tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, July 31, 2013

Cashout Nuffnang kali ketiga

Last cashout Nuffnang, 28/02/2013 { entry }. Eceh, macam banyak kali dah cashout padahal baru 2 kali sepanjang mak jemah berblogging 4 tahun ini. 





Berdoa sangat moga cashout kali ini tiada masalah atau sebarang pending. Antara masalah yang pernah aku hadapi { entry }. Alhamdulillah kali kedua berjalan lancar.


Oh ya, aku masih mengikut tarikh untuk cashout seperti yang dicadangkan oleh blogger otai iaitu masa yang sesuai untuk tekan cashout. Boleh refer entry { ini }.


InsyaALLAH jika tiada apa-apa sampailah ceknya. Lepas raya pun elok sangat sebab time itu poket dah kering sebab "sakan" time raya. Hihi.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 96 - Kad raya pertama 2013 dari duniashida.com



Terima kasih dear
Moga kad selamat sampai ya ♥




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 30, 2013

Lagu raya menjadi pilihan anda

Mood beraya dah ada walau agak sedih ramadhan bakal meninggalkan kita. Lagu yang berkumandang pun kebanyakannya lagu raya. Eksited mak jemah tau!


Memandangkan dalam hp belum ada lagu raya yang ku upload, mohon cadangan lagu apa yang best. Nanti boleh tukar ringtone. Hahaha.


1) Nazam lebaran-  Siti Nurhaliza
2) Balik kampung - Sudirman
3) Selamat Hari Raya - Saloma


Lagi? Cer komen bagitahu lagu apa dan nyanyian siapa yang korang rasa best. Aku nak download.


Lagu terkini aku tak minat macam lagu dari Bunkface if tak salah. Tak kena dengan selera telinga aku. Huhu. Maaf ya.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 29, 2013

Nak cashout Nuffnang

Tengok earning di Nuffnang, alhamdulillah dah boleh tekan cashout. Tapi bila tengok CPUV yang tengah running, macam nak kumpul sekali.


Bila fikir sekarang dah hujung bulan, molek benar nak cashout. Ikut pengalaman lama, dalam masa 2 minggu insyaALLAH cek akan sampai jika tiada sebarang masalah.


Hati berbelah bahagi. Nak cashout ke taknak lagi? Berbaki 2 hari sebelum bulan Ogos menjelma ni.


* Kang nak kumpul, tiba-tiba Nuffnang buat hal, gigit jari pula. Huhu.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Penangan makan bihun segera ketika bersahur

Tak makan banyak pun. Dalam 3 sudu sahaja. Tapi dah cukup membuatkan perut ini meragam tak tentu hala pagi ini.


Aku dah agak benda macam ini jadi. Bajet sekali jelah pergi toilet. Sampai sekarang dah 3x berulang-alik. Sakit perut weiii.


Degil lagi nak makan makanan segera pagi-pagi. Inilah akibatnya.


Konon seronok dapat "melepas" rupanya sekarang aku dah terbabas. Alahai nasib.


* Bihun jenama apa aku taknak bagitahu. Cukup jelah makanan segera itu semua tak sesuai untuk aku.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, July 28, 2013

Juadah kegemaran semasa berbuka puasa

Entry kali ini tiada letak gambar. Tunggu hari biasa baru aku rajin cari gambar. Hihi. Oklah, aku nak share antara menu kegemaran aku ketika berbuka puasa.


1) Murtabak
2) Ayam percik
3) Nasi kerabu
4) Kuih-muih
5) Air berwarna - suka sebab tengok warna-warni


Aku share sikit ja ni. Nanti continue di entry akan datang.


Eh korang punya kegemaran apa pula? Janganlah cakap yang masak sendiri. Bagitahu yang korang beli tu. Huhu.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, July 27, 2013

Penat & letih

Penat bila berulang benda yang tak diinginkan
Letih bila berulang perkara yang masih sama


Allah, kuatkanlah diri ini
Agar terus sabar dengan apa yang jadi


InsyaALLAH
Pasti ada hikmahnya

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 26, 2013

4 peserta baru yang terpilih untuk GA Julai 2013 Nurul Yui - Kad Hari Raya 2013

Hanya 6 orang yang bagi detail walau sepatutnya ada 10. Tapi takpe. Aku random untuk yang lain pula. Rezeki untuk orang lain.


4 ahli baru yang terpilih ialah
22, 16, 26 & 21

senarai nombor peserta { sini }


Kepada 4 ahli baru yang terpilih, mohon terus bagi maklumat iaitu NAMA PENUH, ALAMAT LENGKAP & NOMBOR PESERTA di emel fashanusha@gmail.com atau boleh terus mesej untuk memudahkan kerja 019-2331810.


Moga cepat beri maklumat sebab esok aku nak terus pos. Harap kad sampai sebelum raya. Kalau tidak, selepas raya pun takpe kan? Huhu.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Salam Nuzul Al-Quran & selamat bercuti

Salam Nuzul Al-Quran daku ucapkan kepada semua dan selamat bercuti kepada negeri yang mengambil cuti termasuk daku sendiri iaitu negeri Perak.


Maaf kalau aku lambat jejakbalas kerana semalam seharian aku sibuk. Aku tetap kunjungbalas okay.


Kepada 10 insan yang terpilih dalam GA Julai 2013 Nurul Yui, sebelum 12.00 tengahari ini sahaja detail yang harus aku terima, kalau tidak nama lain akan dipilih.


Buat masa ini hanya 5 orang yang berikan maklumat. Tak sudi ea yang lain nak kad raya? Takpe, aku bagi pada yang nak. Aku hanya layan pada mereka yang bagi emel ataupun boleh komen maklumat di entry berkenaan.


Sekian, harap maklum.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 25, 2013

ST 86# - Hari terakhir tempah mini popia ikan bilis

Hari ini merupakan hari akhir
untuk order mini popia ikan bilis


Sekian, harap maklum

Info harga : { sini }

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 24, 2013

WW 95 - Baju raya Lela & Shinchan





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

10 yang terpilih untuk GA Julai 2013 Nurul Yui - Kad Hari Raya 2013

Setelah senarai nama peserta dikeluarkan dengan rasa rendah diri daku maklumkan 10 insan terpilih untuk mendapat kad hari raya 2013 dari Nurul Yui ialah




30, 11, 5, 2, 19, 27, 8, 20, 14 & 7

Senarai peserta { sini }


Kepada 10 orang ini, sila beri maklumat anda seperti NAMA PENUH & ALAMAT LENGKAP serta NO PESERTA di emel fashanusha@gmail.com dengan tajuk GA Julai 2013 Nurul Yui sebelum 12.00 tengahari Jumaat untuk urusan pengeposan. If sempat boleh sampai sebelum raya, kalau tak lepas raya la naaa dapat tu. Minggu ini aku akan pos.


Terima kasih kepada mereka yang sudi sertai GA Julai 2013 Nurul Yui - Kad Hari Raya 2013. InsyaALLAH ada rezeki bulan depan pula GA lain bakal menyusul seperti yang dijanjikan awal tahun dahulu =)


* Selepas 12.00 tengahari Jumaat tiada emel dari yang terpilih, insan lain bakal dipilih


Update : Yang bertanda contoh   dah bagi detail




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Senarai peserta GA Julai 2013 Nurul Yui - Kad Hari Raya 2013 [ mohon semak ]

Sekarang aku keluarkan senarai penuh peserta yang sudi join GA Julai 2013 Nurul Yui - Kad Hari Raya 2013. Mohon masing-masing semak dan jika tiada nama or ada pembetulan, sila maklumkan secepat mungkin kerana selepas ini 10 yang terpilih akan diumumkan.


1) Shark


3) Eima 




7) Noorzie  ( tiada link )

8) Lieya  ( tiada link )

9) Eil ( tiada link )










19) Azizah



22) diana

Yang blog aku tak dapat tengok link, harap anda lebih allert. Macam kebetulan ketiga-tiga sama sahaja.


Jadi sila semak dan bagitahu secepat mungkin. Setelah list 10 orang yang terpilih dikeluarkan, sebarang penukaran TIDAK AKAN DILAYAN. Harap maklum.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 23, 2013

GA Julai 2013 Nurul Yui - Kad Hari Raya 2013

GA kali ini nak bagi kad raya sebagai kenangan dari owner blog. Bukan kad raya special ada muka aku tapi cukuplah korang dapat tandatangan special dari Nurul Yui. Wakakakaka!


 Macam mana nak dapatkan kad raya 2013 Nurul Yui?
Follow step berikut

1) Hanya perlu komen di entry ini
Saya nak kad hari raya 2013 dari Nurul Yui

2) 10 orang akan terpilih menggunakan khidmat random

3) Tamat jam 9.00 malam 23 Julai 2013


Mudahkan? Yang terpilih insyaALLAH akan diumumkan pada 24 Julai 2013. Jadi haruslah lebih peka ketika pengumuman dibuat sebab aku nak detail yang terpilih secepat mungkin supaya kad raya cepat sampai.


Selamat memberi komen di entry ini. 


Oh ya, kepada yang ada kirim kad raya pada aku, aku mohon kalian berikan detail kalian untuk daku balas sebagai tanda terima kasih =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Hasil minggu lepas untuk mini popia ikan bilis

Alhamdulillah orang kata kalau rezeki itu ada, tak kisah di mana dan bila masanya kan. InsyaALLAH tak kemana. Cuti hari minggu di bulan puasa, macam biasa siapkan tempahan yang ada.




Yang dalam bekas sebelah kiri 400 gram dan untuk dipos. Yang balang kanan setiap balang 500 gram hanya untuk order COD





Untuk info lanjut termasuk tarikh akhir tempahan dan pembayaran, boleh rujuk { entry }. Terima kasih banyak-banyak yang sudi membuat tempahan.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Vaksin Lela kali kedua

Semalam aku AL sebab nak bawa Lela pergi veterinar cucuk vaksin kali kedua. Maaf sebab tak blogwalking. Busy buat benda lain.




Bagus dak Lela ni sebab dia tak meronta bila dicucuk. Diam elok ja. Good girl! Tengoklah sampai terjelir lidah lepas kena cucuk bila dah sampai rumah. Hihi.


Bulan depan sekali lagi dan selepas itu setahun sekali pula cucuk. Setiap kali cucuk vaksin di veterinar kerajaan kosnya ialah RM 30.


* Malam ini pukul 9.00 malam tamat GA Julai 2013 Nurul Yui - Kad Hari Raya 2013




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 22, 2013

Tempahan Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui dibuka



Alhamdulillah sempena hari Jumaat yang mulia ini, aku buka kembali order untuk Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui. Sama macam tahun lepas { entry }. Oh ya, harga masih sama. Masih tiada perubahan. Jadi jangan risau ya.


1) Berapa harga mini popiah yang di jual?

Kalau diikutkan, harga bergantung kepada berat mini popiah okay. Berikut senarai harga dan berat yang ada.

a) 500 gram - RM 22.00 ( bekas plastik )
b) 200 gram - RM 9.00 ( bekas plastik )
c) 100 gram - RM 4.50 ( paket )


2) Bagaimana cara penghantaran?

Korang boleh datang ambil sendiri pada aku ( Sungai Siput / Station 18 Ipoh ) atau boleh bayar RM 9 ( semenanjung malaysia ) dan RM 13 ( sabah sarawak ) untuk kos pos laju bawah 500 gram. Hanya POS LAJU yang digunakan kerana itu lebih selamat okay. Daku tambah guna bubble wrap dalam & luar okay.



Baca : Kenapa harga poslaju Yui tetapkan sebegitu 
( entry }


3) Bagaimana cara nak tempah?

Kepada yang berminat, diGALAKKAN untuk telefon atau mesej nom hp aku, 019-2331810 untuk respon segera. Boleh juga email fashanusha@gmail.com tapi takut lambat balas la ya. 


4) Bagaimana cara bayaran?

Apabila korang dah setuju nak beli, dah pilih mana patut, akan aku bagi nom akaun CIMB/MBB untuk urusan pembayaran. 


6) Bilakah waktu penghantaran dilakukan?

InsyaALLAH setiap hari Sabtu kecuali minggu pertama akan aku pos. Kalau tidak pon hari Isnin. Mini popiah aku buat time aku balik ke SS okay. Jadi, order dan bayaran perlu dibuat sebelum petang Jumaat.


7) Siapa yang buat mini popiah?

Ini adalah hasil tangan dariku dan juga mak aku beserta bantuan adik-adik. Kami akan buat bersama. Kira lenguh bontot pon bersama lah. Hahaha!


Okay, itu aje kot maklumat yang perlu korang tahu. Ada apa-apa pertanyaan, mesej aje aku. Takpun tinggalkan pertanyaan korang di entry ini ya. TQ semua.



CONTOH : Order 19 Jun 2013 
Akan dipos minggu seterusnya Sabtu 29 Jun 2013
Order & bayaran seminggu awal dari tarikh dihantar


- ORDER SENTIASA DIBUKA HINGGA TARIKH TUTUP DIUMUMKAN -





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tempahan akhir untuk mini popia ikan bilis Nurul Yui 2013

Alhamdulillah tak lama lagi dah nak Syawal. Maka dengan itu order mini popia yang ada harus disiapkan dan segera diberi kepada yang menempah.


Dengan rasa rendah diri dan penuh kesyukuran daku ingin maklumkan bahawa tarikh akhir untuk membuat tempahan dan juga bayaran penuh adalah pada hari Khamis 25 Julai 2013 dan akan aku pos pada hari Sabtu 27 Julai 2013.


Untuk mereka yang ingin ambil BYHAND di rumah aku sendiri di Sg Siput, tarikh akhir order pada 1 Ogos 2013 dan boleh terus ambil dan terus bayar.


So, ada 2 cara disini. Maaf untuk pengeposan kena cepat aku buat sebab ada dengar khabar berita dimusim raya poslaju dah tak jadi poslaju. Jadi postpone gitu. Kih kih. Sebelum mini popia sampai selepas raya, lebih baik aku buat cepat untuk kebaikan.


Jika ada apa-apa pertanyaan boleh terus rujuk entry rasmi Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui. Boleh contact aku di situ.


Terima kasih kepada mereka yang banyak memberi sokongan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, July 21, 2013

Mood mencuba resepi baru belum ada

Tak pasti kenapa tapi yang penting mood itu ke laut
Mood oh mood!
Kemarilah kau segera
Jangan kau suka malaskan yui
Yang sedia ada pemalas orangnya!

=___=

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, July 20, 2013

Berkenan bentuk beg seperti ini



Aku tau jenis atas ini dah lali orang pakai tapi aku sendiri tak pasti kenapa aku sekarang minat bentuk beg seperti ini. Petak,kecil dan senang dipegang.


Entah dari hasutan mana aku dah rasa terkenan sangat ni. Alahai. Jangan mengada yui oiiiii! Banyak benda lain nak kena fikir ini selain dari nak menghabiskan duit. Hihihi.


Kalau dapat bonus raya, laju sahaja aku cari! Kui kui. Doakan tahun ini company aku bagi bonus raya lagi. Amiiiiin.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 19, 2013

Mesej berantai di facebook

Kalau anda kaki facebook pasti korang perasan mengenai post status yang kerap dibuat or dicopy paste semula. Eh, bukan pasal kes luahan hati Dayana itu ya. Yang itu pon bukan dari Dayana sendiri tapi dari orang lain.




Yang dalam gambar ini katanya suruh ikut. Tapi bila fikir balik bukankah kita dah buat pada setting asal kita? Erm tak surelah ini hanya "penipuan" or bagaimana.


Yang pasti aku pun post juga. Hahaha! Takpe, lama-lama tahu juga ia betul atau bohong semata-mata. 


* Makin banyak penipuan sekarang. Kalau follow semata-mata tanpa asal usul periksa, masalah juga.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Fenomena beg Furla yang warna-warni

Kalau yang jenis up to date or maybe sukakan barangan beg terutamanya pasti tahu beg jenis Furla. Aku tahu pun selepas member aku beli 2 beg Furla di Bandung bulan 4 yang lalu. Kalau tak mak jemah pun tak kenal!




Kalau tak salah aku harganya dalam RM 100+ untuk setiap satu. Sekarang tengok di FB ada macam-macam jenis Furla yang ada. Warna-warni, macam zebra pun ada juga. Menarik! Macam gula-gula.


Waktu tengok kat Bandung haritu tak terasa nak beli tapi tak tahu pasaipa sekarang baru rasa tergedik suka tengok beg macam ini. Alahai, tengok jela dulu. 


Jom cuci mata antara design Furla yang ada









Cantik tak? Lain orang lain citarasanya =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 18, 2013

Kedai DAISO di Ipoh Perak

Berdasarkan entry baju untuk meow semalam { entry }, ramai tanya di mana DAISO di Perak. DAISO ini adalah yang pertama di negeri Perak. 


DAISO adalah kedai barangan RM 5. Semua barangnya harga tetap RM 5. Tiada harga lain okay. Ala-ala kedai RM 2 tu. Kalau kau masuk, rabun okay! Macam-macam ada. Dari makeup, barang dapur, barang pet, barang craft, semuanya ada.




Boleh google image dan taip DAISO untuk tengok barangan yang ada


Eh lupa plak nak bagitahu kat mana DAISO di Ipoh ini. Korang yang berdekatan, boleh terjah AEON Station 18 Ipoh. Dalam itu ada kedai DAISO ini. Tingkat 1 ya. 


Nak terjah laman web rasmi DAISO? Okay ----> sini. AEON ini dekat sahaja dengan tempat kerja aku. Oh ya, kalau nak cari baju meow kena cepat-cepat rembat sebab stok cepat habis. Ada yang kata petshop borong pastu jual dengan harga berganda!


Cepat-cepat datang untuk terjah ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 85 # - Jaga jaga ada yang memerhati!

Pelik bila si dia bagitahu
tahun ini nak beli jubah
sebab aku nak pakai untuk raya
Macam mana dia tahu?
Dia baca blog aku?


Aiyoyoyoyooooo
Ada yang memerhati rupanya
=____+




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 17, 2013

Baju comel untuk si bulus kucing

Semalam aku tunjuk gambar Lela bersama baju rayanya serba pink. Sekarang saja nak tunjuk 2 helai dress yang sempat aku rembat haritu.




Sehelai hanya RM 5!!


Yang merah saiz M dan yang pink saiz S. Memandangkan Lela baru 4 bulan maka saiz yang sesuai adalah S. Uissshh! Macam baby kecil juga.


Ada yang kata aku bela kucing macam aku bela anak sendiri. Inilah namanya persediaan. Eh! Hahaha. Sesungguhnya aku pencinta kucing. 


Update : Beli di DAISO. 
Kedai semua barang hanya RM 5.
Dari Jepun.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 94 - Hadiah bantal craft untuk pemenang GA Jun 2013 Nurul Yui







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 16, 2013

Kata kunci hangat : RESEPI

Lama dah aku perhatikan tapi semenjak puasa semakin menjadi pula. Eceh! Macamlah banyak sangat. Iya iya aje ko yui oi.




Korang suka ea mencari resepi mudah? Samalah kita. Meh tangan nak tepuk-tepuk. Sebab itu aku suka google resepi mudah. Dah cuba barulah kongsikan dalam blog. Mana tahu ada yang rajin nak try juga.


Jom aku kongsikan antara resepi yang "mereka" tercari-cari berdasarkan gambar di atas.





4) Harga popia simpul { harap maaf aku jual mini popia biasa bukan simpul }


Kalau rajin nak try boleh terus klik sebab aku dah siap linkkan. So tak perlu tercari-cari lagi.


Oh ya, terima kasih blogger Ayut sebab sudi cuba resepi mudah biskut cream cheese berlapis. Cantik hasilnya!


* Duk fikir nak pergi bazar beli apa nanti. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Baju raya Lela serba pink

Jalan-jalan terjumpa baju meow yang sangatlah comel. Apa lagi terus rembat sebab teringat Lela di rumah. Beli 2 helai. Tapi dapat pakai satu sahaja sebab Lela masih lagi pakai saiz S.




Hello! Saya Lela yang serba pink sebab tuan saya suka pink. Redha sahaja pakai. Hihihi. Sehelai lagi saiz M dan berwarna merah.


Aku terlewat tarikh nak cucuk vaksin Lela. InsyaALLAH 22/7/2013 aku akan ambil cuti nak bawa Lela pergi veterinar.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 15, 2013

Cara bersahur ketika berpuasa

Memandangkan sekarang mood berpuasa, maka haruslah banyak entry berkenaan puasa. Korang tak kisahkan? 


Macam mana cara korang bersahur? Takpe aku bagitahu cara aku dulu ya. Tapi sila jangan gelak bila dapat tahu cara aku dan kenapa aku bersahur macam itu.


1) Makan apa sahaja kecuali nasi dan pelbagai jenis mee
Kenapa aku tak boleh bersahur dengan nasi? Sebab nanti perut aku cepat berkeroncong. Aku pun tak tahu kenapa tapi itulah hakikatnya.


2) Minum dengan kuantiti yang sedikit
Ala kadar macam sekotak air pun sudah memadai. Kalau lebih nanti kerap pula pergi toilet. 


Jadi, sahur aku cara mudah. Paling ringkas makan kurma. Paling berat makan kentang goreng tak pun seketul kuih. Cukup sehingga berbuka.


Korang pula bersahur macam mana? Mak aku WAJIB ada nasi. Katanya takde nasi nanti dia tak boleh buat kerja. Hihi.


* Time bersahur sikit tapi time berbuka nauzubillah =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

1.2kg mini popia ikan bilis siap!

Kerja semalam sebelum berjalan-jalan beli kain pasang baju raya mak di Nagoya Ipoh. Sambil mata tengok jalan-jalan cari makan diikuti melodi, tangan ligat melipat mini popia ikan bilis.




Buat 3 paket saja dulu. Dalam masa 3 jam! Baru dapat 1.2kg. Siapkan dulu order rakan abah. Yang lain menyusul minggu ini pula.


* Otw terjah teratak kalian. Sabar menanti ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, July 14, 2013

Hari minggu hari untuk mini popia ikan bilis

Hari Sabtu hari untuk bisnes craft. Pos barang-barang pelanggan. Siapkan order craft yang ada. Tengok stok barang yang ada.


Hari Ahad pula masanya untuk siapkan tempahan mini popia ikan bilis. Alhamdulillah. Rezeki untuk mak. Tambah duit poketnya sebagai seorang suri rumah. Rezeki ramadhan.


Korang pula busy apa? Busy fikir nak makan apa berbuka nanti ya? Hihi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, July 13, 2013

Bazar ramadhan yang best area Ipoh

Memandangkan aku bermastautin di Ipoh hari biasa jadi nak kongsi antara bazar ramadhan yang best di Ipoh, Perak. Bagi aku best tapi tak tahulah bagi orang lain =)


1) Stadium Ipoh Perak

2) Medan Gopeng Ipoh

3) Greentownmall Ipoh

4) Taman Desa Aman, Pengkalan


Untuk mendapatkan nasi kerabu terbaik dari kelantan { entry dan gambar }, korang boleh pergi di bazar Taman Desa Aman. Harga memang terbaik!


Untuk dapatkan pelbagai kerabu piurrrr dari Thailand, korang boleh pergi ke Greentownmall. Ada pasangan suami isteri berniaga di situ.


Ayam percik, ikan bakar dan lain-lain boleh survey di mana-mana bazar. Memang ramai berniaga.


Oh ya, ingat! Jangan sampai membazir beli macam-macam padahal tak habis makan. Kawal nafsu, kawal duit anda. Ingatan untuk diri sendiri juga.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 12, 2013

CPUV 2013 [11&12] - Mitsubishi Mirage (June) & Sunsilk CnF

Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan. Tengok dah ada. Syukur. Ramai blogger yang dapatkan? Tahniah semua.



Jenama popular dengan rekaan yang moden. Kalau dapat sebiji kereta Misubushi free, den laju pergi ambil.Kih kih. 


Oh yeaaay! Daku pengguna sunsilk botol hijau. Ala yang Heliza Helmi jadi duta tu. Korang nak tengok antara style hijab yang ada, boleh like { sini }. 


Alhamdulillah setakat ini ada 5 CPUV yang tengah running. Kalau sudi menderma, bolehlah jentik. Tolong menolong gitu.


Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Simpanan untuk diguna selepas raya. Maklum sahaja, banyak duit yang perlu "dilaburkan" semasa puasan dan raya. Hihi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bolehkah entry makan minum semasa berpuasa?

Entry ini aku saja up memandangkan sebelum ini kebanyakan entry aku mengenai makan minum. Tak kisahlah singgah makan, saja membeli, saja mencuba. 


Maka......


Oleh kerana sekarang bulan Ramadhan, bulan berpuasa, agaknya takpe tak up entry tunjuk makan minum semasa masih waktu berpuasa? 


Bukan apa. Kot-kotlah ada yang nasihat janganke, tak elokke, tak sesuaike. 


Jadi taknak buat orang terliur plak. Tapi kalau iman kuat, hati kental insyaALLAH takde apa-apakan? Hihi.


Bukan apa, aku macam gian nak kongsi resepi mudah yang dok ada ni. Haha!


Boleh ke tak boleh kawan-kawan?





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 11, 2013

Jubah atau peplum untuk raya 2013?

Kalau masih ingat sebelum ini aku ada update nak buat peplum untuk hari raya { entry }. Masalahnya sampai sekarang aku tak beli kain untuk tempah. Tukang jahit pun aku tak bagitahu lagi. Adakah masih menerima tempahan?


Sebenarnya aku berbelah bahagi. Sebab aku dah lama teringin nak pakai jubah. Last aku pakai jubah time kenduri tahun lepas. Itupun pakai pergi kenduri kahwin. Lepas itu nan hado.


Aku teringin nak buat jubah simple macam ini.





Kalau boleh tangan yang ada butang. Memang nak warna ala-ala macam ini sebab tema tahun ini warna lebih kurang macam ini. Abah dan adik-adik lelaki dah tempah baju melayu.




Lepas itu nak pakai tudung warna shock pink. Macam gambar pasangan pengantin ini. Nampak berseri je tengok mereka.


Agaknya macam mana? Nak tempah atau beli siap? Aku macam takde mood nak mencari baju raya. Tak tahulah kenapa.


Agaknya tahun ke 5 ini Shafiq nak belikan lagi baju raya tak macam sebelum ini? Okay berangan lagi. Kalau dapat, rezeki itu. Hihi. Boleh minta jubah hitam.


* Gambar dari google image ya





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 84# - Berjaga-jaga ketika puasa

Jaga akal
Jaga lidah
Jaga hati
Jaga tingkahlaku
Jaga adab


Berjaga-jagalah kita
terutama di bulan Ramadhan
yang penuh rahmat


Moga berjaga-jaga kita
akan kekal
InsyaALLAH




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 10, 2013

WW 93 - Perkara yang membatalkan puasa



sumber : Google Image




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Jadual bekerja sepanjang bulan Ramadhan

Isnin - Khamis
Masuk : 8.00 pagi
Balik : 4.30 petang


Jumaat
Masuk : 8.00 pagi
Rehat : 12.45 - 2.15 petang
Balik : 5.00 petang


Alhamdulillah balik awal tapi masuk kerja pun awal 30 minit. Takde masalah! Ai like. Bulan Ramadhan kadang-kadang ramai juga pelanggan terutama bila esok nak raya hari ini baru pulun nak bergadai, bertebus barang kemasnya.


Entry untuk tatapan diri sendiri.


Selamat berpuasa bagi yang boleh berpuasa hari ini =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 09, 2013

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa dari Nurul Yui

Alhamdulillah semalam dengar penyimpan mohor besar dah umumkan tarikh berpuasa pada hari Rabu 10/07/2013 iaitu esok.


Dengan rasa rendah diri daku mohon kemaafan andai terdapat salah silap samada secara langsung atau tidak. Mohon seribu kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki.


Buat umat Islam khasnya pembaca blog dan amnya seluruh dunia, daku ucapkan Selamat Berpuasa dan menunaikan ibadah dengan sebaiknya.


* Jangan ponteng puasa tanpa sebab munasabah ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

JJCM versi Yui : Restoran Bro's Corner Station 18, Ipoh

Malam 2/7/2013 aku, adik aku dan seorang rakan rumah pertama kali mencuba makan dan minum di restoran ini. Bukan apa, sebab yang dah pergi, sangat mencadangkan agar cuba rasa di restoran bro's corner.


Yang pakat nak cari chicken chop, grill chicken chop, lamb chop, beef dan sewaktu dengannya dengan harga yang sangat berpatutan, aku cadangkan sendiri datang! Serious, rasa best! Kuah pekat. Harga berpatutan.


- set grill chicken chop -


Set grill untuk aku. Sebenarnya ada sayur tapi tak nampak sebab terlindung mangkuk sos. Hihi. Yang adik aku cuba nasi chicken chop dan kawan serumah cuba set beef. Ayam memang lembut. Daging agak liat sikit tapi masih boleh diterima.


- cheezy wedges RM 4 -


Jom aku senaraikan apa yang kami makan berserta jumlah harga yang dibayar.

1) Set nasi chicken chop : RM 10
2) Set grill chicken chop : RM10
3) Set beef : RM10
4) Cheezy Wedges : RM 4
5) 3 ais lemon tea : RM 3.40
6) 1 air tin mangga : RM 1.80

Jumlah harga : RM 39.20


Aku tak pasti air itu sekali set or apa sebab tak tanya. Tapi harga memang macam itulah.




Restoran Bro's Corner
7 Medan Stesen 19/6 
Station 18
31650 Ipoh, Perak
Mohd Azri : 017-5510952


Restoran ini berdekatan dengan Kamdar. Kamdar sebelah kanan, dia sebelah kiri. Kira kanan kedai masih kosong. Satu-satunya kedai makan yang ada sederet itu buat masa ini.


Maaf ya sebab tak dapat ambil semua gambar. Pakat lapar terus ngap. Kih kih.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Menyiapkan mini popia ikan bilis

Kerja hari minggu bersama mak tersayang. 1 paket nak perabis boleh tahan lenguh bontot. Hahaha. Takpe, cari rezeki.




Pulun malam baru buat mini popia ikan bilis. Siang dok pergi makan kenduri kahwin. Maklum sahaja minggu terakhir sebelum nak puasa.


Kepada yang nak order, boleh baca entry yang telah dilekatkan ya. Terima kasih.


* Kalau dah rasa sedap bagitahu, tak sedap pun harus bagitahu sebab lain orang lain tekaknya =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 08, 2013

Makan laksa dengan kicap atau sos cili

Tengok entry Kak Atie pasal laksa pedas terus buat aku terliur. Lama pula rasanya tak makan laksa. Terasa nikmat hirup kuah yang pekat. Mableeesss!


Cara aku makan laksa.


Laksa - kuah tak banyak - kicap/sos cili


Letak sos cili aku bermula dari tengok pakcik aku makan. Nampak sedap. Lalu aku terus cuba dan terus terpikat. Bertambah pekat kuah laksa. Uihhhh nikmat.


Pelik? Ala makanan jugakan. Ikut tekak masing-masing. Selalu letak kicap apa kata nanti try letak sos cili. Suka suka suka.


* Taknak letak gambar nanti bertambah terliur aku. Rindu nak makan laksa mak buat.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Ragam pelanggan dan layanan kita

Aku tak pasti nak kategorikan aku harus angin atau buat rileks. Serious selama ini aku cukup berlembut dengan mana-mana pelanggan kerana bagi aku pelanggan harus dilayan sebaiknya. 


Sebagai contoh aku dah tetapkan waktu pembayaran harus sebelum petang Jumaat, jadi haruslah pelanggan ikut waktu ditetapkan. Walau barang yang nak dipos hari Isnin. Bagi mereka Sabtu Ahad boleh lagi nak pergi bankin tapi bagi aku?


Time itulah aku nak packing, time itulah aku nak siapkan order, time itulah aku nak pergi kenduri, nak balik kg. Bukan semata-mata hari minggu nak ngadap packing semata. Belum masuk lagi peel pelanggan yang duk juga bayar Sabtu Ahad.


Padahal dah bagitahu if payment selepas Jumaat, aku pos hari Sabtu. Ada juga pelanggan bayar dan aku tetap packing. Berlembut punya pasal. Tapi hari ini, pagi-pagi pelanggan bayar. Mesej aku. Aku cakap pos Sabtu terus dia mesej seperti mengeluh katanya lambat.


Jawapan aku? Aku dah tetapkan waktu, dah siap mesej ingatkan semalam. Kenapa pagi ini baru buat. Barang yang nak dipos bukan aku yang lakukan tapi abah aku. Bersyukur abah aku nak tolong. Mesej aku masih bernada lembut.


Sekarang pelanggan itu diam. Pandai-pandaila. Aku boleh return balik duit kalau tak sanggup tunggu sebab aku tahu rezeki ada di mana-mana.


Kadang-kadang perkataan customer always right dah tak relevan lagi


* Maaflah bebel panjang di pagi Isnin =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, July 07, 2013

Kadar poslaju Malaysia yang palsu

Benda ini aku nampak dari minggu lepas. Pakat dok share kat FB. Pelik juga sebab aku buat poslaju masih pada kadar yang sama. Tidak seperti yang digembar gemburkan naik harga.




Ikutkan gambar naik harga RM 1 dari biasa. Padahal harga untuk bawah 500 gram masih RM 6 & RM 9/RM10. 


Dan ada yang bertanya terus pada Poslaju dan jawapan mereka adalah " ITU PALSU KERANA TIADA PENUKARAN KADAR HARGA".


Berhenti share benda tak betul. Membimbangkan peniaga dan pelanggan sahaja.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, July 06, 2013

Shinchan nak kena packing

Adik aku kemas barang-barangnya nak pindah sementara ke rumah sewa aku. Cuti 2 bulan, maka nak tambah duit poket, cari kerja di AEON.




Orang duk sibuk buka bagasi, time itu juga Shinchan duk sibuk nak duduk situ. Selagi tak alihkan dia, selagi itu di situ sahaja. Nampak benar pemalas!


Shinchan sekarang makin nakal. Patutlah cartoon shinchan nakal, sepadan dengan namanya. Mak siap kata, " hang salah bubuh nama, itu pasal dia nakal".


Ok fine. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^