Bagi yang tahu tentang Atkins, 2 minggu tempoh induction anda tidak dibenarkan mengambil nasi dan adik beradik dengannya. Selepas hampir 10 hari tak telan nasi, aku pun cuba buat "nasi" goreng cara Atkins.
BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) Bunga kobis ( sukahati kita banyak mana )
2) 1/2 batang cili merah/cili padi
3) 1 biji bawang merah
4) 4 ulas bawang putih
5) 1 biji telur
6) Sedikit ayam ( tak letak pun boleh )
7) Sedikit garam
8) Sedikit butter
CARA-CARANYA
1) Bunga kobis dicincang halus ( ikut suka )
2) Bawang, ayam & cili dipotong ikut kesesuaian
3) Tumiskan bahan (2) terlebih dahulu menggunakan sedikit butter
4) Kemudian masukkan bunga kobis ( anggap itu nasi )
5) Masukkan sedikit garam
6) Pecahkan telur ( boleh buat telur mata juga )
Itu sahaja. Senangkan? Macam kita masak nasi goreng. Nak letak udang boleh. Ikut kesesuaian & tekak masing-masing. Bagi yang tengah "berpantang" guna bahan yang dibenarkan sahaja. Jangan langgar pula. Huhu.
Sambal petai & sayur mak aku yang masak. So itu sebagai lauk daku. Pengubat rindu kepada nasi yang dah lebih seminggu tak telan. Muahahaha!
Korang kena rasa baru tahu macam mana. Best! Belum cuba belum tahu.
Isnin 16/11/2013 genap 2 minggu
daku dalam fasa induction diet atkins
TIDAK GUNA SEBARANG PRODUK
Hanya kawal cara pemakanan
ikut fasa yang ditetapkan
=__=
Mana nasi?
Bunga kobis itulah "nasinya"
Update :
Petai juga tinggi carb
Boleh makan sikit atau sebaiknya elakkan ketika induction
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^