tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, November 30, 2015

Al-Fatihah : Yus Jambu telah kembali ke rahmatullah

Sebelum gerak ke opis, sempat buka tv 3 tengok MHI.
Terkejut dengan apa yang disampaikan,
Yus Jambu telah pergi menghadap Illahi tengah malam tadi.


Mengikut apa yang disampaikan,
arwah meninggal dunia akibat sesak nafas & serangan jantung.
Arwah pergi pada usia 39 tahun.


Mak aku terus cakap,
Ada sebabnya kenapa dia tak jadi kahwin haritu


Betul juga,
Kadang benda kita tak jangka
Apa yang semua tahu, mati itu pasti


Al-Fatihah untuk arwah yang juga seorang pencinta kucing.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 27, 2015

Cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Perak

Hari ini aku cuti sempena Keputeraan Sultan Perak.


Aktiviti?
Niaga online macam biasa
Buat kerja rumah
Rutin biasa basuh sangkar kucing/bersihkan tempatnya
Kalau sempat, nak mandikan kucing-kucing yang ada


Itu jelah perancangannya.
Jadi atau tak itu lain cerita.


Sesi balas kunjungan akan aku buat nanti ya
Direct cuti 3 hari :)







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 26, 2015

Nasi kerabu power original dari orang Kelantan!

Lebih kurang 5 tahun aku duduk di Station 18, memang takde tempat lain lagi boleh kalahkan nasi kerabu makcik ni. Yelah, aku memang aku cuba merata, tapi kalau tak sedap, memang tak beli. Tekak lain-lain kan?



Hanya RM 5.50


Kalau korang orang Ipoh,
Makcik ini biasanya akan ada di pasar malam. Kalau tempat kerja aku, setiap hari Isnin. Ada 3-4 orang wanita yang akan sibuk layan pelanggan yang ramai! Serious, seawal jam 5.30 petang, memang dah ramai kerumun nak beli.


Selain nasi kerabu, ada juga jual laksam, bubur, nasi lemak & kuih.
Semuanya aku dah rasa dan memang semua terbaik!


Sebenarnya aku dah pernah up entry pasal nasi kerabu ni [entry]
Tapi saja up lagi sebab sedap. Hahahaha.


Benda terbaik, haruslah kita share!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

BLOUSE SCHAA HI LOW TOP






Contoh model pakai


SCHAA HI LOW TOP

Material: Como crepe

Size: Free Size 

Shoulder : 15.5"
Sleeve : 18.5"
Bust : 40"
Top Lenght (front): 29"
Top Lenght (back): 35"
Bottom Width : 39"

Zipped at back

💁Nurul Yui
📱019 233 1810

#schaatop #bajumurah #bajucantik #blousecantik #bazarpaknil

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 25, 2015

Please prove you are not a robot!

Blog siapa yang guna macam ini sebelum pembaca dapat komen?


Aku dah banyak kali kena hari ini.
Sebenarnya function tu ok cuma kadang "agak menyusahkan"


Setakat tick tick boleh terima pakai
Ada juga yang suruh mengira
Tapi paling tak menahan ada yang sampai kena copy code & paste dalam masa 2 minit
Aduhhh!


Buatnya loading lembap, connection kejap ok kejap tak
Idakke dari rajin mengomen terus cari butang X?
Uji kesabaran, hahahaha!


Yang mana blog terkena tu, dah ok aku p komen balik ya.
Blog aku pun ada cacat celanya, huaaaaaa.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Dah gaji? Jom dapatkan promosi CMD!



Kome kome dah gaji kan? 
Ate sape aritu kata nak beli time gaji, meh lekaih beli.
Sekarang promosi dilanjutkan lagi kome oiii.


Beli 1 botol 120 ml percuma 1 botol 30 ml
Percuma keahlian
Akan dimasukkan dalam group melebih 22k ahli
Paling penting akan guide cara guna
Bukan beli pastu biar terkontang kanting naaaa


Berapa?
Macam biasa
Bagi RM 178 free postage
Normal price RM 185
Boleh guna 3-4 bulan tauu
Paling penting CMD ORIGINAL!


Apa tunggu lagi, meh roger-roger
Jangan risau, che' agen sah CMD


SMS/Whatsapp 
019 233 1810


Jom tengok testimoni CMD yang lain





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Menang Vitamin C Rosehip from UK

Alhamdulillah, rezeki aku kali ini. Aku main jawab di post penjual. Aku antara yang terpilih dapat Vit C Rosehip.



Ada 30 biji, cukup untuk 1 bulan


Untung sangat dapat Vit C sebab vitamin c aku dah habis. Jimat duit.


Oh ya, sebelum ini aku pernah makan 2 botol vit c ini & memang ada hasil terutama kecilkan liang pori pada wajah. Ini pengalaman peribadi aku.  Tapak kaki pun jadi lembut. Memang tak menyesal cuba!


Ada beberapa jenis keluaran Vitamin C. Yang ini dari UK. Original sebab memang banyak testimoni.


Kalau ada nak order, boleh roger sebab kawan aku ada jual.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 24, 2015

Saya AL hari ini

Sukacita dimaklumkan cik empunya blog
ambil AL untuk hari ini sahaja
Selasa 24/11/2015


Segala urusan bw dan seangkatan
akan dilaksanakan bermula esok


Dengan rasmi
Baki AL yang ada hingga hujung tahun 2015
3 hari sahaja lagi!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 23, 2015

Mencari rakan group whatsapp untuk Diet Atkins

Ada tak dikalangan rakan blogger yang nak berdiet tapi takde semangat sebab diet sorang-sorang? Erti kata lain diet banyak ke laut. Huahua.


Oklah, sebenarnya aku nak mulakan balik diet atkins yang telah lama ku tinggalkan.
Secara serius nak cari insan-insan yang sudi bersama untuk share & bagi kata semangat kalau ada yang down/cepat putus asa.


Ciri-ciri yang dicari :

1) Memang ada NIAT YANG BESAR untuk berdiet samada kurangkan berat/inch loss
2) Seorang yang TIDAK CEPAT PUTUS ASA atau erti kata lain semangat kena kental
3) Bersedia untuk share menu harian anda ( bagi gambar )
4) Boleh membantu ahli lain jika perlu
5) Mengikut cara DIET ATKINS sahaja


Khas untuk WANITA & bukan ibu mengandung atau masih menyusukan anak bawa 6 bulan.


Kalau ada berminat, boleh roger aku. Nanti boleh add masuk group. Minggu ini sesi suai kenal & belajar apa yang perlu. Dah ok, tetapkan tarikh & mula sama-sama.


Yang serius sahaja digalakkan.


Whatsapp 019 233 1810.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

12 amalan PEMBUKA PINTU REZEKI





Bersama-samalah kita ya
InshaaALLAH




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, November 21, 2015

Betulke orang Perak?




Tapi aku ala-ala utara
Pasal lahir kat Parit Buntar
Tu pasai banyak sebut che'



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 20, 2015

Alat senaman yang diidamkan & menjadi impian untuk awal tahun 2016

Lama dah teringin, lagi membuak-buak sejak kebelakangan ini. Sejak rasa perut semakin opsss! Hahahaha. Kemain bujang muncit-muncit lak.



Sumber : FB


Aku serious teringin alat senaman seperti di atas. Apa nama spesifik aku tak pasti. Yang aku dah risik-risik. harga bawah RM 400. Ada macam-macam jenis, maksud aku ada yang simple, ada yang over macam atas. Tapi aku prefer macam dalam gambarlah.


Sambil senaman perut, sambil kayuh mengayuh. Kan jimat tak payah aku susah-susah nak berkayuh basikal kat luar yang belum tentu cuacanya.


Harap di awal 2016 aku boleh dapat alat senaman ini. 


Nak dijadikan impian 2015 tak boleh sebab banyak benda-benda penting yang lebih memerlukan duit. 


Cincin idaman hati 2015 [entry]pun belum dapat. Huwaaaaa!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kucing ke 14 & 15 dimandulkan - Omei & Lela

12/11/2015 yang lepas, sempena adik aku cuti sem seminggu, mak minta dia mandulkan 2 ekor kucing betina ini yang memang tengah mengawah garik kemain riuh. Huhuuuu.


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter 
& kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?
Sama seperti kucing betina juga

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik & krim sapu pada luka jahitan
4) Kos pembedahan untuk spay kucing betina di veterinar kerajaan Sungai Siput (U) adalah RM 80


Rupa selepas operation, masih mamai


Alhamdulillah seekor demi seekor aku cuba mandulkan bergantung kepada situasi kewangan. Oh ya, dana untuk meow masih ada. 100% hasil jualan akan aku gunakan untuk anak-anak bulus di rumah & jalanan.


Album : Dana Untuk Meow


Terima kasih kepada yang sudi war-warkan jualan ini & terima kasih juga buat mereka yang sudi menderma tanpa membeli. Moga ALLAH murahkan rezeki kalian. 


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :
3) Batman
4) Puteh
5) Tompok
6) Minah
7) Kika
8) Kiut  (mati 12/9/2015)


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
1) Shinchan
2) Kaka (mati 6/8/2015)
3) Muna
4) Masdo 
5) Atam 



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 19, 2015

Hop On Hop Off by Zai Zamree

Macam best jeee. Macam nak naik jeee. Macam nak jeee. Macam nak free ajeee. Heeeee, so jom kita cuba mana tahu ada rezeki dapat TIKET FREE.




Jomlah kome memeriahkan lagi. Mana tahu last day ni ada luck untuk kita bersama. Syarat pun sangat mudah!


Pemenang akan diumum 20 Nov 2015.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tangan lebam teruk selepas derma darah

Haritu aku tak sihat, ada aku mention tangan aku lebam teruk. Ceritanya bermula macam ini.


Aku kalau follow abah nak derma darah, secara tak langsung aku juga akan derma darah. Setakat ini tak lebih 7 kali aku menderma.


Nak dijadikan cerita,
Sabtu lepas 14/11/2015 ada kempen derma darah di Jaya Jusco Kinta City, Ipoh. Aku pun isilah form & buat ujian seterusnya. Dah duduk baring di kerusi, nurse yang mai nak cucuk tu aku rasa ketuanya sebab pakai uniform biru ( yang lain pakai putih ).


Cucuk, tampal, gengam kayu apa semua. Awal-awal memang darah aku laju saja mengalir. Sebab pengalaman sebelum ini, biasanya tak lebih 10 minit aku akan selesai tapi tidak untuk kali ini!!!


Bila dia nampak darah aku mula perlahan, dia pegang tiub wayar. Ada juga dia usik jarum, Sampai satu tahap aku cakap sakit sebab usikan jarum tu. Ambil masa dekat 20 minit hanya untuk darah 300 ml.


Bila dia dah tampal plaster, aku nampak tangan aku bengkak sedikit. Kata nurse lain, takpe nanti balik tuam. Dah balik rumah, sekali aku buka plaster, nampak seperti darah beku. Lepas beberapa jam lagi merebak rupa darah beku tu!


Dan hingga sekarang, dah 5 hari, kesannya belum reda.
Kesan jarum pun masih nampak tau. Sebelum ini rileks hilang aja.
Masih lebam seperti gigit hantu! Huuuu, nasib kurang baik kot kali ini. Apa pun aku syukur sebab dapat menderma darah.


Tak boleh kalahkan abah aku sebab dia dah lebih 70 kali menderma darah!
Hebat dia. Nak juga jadi penderma tegar macam dia setiap 3 bulan sekali. Doakan ya.


Nak tengok gambarke?
Satg korang terkejut plak. Hahahaha.


Yang boleh menderma darah, buatlah. Sekurangnya kita dapat membantu orang ramai.


Aku darah jenis O.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 5 [2015] - Bila terjadi TYPO

Dulu masa aku tengah mesej dengan dia,
tiba-tiba dia cakap nak BERAK.
Tunggu punya tunggu, dah masuk 3 tahun aku tunggu dia berak,
dia tak mesej aku langsung.

Semalam tanya dia, kenapa lama sangat berak?
Dia cakap 3 tahun lepas dia TYPO.
Dia nak tulis BREAK.
3 tahun aku single tanpa aku sendiri sedar.


Sumber : FB



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 18, 2015

Penurunan berat badan vs ukur lilit

Hujung tahun 2013 aku cuba diet Atkins, alhamdulillah memang nampak hasil. Tak lama pun aku buat sebab dah dapat apa yang aku nak.


Lepas itu, makan pun dah pandai biasa-biasa. Takde dah sangat macam dulu, air manis memanjang, coklat sentiasa di sisi. Air masak langsung takmau telan! Itu kisah dululah sebelum aku kenal diet Atkins.


Ehhh, macam melalut dari tajuk.
Sebenarnya dulu aku buat diet, target utama aku memang nak kurangkan berat. Gila sangat rasa gemok dengan ketinggian lebih kurang 159 cm, berat badan dah mencecah 65 kg! Itu kira tahap rendang tak sesuai dengan badan. Hahahah.


Lepas dah tak ikut diet atkins, aku rajinkan diri bersenam benda mudah.
Paling best ketika diet, berat aku kurang beberapa kg saja tapi tang ukur lilit memang terbaik!


Jadi dari situ, aku lebih suka titikberatkan pengurangan ukur lilit atau inch lost berbanding kurang kg semata.


Kenapa?
Sebab bila beli baju orang takkan tanya berat badan, tapi orang akan tanya saiz. Aku pun tak pasti kenapa aku jaga badan aku walaupun perut membuncit dengan jaya. So, sekarang motif utama nak atasi/kurangkan buncit.


Belum kahwin dah buncit, hahahahaha!


Kalau korang, korang pilih yang mana?


Nak tahu perjalanan aku dengan diet Atkins
[ entry ]






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Rawat masalah kulit dengan CMD





Beli 1 botol CMD percuma 1 botol dilanjutkan sehingga Januari 2016. Jadi jangan tunggu lama jika anda memang benar-benar berminat nak join team cmd. InshaaALLAH, banyak ilmu berguna yang akan anda peroleh.


Tak tahu?
Yui akan guide okay.

Agen sah Revell ( CMD & Klenz ),
��Nurul Yui
��019 233 1810

#cmd #cmdperak #revell #penggunacmd#cmdpelbagaiguna


Jom tengok testimoni CMD yang lain


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 17, 2015

TESTIMONI CMD : Lelaki juga menggunakan CMD


Ehhh jangan ingat CMD perempuan je guna tau. Ni ha abang ni pun guna CMD.

Kan dah bagitahu CMD boleh guna dari kecil hingga dewasa. 

Sekarang ada promosi hebat
Haritu beli 1 percuma 1
Sekarang dengan 1 harga dapat 3 botol!
Hanya RM 178 free pos yui bagi 
Penggunaan 3-4 bulan
Jimatkan?

Apa lagi yang belum cuba, meh lekaih
Nak buat side income pun boleh
Yui ajar :)

===================

Cmd hanya asbab
Tak janji bulan bintang tapi yui tunjuk peluang ya

Macam mana guna?
Berapa titis sepatutnya?
Sebagai agen sah,Yui akan ajar

Agen sah Revell ( CMD & Klenz ),
🙋Nurul Yui
📱019 233 1810

#cmdperak #cmd #revell #cmdoriginal #penggunacmd #testimonicmd

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Buah delima untuk yang tak sihat

Bangun Subuh tadi dah rasa tingtong. Dah sampai pejabat, boleh layan lagi. Tak lama dekat jam 10.00 pagi, aduh memang tak menahan rasa kepala ni berdenyut.


Akhirnya, 10.30 pagi - 12.15 tengahari aku baring dalam surau. Niat nak bagi lena tapi tak mampu. Mata saja pejam tapi telinga mendengar segalanya. Sebelum baring, sempat minum air lemon suam dicampur CMD.




Nampak buah delima, potong dan ngap. Ini jelah yang ku lalu telan untuk sarapan & makan petang. Balik rumah nanti, tak tahu lagi macam mana.


Kepala pening
Badan suam panas
Tangan masih lebam teruk


Harap oklah sebab aku memang sedaya taknak telan panadol. 


Ambil air semburan CMD, sembur muka bagi taknak lelap. Hahahah. 
Gitu gunanya CMD! Guna sebaiknya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Lip ice lemon mentholatum

Sebelum gerak balik Perak haritu, sahabat aku sempat hulurkan lip ice lemon ini. Kemain lagi katanya dia dapat banyak. Yelah, dia rajin join contest online sana-sini.

Alhamdulillah banyak yang dia berjaya! Tahniah sahabat.




Aku terima dengan tangan terbuka. Hihi. Padahal aku tak pakai benda ini. Sebab apa? Bila letak rasa lain macam je bibir. Dah pernah sapu, last-last ambil tisu tonyoh bagi clear. Hahahaha.


Nampak benor aku tak pandai bab-bab makeup. Benda basic pun dah rasa rimas.


Lagi senang calit sikit gincu je.


Apa pun, terima kasih sahabat sebab sudi bagi.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 16, 2015

Sibuk untuk urusan kerja rasmi

Memandangkan bermula esok hingga Khamis akan ada sesi lelongan barang kemas. jadi macam biasalah, hari Isnin adalah hari untuk "terlebih" sibuk.
Nak prepare apa patut.


Mungkin selepas pukul 1 petang baru aku akan berkesempatan terjah korang.
Dan juga akan siapkan entry-entry untuk akan datang.
Waahhh gitu! Bajet banyak idea. Hahahaha.


Jangan bermalasan di hari Isnin.
Lalalala.


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 13, 2015

Kerana bil internet YES belum bayar

Kerana bil internet YES belum bayar _____________________________ ( sila isi tempat kosong )


Aku tak boleh online guna hp. Hambiikkkk!
Alaaaaa, due date bayar adalah setiap 12hb, terleka semalam tak bayar jeeee
Pagi tadi lepas beli breakfast lebih kurang 10.30 pagi, ingat nak bayar tapi tak buka lagi!


Adoiiii!
Dahlah coverage sekarang pun siput tenuk.
Kalau dulu sebelum beli, dah check area line tiptop, dah 4 bulan guna baru tunjuk taring sebenar


Ikut hati nak terminate ajeeee tapi sebab kontrak sampai Feb 2017 ( tudiaaa lama lagi ), harung jugalahhhh walau hati dah tak kenan! Kontrak aku 2 tahun tauuu.


Jadi, kome yang nak melanggan internet, fikir-fikirlah dulu terutama yang jenis KONTRAK. Haruuu wei kalau jadi macam aku!


Lagi senang langgan data DiGi. Setakat ini tak mengecewakan aku.


YES : 2 GB RM 48 ( tak masuk GST )


Nak membeli sambil menderma : Dana Untuk Meow
Nak beli CMD/Klenz dari Revell : 019 233 1810 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Gara-gara makanan segera

Makanan segera yang aku maksudkan adalah mee segera 
( jenama apa pun sama aje ). 
Dinner semalam memang balik SS tak lalu nak makan nasi. Mak pula buatkan mee segera.


Aku makan tak sampai suku dari sebungkus. Tak lama lepas itu, kepala rasa berat semacam. 
Memang duk cari tilam bantal.


Akhirnya seawal jam 11.00 malam mata dah terpejam.


Hmmmm, aku memang ada tragedi dengan mee segera. Sebab itu jarang makan.


Gara-gara makanan segera, aku pening kepala. Huhuhuhuuuuu. Sebenarnya kalau terlebih perasa atau pak aji, memang kebiasaannya aku akan alami pening.








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 12, 2015

Mencari calon suami

Amboii tajuk tak boleh blah ea? Hahaha.
Takdelah. Aku teringatkan apa kata sahabat aku.


Kan aku ada p KL haritu, lepas ambil aku di KL Sentral, kami terus singgah solat di Sogo.
Dah sudah semua, sembang santai dengan sahabat-sahabat di muka pintu surau.


Katanya,
"Far, nak cari calon suami, sebaiknya kat tempat macam inilah."
Lebih kurang gitu apa yang dicakap.


Aku senyum & tambah
"Lagi elok kita mencari ketika Subuh. Baru kita tahu liat atau tidak bangunnya"


Sahabat aku itu senyum tanda setuju.


Jadi, sekarang misi aku mencari calon suami. Ehhhh!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Jualan khas #danauntukmeow : Prelove Blouse & Dress by Poplook

Aku akan cuba up satu persatu jualan kumpul duit khas #danauntukmeow




Dari kiri 

Abie saiz L : RM 46
Suraya saiz L dark purple : RM 46 [SOLD]
Suraya saiz L : RM 46
Blouse saiz L : RM 25

Harga termasuk poslaju SM

Dress dah alter dah sesuai untuk tinggi 159 cm ke bawah




Penny saiz S : RM 36 [SOLD]

Tak pernah alter
Harga termasuk poslaju SM


Condition tiptop
Boleh PM di FB : Nurul Yui
SMS : 019 233 1810


Tak beli takpe, tolong share pun dah sangat memadai. Mengharap sangat dapat terjual dengan segera. Aamiin.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 11, 2015

Selepas 4 hari bercuti

Mood malas gila nak bangun pagi ni nak p kerja.
Sebenarnya hari Isnin haritu terpaksa ambil AL.
Gara-gara tiket ETS semuanya habis hari Ahad, jadi postpone sampai Isnin berada di KL.


Jadi, pagi ini, mood memang malas!
Nak p kerja pun malas, nak mulakan kerja pun rasa malas-malas.


Ni mesti ada antara kome yang sambung cuti lagikan?
Huntung huntungggg. Cuti lama-lama lepas itu rasa malas macam aku. Huahua.


Malassss!
Sila jauhkan dariku.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 09, 2015

PERBANDINGAN HARGA CMD ANTARA AHLI & BUKAN AHLI

Ini adalah harga yang telah ditetapkan oleh pihak HQ Revell. Jadual menunjukkan perbezaan harga untuk CMD bagi ahli & bukan ahli.




Jika anda dapat harga berbeza dari di atas, sebaiknya tanya dengan lebih lanjut pada penjual. Jangan terlalu kejar yang murah jika barang yang dapat adalah tiada jaminan. 


Paling penting, setiap pembelian dari agen sah, agen sah akan guide anda cara guna. Bukan sekadar jual semata-mata.


Agen sah Revell ( CMD & Klenz ),
��Nurul Yui
��019 233 1810

#cmd #cmdperak #revell #penggunacmd#cmdpelbagaiguna


Jom tengok testimoni CMD yang lain





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, November 07, 2015

INFO CMD : BELI 1 BOTOL CMD PERCUMA 1 BOTOL DILANJUTKAN HINGGA JANUARI 2016




Alhamdulillah, berita gembira buat mereka yang nak mencuba cmd tak kisah samada untuk kegunaan atau dijadikan sebagai partime bisnes.


Beli 1 botol CMD percuma 1 botol dilanjutkan sehingga Januari 2016. Jadi jangan tunggu lama jika anda memang benar-benar berminat nak join team cmd. InshaaALLAH, banyak ilmu berguna yang akan anda peroleh.


Tak tahu?
Yui akan guide okay.


Agen sah Revell ( CMD & Klenz ),
��Nurul Yui
��019 233 1810

#cmd #cmdperak #revell #penggunacmd#cmdpelbagaiguna


Jom tengok testimoni CMD yang lain


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 06, 2015

Rezeki di hari Jumaat

Alhamdulillah sarapan pagi tadi adalah bubur. Ada orang bagi satu pejabat. Sedap bubur ni walau nampak biasa. Manis lemak semua cukup!




Memandangkan aku ada bawa bekal tomyam & salmon. jadi aku hanya makan bubur & tomyam. Salmon bawa balik SS petang ini. Kongsi makan dengan meow-meow pula. Ehehehehe.


Selamat berhujung minggu ya semua.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Minuman sedap : Kopi Cap Belalang




Kopi Pak belalang. 
Kombinasinya daripada habbatussauda, madu, luban, maqui berry, acai berry dan ekstrak kopi arabica membuka dimensi baru supaya tidak tertinggal makanan sunnah Nabi saw yg menjadi warisan para ulama.

Khasiat:
*Membantu mengeluarkan asid urik dan gaut
*Melawan asthma/lelah
*Merendahkan tekanan darah tinggi
*Mengurangkan alahan (habbatussauda dapat menyembuhkan 70% alergi,jerawat, penyakit kulit)
*Merawat sistem hempedu
*Melancarkan pengeluaran susu ibu
*Melegakan sakit saraf bagi ibu selepas bersalin dan sesuai untuk ibu mengandung (anak bijak)
*Meningkatkan kecerdasan minda
*Mengelak daripada pelupa dan nyanyuk
*Memberi ketenangan
*Meningkatkan tumpuan belajar
*Amat sesuai untuk anak yg lemah daya ingatan
*Mengurangkan migrain, sakit kepala dan angin badan
*Melawaskan sistem perkumuhan
*Menurunkan berat badan
*Meneutralkan radikal bebas dalam badan
*Sumber vitamin C, kalsium, besi dan kalium
*Menambahkan tenaga badan
*Merawat insomnia
*Mengurangkan komplikasi diabetis
*Melindungi kulit daripada sinaran UV matahari
*Melawan sel-sel kanser.



Berminat nak dapatkan Kopi Cap Belalang
Sedap diminum panas/ais
Sila hubungi : SMS/Whatsapp Nurul Yui 019 233 1810 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Hidup memerlukan pemikiran yang lebih positif

Positif!
Nak ungkap memang senang. Tapi nak praktikkan memerlukan keyakinan diri sendiri.
Sebab apa? Sebab itu adalah dari diri masing-masing.


Meneruskan kehidupan,
Sangat-sangat memerlukan aura yang positif. Pemikiran yang positif & automatik tindakan juga menjadi positif.


Bila bercerita perihal positif, tak bermakna negatif terus diabaikan.
Negatif itu juga perlu tapi kena berpada-pada. Dengan zaman sekarang yang semakin "menakutkan", sedikit sebanyak pemikiran negatif pada diri kita akan wujud.


Errrmm, apa aku melalut ni.
Tapi harap sampailah maksud aku. Huhuhuuu.


Sekarang aku cuba untuk menjadi POSITIF untuk SESETENGAH PERKARA!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 05, 2015

Udon goreng berkuah cincai-cincai

Hari minggu lepas saja tangan gatal beli Udon di Econsave. Konon dah jemu makan kotiau. 1 pek RM 5. Rupanya dalam tu ada lagi 3 pek. Jadi, harga not bad.


Jadi dinner semalam aku masak Udon cincai-cincai. Versi orang bujang. Ehhh, sedap juga Udon ni. Maklumlah, pertama kali rasa! Hahahaha. Nak kata macam laksa bukan, laksa beras bukan. Tapi ada citarasa tersendiri.




Bagi pendapat aku sebagai peminat tegar kotiau, makan udon lagi cepat kenyang. Jadi, bolehlah beli lagi buat stok. Mehmehmeh.


Nak pelbagaikan versi masakan. Yelah, aku kan tak pandai masak =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 4 [2015] - Roda Kehidupan

Hidup ibarat roda
Kadang kita di atas
Kadang kita di bawah


Di mana ia berada
Itu bermula dari diri sendiri
Kerana kita yang menggerakkannya!



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 04, 2015

WW 17 [2015] - Geng Hamdan Karipuley


MAT OYEN

Peminat kucing inshaaALLAH  kenal Hamdan Karipuley
=____=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Taip padam taip padam

Kalau berdasarkan tajuk saja faham tak?


Maksudnya,
Aku nak mengerah idea kepala untuk hasilkan entry sendiri.
Bila dah taip panjang-panjang, tiba-tiba jari laju tekan DELETE.


Kadang dah berperenggan ( konon banyak )
Rasa macam tak syiok pula apa aku taip, tekan juga DELETE.


Kadang tinggal nak publish,
Alih-alih DELETE lagi


Mujur entry ini aku publish cepat-cepat!








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 03, 2015

PENGGUNAAN CMD : Lebih mudah cuci kerak minyak



Sebelum ni leceh betul nk cuci stove ni. kena rendam semalaman dgn baking soda baru kerak minyak tu nak tertanggal.

Tapi..skarang.. CMD kan ada!
Sejam je dah boleh sental kerak minyak ni. Malah senang je kerak2 tu tertanggal.

Saya suka3!!
X percaya? Cubalah sendiri.
X cuba rugiiii!

==================

Berapa titis?
Macam mana guna?
Yui akan guide anda!

Agen sah Revell ( CMD & Klenz ),
🙋Nurul Yui
📱019 233 1810

#cmd #cmdperak #revell #penggunacmd#cmdpelbagaiguna


Jom tengok testimoni CMD yang lain



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Aksi Kaka yang mencuit hati

Ingat lagi pasal Kaka, kucing yang ku jumpa di area pejabat [entry]. Yang ku open adopt tapi krik krik krik. Akhirnya aku bela. Ada hikmahnya.



Seekor kucing yang bijak & sangat manja. Satu keluarga aku senang dengan ragam Kaka. Sangat mencuit hati & mendengar kata. Walau suaranya sangat perlahan, tapi dia faham bila kita panggil.


Moga membesar dengan baik ya sayang. Kami akan jaga sebaiknya, inshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 02, 2015

Kad potongan 30% sempena ulangtahun di Padini macam tak berguna

Eh eh ehhhh! Luahan lagike?
Tak kepada luahan sangat tapi hanya nak kongsikan apa yang ku alami dan rasa.


Kan birthday aku Oktober lepas, jadi aku dapatlah kad potongan 30% untuk belian di Padini tapi HANYA UNTUK ITEM WITH NORMAL PRICE. Tamat 31hb lepas, konon nak jugalah beli guna potongan 30%. Sayangnya. banyak item dah memang ada promosi lain, jadi kad yang diberi memang tak diguna.




Aku rasa kalau dia bagi je 30% untuk semua item tak kisah ada promotion or tak mesti lagi bagus. Yelah, apa guna kita nak beli tapi sebenarnya harga memang dah murah dari kad promosi yang diberi.


Tak jadi nak beli untuk diri sendiri.
Huuuuuu, bersyukur dapat jimat duit. Lalalalala.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Drama Hello Mr Perfect!

Ada peminat setia cerita Hello Mr Perfect yang sekarang bersiaran di TV 3? Kalau ada, kita bukan geng. Kuang kuang kuang.


Tak pasti kenapa, aku tak berapa minat cerita itu.


Tambah-tambah bila aku perasan watak 2 orang wanita dalam cerita itu adalah orang yang sama. Betul tak? Ke mata aku je rasa macam tu. Tak dan nak tengok nama pelakon.


Kalau betul orang yang sama, aku rasa memang tak best.
Kenapa tak cari pelakon wanita lain aje? Sampai penonton boleh perasan. Nak kata dalam cerita itu kembar, macam tak logik. Sebab laki tu takde pula duk kata muka bini sekarang sama macam awek lama.


Ehhh, banyak pula aku nak bebel.
Point aku tang watak wanita tu je. Yang lain pun macam tak boleh nak bagi aku semangat nak follow lebih lanjut cerita tu. Maaf, mungkin akan datang lebih baik mutu lakonan mereka.


Aku rasa better baca novel.
Boleh feeling tersendiri & bayang sendiri. Miahahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^