tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, January 31, 2012

Bertindik hidung boleh bagi yang bertudung TAPI

Petang semalam, dok kelebek la blog kesayangan ni.. Tengok kot-kot ada komen len.. Jadi,terselit 2 komen dari Puan Anon dia gtau dia dah kahwen  Untuk entry yang ak rasakan sudah lama tu..Pakai tudung hidung bertindik .


Juga dalam entry lama itu ada ak selitkan soal jawab mengenai isu ini.. Sila tengok entry ini untuk ketahui soalannya.. Puan Anon ni ada komen pada entry ak tu.. Mai tengok naa...




Ak gak merasakan Puan Anon ada juga komen bagitahu tentang hukum bertindik.. Hihi..terima kasih Puan Anon.. Walau camne pon, memang hukumya HARUS kalau isteri nak bertindik untuk tatapan suaminya.. Tapi setahu ak tidak untuk tatapan UMUM.. Tak elok.. Bak kata ustaz/ustazah, takpe selagi tak bawa fitnah..


Kesimpulan ak sekarang, terpulang pada kome nak bertindik idungke, mulutke  apa.. Masing-masing leh pikir..Ini bukan lepas geram tau tapi untuk perkongsian bersama.. Yang mana leh ditegur, kt tegur.. So, terima atau tak aje kan..  jangan dok fikir kot len udah ea Yang mana elok, kita ikut.. Yang mana idak, tinggalkan.. InsyaALLAH .. Sekian terima kasih ^__^




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Perjumpaan pertama di tahun 2012

Sebelum itu, nak minta maaf kerana ini entry tertunggak seperti termaktub di entry ini orait.. Walau agak lapuk, tapi ak still nak gak wat entrynya.. kenangan daku Biarlah kan?? Ahakz!!! Ini adalah kisah KAMI di mana KAMI tetap jadi KAMI.. erk..pe ak ngarut.. Layankan jelah sengal yui ni jap yer..


LOKASI : Jaya Jusco, Ipoh
TARIKH : Ahad, 22/01/2012


Ini adalah perjumpaan pertama di tahun 2012 <-- kejap masa berlalu.. Kira hampir 2 bulan tak ketemu.. eceh.. macam laki ak lak kan.. Apakah aktiviti kami?? Layankan...


1) Menonton wayang cerita The Viral Factor



Secara kesimpulan ak suka citer ni.. Rasanya 90% pengambaran di Malaysia.. Siyes.. time pilih nak booking citer ni, ak budget luar negara.. Pelakon luar negara kot..  sorry tak kenal Tapi buat kat sini.. Agak besh.. Tak rugi kome tengok okies..


2) Perkara WAJIB adalah makan



- kali ni ak lak kena melayan dia! kopek udang, kopek kulit telur!! -

- jemput makan yer ^__^ -





- Choc utk dia & cheese utk ak -








3) Berjalan-jalan dalam JJ 

Proses membeli belah bermula!! Yeehaa.. tapi apa yang selalu ak beli, tak beli lah plak.. so, t kena cover beli!! 2x ganda..muahaha.. ngarut dah budak ni!!  Tengok gambar juga ea.. Kali ni Pak Pit gelaran untuk anak saudaranya punya pic ea.. walau sikit!!!




Hihi.. So, itu sajalah pic dan ceritanya ea.. Citer biasa tapi ak suka!! Kenangan ni.. Agak-agak rindu,leh baca.. ecehh..agak poyo disini!! Lalala.. Sebagai pengakhir entry, ak kasi tunjuk muka comel ak ni ea.. Jangan jelez.... hahaha...


- comel ka gila?? hahaha -



n/y : InsyaALLAH pasni jumpa lagi..
amiiinnnn...




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 30, 2012

Snickers mengenyangkan??

Iye ke snickers mengenyangkan?? Pesal ak cam rasa idak.. Ak pernah try makan snickers di mana sebelum itu tanpa makan apa-apa.. Bertambah dahaga ada la..huhuhu.. Lain tekak lain rasanya kot kan... sedapkan hati sendiri!




Jarang ak nak beli.. Melainkan ada yang sudi belanja, ai rembat aje.. muahaha.. Entah sapa nak belanja dia ntah ^__^  Meh la belajar wat pizza versi ak kat sini yer.. TQ..
n/y : Berusaha dengan penuh tabah
menyiapkan apa yang patut..



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

RESEPI : Pizza buatan tangan sendiri

Ikut suka ak je kan nama tu.. argh!! xkisahla.. Nampaknya cam ramai ternanti-nanti resepi ni kan..Haa. seperti yang telah dijanjikan dalam entry ini setelah ada yang mungkin terliur tengok pizza tu, jari meronta-ronta menaip " nak resepi yui " .. Ngeh3.. gurau aje wei.. ok, skang ak nak tunaikan janji ak yer.. 


Bahan - bahan ( Doh )

1) 250 gm tepung gandum
2) 1 sudu gula
3) 1 sudu yis kecil (serbuk )
4) 125ml air suam
5) 1 sudu marjerin
6) Sedikit garam


Cara-caranya

Masukkan kesemua bahan diatas dalam mangkuk, kemudian gaulkan sampai tak melekit kat tangan.. Uli tu biar lama sikit, sampai rasa lembut.. Kemudian leperkan dalam dulang pembakar, rehatkan doh itu dalam 40 minit lagi lama lagi bagus  .. bila nampak naik, amik garfu dan cucuk cucukkan doh itu.. Ini untuk elak udara terperangkap dalam doh. Lepas tu, bakar dengan suhu 150c selama lebih kurang 5 minit. Ketepikan ok..


Tip :
Sebelum gaul, sapukan sedikit minyak pada tangan okies.. elak lebih banyak melekat..


Bahan - bahan ( Sos )

1) 1 biji bawang besar
2) 5 ulas bawang putih
3) 2 sudu minyak masak
4) 2 biji tomato dicincang
5) 3 sudu besar tomato puree
6) Sedikit garam



Cara - caranya

Panaskan minyak.. Tumis bawang besar dan putih.. Bila sudah garing, masukkan tomato dan tomato puree serta garam.. 


Bahan - bahan ( Topping )

1) Daging burger/daging kisar ( ikut suka banyak mana )
2) 3 ulas bawang putih
3) 3 batang sosej
4) 1 tin cendawan
5) Keju mozarella
6) Sedikit mayonis
7) Sayur campur ( yang dah dipotonh tu )


* boleh gak kalau nak tambah nenas, capsicum merah, hijau dan kuning.. Ikut selera komela.. Yang ak kasi ni pon dah penuh bahannya


Cara caranya

Daging tu ditumis bersama bawang putih..  Doh yang separuh masak tadi, kome sapukan mayonis. Kemudian sapukan sos yang dah dimasak tadi.. Sosej tu dihiris nipis.. Susun elok.. Letak la cendawan, sayur campur.. Last sekali tabur keju mozarella.. Kemudian bakar pada suhu 150c selama 10 minit sampai keju cair yer..




Itu sahaja.. siap dimakan!! Resepi ini telah diolah sikit oleh ak.. jadi,kome pon leh olah sendiri lau nak yer.. Mungkin lebih menarik!! Selamat mencuba ya!!!


Rujukan : Ira





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, January 29, 2012

Entry terbantut tapi cuba gagahkan!!

Secara jujur, minggu lepas adalah minggu yang ak rasakan bz walau hakikatnya biasa saja Tapi otak ni dah SET bz!! Jadi hati pon ikut kata otak.. opss!! mula merepek.. Hmmm.. sebenarnya macam-macam ak nak buat entry.. Ak tak tau la ada yang pasan atau tak, dah berapa hari hanya SATU ENTRY SEHARI.. Kalau idak, paling koman, 2-3 okies..mesti ada yang nyampah tengok kan?


Macam-macam nak cite.. Tapi disebabkan tugas dan kesihatan yang tidak mengizinkan, begitula jadinya.. Jadi, untuk entry harini, ak nak senaraikan apa yang ada dalam pale hotak berserta aktiviti yang telah terjadi juga apa yang telah berlaku terhadap diri ini!! awwww!! semacam aje rasa!! hahaha..




Mungkin bila ada masa nanti, ak buat entry.. Kira entry lapuk yer.. Sudi-sudikan diri membaca oraittt.... So, jom baca apa senarainya...



1) BE ak yang start  1/12/2011 telah tamat secara rasmi 20/1/2012.. lama gak bertenggek.. oh!! sedih kehilangan mu..waaaa...


2) Ahad, 22/01/2012, pertemuan pertama kami di tahun 2012 <-- ini sure ada entry!! ahakz!!


3) 24/01/2012 menerjah ke JJ sekali lagi.. kali ni bersama adik.. dan berjaya memperoleh novel secara FREE melalui baucer nya.. hahaha.. gtula adik yang baik hati pada kakaknya kan...


5) Alhamdulillah mendapat 30 tempahan keychain dari Yuni.. Berusaha menyiapkan secepat mungkin..


6) 28/1/12, menyibukkan diri ke majlis perkahwinan kawan Poli daku..


7) Berjaya untuk kali pertama buat pizza!! yahoo.. bakal update resepinya nanti.. PROMISE!!



So,itula serba sedikit dalam pale otak ak ni.. Hope bakal ada entry yang patut ni.. ehem..kesiankan.. macam-macam hal jadi.. ALLAH tengah uji hambanya.. Ak menerima seadanya.. So,kome nantikan la ea even ak tau takde yang ternanti... Hahahaha gelak jahat!!


n/y : Ini gak autopublish..
Jadi, jangan marah ea..
sok ak balas jejak ^__^




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, January 28, 2012

Kenduri kahwen <-- sekelas,sepoli & serumah



Hari Sabtu, 28/01/2012 adalah kenduri kawen kawan ak..
Jadi, haruslah ak sebagai rakan senegeri menjenguknya..
hikhik,agak poyo ayat itu!


Rindu kot kat dia..
last jumpa time konvo 2010 lau tak silap..
Gambar??
akan diupload itupun lau ada ea.. 
hikhik..


" SELAMAT PENGANTIN BARU BEB "


T lau kenduri ak, jangan lupa mai naaa..
owh!! angan-angan tak sudah ak ni..


n/y : Ini entry auto okies..
akan balas jejak setelah 0n9..
TQ..




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 27, 2012

1 Group 10 Suara



Assalamualaikum dan salam persahabatan ..
 Entry ini adalah berkaitan dengan aktiviti 9 geng fiQ'Ra..
Jadi, ak sebagai insan yang tidak bertauliah telah dilantik
untuk menjadi ketua group cheese cake mungkin kerana ku gilakan cheese!


 Jadi, entry kali ni berkaitan
untuk memperkenalkan group cheese cake
juga ahli-ahlinya yang comel..hihi..


Molek kiranya entry ini dimulakan dengan pantun pembukaan..
Penyeri entry bukan??
Sila hayati sewajarnya ea.. hihih..


Kasih geng fiQ'Ra terikat erat,
Semesra cheese cake menggambit rindu,
Cinta disatu ukhuwah terpahat,
Sayang terpatri mencubit kalbu.



TAGLINE CHEESE CAKE


1 cheese Cake 1 cinta
"CC"



Idea : Eza





LOGO & BANNER CHEESE CAKE














Idea : Eza


Penerangan

One love group CC..
Itu bermaksud kami bersatu hati
untuk group cheese cake..
Juga bersatu hati untuk melaksanakan tanggungjawab..


MATLAMAT CHEESE CAKE

" Ukhuwah terjalin meskipun jauh dari mata
namun hati tetap bersatu demi
cheesecake dan GF tercinta "


Penerangan

Kami merupakan di kalangan insan yang jauh..
Biarpun tidak pernah bertemu, namun ukhuwah masih
tetap terjalin..
Dan yang paling penting, kerjasama kami
membuatkan kami semakin rapat..
Bukan saja di kalangan group cheese cake itu sahaja
malah dengan geng GF yang lain ^__^
Itulah matlamat kami..


Idea : Nurul Yui


LAGU CHEESE CAKE

Obsesiku versi Cheesecake lagu asal Aqasha untuk Gemersik Kalbu




Lirik

Bayangmu….
Warnamu….
Hiasanmu dan juga bau mu,
Membuat aku… lebur,
Hanyut di dalam ghairah,
Kernamu….

Tubuhmu, harummu…
rasamu oh semua aku mahu

*(chorus)
Inginku gigit gigit cubit merasa dirimu,
luahkan perasaanku,
dan mengatakan aku suka kamu

Hadiahkan pujian di setiap pagi harimu,
dengan harapan..
agar kau tahu...
Semoga kau tahu,
Ku gilakan mu

Auramu….pujuk rayu hatiku,
sering bergoncang… jiwa ini,
siang malamku..gundah,
tiada melihat bayangmu

ku rindu...tubuhmu...harummu,
rasamu oh semua aku mahu,
ulang chorus

ku gilakanmu...kau obsesiku
(love cheesecake!!)

Idea : Farzana


Sila menyanyi dengan riang ria okies..
Sambil tangan petik gitar..
muahaha!!


AHLI CHEESE CAKE




2)  Eza - Blog FB
3)  Nur Amalina - Blog & FB
4)  Ninie - Blog & FB
5) Farzana - Blog & Fb
8)  Ili Aisyah - Blog & Fb
9) Fieha - Blog & Fb


Video hasil kreatif : Fieha

Idea : Bersama

Secara keseluruhannya, semua konsep adalah
hasil dari perbincangan bersama..
Ulang sekali lagi, BERSAMA yer..

setelah semuanya setuju, ini yang dapat dihasilkan..


Terima kasih untuk kerjasama kalian..
Terima kasih untuk idea kalian..
Terima kasih untuk segalanya..


So,mailah kenal-kenal dengan kami
yang ramah tamah ini ea..
hikhik.. <-- memang kenyataan!!


Bila pembukaan dengan pantun
harus juga penutup dengan pantunnya kan..
jom tengok hasil kekreatifan eza mencipta pantun..


Satu cheese cake satu cinta,
Kisah adik akak mencuit hati,
Aktiviti 9 kasih tercipta,
Geng fiQ'Ra di hati, ITU PASTI.


Sekian, terima kasih daun keladi
lain kali singgah lagi ^__^


n/y : Yui minta maaf kepada semua yang terlibat
kerana xmampu bagi komitmen 100% 
apabila bercuti..
TQ kepada eza coz banyak membantu
juga rakan-rakan group yang lain ea..
sayang korang!! mmmuaaahhh!!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 26, 2012

Pizza pertama buatan Yui, yahoooo!!!

Ini kes jadi 24/01/2012 erk,kes ke tu lau memasak?? Percubaan pertama daku wat pizza buatan air tangan sendiri.. muahahaha!! agak suka kerana berjaya!! yabedabeduu..  excited coz ak xpandai masak!  Bila menjadi, suka bebenorla gamaknya.. Dah, tengok pic la ea...


- sebelum dibakar -



- inilah hasilnya -



Rupanya tak susah mana.. cuma harga bahan agak gak la.. tapi leh wat 2 talam cam atas tau.. aritu wat satu aje.. so,balance hujung minggu leh wat lagi.. haaa.. sape nak resepi?? angkat keyboard masing-masing.. hikhik... bertambah suka kerana tak sampai 15 minit pizza ni habis.. ai suka youuuu!!! terus syapit cakap t leh kasi dia.. wek!! Bonus raya cina!! mai mai..


UPDATE : Resepi akan diberi setelah pulang bercuti yer


n/y : Oh ya, sok ak cuti ea..
TQ....





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 25, 2012

Kurang sihat <--- dak Yui la!

Datang je keje ni dalam keadaan kurang sempurna..
apa yang kurang??
kesihatan ak sendiri..
sekarang ak alami selsema belum lagi teruk
satu family okies!!




Kes berjangkitla namanya ni..
bangun ja pagi tadi,pale pening..
aduhh!!
doakan ak cepat sembuh ea..


Macam-macam benda ak nak kena wat
 dan settlekan...
kepada yang bekerja, selamat bertugas..
yang bercuti,syiokla kome ea!!!
jeles jeles ni, muahaha!!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 24, 2012

Emas putih atau emas kuning? Suka yang mana??



Kome suka yang mana??
emas putih atau emas kuning?? standard orang pakai 916 tu




Lau ak, ak suka emas kuning..
beli mahal, pastu leh gadai..
lau emas putih, beli mahal tapi xleh nak gadai bagai..
huahua.. otak fikir ke arah itu lak!!
maklumlah, ak keje bahagian camni


So, kome camne??
suka pakai mana satu ea??
atau beli aje tapi xsuka nak pakai..
ada gak gtu kan..





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 23, 2012

Selamat Tahun Baru Cina ----> cuti sakan nooo!!

Sebenarnya ramai dah start cuti kan dari Sabtu lepas.. Ntah-ntah lagi awal dari itu yang pasti bukan ak  So, dikesempatan ini, ak nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya.. Yang pasti,kesesakan bakal terjadi.. So, berhati-hati yer..




Sapa nak limau mandarin, mailah umah.. ada 5 kotak.. eh!! dah tinggal 2.. hikhik.. Makan banyak-banyak pastu masuk toilet.. lalalala.. elok untuk orang yang sukar buang air besar ak lah itu,hahaha!   Wei ah choo,lu kena kasi wa angpow maaa.. wa amoii lagi.. ^__^



n/y : Esok ada entry..
Tapi auto juga la ea..
Hikhik..





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, January 22, 2012

Baby baru Yui

Jangan ingat yang kahwen aje boleh dapat baby ea..
yang bujang trang tang tang cam ak pon boleh baahhh..
hikhik..




Nampak tu??
ha..dialah baby baru ak..
letak kat beg..




Ini bukan ANJING okies..
ak sekeh sekeh t sapa cakap camtu!!
pandai-pandailah teka binatang apa ni..



Kalau Nad dengan babynya ini..
ak yang ini pon jadilah kan..
dok melekat aje kat beg ak..
muahahaha!!



n/y : Japg entah jadi ke x..
dah 2bulan ni ^__^
autopublish~



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, January 21, 2012

TUTOR : Cara letak iklan churp churp di blog

Untuk makluman kome yang nak tahu * xde sapa nak tau la weii!!  Ak baru saja menyibukkan diri untuk join churp churp [ 16 Jan 2012].. Itupon setelah seronok melihat entry Nad.. Bikin hati meronta untuk turut sertai!! Okies.. itu tipu!!


So, bila dah godek and tanya pada sifu, terhasillah apa yang dah ada dalam blog ak.. Kalau tak salah ak, Sis Rara ada minta ak share cara nak pasang iklan ini kan.. okies2,jom kita sama-sama belajar ea kak..




Cara letak link dalam blog

Dashboard > Design > Add a gadget > HTML/Javascript

Copy kod di bawah ini dan pastekan dalam HTML/Javascript tadi

<center>
<a href="LINK CHURP 1" target="_blank"><img src="URL GAMBAR CHURP-CHURP 1" width="90" height="90" /></a>


<a href="LINK CHURP 2" target="_blank"><img src="URL GAMBAR CHURP-CHURP 2" width="90" height="90" /></a>


<a href="LINK CHURP 3" target="_blank"><img src="URL GAMBAR CHURP-CHURP 3" width="90" height="90" /></a>


<a href="LINK CHURP 4" target="_blank"><img src="URL GAMBAR CHURP-CHURP 4" width="90" height="90" /></a>
</center>


Cara nak masukkan link dan url gambar

Kome leh rujuk entry ini atau ini... <---- tandanya daku malas!!  Rujuk aje..senang.. kome pon mudah faham okies... Owh ya, width dan height tu kome leh adjust okay.. Lau rasa banyak iklan, copy aje link tu lagi..  Maksud ak, tambah kan lagi, lagi dan lagi..Sekian terima kasih..



Sumber lain :


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 20, 2012

Walau hanya PARUT tapi KESAN tetap dirasai

Pagi tadi buka aje blog, tengokla bahagian komen yang nak kena approve, tetiba terselit satu komen dari adik anon dia dah mention umurnya di entry lapuk [ 26/11/2010]  parut kekal di kakiku  Bila baca apa yang adik anon komen, ak rasa kesian, sedih, coz dia alami benda sama cam ak.. Parut kekal!!





Kata adik ni dia dah hilang keyakinan diri... Ak paham apa yang dirasainya.. Muda lagi kan.. Rasa rendah diri pasti ada.. Adik, meh akak nak share bersama kamu apa yang akan rasai/alami since kejadian ini berlaku pada akak  hampir 3 tahun lepas..


PERMULAAN

* Pada mulanya, ak taknak lakukan pembedahan!! Ak try berubat tradisional.. Tapi keadaan still sama.. Jumpa doktor.. Katanya, peluang ak samada lakukan pembedahan atau ak akan berjalan secara tidak normal!! hanya ALLAH tahu apa perasaan ak saat itu! 


*  Masuk hospital.. 6 hari!! Dari Isnin hingga Sabtu.. Isnin sampai Khamis, dok rileks cam puteri raja.. doktor pakar xde Jumaat, pembedahan ak.. Ak dibiarkan separuh sedar.. Telinga dengar apa sahaja peralatan yang berbunyi.. Ramai manusia.. Beberapa jam juga pembedahan itu.. Dalam kaki ada plat besi/skru..


* Sabtu pagi, terus dibenarkan keluar wad.. Yup!! Kesakitan dirasai.. Menangis itu pasti.. Kaki dibalut rapi.. Risau.. Terhenjut aje sikit, pasti ak mengalirkan air mata.. Ya ALLAH, kurangkanlah kesakitan ak ini..


* Rawatan lanjut diperlukan.. 6 bulan!! Perlu exercise mana patut.. Kuatkan diri.. Dari ak bertongkat, sampai ak mampu terjengket-jengket berjalan.. Dan sampaila ak mampu berdiri seperti sekarang..



PERASAAN

* Macam-macam yang ak rasai.

1) Risau 
kerana kaki ini sangat penting untuk ak bergerak

2) Kurang keyakinan 
kerana ak masih muda, masih mahu mengejar apa yang ak impikan. Siyes, harapan ak untuk menyertai badan beruniform [ Polis ] hancur berkecai!

3) Merenung jauh masa hadapan
adakah ada insan yang sudi terima ak macam ini?? Insan tidak sempurna. Ada cacat celanya.


Tapi lama kelamaan, ak menerimanya.. Ak bersyukur sangat, ak bukan kehilangan kaki.. Kaki ak masih ada cuma tidak sesempurna seperti kalian.. Walau pernah ak menjadi perhatian kerana bertongkat, terjengket-jengket, lambat bergerak, tapi itu tak menghalang semangat ak untuk teruskan kehidupan.. Ak perlu bersyukur kerana ada yang lagi bernasib malang dariku..


Kini, parut di kaki ini menjadi kenangan.. Bekas jahitan masih jelas kelihatan..


KESAN

Tak mampu nak berlari seperti orang lain.. Hanya lari anak-anak.. 
Tak mampu nak mengangkat barang yang berat-berat
Tak mampu nak beraktiviti lasak
Tak mampu nak duduk bercangkung secara normal
Kadang kala kaki akan tetiba terasa lenguh


PENDORONG SEMANGAT

Sudah pasti kedua ibu bapa.. Keluarga ku.. Dan alhamdulillah, dia menerimaku seadanya.. Kawan-kawan turut membantu.. Tak terbalas jasa mereka semua.. Terima kasih..


Dan untuk kamu dik, jangan biar keyakinan kamu itu berlanjutan sebegitu.. kamu kena fikir, kamu masih memiliki kaki.. Itu tandanya ALLAH masih nak kamu hidup seperti insan normal yang lain.. Mungkin aktiviti kt terbatas dik..  Kt kena fikir mana buruk dan baik untuk kesihatan kt.. Jadi, kamu buang perasaan itu jauh-jauh..


InsyaALLAH lama kelamaan kamu akan rasa seperti tiada apa berlaku.. Macam akk sekarang.. Kekadang rasa cam tak pernah terjadi.. So, buang ok sayang.. Ramai yang bagi sokongan padamu.. Akk juga!!


Jadi lepas ni, mungkin kalian faham kenapa ak tak terlibat aktiviti lasak.. kenapa ak tak mampu bergerak banyak..  kenapa ak tak boleh berlari.. kenapa ak tak boleh berkasut tinggi..Gambar sebelum dan selepas pembedahan [ sini ] ..


n/y : Saat menaip entry ini, air mata menitis..
Teringat perkara ini..
Moga ALLAH kuatkan semangat ak
juga adik itu...





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

TJ : Penggunaan botol arak dan kasut berkulit babi

Soalan 1

Apakah saya boleh menggunakan botol arak bagi mengisi air minuman seperti air mineral untuk saya minum??


Jawapan 1

Harus menggunakan botol arak bagi isi air atau basuhan lain dengan syarat botol itu dibasuh terlebih dahulu sehingga bersih. Manakala label arak yang ada pada luar botol perlu dibuang atau ditutup supaya perkara yang diharamkan oleh agama tidak tersebar..


Soalan 2

Seorang rakan saya memakai kasut yang diperbuat daripada kulit babi. Adakah dia perlu menyamak kakinya?


Jawapan 2

Sekiranya ketika menyentuh kulit kasut itu, tangan dan kasut itu kering, maka tidak wajib kerana najis tidak berpindah ke tangan. Tapi sekiranya salah satu samada tangan atau kasut itu basah, wajib samak dengan membasuh tangan tujuh kali dan salah satu dari tujuh kali itu dibasuh dengan air tanah.









guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 19, 2012

Aishiteru setiap khamis di TV 9

Selain aishiteru lagu nyanyian Zifhilia sekarang ini ada plak citer Aishiteru.. Lau sapa rajin tonton TV 9, akan perasan citer ni.. Citer ni pon ala-ala vanila coklat tu.. Pasal kawen muda, pasal cinta.. pasal keras kepala.. pasal degil <-- eh! sama aje maknanya  ..




Ada sesapa suka tengok?? Yuppp!! Ai la salah seorangnya okies.. Saja tengok, dah bosan takde Astro kat umah sewa.. hikhik.. * itu lagi bosan coz asyik ulang!! So, malam ni ea, kui 8.30 di TV 9..  Jangan lupa tau..


Ak kongsi mana ak suka n kenan aje ea.. selera lain-lain.. Ak suka kepsi, kau suka mekdi.. Ak suka bunga ros, kau suka bunga taik ayam.. ahakz!! Melaluttttttt....





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

GODEK-GODEK : Ambi pur mini fresh

Sebelum ini pernah dok godek-godek pasal eyeshadow simply siti pastu pasal krim kontur mata safi rania gold .. Harini ak nak godek-godek lak pasal Ambi pur mini fresh..  So, meh tengok hasil bebelan ak selepas 2 3 hari gunakannya..




1) Mula-mula buka cam takde bau!!
2) Letak gantung antara pakaian
3) Bila bilik ditutup, buka pintu aje, terus bau tu menghimbau
4) Okla baunya.. boleh tahan..


Sebenarnya ak suka yang lagi satu.. ala.. yang sembur ikut time tu.. * lupa pa namanya Tapi memandangkan tangan ni gatal nak cuba yang atas ni, tu p beli.. Ak suka bau buah ni.. Rasa nyaman aje.. Kome tryla.. Buh kat almari kasut ke * kalau kasut busuk,hikhik.. 


Secara kesimpulan, tak rugi mencuba produk ni.. tapi bagi ak better guna yang semburan tu.. lagi puas hati!! * walau harga mahal sikit Harga produk ini lingkungan RM 4 - 5 kalau xsalah... Berminat dengan iPhone 4s ?? Ak mampu tengok aje..hikhik..






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 22 # = Niat lain tapi di SALAHERTI

Kalau DIAM katala SOMBONG
Kalau TUNJUK katala BERLAGAK
Kalau MENCELAH katala MENYIBUK...


Habis tu???


Bukan mudah nak puaskan hati MANUSIA
yang punya pelbagai PERASAAN...



n/y : Entry ni takde kaitan dengan ak ea..
Saja suka-suka ^__^




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 18, 2012

Keychain felt craft - order rakan pejabat

Setelah agak lama penyakit "M" ak melanda, baru-baru ini kerajinan muncul.. So, ak terus siapkan order member office yang bertangguh lama.. Maaf ea yanie, saya lambat siapkan.. hikhik.. Jangan marah tau... So, jom tengok hasilnya.. Dia sendiri request nak camne.. Dari bentuk hingga ke kalerpull tu..Ak just siapkan aje mana patut..






Dia just nak keychain ---> belah kanan gambar .. ak saja ja dok bagi yang satu lagi tu..  terlebih rajin katakan bercraft.. hahaha.. Nak gabungan namanya, anak perempuan n suaminya.. So, settle sudah!! Lega hati.. Pasni leh la wat benda merapu yang lain..




Ada sesapa yang nak lagi?? * maksud ai order,hikhik arghh!! giler.. buat pon hodoh sape yang nak.. lalala.. mana-mana ajelah labiiii......  Ni ha, sesapa nak iPhone, leh la usha usha ..



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Menang Giveaway Craft n Crochet - [4]

Alhamdulillah.. Ini namanya rezeki.. Tak sangka okay.. Ramai yang join Giveaway Craft n Crochet .. Dan bila sis tihara umumkan sapa yang menang, laju aje jari ni p tengok... Rezeki ak NOMBOR 7.. Dapat menang tempat ke 4...







Berkali gakla ak rujuk nom peserta.. Takut tersalah pandang.. Tapi yup!! itu link blog contest daku.. Tak sangka.. rezekikan.. Terima kasih kak!! Dah selamat send detail pown ^__^ Kome pon lau nak barang craft crochet apa, leh rujuk blos sis ini.. Memang cantik!!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Cara terbaik ketika menggunakan Cash Deposit Machine (CDM)

Entry ini timbul setelah semalam ak ke Maybank untuk transfer duit * beli barang on9 lagi ^__^ Bila masuk aje Maybank tu, walamak.. Ramainya manusia!! Beratur la ak sampai ke pintu tu.. Sabar coz nak dapatkan barang cepat!! 


Yang buatkan ak geram, sorang leh sampai lebih 5 minit!! apa ko transfer berpuluh manusia ke?? Kes si apek camtu.. kes si aci macam ni..aduh!! menguji kesabaran ak yang menunggu di belakang.. Jadi, bila lihat masalah penggunaan mesin, ni nak suggestkan antara cara ak okies... Bukan untuk Maybank sahaja, malah yang lain tau.. 




1) Pastikan kome lebihkan duit.. contohnya, lau nak transfer RM 30, make sure duit RM 10 tu lebih dari RM 30. bukan apa,kes aci tu, duit dia tak diterima!! sampai 5 6x buat.. so, menimbulkan sedikit rasa geram pada yang lain * ak la tu,ahakz!! 


2) Biasakan jari itu mengenal belah mana nombor/butang sepatutnya.. ala.. macam kome menaip.. bila dah selalu menaip, insyaALLAH kome tau mana satu nak tekan butang A, butang B.. kadang-kadang tak payah tengok takpe kan??? 


3) Bagi yang tak biasa, apa kata guna mulut untuk minta bantuan.. Bukan ko nak bawa kuar duitkan.. nak bawa masuk aje.. xde salah nak minta tolong pada orang lain.. Jangan wat bodoh sombong lak!! Tak elok camtu kan...


4) Selalu ada masalah dengan duit baru.. Jadi, ronyokkannya * pahamke??  Biar huduh xpe.. InsyaALLAH boleh terima duit tu nanti okies..


Itu jelah dariku.. pokpek banyak bukan nak baca pon kan..ahakz!! sapa makan kepsi, dia terasa kenyangnya..lalala.. so,ada sesapa nak tambah lagi?? silakan.. kita share bersama.. cepat wat keje, cepat gak menyenangkan hati orang lain.. TQ.... Eh eh, ada angpow dari Maybankla!! hikhik..




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 30 - Gigi rongak vs gigi baru


*
|
|
|
|
|
|
|
|
*




n/y : Bukannya xmow beli,
asyik terlupa aje!!
kesian tengok gigi lama 
tinggal 4 aje!! ^__^




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 17, 2012

3 tahun 7 bulan <--- cepat masa berlalu

Last aritu tergedik update 3 tahun 5 bulan..
Maknanya bulan lepas ak takde update apa-apa ea..
eceh!! poyo lak.. * biarlah kat ak, xkco hidup orang kan kan




So,kali ni nak gak story ini..
sebenarnya takde apa pon..
muahahaha!!
sila jangan muak dengan entry sengal ini..
TQ..


Selalu terdetik je jarum jam ke 0.00
pasti masuk mesej wish..
tapi bulan ni lom ada!!
leh lak pas sembang semalam terus tido..
aiyoooo!! mau tengok sampai malam ni..
lau takde, MAJOK!!


Benda kecik tapi ak peduli apa..
sudah berubah??
sudah bosan??
lau tak,buat MACAM BIASA..hikhik..
Bukan susah kan..



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Syed Haninda Aulia' semakin comel!

Anak saudara Mak Long Yui ini dah besar * anak sepupu, kira anak sedara kan?? comel dah dia!! Makin tembam, makin nampak kehandsomannya.. Alahai..teruja ak tengok baby cute ni.. Terasa nak cepat ada anak sendiri.. erk! ngarut!! 


Kalau sebelum ni, wajahnya macam ini, jom kali ni kita tengok perkembangan selepas lebih 2 bulan.. Ak sempat nak curik curik amik gambar dia.. Bukan senangkan nak jumpa * walau rumah dekat aje..ahakz!





- Toklang/Mak ak pegang-


- baru pas menguap -




Alahai..geram toi ak tengok baby ni.. Kami panggil dia Aulia'.. Aulia', mak long yui rindu kamu la.. xpuas sembang dengan kamu aritu.. Jangan pelik,dia dah pandai menyembang tau.. Nenek dia pon perasan aritu..hihi.. mesti nanti jadi anak yang soleh... amiinnn..




Haa..dok tengok tu..mesti teringin kan??
cepat-cepat.. ngeh3.. mengarut!!



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^