Orang lain sibuk nak kongsi resepi kuih muih, aku sibuk nak kongsi antara hidangan sempena Syawal
# untuk makan-makan family sendiri ajela, hihihi!
Sebelum ini aku kongsikan
resepi Koktail Buah-buahan Berkrim, tapi kali ini
guna bahan yang lagi murah okay! Tak rugi cuba. Sebelum ini guna whipping cream yang sekotak kecil RM 7 okay! Mahal tapi berbaloi rasanya.
Bahan-bahan ( ikut suka aku je time ini letak )
1) 4 sudu tepung kastard ( boleh tambah untuk kepekatan )
2) 4 sudu gula
3) Air ( ikut suka )
4) 1 tin susu cair
5) Buah-buahan tin ( campur, peach dan lain-lain )
6) Buah-buahan segar ( aku guna anggur, nata de coco )
Cara-cara
1) Panaskan air dan masukkan gula. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan tepung kastard dan teruskan kacau. Kalau tak kacau takut berketul okay. Perlukan kesabaran. Korang boleh gak kacau dulu tepung dengan air dalam bekas lain, kemudian masukkan dalam periuk ( lebih mudah cara ini )
2) Masukkan juga susu cair dalam periuk. Kacau hingga betul-betul sebati dan tidak berketul. Andai bancuhan korang berketul, tapis dulu ya.
3) Tutup api dan masukkan buah-buahan tin bersama airnya sekali kedalam periuk. Kalau letak anggur, buang dulu bijinya ea. Senang telan terus ^__^.
4) Sejukkan campuran tadi dan siap untuk dinikmati! Boleh letak ais batu tapi aku galakkan sejuk dalam peti ais, lebih sedap rasanya.
- inilah hasilnya -
Itu sahaja. Senangkan? Selamat mencuba. Memang enak bila cuaca panas-panas menikmati hidangan sejuk macam ini. Bajet satu periuk dalam 6-7 hanya perlukan modal lebih kurang RM 15 sahaja.
# Hari Jumaat aku akan naik bas dan turun ke hentian duta.
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^