tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, September 30, 2014

Cerita di blog ini

Aku suka menulis & disebabkan blog dah dijadikan diari online, maka aku lebih selesa menaip di sini. Walau hakikat bukan diari peribadi sendiri. Cerita adalah random.


Aku suka berkongsi hal peribadi ( tertentu sahaja ) seperti makan minum, diet, kucing, pengalaman, shopping, cuti-cuti. Juga suka kongsikan preview melalui pendapat peribadi seperti perkhidmatan, hasil penggunaan sesuatu produk & hasil kerja orang lain.


Apa benda yang aku kurang/tidak gemar kongsikan dalam blog?
Perihal kerja
Perihal keluarga


Bagi aku, ada perkara tertentu sahaja dapat dikongsikan. Yang mana perlu dirahsiakan, biar ia menjadi rahsia.


Aku adalah insan yang pandai menyimpan rahsia. InshaaALLAH rahsia orang tetap utuh menjadi rahsia.


Maka tidak hairan jika blog aku ada pelbagai cerita.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Semak BMI secara online

Tadi saja check BMI secara online. Masukkan sahaja maklumat yang diperlukan. Jantina, tinggi & berat.





Semak BMI online ---> SINI 


Alhamdulillah paras normal. Kalau sebelum ini aku di tahap overweight. Mana tidaknya dengan ketinggian hanya 157 cm tapi berat pernah mencecah 64 kg. Menternak lemak dengan jayanya ketika itu. Mehmehmeh.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Dana Untuk Meow : Prelove Penny dari Pooplook


PENNY SAIZ L
Sudah potong menjadi 45 inchi
RM 35 termasuk postage untuk seluruh Malaysia
Berminat sila SMS 019-2331810


Harga asal Penny : Pooplook.com


Ketahui lebih lanjut tentang Dana Untuk Meow
[ entry ]

FB Page : Dana Untuk Meow

Item new/prelove terkini boleh rujuk FB Page


100% hasil jualan akan disalurkan ke dana meow Yui
Sambil membeli sambil menderma 


Kalau ada yang sudi war-warkan
Amatlah daku hargai
Terima kasih




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 29, 2014

Perubahan yang dirasai selepas amalkan diet Atkins

Memandangkan ada yang tanya, meh aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku. Entry mungkin sedikit panjang tapi lahir dari hati yang penuh ikhlas ketika menaipnya. Ececeh!


Mulakan diet Atkins
Diperkenalkan oleh salah seorang sahabat baik aku. Selepas aku google, banyak feedback yang baik maka aku request masuk group KDA. Dari situ aku mulakan pembacaan, baca segala fail, komen ahli & lihat gambar.

Dah rasa ilmu asas itu ada, aku mulakan diet Atkin pada Disember 2013.


Dalam 2 minggu induction
Perubahan atau teguran awal yang aku terima dari kawan-kawan sepejabat, pipi aku dah nampak surut. Kalau sebelum itu, ala-ala donut big apple! Kau tahu, bukan seorang dua tegur, tapi sebab ramai, aku percaya memang itu satu perubahan.

Gambar perubahan pipi
[ entry ]


Berapa kg hilang ketika induction?
Aku kurang berat badan dalam 4 kg sahaja. Aku tahu jenis badan aku susah turun. Jadi bila angka 4, itu dah cukup membanggakan. Aku bermula dengan berat lebih kurang 61 kg ketinggian 157 cm. Berat ideal aku seharusnya 57 kg.


Senaman yang diamalkan
Setiap hari sekurangnya 50 kali squat & 50 kali lompat bintang ( aktiviti wajib ). Jika rajin akan berzumba 3 set ( 9 minit ). Ada juga lakukan crush, plank, sit up, push up ( ikut mood ). 


Hasilnya, ada pengurangan inci! Ya ALLAH memang best. Peha, betis, punggung, pinggang & lengan tangan masing-masing menunjukkan pengurangan inci. Jari pun susut sedikit tau! Cara aku, aku akan catat 2 minggu sekali ukuran dalam buku. Senang nak refer.

Pengurangan saiz jari
[ entry ]

Ketika bulan puasa
Aku kurang lagi lebih kurang 3 kg dan sekarang berat aku antara 54-55 kg. Hampir 1/2 tahun mencuba diet atkins, aku memang puas hati. Sebab dengan makan sedap-sedap masih mampu ubah apa yang perlu. Alhamdulillah.

Hasil terkini
[ entry ]


Kesimpulan perubahan yang aku rasa :
1) Pengurangan berat
2) Pengurangan inci
3) Mudah untuk lawas ( setiap hari akan buang air besar )
4) Mampu mengawal diri dari makan tak ingat dunia ( kuantiti sedikit )


Aku banyak share menu, resepi, workout, tips dalam blog. Korang boleh cari di bahagian atas ( tutor /tips ).


Apa pun kena sentiasa beringat. Itu sahaja aku amalkan. Diet juga perlu menitikberatkan kesihatan. Maka bersederhanalah dalam setiap perkara.


Good luck!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Perlahan-lahan

Apabila entry tidak awal-awal draft
Maka nak kaut idea kena perlahan-lahan
Banyak nak dicoretkan tapi belum pasti
nak mula dari mana


Eh! Korang tahu pasal mycybersale?
Aku pun nak jenguk-jenguk ni
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, September 27, 2014

Lirik lagu : A Thousand Years ( Christina Perri )

(Verse 1)
Heart beats fast
Colors and promises
How do be brave
How can I love when I'm afraid
To fall
But watching you stand alone
All of my doubt
Suddenly goes away somehow

(Pre-chorus)
One step closer

(Chorus)
I have died everyday
waiting for you
Darling, don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

(Verse 2)
Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything
Take away
What's standing in front of me
Every breath,
Every hour has come to this

(Pre-chorus)
One step closer

(Chorus)
I have died everyday
Waiting for you
Darling, don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

And all along I believed
I would find you
Time has brought
Your heart to me
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

(Pre-chorus x2)
One step closer

One step closer

(Chorus)
I have died everyday
Waiting for you
Darling, don't be afraid,
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

And all along I believed
I would find you
Time has brought
Your heart to me
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more



* Kalau layan lagu ini sorang-sorang memang rasa menusuk je. Mehmeh!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 26, 2014

Panggilan telefon dari pihak insurans

Bukan sekali tapi dah berkali-kali. Faham sebab itu tugas sebagai pekerja insurans. Tapi kadang-kadang mereka berikan penerangan tanpa bertanya terlebih dahulu "Cik berminat nak tahu lebih lanjut?".


Cakap mereka memang lancar. Dah biasa. Tapi aku yang dengar ini macam tak berapa sedap sebab aku tak berkeinginan tahu lebih lanjut. Macam nak kena paksa kahwin pula. Hahaha!


Maaf!
Saya tahu itu tugas anda tapi sebaiknya mulakan dengan pertanyaan terbaik bukannya terus berikan penerangan selebar boleh walhal pelanggan buat tak endah. Kesian pula rasa. Tak sempat kita nak berkata apa-apa,


Itulah antara sebab aku malas nak jawab panggilan yang tidak dikenali. SMS itu lebih baik. Untuk bisnes hanya nombor Celcom digunakan. Nombor DiGi untuk peribadi.


Kadang bila malas layan, ada kalanya sampai aku off hp. Melampaukan? 


Aku jenis mudah tersentuh & termakan dek kata-kata. Jadi ambil langkah berjaga-jaga. 







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

CPUV [2014] 26 - Sanofi Lactacyd

Banyak CPUV yang aku tak sempat update, tengok-tengok dah credited. Alhamdulillah rezeki masih ada bersama Nuffnang




Kali ini iklan yang menyinggah datangnya dari Sanofi Lactacyd. Tahu tak apa itu? Boleh refer { sini }. Sejenis produk khusus untuk penjagaan peribadi. Ada macam-macam jenis. Mengikut apa yang anda inginkan.


Terima kasih sudi bertandang ke blog picisan ini. 


Rezeki sambil membebel dalam blog. Alhamdulillah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, September 25, 2014

Hari Raya Aidiladha ditetapkan pada 5 Oktober 2014

Bila malam tadi nampak muka pakcik danial di kaca televisyen barulah diri ini terhegeh-hegeh kelebek kalendar. Rupanya Raya Haji minggu depan sahaja. Ku sangkakan 2 minggu lagi.


Preparation
Kalau zaman aku usia bawah 22 tahun, rasa teruja nak sediakan baju baru, nak beli itu ini memang ada. Tapi bila usia sekarang, mood itu tak seberapa. Orang kata biasa-biasa saja. Yang penting keluarga ada bersama di hari tersebut.


Beraya di mana?
Beraya di kampung belah abah sahaja. Tak jauh. Ambil masa 30 minit untuk sampai. Kampung belah emak dah takde siapa sangat. Ada pun pakcik-pakcik sebab mak aku anak perempuan tunggal.


Cuti
Bila Raya Haji jatuh hari Ahad, maka automatik hari Isnin cuti juga. Jangan duk ingat Raya Haji cuti 2 hari ok melainkan kau berada di Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu. Nak sangat cuti, apply leave.


Eh! Kemain aku cerita pasal Raya Haji padahal nak story pendek saja tadi. Mehmehmeh.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Masalah blog sendiri yang "bergetar"

Aku dah perasan dari minggu lepas masalah blog aku ini. Kalau hala cursor ke arah side bar kanan akan jadi "bergetar". 


Aku memang ada letak coding kalau tekan perkataan berlink, perkataan itu akan sedikit besar. Tapi masalahnya yang belah lain ok, belah kanan itu sahaja jadi bergetar. Maka aku tak rasa itu masalah coding.


Melainkan owner yang aku tempah template blog ada setting something. Tapi benda ini baru jadi. Macam tak logik!


Nak perbetulkan aku sendiri tak pandai. Satgi hilang semua coding, blog rupa caca merba pula. Kadang rimas tengok blog sendiri.


Korang yang singgah ada alami tak? Kalau ada apa-apa masalah pada blog aku, silalah bagitahu. Aku berfikiran terbuka =)


Bila jadi macam ini, rasa nak tempah design baru. Nak tukar "baju" blog yang dah lama tak berganti. Tension mak jemah!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 24, 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com




Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Versatile Blogger Award by Cik Itah

Tag oleh : Cik Itah


Tujuh fakta tentang Nurul Yui :

SATU
Muka nampak serius tapi jika dah kenal inshaaALLAH orangnya ramah


DUA
Tidak suka menunjukkan rasa marah tapi jika marah pasti marah sehabisnya
Bahayakan?


TIGA
Hati mudah tersentuh & simpati termasuklah segala jenis haiwan terutama kucing
Kucing di rumah hampir 30 ekor


EMPAT
Pandai memendam perasaan
Mampu "berlakon" untuk kebaikan bersama


LIMA
Cara lepaskan tension?
Bawa motor sehabis laju tapi masih melihat keadaan jalanraya
Berkurung dalam bilik/kemas apa yang ada
Memasak  lebih dari biasa & buat diri lebih sibuk


ENAM
Orangya simple & tidak pandai bergaya
Sukakan dressing yang ringkas
Lebih suka pakai shawl sebab senang lilit


TUJUH
Mengharapkan terbaik untuk diri ini
Bakal berusia 26 tahun sudah tentu mengharapkan
diri ini berkeluarga sendiri
InshaaALLAH


Terima kasih kerana membaca hingga habis
=___=


Maaf sebab tak ikut "syarat"




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Resepi bergambar : Potato Fritters


Sumber : Resepi Ringkas


Mudahkan? Ala-ala cekodok tapi yang basic adalah kentang. Parutkan halus-halus dan goreng. Terasa crunchy. Eceh! Aku dapat bayangkan kesedapannya.


Lagi enak dicicah dengan sos & mayonis. Pergh! Layan membesarkan perut di petang hari ok. 


Jomlah cuba menu mudah ini.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 23, 2014

Menu mudah : Aiskrim Handmade

Jika anda join gorup FB resepi ringkas, ada macam-macam jenis resepi yang dikongsikan. Aku? Haruslah ambil resepi yang sehabis ringkas sebab aku tak suka buat benda yang leceh. Eh! Boleh gitukan? Huhu.




Bahan yang diperlukan pun sangat mudah. Tang mana yang payah? Tang kena tunggu bahan-bahan diputar lebih kurang 40 minit atau sampai jadi meringue/seakan. Aiskrim kat atas aku buat tak tunggu lama sebab malas. Hahahaha!


Ada yang bagitahu boleh guna blender tapi blender rumah aku setiap 2 minit kena berhenti ( blender lama tapi banyak jasa ). Jadi mampukah daku tunggu? Memang taklah. Maka guna sahaja mixer. Boleh biarkan. Huhu.


Tekstur?
Soft. Sedap tau sebab kita boleh adjust kemanisan & perasa apa nak letak.


Selamat mencuba ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bantal Perhiasan Felt Craft muslimah



Order seterusnya nak simple sebegini. Warna ikut kata pelanggan ( selagi stok warna masih ada ). Alhamdulillah berurusan dengan pelanggan yang sangat mudah. 


Bagitahu nak macam itu, nak warna ini, nak letak situ & aku follow sahaja. Sama-sama setuju maka proceed seterusnya.


Nak tahu lebih lanjut boleh ke fb page Nurul Yui Collection. Nak bagitahu, aku partime je sebab hobi maka minimum 2 minggu diperlukan untuk siap bergantung pada list order. Buat craft Sabtu & Ahad sahaja. Sekian.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 22, 2014

Hampir kemalangan dengan lori pendek

Astagfirullahaladzim! Itu ungkapan yang mampu ku luahkan saat kecemasan yang jadi. Pagi-pagi hari kerja, jalan area Klebang ( menuju kilang Yamaha ) pastinya alami kesesakan.


Ada 2 line tapi tak semua mengikut peraturan. Yang kenderaan empat tayar, boleh duduk centre tapi ada yang sengaja menghimpit ke lorong di mana motorsikal boleh lalu


Nak jadikan cerita, tadi berderet motor lalu. Aku belakang seorang perempuan. Perempuan itu boleh teragak-agak nak jalan. Dalam hati aku geram ja rasa. Bukan apa, kalau was-was kenalah duduk tepi sekali. Jangan duduk bahagian tengah.


Dia lepas dia saja tapi time aku lori tu bergerak. Aku hampir langgar tepi lori tersebut. Belah kanan aku kereta Myvi. Aduh! Drama pagi tadi cara aku elak ke kiri ke kanan. Taknak bagi kena dua-dua kenderaan. Akhirnya aku yang tak tentu hala.


Alhamdulillah ok. Kalaulah aku lebih panik, memang tak mustahil aku langgar lori tu. ALLAH sayangkan aku. DIA permudahkan semuanya.


Aku tak berapa gemar orang yang memandu/menunggang tapi suka teragak-agak. Menimbulkan bahaya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, September 21, 2014

Ulangtahun ke 25

Mana mungkin aku lupa birthday dia sebab seminggu sebelum birthday, Celcom akan hantar sms untuk bonus hari jadi. Mehmehmeh. Tidaklah, memang aku ingat tarikh lahir orang-orang yang rapat dengan aku terutama keluarga.


21 September 1989
-
21 September 2014


Genap usianya 25 tahun. Muda setahun sahaja dariku. Tapi aku awet muda. Ahahahaha!


Buat dia,
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 25
Semoga sentiasa bahagia
Semoga mencapai impian dihajatkan
Semoga doamu dimakbulkan


Hadiah?
Nanti jumpa baru dapat
=___=


Doakan kebahagiaan dia & doakan kebahagian kami. Moga jodoh kami kuat. InshaaALLAH. Selamat hari lahir sayang. Eh! Ahahahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 19, 2014

Ditegur nampak "lembaga" di hujung sana

Semalam aku tukar gambar profile di FB. Lepas itu ada seorang kawan tegur, katanya kenapa ada nampak lembaga hitam di hujung gambar. Aku pun terus kelebek & zoom lebih. Malangnya tak berapa jelas.




Terus aku tanya rombongan cik kiah yang pergi Bandung, katanya itu mungkin lif. Ketika kami bergambar ada satu keluarga yang lalu. Konon itu adalah bayangan depa. Ok rasanya pendapat itu semuanya nak sedapkan hati. Huhu.


Bagi aku, benda ini dah berlalu lebih setahun. Kalau betul itu adalah "lembaga", ku anggap "dia" sengaja tumpang masuk dalam gambar. Alhamdulillah takde apa jadi sepanjang berada di sana.


Kawan aku siap bagitahu, dia tak fokus gambar sebab fokus awek depan saja. Hahaha! Lawak toi ko Syikin.


Bila aku tengok, macam seram sikit tapi pujuk saja hati untuk abaikan.


Korang nampak tak?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Ucapkan syukur alhamdulillah



Jangan lupa kita mengucapkan syukur 
Sebagai tanda ALLAH masih menyayangi kita
Bersyukur untuk segalanya


Lebih bersyukur kerana kita masih bernyawa
Untuk meneruskan kehidupan dengan sebaiknya
Alhamdulillah





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, September 18, 2014

Lesen kereta tidak digunapakai?

Mak abah aku jenis bila cukup umur, yang mana boleh ambil lesen kena cepat-cepat ambil. Kita tak tahu kos untuk masa akan datang dan ditambahkan lebih senang dah ada dari tergesa-gesa nak dapatkan. Ewah mukadimah kemain!


Aku belajar bawa motor dari sepupu. Cukup saja umur 17 ( rasanya time dulu 16 tahun dah boleh ambil, lupa! ) aku terus ambil lesen. Habis belajar PUO, ketika itu aku baru saja lepas operation kaki, aku ambil pula lesen kereta.


Kekdah sekarang nak kabor, lesen motor & lesen kereta disekalikan tapi aku "aktif" bawa motor sahaja. Kereta? Itu kereta bapak aku, jadi aku jarang drive dan aku "gugup" sikit nak bawa. Kenapa gugup? Jarang bawa jadi macam inilah. Confident level rendah. Hati nak bawa tapi nak orang yang mahir ada sebelah. Baru jalan. Kalau seorang? Takpayah pun takpe. Ekekeke.


Aku pun takde beli kereta sendiri jadi aku tak hairan sangat. Kiranya lesen kereta aku gunapakai bila terdesak. Mungkin satu hari nanti berguna tapi buat masa sekarang, letak ke tepi.


Lesen aku dah FULL tapi sayangnya jarang digunapakai =)


Aku boleh bawa kereta manual & auto. InshaaALLAH dengan keyakinan yang tinggi. Mehmehmeh.


Sekarang harga nak ambil lesen dah naikkan? Untung juga aku dulu ambil awal-awal. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 28 [2014] - Hadiah hari lahir untuk lelaki?

Ada cadangan atau idea untuk hadiah kepada lelaki?
Hadiah maybe yang lain dari biasa


Kalau perempuan memang senang
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 17, 2014

Kemalangan berpunca dari kecuaian sendiri

Hari Malaysia semalam, aku hadiri 2 kenduri kahwin. Satu jiran tetangga dan satu lagi anak sahabat abah. Balik dari kenduri kedua di dewan Manjoi, lalu area Meru Ipoh sebab nak singgah Mydin.


Ada 2 orang budak lelaki ( lingkungan awal 20an ) naik satu motorsikal. Keluar dari simpang dah silap sebab terlajak. Lepas itu aku perhati yang pembonceng tertoleh-toleh ke belakang. Yang penunggang pun sama. Padahal pulas-pulas juga dan memang mereka rapat dengan tebing tepi jalan.


Abah aku siap cakap "sat lagi tertonggeng la tu". Sekelip mata benda itu benar-benar terjadi! Langgar tebing dan dua-dua terhumban dalam semak tepi jalan. Nasib baik tak langgar bucu penghadang. Kalau tidak lagi teruk mereka.


Aku sempat nampak seorang dan yang seorang lagi tak pasti macam mana. Nak berhenti? Memang tak boleh sebab kami berada dilaluan kanan.


Salah?
Dah tentu salah sendiri. Salah mereka. Kenapa nak tertoleh-toleh. Kalau iya pun, berhentikan kenderaan. Gunakan cermin sisi yang ada.


Cuai?
Memang cuai mereka. Nak salahkan orang lain pun tak boleh sebab tak libatkan kenderaan lain.


Sepanjang perjalanan, mulut ini asyik berkata kenapa mereka itu kenapa mereka ini. Kesian jadi nombor 2. 


Itulah akibatnya atas kecuaian sendiri. Kadang atas kecuaian orang lain pun kita boleh terlibat sama. Maka berhati-hatilah walau di mana anda berada.


Kemalangan tak kira masa, tempat & usia.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 26 [2014] - 2 generasi Kika



Dari kiri :

Kaka 
Kiut
Kika

Muna - dari UUM
Putih - nampak kaki




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 16, 2014

Selamat Hari Malaysia

Tahu tak sejarah macam mana semenanjung bergabung dengan sabah & sarawak?
Kalau kronologi lengkap maaflah che' pun tak berapa ingat
Dengan angka usia yang sudah "lanjut"
Tak mustahil ingatan lengkap semakin pudar


Apa pun, rujuk pada yang pakar untuk ketahui sejarahnya
Aku sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa mengharapkan negara aman
Mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA


Buat pemimpin kecil mahupun yang besar
Laksanakan tugas yang diberi sebaiknya
Dari golongan bawah bila bergabung dengan baik bersama golongan atas
InshaaALLAH kata sepakat itu wujud


SELAMAT BERCUTI JUGA =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 15, 2014

Cerita Korea : King 2 Hearts

Dalam banyak cerita episod aku akan paling layan dari Korea. Drama Melayu? Bukan tak layan tapi lebih minat Korea. Korang fahamkan erti lebih minat itu?




Sekarang aku sedang layan cerita King 2 Hearts. Cerita dah bertahun tapi sebab best, itu tak jadi masalah. Cerita ini sekarang ada di kaca tv 9 setiap hari Selasa dan Rabu jam 9.30 malam. 


Apa yang best
Aku suka tengok jalan ceritanya. Lagi best bila hero dan heroin comel belaka. Mehmehmeh. Itu juga jadi faktor utama aku layan Korea. Hahaha!


Ada sampai satu tahap, kalau mak pak aku buka siaran lain, aku sanggup buka online dekat samsung grand aku ini. Berguna juga aplikasi MyTiVi. Boleh tonton di mana sahaja asalkan ada internet.


Terlepas episod?
Buka maaduu.com. Situ korang boleh layan pelbagai cerita korea lain sampai muak.



Eh! Dia kenyit mata kat aku!
Hahahaha
Layannnn







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kerja

Hari ini aku kerja seperti biasa
Takde makna nak ambil cuti terusan sampai esok
Takde rancangan jadi buat seperti sedia ada


Yang berkeluarga ini mungkin masa yang sesuai
Nak bercuti
Ditambahkan lagi dengan musim cuti sekolah
Peluang!


Seronok juga hari ini tunggang motor
Rasa lapang saja
Walau pagi ditemani hujan rintik


Selamat bekerja kepada yang bekerja
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, September 13, 2014

Lirik lagu : Rude [ Magic ]

Saturday morning jumped out of bed
And put on my best suit
Got in my car and raced like a jet
All the way to you
Knocked on your door with heart in my hand
To ask you a question
'Cause I know that you're an old-fashioned man, yeah



Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes 'cause I need to know
You say I'll never get your blessing 'til the day I die
Tough luck, my friend, but the answer is 'No'




Why you gotta be so rude?
Don't you know I'm human too?
Why you gotta be so rude?
I'm gonna marry her anyway




Marry that girl
Marry her anyway
Marry that girl
Yeah, no matter what you say
Marry that girl
And we'll be a family
Why you gotta be so
Rude




I hate to do this, you leave no choice
Can't live without her
Love me or hate me we will be boys
Standing at that altar
Or we will run away
To another galaxy, you know
You know she's in love with me
She will go anywhere I go




Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes 'cause I need to know
You say I'll never get your blessing 'til the day I die
Tough luck, my friend, 'cause the answer's still 'No"




Why you gotta be so rude?
Don't you know I'm human too?
Why you gotta be so rude?
I'm gonna marry her anyway




Marry that girl
Marry her anyway
Marry that girl
No matter what you say
Marry that girl
And we'll be a family
Why you gotta be so
Rude
Rude




Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes 'cause I need to know
You say, I'll never get your blessing 'til the day I die
Tough luck, my friend, but 'No' still means 'No'!




Why you gotta be so rude?
Don't you know I'm human too?
Why you gotta be so rude?
I'm gonna marry her anyway




Marry that girl
Marry her anyway
Marry that girl
No matter what you say
Marry that girl
And we'll be a family
Why you gotta be so
Rude
Why you gotta be so
Rude
Why you gotta be so rude?


* Suka dengar suaranya. Klasik!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 12, 2014

Perkhidmatan terbaik yang dilakukan oleh foodpanda - Food Delivery

Bab makan minum boleh serah kat aku sebab aku benda macam itu PANTANG ditolak. Mehmehmeh. Hari itu aku ada menang voucher RM 10 dari foodpanda.my anjuran blogger Azhafizah. Semalam dengan gelojoh terus guna. Konon nak tahu service yang ditawarkan.


Apa itu foodpanda?
Merupakan satu pasukan di mana mahu menjadikan ia sebagai penghubung atas talian untuk penghantaran makanan terbaik kepada para pelanggan. 


Bagaimana ia berfungsi?

Pergi ke web foodpanda --> Bagitahu lokasi anda --> Pilih restoran --> 
Tunggu makanan tiba --> Buat pembayaran



Mudahkan? Memang mudahlah nak cerita kat korang ini. Jom aku share pengalaman aku gunakan service. Senang sangat caranya!


1) Daftar di www.foodpanda.my

2) Pilih lokasi dan akan diberikan senarai restoran yang ada berdekatan kawasan 







3) Pilih restoran dan klik menu yang anda inginkan. Akan terpapar senarai pesanan anda di bahagian kanan. Macam semalam aku pilih Kenny Rogers Roasters.

4) Anda perlu isi mengenai maklumat anda untuk penghantaran. Pastikan isi maklumat dengan tepat untuk memudahkan urusan.




Pilih menu & masukkan kod voucher jika ada
Maklumat isi dengan lengkap
Korang boleh tambah nota jika perlu
( macam yang aku buat )


Boleh pilih masa yang nak & cara bayaran


5) Ada sebarang pertanyaan? Pihak mereka juga ada menyediakan live chat. Respon lebih segera. Menarikkan?



Mungkin caj dikenakan untuk restoran tertentu
Sebab semalam aku hanya bayar RM 12 sahaja


6) Tunggu sahaja makanan anda tiba di rumah dan mengikut waktu ditetapkan





Semudah ini sahaja? 
Yup! Semudah yang korang perhatikan. Korang dah isi semua maklumat, nanti ada pengesahan dihantar melalui SMS. Macam aku semalam, dapat SMS pengesahan & dapat panggilan untuk confirmkan lagi order aku. Bayaran pula aku pilih ketika delivery. Terima makanan baru bayar.


Bestkan?
Semua di jari anda. Nak dapatkan makanan tapi malas nak keluar, foodpanda adalah perkhidmatan yang terbaik boleh korang cuba. Sangat aku sarankan. 


Sayangnya tak semua negeri ada, tapi aku yakin satu hari nanti semua negeri akan terima perkhidmatan ini. Pastinya mereka akan luaskan empayarnya.




Kesimpulan dariku

1) Sangat berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan
2) Memberi respon untuk pertanyaan dengan segera [ livechat ]
3) Menepati waktu dikehendaki { nak jam 6.30 petang tapi 6.15 petang dah sampai ]


So, korang cubalah juga. InshaaALLAH akan ulang untuk guna perkhidmatan foodpanda.


Gigih juga walau guna ball pen
Mohon zoom lah ya
Ekekeke!


Maklumat lanjut mengenai foodpanda
Page FB : Foodpanda


Moga foodpanda terus maju & memberikan
perkhidmatan terbaik buat semua pelanggan
=___=






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Mulakan harimu dengan syukur & senyuman



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, September 11, 2014

Bantal katak penangan rindu awak 200%?



Tajuk entry bukan main lagi kan. Ekekeke. Sebab cerita rindu awak 200% dah habis, tak sangka duk terima order bantal felt craft design katak. Dulu aku buat keychain sahaja.


Ada yang nak order katak comel ini? Boleh contact di Nurul Yui Collection. Harga inshaaALLAH berbaloi dengan 100% handmade yang dihasilkan. Untung tak seberapa tapi sebab minat, ku gagahi juga.


Daku hanya partime dengan benda ini semua.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 27 [2014] - Pelbagai watak pada orang yang sama

Andai diri dalam kesedihan
Tidak akan di bawa kesedihan peribadi dalam urusan kerja


Anda diri dalam gembira
Pasti dalam dua situasi tersebut terasa ceria


Orang yang sama 
Mampu menjadi pelbagai watak dalam tempoh sama


Hebatkah itu?
Atau lakonan semata-mata?
Untuk kebaikan



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 10, 2014

WW 25 [2014] - Bantal perhiasan felt craft loving



Info lanjut { sini }




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kucing-kucing dicampak dari tingkat atas

Terkedu saat aku tengok gambar yang dishare dari FB pencinta kucing. Sekali sangkar travel kucing dicampak dari tingkat tingkat 9. Ketika kejadian tuan empunya dalam perjalanan dari tempat kerja.


Masih menjadi tanya samada ini perbuatan khianat atau lain. Apa pun, MUSTAHIL sangkar ini boleh jatuh dengan sendiri dengan kuantiti kucing yang ada dalam itu. Beberapa ekor anaknya mati. Seriously sayu tengok gambar tersebut.


Tak sanggup nak letak gambarnya. Kucing-kucing berkenaan nampak sangat sihat & pastinya tuannya terlalu menyayangi mereka. Kalau korang nak tengok gambar { sini }.  


Kalau benar ini unsur khianat, maka tunggu sahaja pembalasan dari ALLAH. Kekejaman yang melampau! 


Akal letak di lutut!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^