tentang
banner
tutor
fb
home

Sunday, June 30, 2013

Keyword hangat di blog Corat Coret Nusha

Lama dah aku perhatikan. Bila buka Nuffnang, rajinlah aku tengok. Antara keyword atau kata kunci yang ramai cari. Ecehhh! Ramai konon padahal biasa je. Hahaha.


Serious memang mudah nak buat. Aku tak tipu! Mungkin sebab mudah ramai yang nak cuba. Sedap tak?


2) Tips & soalan temuduga berkaitan Penolong Pegawai Tadbir N27
Memandangkan musim SPA buat panggilan temuduga, ramai yang mencari. Tambahan aku bagi sebab aku pun kena juga temuduga berkenaan. Harapan? 50% - 50 % je. Hihi.


Jadi, setakat ini yang terhangat bab resepilah. Aku memang suka buat resepi mudah. Kepada yang mencuba, terima kasih diucapkan kerana sudi follow resepi aku. Kui kui.


Jemput baca entry penuh { sini }
Rasa sebelum Ramadhan, order sebelum Syawal
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, June 29, 2013

Comel tak Kak Ton?

Tajuk entry memang 100% takde kaitan dengan gambar ini. Padahal bukan nak letak gambar kak ton yang comel itu pun.




Sekarang bila lepas mandi, harus sikat bulu kucing supaya bulu yang tak sepatutnya dibuang. Awal-awal, Shinchan tak suka bulunya disikat.


Tapi sekarang, sangat suka! Siap mengeliat bagai. Kemain kau ye Shinchan! Mengada lebih sekarang ini.


* Shinchan yang comel tapi kak ton dapat nama. Kih kih


Jemput baca entry penuh { sini }
Rasa sebelum Ramadhan, order sebelum Syawal
=___=
 
 
 
 

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 28, 2013

Pemenang GA Jun Nurul Yui - Like & Menang

17 peserta yang sertai maka memudahkan kerja untuk cabut undi dan memudahkan peluang kalian dapat hadiah bantal craft. Kih kih. Masa yang ditunggu adalah untuk mengetahui nombor mana bertuah yang telah dicabut.


PEMENANG ADALAH MILIK NO 17


Sila PM yui di FB selewatnya sebelum 1 Julai 2013 jam 12.00 tengahari { link FB } untuk perbincangan bersama mengenai design bantal felt craft saiz A4. Moga design yang diminta mampu direalisasikan mengikut kemahiran jari jemari. Hihi.


Oh ya, aku guna cabutan undi. Gigih aku potong kertas dan tulis nombor. Dengan lafaz bismillah, cabut undi.


Tahniah kepada yang berjaya. Dan kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa. InsyaALLAH minggu depan ada GA lagi ya. Sabar menanti.


Terima kasih kepada mereka yang sertai dan beri sokongan. Alhamdulillah GA Jun 2013 Nurul Yui berakhir dengan baik.


Selepas 12.00 tengahari 1 Julai 2013
jika tiada jawapan dari pemenang
pemenang baru akan dipilih
Harap maklum


Jemput baca entry penuh { sini }
Rasa sebelum Ramadhan, order sebelum Syawal
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Hadiah sponsor & entry promote

Hari tu aku ada terima emel dari Irosia Beauty Touch. Mohon sponsor. Alhamdulillah disebabkan aku tidak busy, maka dengan baik hati sediakan barangan craft mana yang mampu.


Apa yang aku tertarik untuk menjadi sponsor adalah dari cara Irosia Beauty Touch hantar emel. Cara profesional dan berhemah. Aku suka cara sebegitu dari tiba-tiba datang komen " boleh jadi sponsor? ". Itu aku buat tak tahu. Kih kih.


Mohon beradab insyaALLAH orang akan layan secara lebih beradab kan. Nice to see and read. Wahhh gituuu!


- barangan craft yang disponsor -


Oh ya, Irosia Beauty Touch menyediakan perkhidmatan makeup. Kau terjah sahaja blognya. Kemain cantik muka. Orang yang cantik bertambah cantik tengok. 



Entry promote yang telah disediakan oleh pihak Irosia Beuaty Touch



Terima kasih ya ♥




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Senarai peserta GA Jun 2013 Nurul Yui - Like & Menang

Entry ini khas bagi memaklumkan peserta yang sudi join GA Jun 2013 Nurul Yui. Tolong check nama anda tersenarai atau tercicir. Boleh dibetulkan sebelum pemenang diumumkan petang ini.




3) Nabila Zaremi

4) Rieya Ramlee

5) Cik Syiera

6) Nadratul Syazwana

7) Sally Yatiey

8) Izan Mama Mia

9) Abdul Hafizuddin Abdul Hashim

10) Azizah

11) Umie Artoqimie

12) Aniswany lazim

13) Eca Dwinky Asha

14) Shakira Pathi

15) Rosmiza Ali

16) Lufly Queen

17) Syazwani Afandi


Jangan lupa semak ya. If pemenang dah dikeluarkan, TIADA PEMBETULAN diterima. InsyaALLAH pemenang akan diumumkan petang ini juga.


Terima kasih kepada mereka yang sudi sertai GA simple ini.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 27, 2013

GA Jun Nurul Yui - Like & Menang

GA bulanan kali ini nak buat lain dari yang lain. Untuk bulan ini berkaitan dengan craft. Dan pastinya hadiah yang bakal dimenangi adalah hasil dari jari jemari daku juga. 




Syarat-syarat yang WAJIB dipatuhi

1) Hanya perlu LIKE page Nurul Yui Collection

2) Jika sudah LIKE, boleh komen di entry ini 
dengan komen
" Saya sudah LIKE "

3) Anda tidak perlu tunjuk BUKTI tapi harus JUJUR
pada diri sendiri

4) GA berlangsung dari 26/6/2013 - 27/6/2013 jam 9.00 malam

5) Senarai penuh peserta & pemenang dikeluarkan pada 28/6/2013

6) Hadiah berupa barangan craft 
{ bantal perhiasan saiz A4 dengan design dari anda }

7) Design dari anda yang boleh daku realisasikan
{ dengan persetujuan bersama }

8) Hadiah akan dipos dalam minggu kedua bulan Julai 2013
{ barangan craft dibuat pada hari minggu }

9) Seorang pemenang sahaja akan dipilih
{ cabut undi }


Pada mulanya aku nak peserta buat entry tunjuk bukti dah like tapi takpelah. Aku mengharapkan kejujuran. Kepada yang sudah lama like, boleh turut serta join dengan komen seperti ayat yang diberi ya. Terima kasih untuk kerjasama.


Jemput baca entry penuh { sini }
Rasa sebelum Ramadhan, order sebelum Syawal
=___=



ENTRY MELEKAT HINGGA 27/6/2013 JAM 9.00 MALAM





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Alhamdulillah semakin lega

Entry ini ditaip secara langsung. Bukan autopublish. Alhmadulillah semakin lega demam. Cuma yang masih berbaki adalah selsema, sakit tekak dan batuk.


Sama-sama kalian jaga kesihatan. Memang macam-macam jenis ubat doktor bagi. Aku je tak lalu nak telan. Hahaha. Bukankah pasal takut ubat yui oi??? 


Opsss! Shhhhhhhh. Diam-diam sudah.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Entry pendek dariku

Cuma nak maklumkan aku MC  hari ini 27 Jun 2013. Jangan risau GA bulanan berjalan seperti biasa dan akan tamat 9 malam ini.


Berkemungkinan list peserta akan lambat keluar esok. Aku mohon maaf awal-awal kerana kesihatan tidak mengizinkan.


MC kerana demam, selsema, sakit tekak & batuk. Pakej lengkap. Huhu.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 26, 2013

Perkhidmatan Supir Abdullah di Bandung Indonesia

Dapat komen dalam entry { ini }. Pada sesiapa yang berhajat nak bercuti ke Bandung dan tercari-cari pak supir, apa kata terus hubungi supir Abdullah.


Abdullah : +6285219032032




Kalau berhajat, apa kata berhubung dan tanyalah soalan sepuasnya. If ada emel, lagi senang. Jimat kos. 


Pastikan anda berhubung & berurusan dengan orang sepatutnya. Contohnya yang ramai guna perkhidmatan, beri feedback postif dan sebagainya. Bukan apa, kita ambil langkah berjaga-jaga.


Membantu mana yang mampu. Banyak entry aku pasal Bandung, sila rajinkan jari jemari mencari okay.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kek karamel murah & sedap di Ipoh

Hari minggu lepas aku order kek karamel. Tengok warna-warni yang ceria membuatkan hati memberontak nak cuba rasa. Hahaha, ayat takleh blah. Tambahan pula boleh deliver, apa lagi laju sahaja order sebiji.




Sorry gambar tak cantik sebab dapat dalam 1.30pm tapi aku terlampau "pandai" biarkan pula kek itu diluar. Sepatutnya masuk dalam peti ais. 


Harga hanya RM 15. Saiz kek lebih kurang 6 inci. Anggaran berat 550 gram. Memang berbaloi sebab tak habis nak makan kalau bertiga pun. Forward ke hari seterusnya. Rasa pun mambles. Member rumah siap bagitahu macam makan kek aiskrim. Kih kih.


Facebook : Nurul Nurda


Kalau nak order, boleh terus jejak kasih di FB Nurul Nurda. Sis Nurul Nurda tinggal di area Song Choon / Medan Gopeng jadi rasanya tiada masalah deliver area Ipoh.


Orang Ipoh, jangan lupa cuba ya. InsyaALLAH tak rugi beli. Tekak aku jalan sahaja.


* Aku memang suka mencuba. Dah rasa maka kongsikan pula di sini.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 25, 2013

Jerebu semakin menjadi di Ipoh

Makin jelas kelihatan jerebu. Keluar beli makan pun masih pakai face mask. Untuk pencegahan. Tambahan diri ini tak berapa nak sihat.


Baru tadi kedengaran guruh. Ya ALLAH, moga hujan turun. Dah lama sangat hujan tidak melimpahi bumi Ipoh. 


Sentiasa tengok IPU untuk tahu tahap jerebu. Pastikan dari sumber yang BENAR.



* Tolong jaga kesihatan sebaik mungkin ya kawan-kawan. Alhamdulillah dapat maklumat ada sesetengah tempat di Ipoh dah mula hujan. Negeri lain juga.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Emel dari RHB



Dapat emel macam ini. RHB? Maaf aku tidak ada akaun itu. Selalunya emel macam ini, baca belum habis pun aku dah delete.


Suruh klik link? Maaf aku tidak berhajat nak klik. Entah apa-apa yang keluar pula nanti.


Oh ya, maaf sebab Kak Jemah tak pandai English. Wakakaka. Tidaklah, faham tapi buat-buat tak faham sudah.


Eh, itu RHB yang bank or RHB lain? 


Jemput baca entry penuh { sini }
Rasa sebelum Ramadhan, order sebelum Syawal
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Melty yang super nyuummmy!

Order untuk kali kedua dibuat oleh aku kepada sis Yanie Cicha. Sebelum ini order 3 jenis kek { entry }.


Sebenarnya dah lama aku mengidam nak try. Punya meleleh je tengok sis Yanie Cicha dok post kat FB. Maka bila ada kesempatan, terus order!




Rasa yang buat aku tergugat sebab nampak cheese tu. Macam memanggil untuk aku telan. Bila masuk dalam mulut, terasa nyummmy. Ada rasa cheese, coktat melty, creamy dan biskut. Macam biskut marie pun ada.


Satu bekas macam atas hanya RM 5. Ada orang Ipoh nak order? Sis Yanie Cicha duduk area Batu Gajah. If nak deliver pun boleh. Yang penting terus contact beliau ya.


Facebook : Yanie Cicha


Hangpa p tengok dalam album, pasti lagi terliyuqqq nak habaq maiiiii!


Jemput baca entry penuh { sini }
Rasa sebelum Ramadhan, order sebelum Syawal
=___=





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 24, 2013

Keadaan jerebu dan sakit tekak

Sedia maklum keadaan jerebu bertambah teruk terutama di Johor & Melaka. Negeri lain pun ada yang terkena. Perak? Tengok langit pun kelabu, hujan pun dah lama tak turun. 


Sekolah pun dah tutup. Yang kerja pun rasanya dibenarkan bercuti. Jaga kesihatan dan jangan lupa pakai face mask. Kurangkan aktiviti diluar.


Dan aku, sejak malam semalam tekak dah rasa pedih. Nak telan air liur terasa macam ada luka. Pagi tadi otw kerja terus beli gula-gula Strepsil dengan niat moga baik tekak ini. 


* Ada yang bagi maklumat, Perak pun dah mula jerebu. Ya ALLAH, ini salah satu tandamu.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Ahli rombongan dari Malaysia ke Bandung

Selama aku duk cerita mengenai hal bercuti ke Bandung, aku tak bagi pun gambar penuh ahli yang sertai. Maka entry ini sebagai kenangan. Kenangan beramai-ramai "rombongan cik kiah", kih kih.




Sepatutnya kami berempat iaitu rakan dari PUO tapi seorang tidak dapat join atas masalah peribadi. Jom aku kenalkan dulu rakan PUO aku yang ada. Sebelah aku iaitu bertudung coklat & depannya bertudung pink.


Yang lain adalah mak, ayah, makcik, kakak ipar, ipar duai dan juga cinta hati kepada yang bertudung pink. Maka cukuplah kami 9 orang untuk bercuti-cuti di Bandung.


Terima kasih semua. Terima kasih banyak bantu, ada yang belanja, ada yang bersusah payah. Alhamdulillah percutian berjalan lancar walau rasa tak cukup hari duduk di sana. Hahaha.


Day 4 : Bye bye Bandung, nak balik Malaysia! [ part 1 ]

Day 4 : Aktiviti dalam flight Air Asia [ part 2 ]

Tips semasa berada di Bandung, Indonesia [harus ambil tahu

Tempat menarik di Bandung, Indonesia yang harus dikunjungi

Cara jimat guna SimPATI untuk telefon atau mesej ke Malaysia



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

[7] Yui jawab apa anda tanya

Entry pertama di pagi hari Isnin adalah untuk menjawab pertanyaan anda dalam [7] Anda tanya yui jawab. Jom baca jawapan dariku.


1) Eza Boom Boom : Macam mana nak konsistem update blog kalau student macam eza ni? 
Yui : Pertama sekali thanks suka baca blog yui. Untuk hal macam itu, yui cadangkan sediakan entry siap-siap iaitu autopublish. Sekurangnya sehari satu entry pun dah memadai. Bukan setakat sesuai untuk student macam Eza, pekerja macam yui ni pun boleh amalkan. Tambahan kalau pergi kursus, lagi busy memanjang. Taknak blog terabai, buat autopublish. Tapi jangan lupa jejak balas ya.


2) Umie Artoqiemie :  nusha orang mana? apa yang best kat negeri kelahiran nusha? 
Yui : Lama dah orang tak panggil ai nusha. Hihi. Yui orang Perak. Dilahirkan di Parit Buntar. Apa yang best? Harus baca segmen { ini }.


3) Ain Syahirah : Kak Yui pernah tak ada parut jerawat? Kalau pernah, produk apa paling berkesan hilangkan parut jerawat yg kak Yui pernah guna?
Yui : Alhamdulillah kulit akak takde masalah jerawat. Kalau time "bulan mengambang" mungkin ada seketul keluar lepas itu hilang. Akak just pakai produk Safi =)


4) Eca Dwinky Asha : ari tu yui g bandung,berapa banyak duit yg yui belanjakan?
Yui : Yui ada update jumlah perbelanjaan kasar yang dikeluarkan. Eca boleh rujuk entry { ini }. 


Minggu ini hanya ada 4 soalan. Maka cepat sahaja entry ini ditaip. Haha. InsyaALLAH GA bulanan Nurul Yui akan dilancarkan. Sabar menanti okay.


Jemput baca entry penuh { sini }
Rasa sebelum Ramadhan, order sebelum Syawal
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, June 23, 2013

Bosan

Bosan bila lama menanti
Bosan bila lama bersabar
Bosan bila sudah lama tapi tak datang hasil


Bosan? 
Tahu tak apa yang sebabkan bosan
Sebab itu mungkin dari diri sendiri juga
Tidak pandai ubah dari bosan kepada ceria
Tidak pandai ubah dari duka kepada gembira


Nyah kau bosan!
Itu semua godaan syaitan!



 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, June 22, 2013

[7] Anda tanya Yui jawab

Sesi tanya kembali lagi. Sekali seminggu sahaja sesi macam ini. Jom teruskan lagi sesi tanya ini. Oh ya, pertanyaan tidak terhad kepada peribadiku semata-mata. Mungkin juga nak tahu hal lain. InsyaALLAH, ada jawapan aku bagi saja.


Silalah tanya apa sahaja soalan di entry ini. Ingat ya, entry ini. Soalan yang mempunyai tanda "?" sahaja akan dijawab. Mudah kan?


Contoh :
Kenapa suka berblog? [ soalan ]
Untuk menambah kenalan dan bertukar pendapat[ jawapan ]


Jika tiada apa-apa masalah, jawapan akan diberikan dalam entry pada hari Isnin. Sabar menanti ya sayang. Kih kih. Bajet kau retiskan. Tangan dibahu, mata ke atas. Haha!


Nak baca soalan-soalan sedia ada? Klik sahaja link di bawah okay.

Sesi keenam bertanya


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 21, 2013

Tidur terlingkup

Adake istilah tidur terlingkup? Aish, bahasa aku sila jangan ikut okay. Ini kisah salah seeokor kucing aku. Aku panggil dia tembam sebab dia nampak mok mok. Padahal makan sama rata je semua.




Itu gambar dia tengah lena tidur. Kisahnya sebab dia taknak masuk dalam sangkar, jadi biar sahaja dia luar rumah. Pagi aku nak pergi kerja, tengok dia sedap tidur dalam raga motor adik aku.


Serious dia lena! Bunyi enjin motor pun dia buat tak tahu. Macam-macam ragam depa ini. Yang penting keletah kucing insyaALLAH buat aku rasa ceria =)


* Sayang semua kucing yang ada!!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 20, 2013

Jauhkan rasa keegoan itu

Keegoan yang tinggi yang ada pada manusia takkan berkurang jika diri sendiri tidak berusaha untuk hindarkan.


Bila akal menguasai diri, emosi mengganggu pemikiran, maka serba serbi jadi tidak kena. Bahkan keegoan yang semakin tinggi membuatkan syaitan semakin gembira bergelak sakan. Manusia mudah leka.


Ya ALLAH, hindarkanlah perasaan itu jauh dari diri ini. Jauh dari sifat yang pastinya mendatangkan keburukan.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Cara jimat guna SimPATI untuk telefon atau mesej ke Malaysia

Masih ingat simkad apa yang selalu disuggestkan bila berada di Bandung? Kebanyakan kata SimPATI { entry } maka haruslah aku guna SimPATI juga. 


Macam mana nak guna bila dah beli simPATI?


Masukkan simkad dalam hp dan gunalah seperti biasa. Hihihi. Pasti korang geram kalau macam ini sahaja entry aku. Okay, meh nak bagitahu cara penjimatan bila guna simPATI untuk telefon atau mesej ke Malaysia.


Untuk telefon ---> Dail 010176 diikuti nombor telefon 
Contoh : 0101760192331810


Untuk mesej ---> Taip mesej seperti biasa dan bila nak send, 
masukkan +6
Contoh : +60192331810


Untuk semak baki : *888#


Ada faham?


Kalau nak topup, takde istilah topup
Di sana panggil "pulsa"


Serious lebih jimat dan sangat untung! Aku 4 hari di sana, tak terkira telefon family banyak kali. Tak ketinggalan selalu juga mesej si Shapit. Sama macam berada di Malaysia. Jimat!


Kalau kau rasa kaya, taknak guna simkad indon, boleh saja guna prepaid/line dari Malaysia. Boleh jadi macam aku. Telefon tak sampai 1 minit, habis kredit aku RM 10! Tension mak jemah time itu.


Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh terus komen atau lebih baik emel aku fashanusha@gmail.com. Nak contoh jadual pertukaran duit pun aku boleh bagi.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 82 # - Petua taknak bagi kucing buang air besar atau air kecil pada tempat tidak sepatutnya

PETUA 

Jika kucing anda suka poo or pee merata-rata, 
letakkan daun limau purut pada tempat yang telah dia "lepaskan". 
InsyaALLAH dia takkan poo or pee dekat tempat itu lagi.


Dah cuba dan berjaya   



Update : Letak sahaja daun itu sehelai / seberapa banyak
anda nak. Tak perlu potong.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 19, 2013

Bertepuk sebelah tangan

Bertepuk sebelah tangan takkan ada bunyi melainkan bunyi angin. Begitu juga dengan hidup. Andai niat sahaja ada tapi usaha nan hado, tidak akan ada hasilnya.


Untuk peroleh kejayaan atau hasil, kedua belah tangan harus bersepakat, bekerjasama untuk sama-sama berusaha. InsyaALLAH ada hasilnya.


* Bermadah helah sejak peristiwa itu. Peristiwa apa? Biarlah itu menjadi rahsiaku.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Fenomena bedak sejuk Tanaka

Sekarang fenomena bedak sejuk tanaka. Pergh! Merata aku tengok ada jual. Ada beberapa jenis bau. Tapi nampak yang meletop yang botol hijau itu.




Kalau tak salah didatangkan dalam 2 saiz. 40 gram dan 110 gram. Harga ada bermula RM 10 ++. Ikut saiz dan kuantiti yang akan dibeli.


Aku dah cuba? Pastinya belum. Saja duk memerhati dulu. InsyaALLAH nak cuba juga nanti.


Nak minta aku jual? Erm, aku suka guna dulu sebelum jual. Harus di test kepada diri sendiri, barulah tahu macam mana gayanya. Barulah tahu macam mana nak menjawab pada pelanggan. Hihi.


Ada yang dah try? Best tak? Ok ke dengan korang? 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 91 - Sebahagian kucing yang dibela



- seronok tengok mereka makan -


Update : Memang semua kucing di rumah
Takde sekor kucing luar
Ni semua hasil beranak, kui kui





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 18, 2013

Tempat menarik di Bandung, Indonesia yang harus dikunjungi

Kalau anda ke Bandung, Indonesia haruslah pergi tempat-tempat menarik yang ada di sana. Kita sebagai pelancong, bukan selalu dapat pergi. Sekali pergi, pergi sahaja ke mana yang berkenan di hati.


Jom aku senaraikan antara tempat menarik yang perlu korang terjah

1) PASAR BARU BANDUNG
Yang ini memang WAJIB terjah terutama kepada kaki shopping. Serious, mata hampa nanti rambang bila dah jejak kaki ke sana termasuk aku. Rasanya kalau 4 hari ada di sana, 4 hari ulang ke Pasar Baru pun no problem!


2) KAWAH PUTIH
Pemandangan di sana, subhanallah. Sangat mengasyikkan. Sejuk dan damai. Tapi tak boleh berada lama di Kawah Putih kerana boleh beri kesan lain jika tak tahan.


3) CIBADUYUT
Kawasan atau tempat untuk memberi barangan kulit dengan harga yang superb murah. Sandal perempuan beli 3 pasang dapat RM 10 okay. Siapa yang taknak?


4) TANGKUBAN PERAHU
Seperti Kawah Putih juga tapi kawan bagitahu Tangkuban Perahu lagi best!


5) TRANS STUDIO
Ini memang tempat menarik jika korang punya masa lama di Bandung. Game indoor terbesar di dunia.


6) KEBUN STRAWBERRY
Ala-ala korang pergi ke Cameron Highland. Tapi apa salahnya merasa masuk kebun negara orang lain kan.


7) KARTIKA SARI
Jangan lupa beli ole-ole. Korang harus cuba kek kukus mereka. Pisang salai cheese memang mableesss la aku bagitahu. Rambang mata bila masuk.


Okay, ini antara yang sempat aku kongsikan. Tak semua tempat aku dapat pergi disebabkan kekangan masa. Korang boleh baca blog Admya sebab ada kongsikan lebih banyak tempat menarik yang lain.


Day 4 : Bye bye Bandung, nak balik Malaysia! [ part 1 ]

Day 4 : Aktiviti dalam flight Air Asia [ part 2 ]

Tips semasa berada di Bandung, Indonesia [harus ambil tahu]


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

JJCM versi Yui : Nasi Kerabu yang sedap di sekitar Ipoh, Perak

Nasi kerabu asalnya dari Kelantan kalau tak salah aku. Maka haruslah aku cari nasi kerabu asli dari orang Kelantan yang jual. Orang kata air tangan yang sebenar gitu. Hihi.




Maaflah ambil gambar macam itu saja. Apa lauk yang ada? Ikan, solok lada, ayam percik, telur masin dan bahan-bahan yang lain. Harga hanya RM 5 +. Memang berbaloi dan bagiku harganya sangat relevan.


Kat mana nak dapat? Okay, selalu aku beli di pasar malam station 18, Ipoh. Dekat area pejabat aku. Setiap hari Isnin. Orang-orang Lahat, Station 18, Kg Sri Kinta, Taman Desa Aman pasti tahu dan kenal makcik nasi kerabu ini.


Aku pergi gerainya jam 5.40 petang, orang ramai dah berkerumun nak beli. Bukan takat nasi kerabu saja yang dijual, makcik ini juga jual nasi dagang, laksam, nasi lemak dan bubur. Semuanya mableeessss tambah-tambah bab nasi kerabu.


Ai likeeee. Kasi 5 bintang! 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pabila Eton Junior di makeup

Maaflah tak tahu nak letak tajuk apa. Memandangkan selama ini Eton Junior hanya "bogel" ke hulu hilir, Ahad lepas saja aku dan mak perkenakan dia.


Bagi pakai baju dan ikat riben atas kepala. Kemain wajah terpaksa menyerlah. Hahaha.




Dah letak juga tali pada lehernya tapi tak letak loceng. Bukan apa, nanti tak sempat dia tangkap tikus, tikus dah blah sebab dengar bunyi locengnya.


Oh ya, dia makan tikus luar. Kadang-kadang dia bawa sampai depan pintu rumah. Nak tunjuk bukti dia hebat bab menangkap! Kih kih. Lepas tangkap terus settle makan.


* Eton Junior kucing kesayangan mak. Adik ambil dari Matrikulasi Gopeng, Perak.


Update : Baju itu memang untuk baju kucing =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 17, 2013

Genap 5 tahun [17062008]

17 Jun 2008 perkenalan kami. Bermula dari Myspace. Kerana berani, dia tegur aku. Bermula sebagai kawan dan sampai ke hari ini masih "berkawan".


Sekejap dah berlalu. 5 tahun sudah. Alhamdulillah, macam-macam yang dilalui samada pahit mahupun manis. Yang penting mampu kendali dengan sebaiknya walau hasutan syaitan itu selalu ada.


Terima kasih awak kerana masih bersabar dengan saya. Masih tahan dengan kerenah saya. Masih mampu buat saya rasa bahagia selepas keluarga saya. Masih tersenyum saat duka itu ada.


Moga hubungan kita direstui dan ALLAH permudahkan segala urusan kita. InsyaALLAH ada jodoh, pasti kita bersama. Itu doa yang selalu dititipkan.


" Terima kasih Mohd Shafiq Hasbullah Bin Hj. Ahmad "


Doakan kami ya kawan-kawan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

[6] Yui jawab apa anda tanya

Untuk entry ini adalah berdasarkan soalan di [6] Anda tanya Yui jawab. Tunaikan janji sebaik mungkin. Hihi.


1) Syazana Zain : ok so nak tanya movie terbaru yui tengok cerita apa?
Yui : Movie terbaru yang duk ada memang tak tengok. Last tengok bulan lepas, 18/5/2013. Cerita Star Trek. Serious bagi yui sangat best walau pelakon yang ada sangat sikit.


2) Nurul Baidurah : Umur Yui berapa tahun yerk??
Yui : Untuk tahun 2013 25 tahun. Yui bagitahu tarikh lahir ya 18/10/1988. Nanti jangan lupa bagi gift. Hihi.


3) Amanda Suria : Yui dah berpunya ker?
Yui : Walaweh soalan akak. Buat masa ini masih kepunyaan mak dan abah. Walau bagaimanapun sudah hampir 5 tahun mengenali seseorang. Alhamdulillah harinilah genap 5 tahun  =)


4) Azizah :  adik yui yg affat tu masih belajar kat Port Dickson?? 
Yui : Ada lagi yunk tahun ini kat PD. InsyaALLAH raya ini dia balik. Kot-kot nanti kami pergi sana, boleh jenguk Jijah kan. Jijah ada sini bila?


5) Rosmiza Ali : Yui duk Ipoh kan? area mana ye?
Yui : Yui menyewa di Lahat. Tak jauh dari AEON Station 18. Tapi hari biasa sahaja ada. Sabtu Ahad di Sg Siput. Di teratak ibunda dan ayahanda.


6) Cik Nur : Nur nak tanya pasal cucuk vansin kucing tu..berapa yea kos dia..? dan yui pegi klinik swasta ke kerajaan?
Yui : Untuk cucuk vaksin RM 30 sekali cucuk. 3 bulan pertama tiap-tiap bulan harus cucuk dan kemudian setahun sekali. Setakat ini yui pergi veterinar kerajaan. Lebih murah.


7) Zulhilmi Tempoyak :  zulhilmi hensem x..?
Yui :  Hensem dari segi aspek macam mana ea? Yui pun tak pasti nak kategorikan. Tapi tengok gambar nampak comel. Hihi. Sedap mata memandang. Luaran tak penting, yang penting hati budikan?


Ok, settle sudah segala pertanyaan. Moga jawapan yang diberi memuaskan hati anda. If ada apa-apa, boleh komen di entry naaaa.


InsyaALLAH minggu depan ini ada lagi sesi soal jawab.


Korang yang nak berkenalan dengan blogger baru, boleh terus klik pada namanya. Siap letak link blog. Meramaikan kawan takpe, jangan menambah musuh!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bantal perhiasan craft bunga-bungaan felt

Alhamdulillah, cuti hujung minggu seperti biasa, jika ada yang order, aku siapkan order. Taknak pending bagai sebab hanya hari minggu urusan craft dilakukan. Maklum sahaja hari biasa aku kerja.



- Bahagian depan & belakang -


Design dari pelanggan sendiri. Nak ada bunga-bungaan. Maka idea yang ada, hanya bunga macam ini. Moga penerima gembira menerima nanti.


Untuk maklumat lanjut, boleh terus rujuk page Nurul Yui Collection atau blogshop daku sendiri.


Terima kasih blogger Eza kerana sudi repeat order bantal perhiasan craft dari yui =)


* Jawapan untuk segmen soalan jawab dalam  entry selepas ini ya





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, June 16, 2013

Shinchan termenung kekenyangan

Bila tengok aksinya macam ini, laju aku ambil hp dan ambil gambarnya. Time gambar diambil, baru sahaja lepas dia makan. Mungkin dah kenyang, tu posing macam itu.




Korang agak-agak tuan dia macam ini jugake bila kekenyangan? Hihihi.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, June 15, 2013

[6] Anda tanya Yui jawab

Sesi tanya kembali lagi. Sekali seminggu sahaja sesi macam ini. Itupun kalau mood mari. Hihi. Jom teruskan lagi sesi tanya ini. Oh ya, pertanyaan tidak terhad kepada peribadiku semata-mata. Mungkin juga nak tahu hal lain. InsyaALLAH, ada jawapan aku bagi saja.


Silalah tanya apa sahaja soalan di entry ini. Ingat ya, entry ini. Soalan yang mempunyai tanda "?" sahaja akan dijawab. Mudah kan?


Contoh :
Berapa banyak yui update dalam sehari? [ soalan ]
Hari biasa paling sikit 2-3 entry, Sabtu dan Ahad satu entry sahaja[ jawapan ]


Jika tiada apa-apa masalah, jawapan akan diberikan dalam entry pada hari Isnin. Sabar menanti ya sayang. Kih kih. Bajet kau retis. Lalalala.


Nak baca soalan-soalan sedia ada? Klik sahaja link di bawah okay.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^