tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, March 31, 2016

Kehebatan Perlaking, Glow Glow Shine Uols!

Mula-mula aku promote dulu, rata-rata tak pernah dengar. Tapi sekarang, tengah meletop. Fenomena perlaking !!


Takmow sembang banyak, meh tengok antara kehebatan perlaking. Terlalu banyak kata pelanggan yang kami dah dapat, alhamdulillah setiap orang ada perbezaan tersendiri. Suka sangat.




Sendiri kena cuba baru tahu macam mana. Pastu baru reti bercerita. Heee, macam aku, aku guna aku jual. Alhamdulillah, senang dengan Perlaking. Terbaik jugaaa aku kasi.


Nak cuba dan rasai sendiri kehebatan Perlaking. cari aku ya. Kita borak santai =)


Cabaran Nurul Yui bersama Perlaking




💁🏻Nurul Yui
📱 019 2331810


#perlaking #trusteddropship #originalperlaking
 #perlakingmurah #penggunaperlaking


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Berat dulu vs berat sekarang




Salam Khamis semua
=____=



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 30, 2016

Sakit di tahun 2016

Sakit sakit pening biasa tu, aku takkan pergi klinik. Tapi semalam, menjadi-jadi tekak aku rasa lain macam. Nak telan air liur rasa perit, nak makan rasa sakit, kira tak selesa.


Jadi pagi tadi, memang aku niat nak pergi klinik panel kat Silibin. Jauh pun jauhlah asalkan free. Huaaaa. Selama ada klinik panel ni, ini kali pertama aku pergi tau. Sebelum ini aku sanggup keluar duit sendiri, tapi bila fikir paling koman tentu kena bayar RM 50, baik pergi tempat dah tentu tak payah bayar.




6 jenis ubat RM 85


Doktor terkejut sebab katanya tekak aku terlalu merah. Tambah plak aku demam. Walau demam, aku masih larat menaip. Doktor nak bagi mc tapi sayang aku takleh terima sebab tak cukup staff, sorang lagi dari semalam mc.


Harap esok lebih lega. InshaaALLAH. Korang pun jaga diri baik-baik ok. Air minum secukupnya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kata pelanggan mini popia ikan bilis

Siapa yang tak happy bila terima feedback positif dari customer ?? Tambahan bila kita jual makanan, bukan senang nak menjadikan citarasa sama.


Alhamdulillah, kakak dari Johor ini order 1kg mini popia ikan bilis.



Segala komen aku terima secara terbuka tau. Heheheh. Meh lekaih sape nak order, setakat ini dah 2 minggu berturut ada tempahan. Aku buat hari minggu sahaja, jadi segala order perlu dibuat sebelum hari Jumaat ya.


Minima tempahan 500 g. RM 24 sahaja. Inti ikan bilis. Rasa inshaaALLAH sedappp !! Postage disediakan RM 8 SM/ RM 11 SS. Bubble wrap dalam & luar bekas.


SMS/Whatsapp 
019 233 1810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 10 [2016] - Tempahan Mini Popia Ikan Bilis dibuka



Harga masih sama
Rasa inshaaALLAH sedap

Boleh roger 019 233 1810

Minima order 500 gram

Setakat ini tiap hari minggu ada buat
Order sebelum hari Jumaat ya






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 29, 2016

Kehilangan secara mengejut, Lekir

Hari Ahad, seharian aku ada urusan luar. Petang dah settle kerja, buka whatsapp.
Sedih sangat bila adik hantar gambar Lekir dah terbaring lesu dalam sangkar.


Selang beberapa minit,
Dia bagitahu Lekir dah takde. Allah, rasa nak teriak jeee. Nasiblah dikelilingi ramai orang, jadi perasaan itu aku ketepikan.


Tak tahu apa puncanya,
Sebab sehari sebelum ini, aku sempat bermain dengan deme, nampak ok saja. Mungkin ALLAH lebih sayangkan Lekir.


Maaf Lekir sebab takde disisimu di saat akhir hayat.
Maaf untuk segala kekurangan, berdamailah dengan sebaiknya.


Aku ada terbaca, kucing juga boleh kena strok haba
Adakah itu puncanya?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

V-Soy Multi Grain minuman soya yang mengenyangkan

Antara salah satu pebret aku. Ada dua jenis tapi lagi suka yang ini sebab lebih pekat dan mengenyangkan.




Harga satu kotak kalau promosi di TF RM 3.80. Harga biasa aku jumpa RM 4 ke atas. Biasa kalau promosi, memang aku beli. Jimat. Hahahaha.


Serius sedap. Minum ketika sejuk. Fuhhh, nikmat !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 28, 2016

Cabaran 30 hari bersama Perlaking Nurul Yui - setelah 16 sachet

Dah 16 sachet Perlaking aku telan. Alhamdulillah, serasi dengan aku. Ingat lagi kan Cabaran 30 hari Nurul Yui bersama Perlaking. Jadi ini kesinambungan.


Haritu ada bagitahu member tegur muka aku nampak cerah & sekata selepas 5 hari guna Perlaking. Kali ini nak kongsi lagi apa kata member. Huahua, buat aku gelak jahat. Kihkih.




Secara jujur, aku tak perasan sebab aku bukan jenis perasan cantik. Hahahaha. Maaf, agak poyo kan. Lalalalala.


Perlaking tetap diteruskan hingga habis 30 sachet.


Nak cuba dan rasai sendiri kehebatan Perlaking. cari aku ya. Kita borak santai =)


💁🏻Nurul Yui
📱 019 2331810


#perlaking #trusteddropship #originalperlaking
 #perlakingmurah #penggunaperlaking


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Dilema penunggang di jalan raya




Aku lah orangnya yang sering menunggang. Jarang aku memandu, sampai ada yang suruh aku frame kan lesen gantung di dinding. Eh, ada aku kisah ? Hahahaha.


Berada di lorong kiri atau kanan, tak kisah asalkan pentingkan keselamatan diri dan fikir pasal orang lain. Bukan main sedap ikut rasa ja ya.


Berhati-hati walau di mana sekalipun.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, March 26, 2016

5 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 25, 2016

RESEPI : Air Bandung Cincau

Tu diaaaaa, entry peram berapa kurun. Arghh, nantakkan asalkan ada benda aku nak update kan ??
Serius, aku geram kalau order bandung cincau, yang mai bandung keruh. Cincau plak terpaksa kita tercari-cari. Wakakaka !!


Nah, buat sendiri. Versi Nurul Yui. Lagi sedap memikat kalbu. Nampak, siap ada layer hokay. Hakak pun pandai layer gini. Huahua.




Bahan-bahan :

1) Susu
2) Air panas & air masak
3) Cincau
4) Gula
5) Ais ketul
6) Perisa ros


Cara-cara :

1) Sedikit air panas, masukkan gula & susu, gaul sebati
2) Potong cincau halus atau ikut suka
3) Masukkan cincau dalam bancuhan tadi
4) Tambahkan air & air masak secukupnya
5) Akhir sekali baru tuang perisa ros ( tak perlu banyak )


Siap dah. Jadilah layer macam tu. Tak payah kacau.
Nak minum baru kacau okay. Ala-ala kedai gituuu.


Selamat mencuba !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kembali setelah 2 hari bercuti

Emergency leave hari Rabu
Hari Khamis kemalasan melanda
Hari Jumaat baru datang kerja


Gitu pun boleh asalkan cuti ada
Huahuaaaaaa
Salam Jumaat
=____=

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 23, 2016

WW 9 [2016] - Nama yang bermula huruf "N"



NURUL
Eh eh eh !!
Hahaha
Sekadar gurauan




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 22, 2016

Kentang Cheese Cili

Bajet nak buat ala-ala kedai western tu haaa. Memandangkan ada cheese blok jee, so kerat ajelah ikut saiz kita nak. Lagi best dapat cheese yang tarik bertali tu, perghhh !! Bayangkan !




Senang ajee buat. Asalkan ada penyakit "R", inshaaALLAH jadi.



Goreng kentang - masukkan kentang dalam pemanggang ajaib - 
taburkan cheese dan masak hingga cheese cair - taburkan cili flake jika nak


Haaa gitu aje. Senangkan?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Keluar air liur ketika tidur

Biasa dengar, kalau air liur keluar ketika tidur, itu tandanya kita
NYENYAK TIDUR.
Eh, benarke?? Adakah itu mitos atau fakta?


Kalau budak kecil tak heran sangat tapi kalau dah dewasa macam tahap aku apa cerita?


Nampak tak apa point aku nak sampaikan?
Ya, aku akui kadang ada "peta" terlukis sendiri di bantal atau tilam. Hahahaha.


Segan?
Tak kisah. Memang itu aku. Kadang "penyakit" aku kot kalau penat atau rasa nyenyak sangat sampai begitu sekali jadinya.


Jadi buat bakal suamiku,
Bertabahlah dapat isteri yang tidur macam aku. Huahuahua.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 21, 2016

Nasi Magic RM 4 di Ipoh, Perak (2 lauk+1 sayur)

Apa itu nasi magic?
Itu satu nama saja. Dan orang faham itu adalah nasi bajet yang telah menjadi viral di merata tempat. Dengan harga RM 4, anda makan dengan puas sekali!!


Nasi magic ini asalnya ada di Meru Ipoh ajeee. Tapi mungkin selepas ramai pelanggan di area Ipoh "mengadu" nak merasai nasi bajet yang super jimat ini, jadi owner ambil inisiatif bergerak ke tempat tertentu. Kiranya lebih ramai dapat merasa.


Contoh sekarang dah ada di Station 8, Ipoh. Yang kat Meru tetap ada ya dari Isnin - Jumaat.



1 ekor keli + ayam + terung


Pertama kali beli, memang puas hati. Lagi seronok lokasi deme depan office aje. Hahaha. So, kita boleh nampak berapa ramai yang sanggup singgah beli. Kira tak menang tangan. Kalau dia dah buka payung, ada saja orang yang terjah. Jangan lambat takut banyak lauk habis !!


Paling best, ada pelbagai jenis pilihan lauk. Kita bagitahu saja dan mereka akan ambilkan untuk kita. Ingat ya, hanya RM 4.


Apa pun, moga perniagaan ini dengan nilai bajet akan kekal. Susah nak jumpa harga macam ini di saat ekonomi yang semakin teruk.


Lokasi : Berdepan Arrahnu Station18, Ipoh
Waktu operasi : Isnin, Selasa & Khamis
Bermula 11.00 pagi hingga habis 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kepada yang bercinta




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 18, 2016

Hampir 2k komen masuk ke spam

Apa maksud spam?
Jangan tanya hakak. Hakak pun tak berapa faham.
Hakak ibaratkan ia "sampah" dan tak berguna.


Sajalah gatal godek blog sendiri,
Tengok bahagian komen
Tekan bahagian SPAM
Tu diaaa mak datokkkk dekat 2k komen, semuanya merepek merabu !!


Udahnya, ambil masa 10 minit untuk delete semua komen tersebut
Nyah kauuu dari blog ku.


Macam mana nak buat?
Log in - Komen - Spam 


Selamat memadam ya =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ALLAH MAHA BESAR




Allahuakbar!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 17, 2016

Hari ke-5 guna Perlaking, kulit lebih cerah & sekata

Ya, aku sekarang sedang menggunakan Perlaking. Teruja menjual jadi apa salahnya guna pada diri sendiri. Senang bercerita pada orang kan?




Hari ke-5 guna, pagi-pagi officemate tegur aku. "Eh, kulit nampak cerah. Cer pusing sikit nak tengok dari tepi. Awak pakai macam biasa ajekan.". Waahhh kau, teruja plak bila ada yang tegur sebab aku sendiri tak perasan bab kulit. Aku perasan bab lain. Yang ini nanti aku cerita.




Tak sabar nak habiskan 30 sachet, sebab dah seminggu guna, memang dah rasa perbezaan. Bukan rekaan, tapi ini pengalaman aku sendiri. Kalau ok, memang konsisten laa. Hihi. CMD aku ketepikan dulu sebab nak tengok keberkesanan Perlaking.


Nak cuba dan rasai sendiri kehebatan Perlaking. cari aku ya. Kita borak santai =)




💁🏻Nurul Yui
📱 019 2331810


#perlaking #trusteddropship #originalperlaking
#penggunaperlaking #perlakingmurah




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bila suami tanya mana duit?




Sekadar bergurau sahaja
=____=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 16, 2016

WW 8 [2016] - Istilah pinjam harini besok bayar






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

[Delivery food] - Donut murah & lembut sekitar Ipoh

Geram betul aku kalau tengok group Ipoh Ipoh Ajer. Mana idaknya, ada saja makanan & minuman yang deme share. Siap boleh delivery, lagilah buat hati membara nak cuba !! Hahahaha. Kuasa pengaruh yang hebat.


Memandangkan tuan empunya ada delivery area ST 18, aku pun lajulah order. Nak rasa sendiri donut comel yang dah boleh mengalahkan big apple.



Boleh satu perisa atau campur




Comelkan saiz dia? Nak tau harga berapa? Hanya RM 10 untuk 16 ketul donut sedap & lembut ini. Serius, ini tak tipu. Aku tak suka bohong pada perasaan nikmat merasa. Heeeeee. Sedap aku kata sedap. Tak sedap, aku kata kureeeng. Haaa gitu.


Oklah, tak payah potpet panjang. Orang Ipoh boleh cuba dan rasa sendiri. Ni aku bagi details yang buat donut ini ya. Sila berhubung terus okay.


Facebook : Watie Mislina
No telefon : 017 - 423 5685




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 15, 2016

Hasil Nuffnang pertama di tahun 2016

Sedar tak sedar dah dekat 6 tahun dengan Nuffnang. Dulu pernah curang kejap, tapi lepas itu kembali setia. Ececehhhh !!


Ini pendapatan pertama di tahun 2016 dan merupakan pendapatan terendah selama ini. Huuuu, rezeki tak banyak. Lagipun macam salah setting letak iklan. Nak ubah sendiri, macam takut salah. Tunggu upah orang jelah nanti.




Cek dah dapat minggu lepas dan semalam dah pergi ke Maybank. InshaaALLAH petang ini atau esok akan clear dalam akaun.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pengantin tipu hantaran kahwin

Bila baca berita macam ni, ada pelbagai yang terdetik di fikiran.


Antaranya :
Kos sara hidup semakin tinggi
Sukar mendapat pekerjaan tambahan
Hantaran yang diletak melebih keupayaan





Walau sesusah mana sekalipun, jangan sesekali perlu "menipu" untuk mendapatkan sesuatu. Tambahan melanggar apa yang diperintah ALLAH!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 14, 2016

Penangan lauk kenduri yang sedap

Semalam pergi kenduri kahwin. Lauk, perghhh memang sedap belaka.
Tambah-tambah ada ayam golek, kulat masak lemak, pajeri nenas, daging masak kurma, sambal, tempoyak, macam-macam kan?


Aku ambil sikit-sikit. Memang habis!
Tapiiiiiii, bila malam menjelma, tu dia nyut nyut ajeee kepala ni.


Penangan wei, penangan!
Terus aku "pengsan" awal. Hahahahaa.


Pagi ni p kerja, nasib baik dah rasa kurang.
Aku tak telan ubat apa, mandi & terus tidur.


Harap harini baik sepenuhnya. Hmmmm, memang peel aku gini. Kalau pak aji berlebihan, haaaa penangan pening memang ada.
Nasib badan. Huuuuu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, March 12, 2016

3 bahan penting Perlaking

Bila kita nak guna, biasanya kita nak tahu apa bahan utamanyakan? Okay, ini pasal Perlaking. Antara produk yang sedang meningkat naik, InshaaALLAH.





3 bahan penting dalam Perlaking :

1) Serbuk Mutiara Filipina
2) Kolagen Ikan Salmon
3) Acid Hyaluronik Gred A


Semua bahan berkualiti tinggi setanding dengan hasilnya nanti. Jom cuba dan rasai sendiri bagaimana kehebatan Perlaking!!


Banyak manfaat nya Tak rugii CUBA !






💁🏻Nurul Yui
📱
 019 2331810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 11, 2016

Tengkuk ayam goreng tepung Bestari

Heee, pernah makan? Biasa makan? Tak suka makan? Tak kisah tapi jangan nak eee eee kan makanan ya. Aku lepuk kang !!


Ini tengkuk ayam. Aku beli di AEON sebab nampak lagi fresh dari beli tempat lain. Kemerahan lagi warnanya. Jangan ambil yang pudar, sebab tak elok/tak sedap/berbau.





Sebenarnya aku nak cerita, aku baru je menggunakan tepung pelbagai guna jenama Bestari. Memang terbaiklah. Bancuh dengan air, gaulkan & goreng. Sedap tauuu !! Tak payah dah korang nak campur telur bagai.


Cara penggunaan semua ada di kotak. Ikut saja okay.


Gambar, rujuk google. Kalau tak jumpa, sila komen nanti aku rajin, aku ambil gambar. Mueehehehehe!!


Oh ya, antara sebab lain aku beli tengkuk ialah tulangnya akan aku beri pada anjing-anjing jalanan yang berada di kawasan rumah aku. Lagipun deme baik sebab jaga pagar rumah =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Cara meningkatkan kecerdasan otak




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 10, 2016

Cabaran 30 hari Nurul Yui bersama Perlaking

Ecehhhh!! Cabaran sungguh. Eh, aku memang teruja nak cuba Perlaking since aku sendiri menjual, nak juga merasa. Tercabar tengok kesan yang ada pada pengguna-pengguna Perlaking.


Ada yang kulit lebih cerah, licin, jeragat pudar, jerawat takde, yang turun berat badan, senang lawas, tapak kaki licin, rambut kurang gugur dan macam-macam lagi. Jadiiiii, tu pasal nak juga try kat diri sendiri.


Sama macam mana sebelum ini aku guna CMD, memang serasi satu keluarga!! Tapiiii sekarang kena "stop" kejap CMD sebab nak tengok keberkesanan Perlaking pada diri sendiri. InshaaALLAH aku akan update dari masa ke semasa.


Perubahan atau tidak, aku tetap akan cerita. Yelaaa, jujur itu penting. Bukan takat nak melariskan produk, pungpang semua ok. Semua ikut keserasian ya!!! Sebab itu kena cuba. Harus cuba!!




Secara rasmi, 10/3/2016 bermulalah cabaran 30 hari Nurul Yui bersama Perlaking.


Nantikan update dari masa ke semasa. Ecehhhh. Siapa yang nak cuba juga, meh dapatkan dari aku. Harga pasaran RM 160 untuk 30 sachet. Tapiiiii siapa yang beli dari aku, aku akan bagi harga istimewa. Jimaaaaat!!




💁🏻Nurul Yui
📱 019 2331810


#perlaking #trusteddropship #originalperlaking#penggunaperlaking #perlakingmurah


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kau tahu bila ALLAH sayangkan kau?





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 09, 2016

Bukan semua mampu dikongsi

Kadang, ada benda kita mampu kongsi pada umum
Dengan niat untuk dijadikan panduan dan pedoman
Agar ada yang tidak "tersilap langkah"


Kadang, kita hanya mampu pendam dan laksanakan secara senyap-senyap
Bukan niat taknak berkongsi
Tapi lebih kepada menjaga "aib" agar tidak disalah erti


======================================


Masalah keluarga?
Ya, aku sedang alami. Dan aku sedang lalui dan aku masih berfikir untuk tangani walaupun bukan aku insan yang mengalami tapi tempiasnya tetap dapat dirasai.


Kalau korang nampak status aku masih seperti huhahuha, itu salah satu "ubat" aku untuk diri sendiri. Cuba ketepikan kesedihan hati.


Ya, aku insan yang mampu pendam perasaan sendiri!!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 7 [2016] - Kalau ada orang tak suka kita





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 08, 2016

Kucing jalanan yang diselamatkan : Kiut

Mengenang kembali kisah beberapa bulan lepas, 23/12/2015.


Kiut antara kucing terkini yang aku bawa balik. Waktu jumpa dia ada di tengah jalan. Atas pembahagi jalan tu. Dalam keadaan basah kuyup dan mungkin baru lepas dilanggar melihatkan dari kesan daarah yang ada.


Dengan hanya bermotor, aku bawa dia duduk dalam raga dan selimut dengan baju sejuk aku. Macam mana aku bawa motor? Sebelah tangan pegang Kiut sebab tahu mesti dia rasa takut dan tak selesa. Dari perjalanan biasa 40 minit terpaksa cecah sejam sebab aku bawa perlahan. Heeeee.


Sampai je terus aku mandikan dengan air suam dan rawat masalah kutu & luka yang ada.


Gambar lama Kiut? Tengok [sini].



Gambar Kiut terkini 2016


Moga Kiut membesar dengan sihat ya. Aamiin.


Yui masih menjual untuk mengumpul #danauntukmeow




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tips dalam hubungan jarak jauh




Sumber : FB




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 07, 2016

5 THINGS I HATE MOST


Rules / Syarat Join :
Buat satu entry bertajuk  5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entry tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.

Menjadi "mangsa" tag adalah perkara biasa tapi yang buat jadi luar biasa bila aku rajin nak buat. Lalalala. Bersyukur sangat sebab aku rajin walau banyak hal peribadi berlaku buat masa ini. Abaikan!


Terima kasih Cik Itah sebab tag Yui.


5 THINGS I HATE MOST

1) PENGKHIANAT

Contoh mudah kalau dalam perhubungan. Bila muncul perasaan "khianat" tak kisah jadi pengkhianat atau sebagainya, asal ada je gaya gitu, memang aku BENCI!!


2) MANGKUK TANDAS KOTOR

Jujur, kalau aku guna jenis tandas mangkuk, sebelum aku duduk, aku akan teliti sebaiknya apa yang ada di atas mahupun di dalam. Entahlah, aku anti sangat kalau ada sisa najis orang! Mulalah rasa nak sumpah seranah. Selalu jadi kat tandas awam dan juga tandas office walau berapa kerat je dalam tu.


3) TAK BAYAR HUTANG

Samada orang berhutang atau aku sendiri yang berhutang, aku tak suka kalau mungkir janji. Tak tepati apa yang dipersetujui. Pandai berhutang, pandai bayar ya!


4) MENIPU

Tak kisahlah menipu apa pun terutama kalau melibatkan keluarga, aku memang pantang. Kenapa perlu menipu? Berterus-terang itu lebih baik kan.


5) MUNGKIR JANJI

Aku jenis orang yang tepati janji. Jadi, jika dah berjanji, sedaya upaya aku usaha. Andai ada masalah, akan aku bagitahu awal-awal. Tak suka last minute cancel. Jadi, sebab itu aku tak gemar BERJANJI.


Nak kena tag 5 orang blogger pulak ni. Hmmm, ini antara benda aku susah nak buat. Hahahaha !!
Tag geng Komuniti Blogger Utara lah =)

1) Yana
2) Eintan
3) Siti
4) Zumal 
5) Arz


Ahli KBU lain yang nak buat, silakan.
Rajin boleh buat, tak rajin takde masalah. Heeee.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

5 PILIHAN PRODUK "STARTER PACK" IEXP4U REVELL

Lama aku tak membebel pasal cmd dalam blog. Tak lupa tapi lebih di FB je sebenarnya. Hehehe. Oklah, nak bagitahu berita gembira ni.


Kan sebelum ini kalau nak jadi ahli/agen sah Revell, korang kena beli CMD 120 ml kan, tapi sekarang dah ada banyak pilihan. Cer tengok gambar.



1) CMD, 1 BOTOL 120ML FREE CMD 30ML - RM178. POS RM7SM, RM11SS. BONUS SPONSOR RM50
2) HYDRO D, 2 BOTOL 65ML FREE CMD 30ML - RM178. POS RM7SM, RM11SS. BONUS SPONSOR RM40
3) BOTOL ION HEALTH FREE CMD 30ML - RM178. POS RM10SM, RM16SS. BONUS SPONSOR RM30
4) SET KORSET ENVY FREE CMD 30ML - RM199.30. POS RM10SM, RM16SS. BONUS SPONSOR RM30
5) SET KORSET LUFFA FREE CMD 30ML - RM178. POS RM7SM, RM11SS. BONUS SPONSOR RM30

Apa pun, aku tetap sarankan korang beli CMD sebab CMD satu keluarga boleh guna. Tak tipu punyaaa !!


Nak tanya atau beli, boleh roger aku agen sah Revell. ID aku, MYPRK1135361. Make sure korang dapatkan dari agen sah sebab kami akan guide cara guna yang betul.

Agen sah Revell, 
📱019 233 1810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, March 05, 2016

Tentang KAKAK



 Betul kan?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 04, 2016

Resepi Mudah : Paprik Campur

Jujurnya, aku memang tak pandai masak. Tapi bila ada ja menu mak yang aku rasa terlalu suka, aku gigih tanya mak macam mana caranya. Cehhh, rajin kan tanya ?? Hahahaha.


Biasa dah kan kalau makan kat luar, order nasi goreng paprik. Datang paprik kadang ada kuah, kadang langsung kering. Sedap juga telan sampai habis. Tengok bahan mudah sangat.


Jom kita belajar paprik campur yang sangat ringkas.


Bahan-bahan :

1) Lobak, bunga kubis, batang saderi, cendawan, ayam, 3 helai daun limau purut, 1 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih
2) Sedikit sos cili & sos tomato
3) Sedikit air ( untuk bagi kuah ) & sedikit garam


Cara-cara :

1) Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan ayam & sayur yang lain serta daun limau
2) Masukkan air & sos
3) Gaul sebati & tambah garam secukup rasa
4) Siap dan sedia untuk dihidangkan

* boleh campur bahan seperti udang,sotong & lain-lain mengikut citarasa masing-masing. Yang penting kena ada daun limau purut, itu penyedapnya !!




Menu orang bujang macam ini jela ya. Jangan pelik sebab aku pemalas orangnya. Lalalalala. Dah tahu cara, memang senang.


Selamat mencuba !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bandingkan last seen antara dua ini

ALLAH, tengok gambar ini rasa sebak sangat. Sebak dengan diri sendiri. Masih lagi gagal. Masih lagi merangkak untuk menatapnya tiap-tiap hari.




Sama-samalah kita ke arah kebaikan. Andai lama tidak membaca, jom sama-sama kita mulakan. InshaaALLAH, belajar dan terus belajar untuk saham akhirat kita. Aamiin.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 03, 2016

Resepi Mudah : Aiskirm Sumi/Jelly

Viral makanan macam ni memang aku cukup suka. Tambah-tambahan bahan yang digunakan pun ringkas, memang buat mood aku tertariklaah nak buat.


Oleh sebab viral pasal aiskrim sumi, Sabtu lepas gigih aku beli bahan utama.



3 paket sumi : RM 4.50
1 tin susu pekat : RM 2.50
1 tin susu cair : RM 2.50



Guna lebih kurang 1.5 liter air




Bahan-bahan :

1) 1 tin susu pekat
2) 1 tin susu cair
3) 3 paket sumi ( boleh tambah jika nak )
4) 1.5 liter air masak
5) Sedikit garam
6) Plastik aiskrim

* Boleh tambah 1 sudu bancuhan tepung jagung ( bertujuan bagi ais lebih lembut )


Cara-cara :

1) Sumi potong/kerat bagi kecil ( senang masuk dalam plastik )
2) Masak hingga mendidih sedikit ( air+susu cair+susu pekat+garam )
3) Biarkan sejuk seketika
4) Masukkan sumi dalam plastik aiskrim ( guna sudu )
5) Dengan menggunkan jag kecil, masukkan bahan yang dimasak tadi ke dalam plastik aiskrim
6) Ikat dengan elok & bekukan

* Boleh tambah bahan lain selain sumi ( coki-coki/nutella/agar-agar/dll )




Inilah hasilnya dari aku. Rasa agak malas, masuk dalam bekas besar, lagi puas nak telan. Miahahaha. Dah siap, aku masukkan dalam FB, ada plak jiran tanya berapa. Aku tak reti nak letak harga jadi aku letak harga suka suki, 50 sen sebatang. Hasil jualan, beli keperluan anak-anak bulus ( makanan mereka ).


Kos bahan : 
Kos secara kasar : RM 9.50 + plastik aiskrim RM 2.00 = RM 11.50
Dapat lebih kurang 30 batang aiskrim


Jadi jangan kecam kalau ada yang jual RM 1 sebatang sebab bukan senang nak buat.


Selamat mencuba !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 4 [2016] - EMAK



EMAK

Kalau kita dah lama tak balik kampung,
mak mesti tunjuk betapa gembiranya dia bila
anak balik dengan memasak makanan
kegemaran kita.
Makanlah banyak-banyak dan beritahulah
pada mak kita inilah makanan
yang paling sedap dalam dunia.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 02, 2016

JJCM versi Yui : Foods Project Cafe, Tambun, Perak

Food Project Cafe, Tambun ini aku dapat tahu selepas tengok entry rakan blogger. Itupun pergi selepas penat "menelan" air di Lost World of Tambun. Hahahaha. Kenalah cari tempat nak isi perut.


Senang sangat nak cari. Google maps. Miahahaha !! Sampai je ke cafe ini, memang dah menarik hati. Sebab dipenuhi deco yang menarik. Santai sangat walau cafenya tak besar mana. Sesuai sangat untuk aku yang suka kedamaian. Ecceeehhhh !!




Oklah, moh kita tengok apa yang kami order haritu. First time katakan nak mencuba. Pilih mana yang rasa best.


Lemongrass Herb Soda & Mocha



Lamb



Chicken Grill



Cheezy Potato Wedges



Meatball and Brown Souce


Berikut adalah antara senarai menu yang sempat aku snap. Bagi aku harga dia ok, tak murah dan tak terlalu mahal. Apa yang penting, rasa & kualiti setiap hidangan itu ada. Syabas !!








Kat sinilah kami duduk. Comelkan pemandangan? 




Orang Ipoh atau sesiapa yang ke Lost World of Tambun, bolehlah singgah di cafe ini mengisi perut yang lapar ok. Aku sangat sarankan korang cuba meatball itu ok !!


Secara keseluruhan, aku bagi 8/10 sebab sos lamb & chicken grill agak kurang bagi aku. Yang lain ok sangat !!


Waktu Operasi : 5 pm - 12.30 am
No 1 Jalan SCI 1/7, Sunway City, Ipoh, Perak
013-300 1678





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^