tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, July 31, 2012

Senarai mereka yang bakal terima kad raya dari YUI

5 hari adalah tempoh yang agak lama aku beri kepada kalian yang sudi nak bagi detail lengkap pada aku. So, tanpa buang masa, meh aku senaraikan mereka yang ada hantar emel pada aku.
# Juling mata tengok emel banyak-banyak, haha!




10) Noraim


Minta kerjasama korang check balik betul tak ya. Takut plak ada yang terlepas pandang. Ada yang kata dah hantar, tapi aku check takde. So, aku bagi peluang lagi lanjutkan masa untuk bagi detail sampai jam 4.00 petang ini sahaja.


Tengok nama di atas, aku ada buh link blog mana. So, bolehlah korang tahu nama sebenar mereka. Ngeh ngeh ngeh. Bukan senang nak tahu nama sebenar owner sesuatu blog kan?
# Kad raya terdiri dari pelbagai jenis okay





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Jemputan majlis kahwin rakan blogger - Sis Jannah

Yeay yeay! Dapat kad kahwin lagi. Masih lagi kad kahwin dari rakan blogger. Kali ini kad kahwin comel datang khas dari Johor iaitu dari Sis Jannah owner kepada blog  www.cikjannah.com  . 


- siyes sangat comel dan soft aje -


Kalau tak silap, design kad ini rekaan ekslusif dari tunang sis Jannah tersayang. Wow! Romantik gitukan. Tahniah sis. Yui doakan dari jauh kebahagiaan kalian. Kad yui simpan sebagai kenangan seperti yang lain. Buat koleksi ^__^


# Buat masa ini terima kad kahwin aje. Nak bagi, belum waktunya. Muahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 30, 2012

Memperkenalkan kucing baru Yui - SHINCHAN

Aku tergoda tengok dia coz senyap aje dalam pelukan aku. Muka buat-buat comel. Pandai kau goda daku suruh ambil ko sebagai "anak angkat" kan. Walau harga RM 250 tetap ku beli untuk meramaikan lagi ahli.




Nama : Shinchan
Umur : 3 bulan
Jantina : Jantan/Lelaki tulen
Baka : Belum diketahui, akan dibawa ke veterinar


Gambar lain akan dijadikan WW untuk hari Rabu ini ya
# Dasar malas nak letak kat blog skang! Hihihi


Update : Susun aturnya bukan daku buat tau.
semua aksi spontannya.
Aku tukang ambil gambar aje ^__^




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Iftar bersama Blogger Perak

Kalau Jumaat lepas aku ada bagitahu buat pertama kali akan aku hadirkan diri bersama blogger Perak yang lain. Malu tapi mahu. Hihihi. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Cuma aku lepas makan kena balik coz abah dah tunggu. Sorry ea kawan-kawan.






Aku bawa kamera, bawa hp tapi tak diguna langsung untuk bergambar. Mungkin sebab mood tak berapa sihat,apa pun lupa. Hihihi. Mereka memang sempoi walau tak kenal lebih detail =p


Lebih banyak gambar lain di group Blogger Perak ya. Cukupla aku letak gambar ramai-ramai ini buat kenangan di blog sendiri.


# Aku ada beli anak kucing baru. Ya ALLAH, sangat geram tengoknya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, July 28, 2012

Beli Friskies percuma buku comel

Minggu lepas pergi Tesco nak beli barang rumah. Pergi tang area makanan untuk binatang kesayangan, ternampak plak offer dari Friskies ni. Free gift la kiranya. Berbaloi okay! Bukunya kulit tebal. Sangat comel!


- kiut aje covernya -


- tersangatlah comel! -


Ko agak-agak aku nak tulis pasal kucing or diri aku? Ahakz! Tengok mood macam mana nanti
# Benda free tak kisah nak buat apa pon

Korang doakan moga aku cepat sihat ya. Dalam masa terdekat, batuk, selsema dan demam menyerang lagi. Alhamdulillah kerja boleh buat walau rasa tak bermaya. Chaiyok! Kena kuat.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 27, 2012

Kad Raya khas untuk mereka di Cheezy Cheese

Kalau tahun lepas, kiriman kad dari daku adalah secara umum. Tapi kali ini nak buat lebih kepada special. Kenapa? Sebagai tanda terima kasih daku kepada mereka yang sudi jadi kawan, sudi terjah blog dan sebagainya.


Dengan rasa rendah diri, di hari Jumaat yang mulia ini, aku nak kirimkan kad raya kepada mereka yang sudi iaitu yang tersenarai dalam bloglist aku Cheezy Cheese
# Sila lihat sendiri jika nak tahu blog anda tersenarai ya




Aku bagi tempoh sehingga hari Selasa 31/7/2012  jam 12.00 tengahari untuk kamu, kamu dan kamooo beri detail iaitu NAMA PENUH, ALAMAT, NO. TELEFON ( jika sudi ) dan LINK BLOG ke emel aku fashanusha@gmail.com dengan tajuk KAD RAYA UNTUK CHEEZY CHEESE. Kerjasama dari anda aku dahulukan dengan ucapan terima kasih.


# Sis Eima, apa lagi, cepat bagi detail. Kad raya nak mai lagi tahun ini. Jangan tak tengok tau kad raya itu. Hihihi. Yang terlambat bagi, aku tak dapat nak buat apa-apa ya. Andai kalian kerap singgah, pasti terperasan entry ini ^__^






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Majlis berbuka puasa bersama Blogger Perak (27/07/2012)

Buka puasa hari ini, insyaALLAH aku dan rakan dari blogger Perak yang lain akan berbuka bersama. First time okay aku akan berjumpa dengan mereka. Malah otai-otai belaka. Kalau yang pernah jumpa pon Anismelon. Kira ini kali ke-2 jumpa.


Aku teringin nak p pon salah satu sebabnya Anis ajak. Kalau seorang, memang segan walau hakikat hati mahu. Hihihi. Moga semuanya dipermudahkan. InsyaALLAH.




Tema pakaian : Warna hitam atau putih
( pakai baju nikah mak la gamaknya )


# Aku tengah sakit tekak, batuk + badan panas aje ni 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 26, 2012

Episod akhir Deejavu Di Kinabalu

Tak dinafikan, aku jarang ketinggalan cerita ini. Sebab apa? Sebab Aqasha ada berlakon + aku tak tahu kenapa aku suka tengok dia ^__^ . Bukan salahku kerana menyukaimu. Muahaha!




Ramai dah tahu, cerita ini bakal berakhir. Episod akhir ditentukan melalui undian tertinggi!
# Sorry, ai tak suka habiskan kredit untuk benda macam ini,huhuhu.

A = Ammar & B = Bazli


Hati aku kuat mengatakan iaitu 90% bahawa pengakhirannya Ammar akan bersama Nadirah. Apesal? Sebab aku rasa. Tapi kalau akhirnya nanti lain,apa aku boleh buat. Terima aje. Bukan jadi laki aku pon!






Lagipun aku suka si Bazli juga. Baik, cool, relaks aje dalam setiap perbuatan. Payah nak jumpa lelaki camtu sekarang. So, kepada yang suka mengundi, cepat-cepatlah habiskan kredit anda sebelum terlambat =p


# Pandai depa dah siap wat shoot samada Ammar atau Bazli yang bersama Nadirah. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 46 # = Kad Hari Raya untuk diberi



Walau Hari Raya lambat lagi
tapi tak salah membuat
persiapan yang rapi 
^__^


- set kurma bercoklat dan coklat -


- Pemberian ikhlas setiap tahun dari company -




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 25, 2012

Kawan serumah yang best!

Ingat tak semalam aku ada iklankan pasal kekosongan bilik mulai Ogos depan? Meh nak share gambar member serumah aku. Ohsem okay depa! Sangat tidak bermasalah. Happy dapat housemate yang sangat memahami.


- Yui, Kak Ja dan Linda -


Gambar ini semua time kami nak tengok citer spiderman. Memang besh citer tu! Tapi spoil pasal orang depan punya kasut. Pergh! Pencemaran bau sungguh. Sabar aje tahan 2 jam lebih tengok. Hahahaha!












- dah macam adik beradik, hihihi -


Linda lah yang nak pindah tu. Adeh! Sedih tau. Lama gak duk dengan dia ni. Tapi apakan daya. Terpaksa terima hakikat bahawa dia kena pindah balik ke kg semula. Takpe, yang penting ukhwah still ada kan. Sayang kamu dear


# Ramai tanya kenapa cashout kena reject kan? Aku tak letak BINTI pada payee name. Jadi, terdapat kesilapan disitu. Suruh hantar tiket perbetulkan tapi lambat plak feedback + salah send. So, jadilah begitu. Takpe, Jumaat ini aku akan cashout semula. TQ shida, beliau banyak ajar aku pasal Nuffnang. Salah seorang tutor =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 55 - Cashout Nuffnang kena reject



nota kecik yui
Takpe, first time kena
Silap sendiri juga
Cuba lagi ^__^




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 24, 2012

RESEPI : Kuih Tepung Bunga

Haritu aku ada simpan dalam draft cara buat kuih tepung bunga dari blog Sis Ina / Intan Berlian . Hari Sabtu lepas, trylah buat. Bersungguh aku beli tepung pulut tau. Semangat nak rasa camne! First time dengar dan rasa. Muahaha!


- cara pertama -


- cara kedua -


- dan hasilnya -


Bahan-bahan 

1) Tepung pulut
2) Air masak
3) Sedikit garam
4) 1 biji telur
5) Sedikit gula 


Cara-cara 

1) Bancuh tepung pulut dengan air masak. Agak-agak sebati dan okay bancuhannya Masukkan garam secukup rasa. Bulatkan ikut saiz korang. 


2) Panaskan minyak. Leperkan bulatan yang korang buat tadi, celupkan dalam telur yang telah dipukul dan terus masukkan dalam minyak yang dah panas. Biar kekuningan sedikit dan angkat terus.


3) Letak dalam pinggan dan taburkan gula. Aku tak sure Sis Ina tabur lepas kuih tu sejuk or time panas. Aku letak time panas.


Dah siap! Camtu aje. Rasanya liat-liat. Maklum saja tepung pulut. Bagi aku, okayla kuih ini tapi tekak tak berapa suka sangat. Hahaha! Sekadar mencuba. Minggu ini, lebihan tepung pulut boleh buat Buah Melaka plak. Nyum2!


Resepi asal : Kuih Tepung Bunga

Selamat mencuba ya! ^__^



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Iklan bilik untuk disewa kemasukan Ogos 2012

Kali ini nak buat iklan plak di blog sendiri. Letak kat mudah.com tak lepas-lepas lagi. Geram aje tengok. Sebelum ini banyak kali letak, kejap aje dah terpapar. Okay, meh aku cerita serba sedikit maklumat rumah/bilik untuk disewa.



Maklumat untuk anda 

Rumah mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air
Mencari penyewa untuk sebuah bilik yang bakal kosong
Kemasukan 1 Ogos 2012
Bayaran sewa sebulan RM 350/3 = Setiap seorang bayar RM 117
Bil air dan bil elektrik dikongsi ( Biasanya seorang RM 20 )


Bayaran yang dikenakan sebelum masuk :
RM 150 ( deposit rumah ) + RM 50 ( bil air dan elektrik )
= RM 200


Lokasi : Taman Badrishah, Lahat, Perak
5 minit dari Tesco, AEON Station 18, Pasar Bina, Kamdar, Mc'd
Hanya untuk penyewa WANITA sahaja


- bilik yang bakal disewa -


- ruang tamu -

- ruang tengah/makan -


- ruang dapur yang agak sepah ketika itu,haha -


Sebarang pertanyaan boleh hubungi daku sendiri, Nurul Yui / 019-2331810. Lagi cepat lagi bagus. Lantai semuanya marmar. Jangan risau, sentiasa sejuk. Muahahaha!


nota kecik yui
Moga ada cepat penyewa baru
taknak la bilik tu kosong
dahlah tinggal berdua aje nanti


Update : Maaf, dah ada penyewa
Kalau takde, akan diupdate lagi ya






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 23, 2012

Craft doodle couple untuk hari raya & Bearbear

Semalam disiang hari, amatlah bosan coz tak dapat nak ke dapur. Bajet rajin sangat memasak la tu! Hahaha. So, dah takde kerja, datang plak mood nak bercraft lagi. Sedangkan order yang ada, aku baru buat sikit.




Tada. Itulah hasilnya yang tak seberapa + percubaan pertama. Dibuka untuk tempahan jika ada yang berkenan ya. PM sahaja atau komen kat entry ini.


Bearbear = RM 5 seekor ( Boleh dijadikan keychain/hp strap )
Doodle couple = RM 15 sepasang ( Tinggi 11 cm dan lebar 4cm )


nota kecik yui
Rasanya aku nak buat segmen
bagi kad raya macam tahun lepas
agak-agak ada yang nak join tak?
^__^




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Memperkenalkan anak-anak Eton ^__^

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Puasa tak ni? Hihi. Okay, entry permulaan di pagi hari, aku nak memperkenalkan di blog aku sendiri kelahiran ketiga oleh Eton. Total ada 4 tapi malangnya seekor mati setelah 2 hari hidup.








- senang hati dia tido -


Baru seekor yang aku namakan. Yang hitam putih tu namanya CICAK. Geram tengok kecil-kecil ni!


nota kecik yui
Time puasa aku kerja
dari pukul 8 pagi hingga 4.30 petang




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, July 22, 2012

Luka akibat kemalangan

Bila tengok gambar ini, terasa diri ini yang alami. Uish, nyilu lak! Mesti pedih bila terkena air. Bukan setakat situ aje, hampir kesemua bahagian kiri katanya ada luka dan lebam. Sangat simpati dengan kamu shapit.




Dia naik moto, orang tu naik kereta. Dia di bahagian kiri, tiba-tiba kereta itu belok tanpa bagi signal. Kes macam adik aku haritu. Kira alhamdulillah takde luka teruk. Risau gak. Moga luka-luka cepat baik dan lenguh-lenguh hilang secepatnya.


nota kecik yui
Atok shapit meninggal harini
Al- Fatihah untuk arwah




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan dari YUI



Di kesempatan ini, Yui sekeluarga
ingin mengucapkan
Selamat Berpuasa dan Salam Ramadhan




Mohon maaf andai ada kesilapan
dari yui
Moga kita sama-sama
pertingkatkan amal
di bulan yang penuh kemuliaan ini
amiiiinnn






 Syaitan dikurung 
^__^




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 20, 2012

Keenakan di Pancake House Ipoh

Pertama kali kami sepejabat cuba rasa keenakannya. Not bad! Berbaloi sangat rasa dan harganya. Kami pilih set lunch. Kalau tak silap RM 14.90 +. Tambah RM 0.99 untuk dapatkan pancake yang superb lembut dan besh!


- untuk akak manager -


- untuk rakan pejabat -


- untuk aku -


Keenakan memang terserlah. Ikan itu dari Filipina. Tak dapat kat sana, makan kat Pancake House ini pon jadilah kan. Hihihi. Aku pos sebelum puasa, kiranya korang tengok takdelah terliuar mana kan? Hikhik.


Lokasi : AEON Station 18 Ipoh
Berhadapan dengan Wendys





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Niat puasa bulan Ramadhan

Sempena nak puasa ni, meh nak kongsikan niat puasa bulan Ramadhan kepada semua ya. Sama-sama kita ingat kembali. Nak niat puasa sebulan terus pon boleh tapi yang ini untuk niat hari-hari.




Niatlah sebelum tidur tu ya. Jangan lupa sudah. ^__^






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 19, 2012

Redbull tak elok untuk sistem badan?

- air WAJIB bila PERLU -


Aku akan minum bila aku rasa pening, lenguh badan dan sewaktu dengannya. Tapi bila semalam aku cakap kat dia, terus dia bagitahu, p minum air lain lagi banyak. 100 plus ka. Katanya tak elok untuk sistem badan


So nak tanya, betulke tak berapa elok ni? Aish. Bukan gian tapi salah satu  ubat. Dah kata panadol tak berapa elok kalau kerap makankan, tu pasal aku ganti dengan minum air ini.


# Ke boleh jejaskan kesihatan wanita aku? Minta dielakkanlah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 45 # = Sombong dan Baik

Biar muka nampak SOMBONG 
tapi hati BAIK

Malang sekali bila muka nampak BAIK
tapi perangai puiihh!

Bukan pakej lengkap!


- ayat dari FB sendiri -




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^