Bagi blog yang ada pasang
Nuffnang, sudah semestinya mahu
mendapatkan CPUV/BE.
CPUV bermakna iklan kekal yang ada dalam blog kita untuk
satu tempoh masa tertentu.
Juga merupakan iklan yang lebih banyak menyumbangkan earning
berbanding iklan biasa.
Ramai yang tanya macam mana aku boleh kerap dapat CPUV. Eh, kerapke? Biasa jelah sayang. So, jom ikut tips ringkas yang ada. Moga membantu anda untuk dapat CPUV kali pertama atau menambah lagi banyak.
1) SELALU UPDATE BLOG
Sehari sekurang-kurangnya WAJIB update 1 entri. Macam aku, hari biasa paling sikit 2 entri tapi Sabtu dan Ahad mungkin 1 entri sahaja.
2) UPDATE SURVEY DI AKAUN NUFFNANG
Sekurangnya seminggu sekali updatelah ya. Kau tick lah minggu ini lain, minggu depan lain pun boleh. Janji berupdate.
3) HANTAR TIKCET KEPADA NUFFNANG
Sebaiknya kalau korang dah setahun berblog, update selalu, trafik pun okay, hantarlah ticket untuk pertanyaan. Dan ini yang aku lakukan. Alhamdulillah tak lama lepas itu dapat CPUV!!
4) NAIKKAN TRAFIK DALAM BLOG
Untuk pengetahuan anda, trafik blog aku tak tinggi mana. Harian pun dalam 300+ sahaja. Korang boleh cuba naikkan dengan update entry terkini. Contohnya macam cerita Adi Putra dengan isteri orang itu. Contoh ya! Sebab itu ramai yang tengah cari sekarang. Kih kih.
Yang paling penting adalah sifat SABAR. Dah berusaha, kita tawakal. InsyaALLAH ada hasilnya. Ada blogger yang dapat banyak CPUV tapi amaun dia beberapa sen sahaja. Dan ada blogger yang dapat sikit CPUV tapi amaun untuk 1 iklan boleh mencecah lebih RM 20++.
Yang penting tetap bersyukur.
Selebihnya korang boleh rujuk antara sifu yui dalam blog iaitu
Dunia Shida. Di blog Shida ada macam-macam tips. Hanya perlu rajin cari dan praktikkan ya. Selamat berjaya!!
* Nanti aku bagi tips macam mana nak tambahkan amaun. Mungkin membantu anda juga. Nak tak tips tu?
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^