshaaALLAH




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tali baru untuk meow-meow

Tak semua kucing aku suka pakai tali. Jadi aku bagi pada yang nak sahaja. Tali baru diganti sebab yang lama dah lusuh. Gunakan kekreatifan yang ada. Kreatiflah sangat! Hahaha.




Satu untuk Lela & satu lagi untuk nenek Eton. Untuk Kika pun ada buat juga. Untuk Shinchan tak perlu lagi sebab masih baru.


Bila dah dipakaikan rasa macam depa gugurl sangat terutama untuk nenek Eton. Ada bunga pink gituuu.


Kalau kat kedai dah jual RM 7 +. Baik buat sendiri. Puas hati =)


* Nak buat GA akhir tahun dengan hadiah topup. Ada yang nak join ke? Ada yang rajin nak jadi sponsor pun diterima. Hanya perlu topup. Tiada masalah tapi blog aku picisan sahaja. Hihi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 16, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Salad Brokoli Bersosej

Tak suka makan sayur? Kena abaikan entry ini. Kalau suka, teruskan pembacaan anda. Untuk penggemar makanan hijau.




BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) 3 keping salad
2) 1 cawan brokoli
3) 1 batang sosej
4) Sedikit mayonis
5) Sedikit butter


CARA-CARANYA
1) Brokoli dipotong, sapu sedikit butter & direbus terlebih dahulu bersama sosej
2) Salad boleh dipotong kecil atau dibiarkan seperti gambar
3) Letak mayonis sebagai perasa atau boleh gaul sekali

 * Nak tambah kobis purple, sayuran lain pun tiada masalah. Ikut selera.


Senangkan? Kalau dah bosan makan telur separuh masak pagi-pagi, kita makan pula salad. Lebih segar lebih umphhh!


Ini namanya resepi bermalasan. Huhu.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Cara balut mini popia untuk pengeposan

Mula-mula jual dulu, memang akui aku tak berapa reti nak balut bekas mini popia ikan bilis terutama untuk pengeposan. By hand tiada masalah.


Ada pelanggan yang bagitahu bekas ada pecah, mini popia ada pecah sikit. Itu dulu dan semua itu pengalaman. Lama-lama alhamdulillah dah tahu cara yang aku rasakan terbaik untuk balut makanan mudah pecah/rangup ini. 



500 gram pos ke Johor


Cara Yui balut bungkusan mini popia

1) Letakkan bubble wrap dalam bekas
2) Masukkan mini popia ikan bilis
3) Pastikan bubble wrap menutupi ruang atas mini popia & gam
4) Jika tedapat kelonggaran lagi pada bekas, letakkan beberapa helai kertas
5) Pastikan apabila penutup ditutup, bekas kelihatan mampat ( tidak longgar )
6) Balutkan lagi sekali luar bekas guna bubble wrap
7) Akhir sekali guna brown paper yang tebal sebagai balutan terakhir


Begitula cara yang daku guna sekarang. Alhamdulillah pos baru-baru ini 1 kg ke Sarawak & 500 gram ke Johor semuanya selamat sampai tanpa ada masalah. Bersyukur dengar feedback customer. Positif hendaknya.


Sebab itu postage untuk 500 gram ke bawah RM 9 ( untuk Semenanjung ). Kenapa?


1) Berat bekas
2) Berat popia
3) 2x bubble wrap digunakan ( harga boleh tahan )
4) Guna brown paper yang berkualiti ( tebal )


Bukan suka suki daku nak letak harga pos macam itu. Bila anda order 500 gram, dah dibalut lengkap semua TIDAK AKAN jadi 500 gram juga apabila timbang. Mesti lebih!


Jadi harap para pelanggan semua mengerti. Nak jimat pos, bolehlah kongsi ramai-ramai. Aku guna pos kotak boleh sampai hampir 5 kg dan kos pos hanya RM 20 ( semenanjung ).


Terima kasih bagi yang membaca sampai habis.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, December 15, 2013

Tiada idea dan tekanan dengan celcom!

Tiada idea nak buat entry apa
Tiada mood nak buat kerja macam biasa


Geram dengan Celcom
Ikutkan hati
Aishhh!


Nasib baik bukan atas nama aku
Kalau tidak lama dah aku telefon Celcom
Nak dengar alasan tengin apa pula kali ini nak diberikan


SMS mms masuk
Hp aku takboleh view
Pakai hp cikai sahaja
Setiap kali sms
Potong RM 1


Macam itu ke syarikat Melayu?
Geram benorrrrr rasanyaaaaa!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, December 14, 2013

Khasiat sebiji telur



Artikel aku ambil dari surat khabar
Kalau tak jelas boleh besarkan
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 13, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Nasi Goreng cara Atkins

Bagi yang tahu tentang Atkins, 2 minggu tempoh induction anda tidak dibenarkan mengambil nasi dan adik beradik dengannya. Selepas hampir 10 hari tak telan nasi, aku pun cuba buat "nasi" goreng cara Atkins. 


Resepi diambil dari group FB Kelab Diet Atkins.





BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) Bunga kobis ( sukahati kita banyak mana )
2) 1/2 batang cili merah/cili padi
3) 1 biji bawang merah
4) 4 ulas bawang putih
5) 1 biji telur
6) Sedikit ayam ( tak letak pun boleh )
7) Sedikit garam
8) Sedikit butter


CARA-CARANYA
1) Bunga kobis dicincang halus ( ikut suka )
2) Bawang, ayam & cili dipotong ikut kesesuaian
3) Tumiskan bahan (2) terlebih dahulu menggunakan sedikit butter
4) Kemudian masukkan bunga kobis ( anggap itu nasi )
5) Masukkan sedikit garam
6) Pecahkan telur ( boleh buat telur mata juga )



Itu sahaja. Senangkan? Macam kita masak nasi goreng. Nak letak udang boleh. Ikut kesesuaian & tekak masing-masing. Bagi yang tengah "berpantang" guna bahan yang dibenarkan sahaja. Jangan langgar pula. Huhu.


Sambal petai & sayur mak aku yang masak. So itu sebagai lauk daku. Pengubat rindu kepada nasi yang dah lebih seminggu tak telan. Muahahaha!


Korang kena rasa baru tahu macam mana. Best! Belum cuba belum tahu.


Isnin 16/11/2013 genap 2 minggu
daku dalam fasa induction diet atkins
TIDAK GUNA SEBARANG PRODUK
Hanya kawal cara pemakanan
ikut fasa yang ditetapkan
=__=


Mana nasi?
Bunga kobis itulah "nasinya"


Update :
Petai juga tinggi carb
Boleh makan sikit atau sebaiknya elakkan ketika induction




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Rindu kenangan di Bandung

Musim cuti sekolah ini memang ramai buat perancangan percutiankan? Dan tak dinafikan memang ramai emel aku terutama minta senarai pertukaran & mohon tips. Daku yang tak berpengalaman mana berkongsi yang mana ku tahu.




Gambar di atas adalah ketika kami seronok bershoping di Pasar Baru. Memang rambang mata tengok kain-kain yang ada. Menyesal tak beli banyak-banyak. Muahaha!




Part paling best dalam kedai ini, sambil kami membeli, kami dihidangkan dengan makanan dan minuman. Aish jarang nak jumpa service baik macam ini!


Rasanya aku sahaja yang mampu telan Teh Botol itu. Yang lain rasa sikit lepas itu pakat tinggal. Aku? Memang aku suka cuba dan tekak aku boleh terima.


Tetiba rindu saat di Bandung. Itu pasal terjadinya entry ini.


Nak tips bagai, boleh search di blog ini & gunakan kata kekunci yang betul ya.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 12, 2013

Online shopping for Christmas preparation

Ho hoho! Christmas is just around the corner ladies! How’s your Christmas preparation? Looking for the perfect dresses and shoes or maybe gift for your loved ones? It is time to fulfill their wishes and for you who wish to make an entrance on this holiday season with our head-to-toe dazzling collection! 


Tick tock tick tock! The clock is ticking and you still got no time to shop? 


“ Alamak, I kerja la on weekdays. Weekend pulak mesti ramai orang ” , 
“ Malaslah nak bersesak. Traffic mesti teruk ”, 
“ Nak shopping tapi ada baby. Leceh la ” 


No worries ladies. It happened all the time and we have a solution for you. So, have you ever experienced online shopping? Or do you familiar with online shopping sites? Here is a quick introduction.


Online Shopping: 
Basically similar with virtual shopping but all the processes and transactions are through online


So if you still wondering 

“ What are the benefits? ”, 
“ Selamatke? ”, 
“ Barang sampai lambat tak? ”


Well, you can save more with online shopping – petrol, time and satisfaction guaranteed =)


This is the perfect time to make a shout out for all women out there! Lai! Lai! Browse our page for online shopping Malaysia – The biggest online fashion store, and enjoy special deals from us now! 


Find a fabulous collection of shoes and clothing from various designs and colors. Complete your look with our dazzle accessories and an extensive collection of handbags. 


What’s more? Get something for him too! Confirm abang sayang lebih! 


Feel free to click out STYLE tab and let the expert to guide you. Sharing is caring right.


So what are you waiting for ladies? All are in one-store and at a good price. Shop now while stock lasts and enjoys free shipping with us. C.O.D is available for certain areas and all items are returnable within 30 days for free of charge. Have a joyful Christmas! XOXO





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^