tentang
banner
tutor
fb
home

Saturday, March 31, 2012

Bunga dari kertas creepe



Seronok aku dapat buat macam ini. Siyes!! Tak susah mana. Budak tadika leh wat ni. Hihihi. Sebelum ini wat cara lain tapi tak jadi, kali ni guna cara lain. Hasilnya, PUAS HATI. Lepas siap settle buat order craft customer, bakal ku teruskan buat bunga ini. Nak tambah kaler len ^__^


Nanti nak wat bunga ikut tutorial ini plak ----->DIY bnga telur





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 30, 2012

TJ : Nikah gantung dan Hukum zina sebelum kahwin

Soalan 1

Apakah yang dimaksudkan "Nikah Gantung"?


Jawapan 1

Selepas bernikah pihak keluarga isteri tidak menyerahkan isteri tinggal bersama atas sebab-sebab tertentu. Nikah gantung ini bersalahan dengan syariat Islam yang menghendaki isteri tinggal dengan suami selepas berlangsungnya akad nikah.


Soalan 2

Sepasang kekasih berzina sebelum berkahwin. Adakah terhapus dosa berzina mereka selepas mereka berkahwin?


Jawapan 2

Zina adalah satu amalan keji yang tergolong dalam dosa-dosa besar. Oleh itu jika pasangan zina itu berkahwin, dosa zina itu tetap tidak terhapus melainkan wajib pasangan itu bertaubat dengan taubat nasuha. Berkahwin hanya mengurangkan atau mengelakkan dari terus menambah dosa dan bukan menghapuskan dosa.




- Soal jawab lain -





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 29, 2012

10 sebab kenapa tiada/kurang komen di entry

Sebelum ini aku ada buat entry PENDAPAT : Kenapa tiada/kurang komen di entry? . Kali ini nak wat point pendek aje. Ini bagi pendapat aku la okay. Pendapat korang mungkin berbeza. So, meh baca kalau sudi.




1) Blog yang penuh dengan widget

2) Ada word verification yang pelik-pelik hurufnya

3) Lagu yang tidak boleh stop/play

4) Tulisan yang pelik-pelik atau bengkang bengkok

5) Lebih gemar jadi silent reader

6) Diri sendiri tak rajin blogwalking

7) Kekurangan masa atau terhad

8) Entry yang sama diulang balik banyak kali, adjust date & time

9) Entry copy paste blogger lain tanpa diberitahu sumber sebenar

10) Limit berukband dah OUT. Muahaha!!




Itu ajelah 10 sebab "mengarut" dari aku. Ada yang nak tambah, sila bagitahu orait. Thanx pada yang membaca.Haritu buat entry nape aku xnak join contest, harini bab ini plak. Gasak la kau yui t!! Entry ko pon tak banyak komen lagi mau kecoh. Hihihihi.


nota kecik yui
Tak sabar balik t p Aeon Station 18.
Skang pon dah sesak.
Motif utama nak masuk Daiso 
yang menjadi sebutan ramai





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 31 # - Budi bahasa budaya kita



Orang berbudi kita berbahasa
Orang nak buang taik, kita suh p toilet la!!




BE ke - 3 dah labuhkan tirai dengan rezeki RM 6.06
Syukur sangat-sangat




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 28, 2012

"Segmen: nak jumpa mereka sangat2!!!"



Segmen dari salah seorang ahli GF - Kamil Kahar


Dah 2 kali gath dijalankan. First kat Ipoh. Aku hadir ya. Bukti sini. Kali kedua di KL. Oh yang itu agak kecewa kerana tak dapat hadir atas masalah tersendiri. Kali ketiga??  Bakal ada, tapi ntah bila. Hihihi. 


Aku harap gathering nanti dapat jumpa mereka semua. Kat mane?? Terpulang pada persetujuan ramai. Takde apa,ikut aje. Kalau kat Perak,lagi la okay sangat tapi tak adil pada yang negeri lain kan??  So, nantikan saja keputusan ramai. 


So bak kata permintaan Kamil, tanya 3 ahli GF yang aku nak jumpa sangat-sangat. Tapi aku nak bagi 4 orang leh kan??  yang dah jumpa,leh jumpa lagi . Apesal "4 N"?? Jom tengok ^__^


1) Nadia


Antara blogger hebat dan peramah yang pernah aku kenal. Nad banyak membantu aku dalam blogging ini. Ilmu tak kedekut okies! Lama kenal tapi tak pernah ketemu. Hope dapat jumpa nanti ea. Sayang kamu dear!!




2) Nisa





Kenal Nisa pon dah lama. Jumpa lom ag. Bersembang rancak aje sama dia. Dia pon sama minat cam aku dalam craft. Jemput jengok blog craftnya yang semakin berkembang pesat. Dear, moga t kita ada jodoh bertemu ea. Amiinn.




2) Najah a.k.a kim




Inikah wajah sebenar ?? Hihih,sorry dik.men bedal aje ni. Inila adik yang super ramah. Sopan aje aku tengok. Suka singgah ke blog aku dan komen ke akak yang perasan ni?? hihi . Kalau la aku dapat p gathering aritu, kompem dah jumpa mereka bertiga ini!!


4) Nurfaezah


Eza ni pon peramah!! Ai like okay. Senang bersembang dengannya. Orang Sarawak. Even kenal alam maya, tapi selesa dengannya. Entah bila dapat jumpa. Dia jauh seberang sana. Sedihkan?? InsyaALLAH ada rezekikan.



Itulah "4 N" yang aku maksudkan. Yang tak ku sebut,tak bermakna aku xnak jumpa ea. Seboleh-bolehnya nak jumpa semua ahli GF. Dah Kamil minta 3 aje yang utama. Tapi aku nak gak bagi 4. Muahahaha. So, aku suka pada yang peramah, yang sempoi, yang giler-giler cam aku.


Moga persahabatan yang dibina berkekalan selamanya. Amiiiinnn.



 nota kecik yui
Sorry amik gambar tanpa kebenaran
tak suka, gtau ea, yui remove
Pada blogger yang lain pon
aku nak jumpa semuanya. Boleh??





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Selamat berkonvo sayang



Gambar kat atas time dia konvo di Politeknik Tanjung Malim ( sijil ) . Harini dia konvo di Politeknik Kota Bahru ( diploma ) . Belum ada gambar, hope adalah. Tengok gambar dia berpakaian konvo, aku plak sedih coz tak dapat p!! Arggghh! Agak tension. 


Tapi dia dok pujuk kata t p time dia ijazah lak. Harap-harap tak sambung jauhla. Jangan ke Sabah Sarawak sudah. 

Kepada Mohd Shafiq Hasbullah,
 selamat berkonvo. 
Moga berbahagia ya sayang. Tahniah!!



nota kecik yui
Kali ini aku tempah cupcake dari
T dia hantar jam 12.00 tengahari
Ada gambar t aku kongsikan okay





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 27, 2012

Antara sebab taknak join CONTEST

Harini nak pokpek pasal contest/GA/segmen boleh?? Tapi FOKUS UTAMA pada contest la ea. Sebab itu orang anjur, opkoz ada hadiah, ada pesaing, ada semangat membara nak menang jika join. Tapi, masalah utama bagi akula tak tau bagi kome camne kan  Masalah penganjur tu dok diam a.k.a tak bagi respon pada penyertaan!!


Antara ciri CONTEST yang mungkin atau akan aku TIDAK JOIN ialah


1) Tempoh lebih dari sebulan
2) Dok ada perkataan WAJIB terutama tang follow,like dan lain-lain
3) Tak terangkan secara detail apa yang diperlukan
4) Tak singgah langsung! At least tinggalkan komen " TQ sudi join ea "

5) Dok wajib tag lebih dari 2 orang

Itula sebabnya wat masa ini blog contest/ga/segmen aku dianaktirikan. Muahaha. Senang citer, mana tag aku, terima kasih. Aku hargai. Aku rajin + takde langsung ada sebab-sebab di atas, InsyaALLAH aku join ea. 




Aku ni jenis tak kisah. Orang dah anjur, terpulang kat kita nak join atau tak. Tak perlu nak timbul isu lain. So, inisiatif aku, agak-agak ada berunsur seperti aku nyatakan, aku abaikan aje. Penganjur tak susah, orang yang bakal nak join cam aku pon xsusah. Habis citer. Psstt. tapi lau kawan yang mesra dengan aku, aku sokong + insyaALLAH join.


nota kecik yui
Nanti lau aku ada wat contest lagi
ntah-ntah ciput aje nak join
coz aku dah wat entry camni kan ^__^







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

CRAFT : Keychain dan hp strap lady bird



Yang ini telah selamat sampai ke orang yang order, pelajar PUO. Aku hantar sekali coz otw ke matrik gopeng hari Sabtu lepas. First time wat lady bird ni. Hope beliau suka dengan hasil craft tak berapa nak hodoh dariku. Hikhik.


Aku dah tambah peralatan iaitu bekas 12 bahagian serbaguna. Sesuai la untuk crafter cam aku yang nak letak butang, brooch, hp strap, dan lain-lain. Harga 1 bekas hanya RM 5.00. Berminat, PM aku okies. 



nota kecik yui
Shapit dah selamat sampai pukul 6 petang
Skang ni aku "dianaktirikan" coz dia
dengan kawan-kawannya =(




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 26, 2012

MenCICAH pelam teloq + jambu



Aku lunch ini saja harini. Maybe dinner juga. Tu dia, memang ummpphh la nak habaq mai hangpa! Semalam p kenduri kahwen kat Parit Buntar a.k.a kampung aku sendiri. Tengok depan umah pakcik, pokok pelam teluq ni merimbun berbuah. Wow!! Teruja ai.


Dengan baik hati pakcik aku amikkan. Untuk aku seorang okay! Gasak la kau yui perabis semua. Jambu tu kat umah opah aku di SS. Nyum2. Selamat tengok dan selamat menjamu selera yui. Muahahaha!!


Kuah itu mak aku buat. Kalah kuah rojak mak bee. Hihihi. 


nota kecik yui
Kepada ibu-ibu mengandung
aku tak bertanggungjawab kalau
tetiba mengidam ea. Hihihi




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pemenang teka teki jatuh kepada --->

Ehem-ehem, 2 hari entry melekat. Ditambahkan tanpa publish apa-apa komen kerana aku nak tengok sapa yang berjaya meneka dengan cepat dan tepat untuk gambar aku ini. Hebat!! Sila tepuk tangan laju-laju coz peneka terhebat jatuh kepada jeng jeng jenggggg.   



PENEKA TERHEBAT TAHUN 2012




Eh,apesal dua aku buh tu? Aku just nak mentionkan ada 2 orang teka. Ika teka dah cepat & betul tapi dia bg 2 jawapan. Fatin  teka lambat sikit tapi jawapan dia betul + hanya beri satu jawapan. So, agak-agak pilihan aku yang mana satu?? Jawapannya adalah dia. Tahniah!! 


Kepada pemenang, sila emel detail anda atau PM aja aku kat FB okies. Hadiah berupa barang craft. Terima kasih kepada semua yang sudi meneka . Ai like sape yang teka ^__^


nota kecik yui
Teka meneka adalah sekadar suka
Rezeki dalam craft aku kongsikan bersama









guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Doakannya selamat sampai

Pagi ini jam 10.45 dia akan gerak ke Kelantan menaiki bas. Dia seorang. Mak, abah dan abangnya insyaALLAH mungkin akan hadirkan diri pada konvonya nanti, 28/03/2012. Aku?? Tak digalakkan olehnya kalau aku nak naik bas. Cukuplah dia pernah tengok aku muntah teruk time balik dari Kelantan dengannya.




Kawan-kawan, doakan perjalanan dia selamat pergi dan selamat tiba ya. Moga baik-baik hendaknya. Amiiinnn. Dia bakal konvo di Politeknik Kota Bahru, Kelantan. Oh ya, ramai dok teka aku kan. Haaa,ramai yang salah teka. Hikhik. Japg entry bagitahu sapa peneka terhebat ya. Nantikan ^__^


 nota kecik yui
Dia merujuk kepada Shapit




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, March 24, 2012

Jom teka mana satu YUI ^__^



Ehem-ehem, gambar ni tersimpan elok lagi dengan aku
kenangan ni wei!! tahun 2000 time tu aku darjah 6
Inilah rakan sekelas aku, yang kahwen aritu pon sekali


So,skang ni, aku nak kome teka mana satu aku!
Eceh. sapa cepat dia dapat
teetttt!! haa. bakal ada hadiah
mungkin dari craft aku sendiri


Yang mana ada FB aku, sure tau cepat
Tak kisah la
Kome bagi jawapan kat komen entry okies


p/s: Semua komen akan aku publish Isnin.
Ada masa 2 hari, selamat meneka! TQ
Senang aje kan???



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 23, 2012

Saat kecil molek itu yang terindah

Tiba-tiba tangan ni gedik nak gak upload sekali lagi gambar masa aku kecil Orang kata di saat kecomelan melampau la kan. semua kanak-kanak comel bagiku Sekarang comel sikit aje, wek! Perasan kau yui.


- gambar ini dah lama,jadi melekat dengan surat lain -


Bila tengok mata sendiri, tiba-tiba terfikir, patutla ada yang tegur renungan aku nampak tajam. Ditambahkan bila aku menjeling, perghh!! lagi la!! Ini kenyataan kerana mereka sendiri pernah tegur terutama kawan-kawan lelaki. 


Dok tengok gambar ini, buat aku terfikir kejadian yang banyak kali berlaku. Kes mengikut buayaprend! Aduh, pasti hancur luluh hati mak ayah bila anak wat perangai camtu. Aku pon pernah wat salah, tapi bila dah besar, kita pasti berfikir kenapalah kita sanggup buat macam itu kan??


Adik-adik sekalian, jangan ikut jejak remaja yang macam itu okay. Lelaki yang baik takkan sesekali membenarkan anda mengikutnya / cuba larikan diri. Seharusnya dia yang menasihati kerana dia bakal imam kalian nanti. pesanan untuk diri sendiri juga ni!


Oh ya, nak tengok gambar aku saat di dalam kedai gambar, konon nak ada kenangan diframekan. Leh tengok sini. Kat situ ada gak gambar aku berkaca mata. member punya, bukan aku! Saja gatal nak try, maklum aje, teringin sikit pakai spek. Muahahaha!


nota kecik yui
Kalau tau bila besar anak wat perangai
dari kecik mesti ada yang cekik2 kan. 
Esok, ada entry teka teki dari ku.
Sapa bagi jawapan secara tepat & cepat
bakal dapat hadiah okies!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

TJ : Hukum suami ambil duit isteri & Jumlah isteri Nabi Muhammad

Soalan 1

Apakah hukum suami mengambil duit isteri tanpa pengetahuan isterinya?


Jawapan 1

Hukum mengambil duit isteri tanpa izinnya adalah tidak harus. Perbuatan itu dikira sebagai mencuri disisi syarak. 


Soalan 2

Saya ingin tahu jumlah sebenar isteri Nabi Muhammad SAW


Jawapan 2

Kesemua wanita yang pernah menjadi isteri Nabi Muhammad SAW adalah 11 orang iaitu :

1) Khadijah binti Khuwailid
2) Saudah binti Zam'ah
3) A'isyah binti Abu Bakar
4) Hafsah binti Umar
5) Zainab binti Khuzaimah
6) Ummu Salamah
7) Ummu Habibah
8) Juwairiyah binti Harith
9) Maimunah binti Harith
10) Sofiyah binti Huyai
11) Zainab binti Jahsy




- Soal jawab lain -




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 22, 2012

MERAH lagi ni!

Aku tak tahulah kenapa aku asyik dok pilih kaler MERAH. Dimulakan dengan rembat 2 beg merah ketika shopping di nilai. Pastu dok beli baju wakaka kaler merah. Awal-awal dulu kain pasang polkadot kaler merah. Now?? Okay tengok pic jela.


- comel tak watermark itu ^__^ -


Hmm,musykil gak ni. Aku beli selipar kat atas ni time ekspo kat SS aritu aku dapat cabutan bertuah periuk nasi karen tau, syukur!  Time ni main amik aje coz ini jenis slim. RM 15 je pon. Selesa! Aku dok pakai selipar camni aje p keje. Senangkan???


Merah, merah, merah, kenapa dengan kau yui? Padahal sebelum ni pink, pink, pink! Pedulikan.  Mood aku skang ni tengah "merah". So,jangan buat aku marah! Muahahaha. Ntah apa-apa aje kan?? Lalala. Ada aku kisah? =p


Aku tak marah coz mas telah wat aku senyum pagi-pagi dengan entry promotenya. Tak sangka blog picisan seperti aku terpilih, hargai sangat-sangat! Thanx dear. Meh singgah blognya untuk tengok hasil review yang sungguh buat aku senyum kambing ^__^





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 30 # - Girl



A girl doesn't need to tell you
straight how she feels.
It's written all over her eyes.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 21, 2012

Hadiah watermark dan Incik Nuff

CERITA [1]


Semalam, tiba-tiba dapat satu komen dari Puan Ika, bagitahu nak emel coz nak bagi hadiah. Wowww! Teruja ai okay. Sapelah diri ini untuk diberi dan menerima hadiah. Bila check emel, tengok-tengok ika kasi watermark pada aku. Siyes!! Hargai sangat-sangat!!


Katanya dia tengok gambar kucing + dia tau aku peminta peminat tegar a.k.a penyayang pada kucing. Wah, so sweet kucing itu okies. Eton akan jelez kalau tau ni! Muahaha. Thanx sangat-sangat dear coz sudi bagi. Pasti ku guna terutama pabila untuk gambar khas kucing-kucing kesayanganku.


 - hadiah watermark dari ika -


- hadiah watermark dari CP -


Agak-agak nak tempah,tryla tanya ea. Mana tau,kot-kot diterima walaupun katanya suka-suka tapi ku rasakan ini sebagai salah satu kreativiti kan. Boleh gak wat pendapatan sampingan. Eceh! Jauh benor ko pikir ni yui! Entry dari Ika [ ini ]


CERITA [2]

BE ke - 4 [2012] iaitu Wuuhuuonline , terima kasih Incik Nuff kerana sudi bagi kaum kerabat anda singgah menginap di sini.  Wuuhuuonline adalah e-publication portal. Jemputlah jenguk kalau rajin ea.Hikhik. Alhamdulillah, rezeki dari ALLAH.


BE ke - 3 & ke - 2 still berlegar-legar. Terima kasih. Psssss. Aku dah add button Google + walau aku tak pandai guna. Hikhik. Addla kalau sudi ea ^__^ Tutorial button Google + boleh rujuk sini.








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 39 - [GAMBAR] Pertemuan kedua di tahun 2012
























guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Keputusan SPM 2011



Cepat-cepatlah ambil
keputusan SPM kerana
takut "A"cepat habis nanti ^__^


- sumber FB -


Good luck kepada mereka yang ambil keputusan ya
Yang berjaya, tahniah diucapkan
Yang kurang berjaya, jangan risau
Ia bukan menghalang kejayaan yang lain!!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 20, 2012

Kenduri kahwen rakan lama & baju wakaka

Apesal tajuk nak kena ada " & " plak ni?? Lebih kurang 2 in 1 la entry ini. First nak kongsi gambar perkahwinan kawan lama aku dari sekolah rendah laki bini sekelas denganku  Bila tengok kaler baju pengantin, mak ai. Meriah! Cun gak kaler ni.


- Shahrul Azmin & Hasnatul Hawa -


Jom kita layang gambar aje ea. Aku amik sikit aje. Maklum aje,guna hp. Hp pon orang kasi pinjam. Muahahaha. Jadilah dari takde langsung, wat kenangan. T leh bagitahu anak aku " inilah kawan umi time dia kahwen dulu sayang " Opss!! Awalnya kau berangan yui oi.





- antara rakan sekolah yang ada -




Kepada kalian berdua
Semoga berkekalan ke akhir hayat
Moga memperoleh berita yang menggembirakan nanti ya
amiiinnnn



Haa. Itulah sebahagian gambar yang ada. So, kenduri kahwen kawan aku inila aku pakai baju wakaka. Ok gak. Tak panas. Selesa aje. Leh la beli lagi kalau jumpa ada yang jual lebih murah kan? Hikhik. 





Arghh!! Menyampah lak tengok gambar atas ni. Tapi disebabkan ada nak tengok gambar full aku pakai baju wakaka, aku gigihkan juga snap gambar camtu! Huahua. Puas hati tak tengok full? ^__^





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kata kunci menarik perhatian


Kata kunci yang aku dapat kali ini ada yang menarik perhatian. Agak pelik, agak kelakar pon ada! Jom tengok antara yang menarik untuk dikongsikan bersama. Akan aku sertakan sekali entry yang ada jika berkaitan dengan keyword ya.


1) Oh Bulan

Oh bulan antara laman gosip yang aku suka singgah dulu. Since dia dah tukar wajah, agak tidak suka aku kunjung coz nak tengok gambar macam menyusahkan aje. So, entry berkaitan mungkin salih yaacob menikah dan video klip berunsur ghairah.


2) Janda eton

Part ini buat aku gelak sikitla. Kalau tak silap aku memang aku ada mention perkataan janda eton di entry gelagat eton apabila lama menjanda [ video ] . Kot-kot orang tu cari manusia tapi kat blog aku ini memang jumpa kucing ajela ea. Kesian kamu!


3) Geng felt craft

Ini adalah salah satu group yang aku join. Semua berkaitan craft. Tak kisahla kain felt ka, crochet ke. Besh join coz bermanfaat! Lau nak, cari di FB okies.


4) Baju wakaka

Baru lagi entry mengenai baju wakaka namanya <--- rasa kelakar!  Bila orang mencari,maknanya betul ar kan baju tu nama camtu. Oh ya, pada yang nak tengok aku pakai, t ak bagi pada entry berikut ya.


Kata kunci yang lain itu adalah biasa ada pada blog aku. Dan memang benar ia ada. Tapi yang tiap-tiap minggu terutama setiap khamis, pasti ada mencari cerita malam jumaat suami isteri, muahahaha! Carila sampai jumpa apa yang ada ea. Wekkkk!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 19, 2012

Pertemuan kedua di tahun 2012

Seperti yang sedia maklum di entry ini dan ini, alhamdulillah dapat juga kami berjumpa lagi. Hampir 2 bulan. Orang lain tiap-tiap minggu. Tapi takpe, lama tak jumpa barula timbul rindu-rinduan. Wek!! Geli tekak mak. Hahaha.


Tarikh : 18/03/2012
Lokasi : Jaya Jusco Ipoh & Ipoh Parade


 1) Menonton wayang cerita The Lorax



Ini pilihan kami berdua. Lama tak tengok kartun. Aku bagi 4.8 dari 5 bintang. Besh, bagi pengajaran cerita ini. Tak rugi duit aku shapit belanja. Muahahaha. Citer dah okay, tapi orang dalam panggung problem! Dah citer kartun,kompem mak bapak nak bawa anak-anak.


Aku part tak boleh blah bila anak-anak dok menangis, yang dibawa budak kecik watpe! Hampeh. Ganggu mood aku betul. Ikut hati nak cakap, " akak n abag, saya bayar duit sini bukan nak dengar tangisan " . Ceh, sabar jela.


2) Menikmati Baskin Robbins

Akhirnya dia tunaikan hajat aku mengidam nak makan eskrem. Padahal bukan tak boleh beli sendiri. Tapi apa salahnya korban sikit untuk orang tersayang kan. Ececeh, melampau! Btw, thanx dear. Dia makan satu suap aje, aku habiskan! Dia tak berapa gemar eskrem. Untungkan aku?? hahaha.


3) Membeli belah di Ipoh Parade

Kebanyakan adalah barangnya kerana dia bakal konvo 28/03/2012. Jadi, hari Ahad sebelum itu, dia akan gerak ke Kelantan. Kali ini sempat dia rembat kemeja lengan panjang + seluar hitam. So, aku menjadi tukang memilih dan katanya untuk matching dengan hadiah yang pernah aku beri , tali leher .


4) Melantak somtam di food court Ipoh Parade

Part ni pon aku suka. Nyummya somtamnya. Kasi kaw kaw pedas sampai merah dah hidung. Tanpa minum air, biarkan aje kerana hanya aku yang makan somtam. Shapit tak pernah makan jadi dia makan sesuap. Balance haruslah ke perut aku walau tak habis!


4) Menikmati makanan di Keny Rogers

Disebabkan kesian shapit tak makan apa-apa, aku paksa gak masuk situ. Mula-mula nak p Marrybrown tapi ramai lak. So, amikla apa yang suka. Pergh. Memang kenyangla terutama aku! Berapa kali aku nyup nyup aje.


Settle makan, terus aje balik. Aku sempat bagi dia bunga ini sempena konvonya nanti. Mungkin bakal ada nanti juga ^__^ . Thanx dear untuk semua. Thanx sudi susah payah datang. Thanx untuk segalanya ea. Hope nanti kita jumpa lagi. InsyaALLAH, amiiinnnn.




Makin mok la aku dok makan aje kan?? Hikhik. Barula kena dengan shapit coz aku dapat rasakan dia makin " comel ". Muahahaha!! Gambar yang  lain bakal jadikan WW aje la ea.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bunga konvo edisi pertama

Ingatan masih lagi pada semalam. Mana idaknya, semalam alhamdulillah jadi juga bertemu. Entry bakal menyusul ^__^ . Semalam gak sempat aku bagi padanya bunga konvo edisi pertama sebelum dia balik. Actually, ini sebagai saja-saja memandangkan aku tak dapat nak ke Kelantan sambut konvo sekali dengannya.




Simple aje bunga ini. Nak buat sendiri, takde masa. Jadi beli dulu la ea. InsyaALLAH, mungkin aku akan dapatkan servis penghantaran bunga/coklat/cupcake sempena konvonya nanti. Terkilan gak tak dapat pergi. Tapi nak buat macam mana, anggap takde rezeki.




Eton terkilan tak dapat makan cekelat itu. Muahahaha! Pssssss. Semalam ai makan banyak sangat! Aduh. Makan, makan dan makan. Makin mok la aku ini. Huahuahua.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, March 18, 2012

Sebahagian dari " anak-anak " yui

Masih ingat pada entry [ ini ]
pertambahan 2 lagi cicit aku sendiri
muahahaha, lom kawen dah ada cicit okies!!


Owh ya, ada yang tanya mana aku mak aku
letakkan mereka di kawasan rumah??
meh aku nak citer sikit ea.


1) Hanya 3 ekor yang akan duduk dalam rumah
terutama si Eton. Dia tu kucing kesayangan lebih!
Sekor lagi, si Comel. Lagipon Comel suka merayau kuar.
Bila malam/lapar baru balik.
Sekor lagi, si Kecik. Dia dah menginap dalam rumah.


2) Bakinya 21 - 5 =  16 ekor
yang itu semua dalam sangkar.
Bukan 1 sangkar okay.
Ada 7 sangkar. So,bahagilah ikut keselesaan.


- time ini bulu di bontot eton takde!! -


- sekali sekala akan dilepaskan mereka bermain -


Haaa.InsyaALLAH pasni akan
aku kenalkan sekor-sekor yang ada
Even ada yang takde nama.
Hikhik =p


n/y : Ehem-ehem,lau jadi
aku ada ngedate, dah 2 bulan 
tak nampak batang idung.
Jumpa sebelum dia p Kelantan, konvo!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, March 17, 2012

Lelaki dan jantan



Lelaki ialah individu yang beriman 
manakala  
jantan ialah individu yang mementingkan hawa nafsu 
 Setujuke ayat di atas??
 - diperoleh melalui FB -
 
 

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 16, 2012

Baju wakaka ea namanya <-- rasa kelakar!

Pernah tengok kan fesyen baju camni??
Ada yang atas dari lutut, bawah sikit, labuh terus
Cuma kena pakaila seluar kat dalamnya


Mula-mula aku suka tengok
terutama corak polkadot
dan aritu secara tidak sengaja
TERbeli


 - abaikan gambar lain -


Haaa.. terbeli sangatla ni kan
Harga jual RM 65
tapi setelah mulutku manis berbicara
dapatla RM 55


Kain ni jenis cam tudung yang corak jeans
denim ea ke apa ntah
tapi lembutla
lom pakai, cadangnya sok kenduri member
baru mau pakai ^__^


Jangan t aku pakai
ak plak tergelak-gelak sambil kata
" wakakakakakak!! "
Ahakz. sengal!


Ntah-ntah kat jalan TAR lagi murahkan!!
Roger aku kalau murah okies


n/y : Warna merah lagi
Adakah warna pebret telah bertukar??
Oh tidak!!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

TJ : Ganti puasa dan Puasa di bulan Rejab & Syaban

Soalan 1

Pada tahun lepas saya tidak sempat habis mengganti puasa, adakah saya perlu mengganti dua kali ganda puasa itu pada tahun ini? Atau hanya perlu membayar fidyah?


Jawapan 1

Sekiranya saudari tidak sempat ganti pada tahun lepas, bermakna saudari wajib ganti puasa itu pada tahun ini dengan jumlah hari yang sama iaitu tidak bertambah. Tetapi wajib membayar fidyah di samping menggantikan puasa itu sebanyak secupak beras bagi sehari yang ditinggalkan.


Soalan 2

Mohon ustaz jelaskan amalan Nabi Muhammad ketika bulan Rejab & Syaaban?


Jawapan 2

Dalam hadis-hadis yang sahih menyatakan Nabi Muhammad memperbanyakkan puasa sunat pada bulan Rejab dan Syaabam tetapi tidak sampai sebulan penuh. Amalan yang lebih baik ialah berpuasa sebanyak 15 hari sahaja pada tiap-tiap bulan tersebut.




- Soal jawab lain -




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^