tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, January 31, 2013

ST 67 # - Beronok-ronok

Aku bertanya kepadanya
" Seronok tak dapat jumpa? "

Dia jawab
" Kalau awak seronok, saya beronok-ronok "


Alhamdulillah kalau begitu
=__=


# Beronok-ronok itu bahasa kami
maknanya double sukanya
takde dalam kamus dewan ya


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Lambat benar rasanya

Misi aku setelah bercuti semalam nak bw sebanyak mungkin tapi entah kenapa loading macam siput khinzir la plak. Mood nak terjah melayang-layang aje rasa.


Kalau korang nampak aku terjah lambat, jangan marah tau. Aku usaha habis ni. Mungkin pc computer office ni ada problem sampai nak loading ambil masa yang lama. Itu belum lagi dengan nak layan korea aku kat Maaduu


Oh ya, stok untuk Felinna Vitamin C plus Pure Collagen dah habis. Hanya ada Felinna Inchloss Lotion padaku itupun tak seberapa. Cepat habisnya! Alhamdulillah.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Dah dapat apa yang diidamkan!

Okay, semalam dah kabor aku cutikan. Aku jumpa si Shapit. Pertemuan pertama di tahun 2013. Semalam beli belah sikit, tak sangka jumpa coklat yang aku idamkan tu! Yes yes yes!!!!


- muka diblurkan sebab orang ni eksited sangat! -


Dapat paket besar gitu. Lepas ngidam aku. Hihihi. TQ awak sebab belanja saya beli belah. Lepas ini belanja lagi ya. Hahahaha!


# OTW jejak balas korang ya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 30, 2013

Harga shawl halfmoon manik, bawal manik & bawal rose sempena nak CLEARKAN STOCK

Oleh kerana aku nak clearkan stock secepat mungkin, maka harga diturunkan lagi. If ada yang berkenan, jangan segan silu mesej atau telefon terus 019-2331810.


(1) Shawl Haflmoon Manik : RM 45 sehelai ( harga normal RM 50 )
Untuk melihat shawl yang available, boleh tengok { entry }

(2) Bawal Manik : RM 25 sehelai ( harga normal RM 30 )
Untuk melihat bawal yang available, boleh tengok { entry }

(3) Bawal Rose : RM 15 sehelai ( harga normal RM 20 )
Untuk melihat bawal yang available, boleh tengok { entry  & entry}


Harga belum masuk postage, korang boleh pilih nak guna poslaju atau pos daftar ya. Nak cepat poslaju, tak kisah lambat guna posdaftar.


Oh ya, pembelian 2 helai keatas, aku bagi FREE POSTAGE. Apa lagi, berminat, sila inform aku secepat mungkin. Kalau boleh nak clearkan semuanya sekali. 


Nak view gambar dengan lebih mudah, boleh jenguk di page aku Nurul Yui Collection. Lebih pantas aku balas =__=



ENTRY BARU SCROLL BAWAH




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Dengan ini dimaklumkan bahawa

Dengan ini dimaklumkan bahawa
Nurul Yui sedang bercuti 
kerana ingin bertemu dot dot dot
InsyaALLAH


Segala jejak balas, akan dilakukan esok ya
Sabar menanti 
=___=

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 29, 2013

Shinchan dan loceng barunya

Masih ingatkah pada entry hadiah yang ku terima { entry }. Tak ingat pun takpe sebab nak bagitahu aku dah letak loceng comel itu pada tengkuk Shinchan. Maka total loceng padanya ada 2! Lebih jelas kedengaran bila dia berlarian. Hahaha!



" Hye kamu semua. Cantikkan loceng baru saya? "


Geram tengok bear tu tapi takpe, ku rela beri pada Shinchan. Ada juga gunanya kan? 


Entry clearkan stock dilekat hingga hujung bulan ya. Kepada yang berminat, jangan segan silu inform. InsyaALLAH harga lebih jimat!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Cuti yang ada dimanfaatkan dengan craft

Alhamdulillah, cuti 3 hari ku manfaatkan sepenuhnya dengan siapkan order kali kedua dari insan yang sama. Tq dear. Kali ini 2 bantal perhiasan. Khas untuk suami tercinta. Olololo, sweet sangat!




Ini bahagian depan. Bahagian belakang, pada yang nak tengok boleh terus ke blogshop atau page aku Nurul Yui Collection. Detail semua ada di situ. Terima kasih kepada yang order dan juga bakal order. Kihkih. Bajet macam ada! Haha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, January 27, 2013

Bagaimana menggoda janda?



Hot keyword kali ini. Okay, untuk pengetahuan kalian, janda yang selalu aku perkatakan dalam blog kesayangan aku adalah si janda Eton. Oh yeah! Ada yang berkenanke nak nikah dengan Eton? Bagitahu aku segera ya. Ahakz.


Eton sakit mata. Kesian tengok dia. Ubat dah habis bagi pakai tapi still tak okay. Doakan dia cepat sihat ya. Rindu nak tengok dia aktif.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, January 26, 2013

Bilik kosong di Seksyen 7 Shah Alam | RM 128.50

Meh aku just nak inform maklumat yang aku dapat. Kepada yang mencari bilik di area Seksyen 7 Shah Alam, bolehlah contact Nor Azian. Harga macam berbaloi sungguh. Tapi apa-apa pertanyaan lebih baik terus contact okay.


Macam mana nak dapatkan entry kat atas? Okay, nampak kan belah kanan " Cheese di sini " , masukkan tajuk entry aku di ruangan SEARCH iaitu Iklan bilik untuk disewa kemasukan Ogos 2012. Nanti boleh terus ke link Nor Azian. Kalau malas, klik aje link yang aku letak okay.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 25, 2013

Rupa selepas berjam-jam dalam pantai!

Kalau dalam entry ini aku ada bagitahu yang aku berendam berjam-jam dalam pantai di Teluk Senangin. Oh sangat besh! Lama sangat tak berendam dalam air masin. Dan Ayut ada bertanya, tak gelap ke kulit mandi berjam?. Ok, meh tengok gambar sebaik sahaja settle program. 


- di AEON Manjung, Perak -


Alhamdulillah takde masalah kulit. Sebab sebelum ini pernah mandi di Teluk Senangin tapi bila balik kulit jadi kering sangat. Kali ini semua okay walau tanpa sunblock bagai. Jimat duit aku. Hahaha! 


Tapi aku perasan kulit tangan gelap sikit. Eh, tak kisahlah mak jemah, ai memang gelap pun. Dah tak heran. Kan kan kan?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Hadiah dari blogger | Dunia sebenar Shida |

Hadiah ini dah sampai minggu lepas tapi baru sekarang teringat nak update. Maaf Shida. Nasib baik ada ambil gambar, boleh tepek di blog ku ini. Kenangan.




Comelkan? Hadiah sempena apa? Kalau tak salah sempena aku join { sini }. Alhamdulillah ada rezeki. Dan tetiba ada idea macam nak pakaikan bear comel berloceng itu ke leher Shinchan. Boleh tak?


# Harini hujan lebat, terpaksa tukar pakaian di rumah sewa dahulu. Hp juga tertinggal. Dugaan hari ini.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul aku ucapkan khasnya kepada pembaca blog Corat Coret Nusha dan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Jom kita mengenali dan mengimbas kembali biodata Nabi Muhammad SAW { sini }.


Selamat bercuti kepada yang bercuti sepertiku. Esok kerja dan cuti sehingga hari Isnin. Bersama-sama kita berselawat ke atas nabi kesayangan kita.


# Bila kita belajar, banyak yang kita ingat. Kadangkala kita lupa, maka perlu ingatkan kembali.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 23, 2013

[2] BBQ Gathering Blogger Perak

Pada asalnya nak jadikan entry ini sebagai WW tapi rasa macam nak berceloteh juga. Hihihi. Okay, ini aktiviti kami pada malam hari 19/01/2013. Jom tengok gambar jelah ya.










Semuanya sedap tambah-tambah tang ayam tu. Pergh! Dengan sos cendawan, sos percik, sambal aish memang mengangkatlah seleranya. Tak perlu nasi pon dah kenyang!






Jagung bakar pon menarik. Mableess! Oh ya, menu untuk tengahari keesokannya pun sangat sedap. Kira berselera makan. Cukup "sifatnya". Takde lebih dan takde kurang.


Okay, ini entry mengenai makan-makan InsyaALLAH lepas ini antara aktiviti & sukaneka kami pula. Gambar aku ambil random sahaja. Nak lebih banyak, kenalah tengok dalam group Blogger Perak di FB ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

CPUV 2013 [1] - DiGi iPhone 5

Akhirnya setelah hampir sebulan lebih BE untuk Sunway berenang di blog aku, sudah tamatlah renangannya semalam. Dan harini login Nuffnang, alhamdulillah, ada penggantinya dari DiGi iPhone 5. Start 21/01/2013. Kira permulaan untuk tahun 2013.




Ramai blogger yang dapat CPUV dari DiGi iPhone 5 kan. Cik empunya blog tak mampu nak pakai iPhone lagi tapi kepada yang berminat, bolehlah view maklumat [ sini ]. DiGi pon banyak buat promotion sekarang. Dari RM 161 sebulan, ok gak harganya. Aku suka guna DiGi =__=


Moga lamalah menginapnya. Kumpul untuk cuti-cuti. InsyaALLAH.


# Untuk bisnes ku guna Celcom tapi private di DiGi




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 22, 2013

[1] Antara yang sertai Gathering Blogger Perak

Nampaknya seperti berepisod untuk cerita mengenai Gathering Blogger Perak di Teluk Senangin. Oh ya, gathering turut disertai oleh group Kami Blogger Utagha. Hangpa tau kot kan. Hihihihi. So, biar gambar kali ini tunjukkan mereka yang join.




Gambar atas ni selepas kami settle bersukaneka. Lepas itu dok bervideo bagai. Oh sangat meriah! Sporting habis kebanyakan mereka ini.




Gambar sebelum semua bersurai. Sila perhati apa yang lain dari lain. Eh, lambatlah teka! Hahaha, ada button comel gitu. Kenangan namanya.




Yang seterusnya haruslah gambar aksi pula. Arghh! Ikut korang nak buat gaya apa. Hihi. Sempooooiii la habaq mai kat hangpa.


InsyaALLAH update untuk bbq di malam hari, sukaneka yang ada, aktiviti pantai dan candid time. Update bergantung kepada mood dan masa ya. =__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pemenang GA Januari 2013 Nurul Yui ialah

Seperti yang ku janjikan 22/01/2013 akan ku umumkan siapakah pemenang bagi GA pertama untuk tahun 2013 iaitu GA Januari 2013 Nurul Yui. Senarai peserta boleh lihat { sini }. 


Setelah membaca dialog yang mereka reka berkali-kali maka dengan ini hanya satu dialog yang buat hatiku sangat tercuit semua best tau!  iaitu dari peserta nombor 4. Tahniah kepada beliau! Kepada yang lain, jangan sedih tau, insyaALLAH bulan depan ada lagi.


Terima kasih kerana sokong dan sudi sertai. Kepada pemenang, sila emel dalam masa 24jam ke fashanusha@gmail.com maklumat seperti nama penuh, alamat dan nombor telefon untuk proses pengeposan. Pengeposan dilakukan pada hari Sabtu 26/01/2013 seperti yang dijanjikan.


# Gambar gath Perak akan ku update setelah mereka update di group ya





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 21, 2013

Blogger Perak [ We are family ]

Saja nak "panaskan" entry dengan letak gambar ini dulu. Oh ya, aku tak banyak ambil gambar bersama family blogger Perak sebab mereka dah ada kamera yang lagi canggih dan lebih cun untuk ambil gambar =)




Adik bongsu aku yang pegang. Aku tukang ambil gambar aje. 2 hari di sana, best gak. Kenal lah lebih ramai rakan =__=


Ada yang blogger Perak? Tak kisah kerja di Perak, asal dari Perak, belajar di Perak walau asal negeri lain, dialu-alukan untuk sertai Blogger Perak [ info klik sini ]. Aku dah, anda bila lagi?


# Badan masih terasa lenguh. Penangan berjam-jam berendam dalam pantai. Muahaha!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Senarai peserta GA Januari 2013 Nurul Yui

Berikut adalah senarai peserta yang sudi join GA Januari 2013 Nurul Yui. Sila check link penyertaan anda tersenarai atau tidak. Ada salah silap terus inform untuk memudahkan kerja kedua belah pihak.


5) http://www.permatabiru.my/2013/01/ga-januari-2013-nurul-yui.html
6) http://akuayut.blogspot.com/2013/01/ga-januari-2013-nurul-yui.html
7) http://umikasum.blogspot.com/2013/01/ga-januari-2013-nurul-yui_18.html
8) http://chillgirl2025.blogspot.com/2013/01/ga-januari-2013-nurul-yui.html
9) http://hanyadihatiku.blogspot.com/2013/01/ga-januari-2013-nurul-yui.html
10) http://www.nurulazieyan.my/2013/01/ga-januari-2013-nurul-yui.html
11) http://aqumaryam.blogspot.com/2013/01/ga-januari-2013-nurul-yui.html
12) http://www.dearxila.my/2013/01/ga-januari-2013-nurul-yui.html


Terima kasih kerana sudi join GA tak seberapa dariku ini. Nantikan hari Selasa 22/01/2013 untuk mengetahui siapa yang berjaya mencuit hatiku membaca rekaan ayat yang telah disediakan. Semua ayat menarik perhatianku! Memang jenuh nak pilih siapa paling layak.


InsyaALLAH bulan depan GA Februari 2013 Nurul Yui bakal menyusul.


# Baru balik dari Teluk Senangin semalam. Badan penat + lenguh. Huhuhuhu.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, January 20, 2013

Buah Naga Merah

Aku penggemar buah-buahan. Kalau makan buah semata-mata untuk lunch boleh tahan lagi. Kira takde masalah kalau takde nasi. Kalau mak aku,tak boleh kalau sehari tak dapat nasi!




Nampak menarik warnanya. Tapi kenapa panggil buah naga merah? Aku tak nampak warna merah pun. Hihihi. Oh ya, saat korang baca entry, aku sedang "berjimba" dengan blogger Perak.


# Nanti aku balas jejak ya. Tungggguuuuuuuu!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, January 19, 2013

GA Januari 2013 Nurul Yui

GA untuk bulan pertama iaitu Januari 2013. Jom tengok apa syaratnya ea. Oh ya, sebelum ini sila lihat { sini } untuk lebih memahami GA bulanan Nurul Yui okay.


Syarat-syaratnya :

1) Buat entry dengan tajuk " GA Januari 2013 Nurul Yui"
 dan linkkan ke entry ini

2) Letak gambar yang disediakan

3) Bina ayat berdasarkan gambar
yang mampu mencuit hatiku, akan dipilih

4) Dah siap, hantar link penyertaan di komen entry ini sahaja
sebelum bertukar tarikh 19/01/2013

5) Sila patuhi syarat yang sangat mudah seperti di atas


- letak gambar ini dalam entry dan reka ayat -


Sila bina ayat berdasarkan gambar di atas

dalam sangkar : Kika
luar sangkar : Shinchan


Tak faham? Okay, meh aku bagi contoh macam mana ayat yang perlu korang sediakan ea. Senang aje. Seringkas boleh pun takpe sebab aku akan nilaikan yang mana mampu mencuit hatiku bagi mereka ayat mereka berdua ini.


Contoh :

Shinchan : Oh sayangku Kika, marilah kita bergurau senda diluar sangkar

Kika : Arghh! Taknak!! Merajuk dengan kamu sebab kamu ngorat kucing lain tadi


Dua ayat pun takpe seperti contoh yang diberikan. Lebih pon okay. Ikut kreativiti kalian lah ya. Ingat ea, 2 hari sahaja berjalan GA ini. Pemenang akan diberitahu secepat mungkin { nak nilai }. Tak perlu nak tag, nak follow, cukup jika yang join peka dengan update aku.


Hadiahnya? Seperti dalam gambar di bawah. Selamat "berayat" ya.




Tamat : Last submit entry sebelum 19/01/2013
Pemenang diumumkan : 22/01/2013
Hadiah dipos : 26/01/2013 ( beralamat dalam Malaysia sahaja )





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 18, 2013

Aksi terlampau mereka berdua

Mula-mula datang malu
Marah sana sini bila ada yang lalu lalang
Bila dah berhari mula rasa rindu
Sehari tak nampak dah terbayang-bayang




Dan akhirnya seperti dalam gambar
Sudah bermesra
Benarlah kata orang
TAK KENAL MAKA TAK CINTA
Dan kataku
DAH KENAL TAK BERMAKNA DAH JATUH CINTA


# Minggu ini takde tanya-tanya ya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Gathering awal tahun 2013 Blogger Perak

InsyaALLAH jika tiada halangan dan ada jodoh, aku akan turut serta menghadirkan diri ke gathering awal tahun 2013 Blogger Perak. Dah bayar, insyaALLAH pergi punya. Kih kih. Lagipun nak jumpa "family" Blogger Perak yang memang peramah!




Lokasi : Teluk Senangin
Tarikh : 19/01/2013 - 20/01/2013


Doakan semua berjalan lancar ya. Aku maybe lewat datang sebab nak settlekan pengeposan dan tunggu abah balik dari Pahang, dia yang akan hantar aku nanti. Anak abah katakan. Hahahaha.


# Ai pemalu. Wink wink!


Harini last submit ya =__=





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 17, 2013

ST 66 # - Fenomena listen listen listen listen

Listen, listen, listen!
walau aku hanya write
GA bulanan 2013 Nurul Yui
bakal dipublishkan
sekejap lagi

=__=


p/s : Ada tengok kat youtube
dan bagiku no komen!


Update : Thanx ikapukpuk untuk entry { ini }


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 16, 2013

Tembak hidupan laut

Oh, bunyi nampak seperti kejam untuk tembak hidupan laut tapi ketahuilah kebenarannya iaitu aku hanya main game sahaja. Bila bosan melanda diri dan bila kurasakan tab cubemalaysia yang kubeli seperti tidak digunakan, maka main game jelah akhirnya.




Siyes aku jarang nak main game. Pasal rebat RM 200, aku tak sure hp mana yang boleh or tidak. Nanti nak minta cadanganlah dari korang suggest mana yang okay. Itupon kalau aku nak beli lah. Dalam hati masih sayang lagi hp lama walau dapat free. Hahahaha!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 74 - Jenis telefon bimbit untuk rebat RM 200



Benarkah ini senarainya?
Selain dari cawangan telekomunikasi, 
kat mana lagi boleh guna?


Sumber gambar : FB kawan




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 15, 2013

GA bulanan 2013 Nurul Yui bakal bermula

Kalau tak salah dan seingat aku, tahun 2012 ada aku bagitahu yang aku bercadang nak buat GA bulanan. Maka tahun 2013 akan bermulalah GA bulanan 2013 Nurul Yui.  Bila nak start? InsyaALLAH dalam masa terdekat.


Ciri-ciri GA bulanan 2013 Nurul Yui

1) Hanya akan berlangsung selama 2 HARI SAHAJA
2) Syarat mungkin berbeza untuk setiap GA, maka baca SYARAT terlebih dahulu
3) Pemenang akan diumumkan dalam entry dan haruslah LAPORKAN diri dalam masa 24 jam
4) Jika pemenang berdiam, pemenang baru akan dipilih
5) Hadiah akan dibagitahu dalam entry GA 


GA insyaALLAH sesimple yang boleh. Hadiah pon takdelah gempak mana. Biasa-biasa aje. Dan yang pasti, walau hanya seorang sahaja yang join, GA tetap berlangsung seperti biasa. Jadi tiada istilah terbatal.


GA bulanan 2013 Nurul Yui lebih kepada suka-suka dan untuk mengeratkan hubungan blogger. Moga semua berjalan lancar. Amiiin.


# Kalau sudi bolehlah join ya =__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Siapakah si nakal ini?

Balik aje dari jumpa blogger pemes, aku yang takde keje ni mencarilah keje yang boleh buatkan aku tenang. Eceh tenang konon! Maka terhasillah craft berikut.




Kenal tak siapa kat atas ni? Antara cartoon pebret aku sampaikan kucing aku yang sekor tu aku namakan sama sepertinya.


InsyaALLAH nak buat pelbagai versi kartun. Senang nanti tinggal jahit aje pada bantal perhiasan jika ada permintaan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 14, 2013

Pertemuan pertama bersama blogger Ika Di Jaya Jusco Ipoh

Alhamdulillah, semalam bersamaan 13/01/13 aku dapat jumpa lagi seorang blogger yang agak pemes. Ramai kenal ni. Hihihihi. Siapa dia? Inilah dia cik empunya blog Mr & Mrs Rongoks.


Sebenarnya Ika beli 2 helai shawl halfmoon berbunga manik dariku. Alang-alang dah beli, aku terus C.O.D dan sekaligus bertentang empat mata. Ecehhhh!


- pinjam gambar darinya -


Orangnya nampak pemalu sama sepertiku. Kah kah. Aku pemalu? Pemalu la kalau first time jumpa. Lepas itu, dah tak henti pokpek plak. Lalalala.


InsyaALLAH akan bertemu lagi di gathering awal tahun 2013 Blogger Perak ( 19/01/2013-20/01/2013 ). Teruja nak jumpa family blogger Perak walau dalam hati perasaan malu menebal setebal salji. 


# Baju inilah yang ada minta aku tunjuk bila aku pakai {entry}. Ada lagi tak yang nak jumpa aku? Hahaha.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

[4] Yui jawab apa anda tanya

Entry permulaan di hari Isnin haruslah untuk menjawab pertanyaan yang ada dalam entry [4] Anda tanya Yui jawab


Cik Nur : Sehari berapa byk blog yg yui wajib BW? 
Yui : Yang WAJIB haruslah update dari bloglist. Lepas itu yang mana datang komen. Bukan apa, dashboard yui KERAP masalah maka itu sahajalah inisiatif yang ada. If dashboard ok, yui terjah aja. Selalunya lebih 30 blog sehari, tak kira plak =__=

Yousuf : Apa khabar? 
purata sehari berapa ramai yang jenguk blog yui ni ek?
Dah berapa kali dapat cek dari nuffnang?
Yui : Alhamdulillah sihat. Berapa ramai ea, kalau check kat Nuffnang, uv dalam 300+. Baru sekali cashout Nuffnang. InsyaALLAH hujung bulan nak buat lagi kalau takde masalah.

Mimie : Dah berapa ramai blogger yang Yui dah jumpa?
Yui : Kalau ahli keluarga Blogger Perak dah ramai jumpa. Yui pun pernah jumpa kak Intan Berlian, Ratu pecut Jijah, Hanis Zuber, kak Eintan dan semalam baru jumpa Ika Rongok.

Cekbolat : Boleh senaraikan sifat lelaki yang diblacklist dalam hati yui ?
Yui : Wah, kelassss soalan. Jujur yui tak suka lelaki panas baran dan cemburu buta tuli! Perokok tegar pun tak minat. Moga bakal suami yui TIADA sifat macam ini. Amiiin.


Itu sahaja soalan untuk sesi keempat. If takde halangan, InsyaALLAH diteruskan Sabtu ini pula. Terima kasih kepada yang bertanya dan moga anda puas hati dengan jawapanku.


UPDATE :
Cinta Misterikenapa buat soal jwb ni?
Yui : Salah satunya sebab yui takde idea nak buat entry apa. Tapi motif utama nak bagi peluang kepada mereka yang sudi bertanya. Itu sahaja. =__=


# Update selepas ini, berjumpa blogger Cik Ika Rongok.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, January 13, 2013

Earning CPUV Nuffnang menurun secara tiba-tiba

Ku ingatkan diri ini sahaja "terkena" rupanya ramai lagi blogger lain mengalami masalah yang sama apabila log ini ke Nuffnang. Check bahagian earning, amaun yang dilihat sebelumnya RM 20 dah jadi RM 10. 50% cut! Kih kih.


Bukan lawak tapi dok fikir mungkin ada masalah sistem. Okay, think positive yui! Hope earning kembali kepada asal sebab cadanganku hujung bulan ini nak cashout. Moga semua dipermudahkan. Amiiin.


# Seperti ada seorang member tak jadi nak join cuti-cuti bulan 4 walau dah beli tiket. Sedihnya.

# InsyaALLAH dalam 2.30 petang nak jumpa seorang lagi blogger. Eksited!

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, January 12, 2013

[4] Anda tanya Yui jawab

Sesi bersoal diteruskan minggu ini. Ada lagike yang nak tanya? Oh ya, pertanyaan tidak terhad kepada peribadiku semata-mata. Mungkin juga nak tahu hal lain. InsyaALLAH, ada jawapan aku bagi saja.


Silalah tanya apa sahaja soalan di entry ini. Ingat ya, entry ini. Soalan yang mempunyai tanda "?" sahaja akan dijawab. Mudah kan?


Contoh :
Apa yang yui suka makan? [ soalan ]
Yui suka makan apa sahaja yang halal =__= [ jawapan ]


Jika tiada apa-apa masalah, jawapan akan diberikan dalam entry pada hari Isnin. Sabar menanti ya sayang. Kih kih. Bajet kau retis. Lalalala.


Nak baca soalan-soalan sedia ada? Klik sahaja link di bawah okay.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 11, 2013

Maharaja Lawak Mega 2012 secara langsung dari Stadium Indera Mulia, Ipoh

Hari ini 11/01/2013 Maharaja Lawak Mega 2012 bersiaran secara langsung dari Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak. Comfirm sesak jalan ke sana!




Adake yang dah ambil tiket nak tengok secara langsung? Kalau tanya aku, memang aku tak ambil sebab aku tak minat benda macam ini. Bukan tak minat tengok tapi tak minat bersesak dalam itu. Hihihi.


Tiket ada lagi tapi untuk duduk luar jelah ya sebab diaorang ada pasang screen besar. Kalau aku, baik aku dok tengok depan tv dari rumah. Boleh meniarap, melantak dan sewaktunya. Tapi tak dinafikan, lain feel nya bila ramai-ramai tonton secara live kan.


# Johan takde juga ke malam ini? Kesian Zizan kalau seorang. Sedih tengok.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

JJCM versi Yui : Sate Kajang Haji Samuri

Semasa otw hantar si teruna ke Port Dickson, kami singgah di R&R Dengkil. Niat utama haruslah nak makan sate. 




Sate Ayam : 1 cucuk RM 0.70



ABC : RM 3.00


Lokasi : Sate Kajang Haji Samuri
R&R Dengkil Arah Selatan
Tel : 016-2296406


Aku sebenarnya dah "bosan" try sate ayam dan sate daging, maka aku nak order sate ikan. Hampa! Takde. Nak order air kelapa, takde juga! Ke menu tu saja-saja sebenarnya ea? Hihihi. Tapi tak dinafikan satenya sedap walau ada yang besar dan ada diselitkan sikit aje secucuk.


Tapi lagi besh di R&R Jejantas Sg Buloh. ABC memang mableesss!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 10, 2013

Yui dan shawl halfmoon berbunga manik

Wah, siap ber"dan" lagi tu. Maklum saja first time memiliki sendiri shawl halfmoon manik ini. Teruja sikit la nak pakai. Hahaha. 




Kepada yang berminat nak dapatkan shawl halfmoon berbunga manik, jangan segan silu view blogshop aku atau sebaiknya di page aku sendiri Nurul Yui Collection { kalau suka boleh LIKE }. Ada 3 warna dah ada cik empunya. Baki 3 helai lagi. Harga best!  =__=


# Sila abaikan wajah seperti bangun tidur itu



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 65 # - Tak mustahil jika ada usaha

Jangan terlampau berharap nak capai bintang yang tinggi di langit 
sedangkan rumput di kaki jarang sekali disentuh 


Jangan terlampau nak menuju ke gunung yang tinggi 
sedangkan bukit yang rendah jarang sekali didaki 


Semua itu tak mustahil jika usaha yang ada kena caranya


Sumber : FB sendiri

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 09, 2013

RESEPI : Bubur cacar merba Yui

Bubur khas untuk mereka yang "malas" dan hanya perlukan masa yang sekejap untuk sediakannya. Oh ya, jangan ditanya kenapa nama bubur macam itu sebab aku pun nan hado jawapan untuk itu =_=




Bahan-bahan

1) Tepung pulut
2) Air masak
3) Gula melaka
4) Sedikit gula
5) 1 kotak kecil santan
6) 2 helai daun pandan
7) Sedikit pewarna
8) Sedikit garam


Cara-cara

1) Bancuh tepung pulut dan air. Letak sikit garam. Gaulkan hingga sebati. Bila kenyal dan rasa okay, campur sedikit pewarna. Bancuhan jangan nampak lembik ya.  Bulatkan kecil-kecil. Jangan besar sebab bila dah masuk dalam air panas, akan jadi kembang.

2) Panaskan air dalam periuk. Masukkan sekali daun pandan yang diikat. Letak juga gula melaka supaya cepat cair.

3) Bila air dah panas atau menggelegak, masukkan bancuhan yang dibulatkan tadi satu demi satu. Nak penyekkan sikit pon takde masalah. Bila kembang dia akan timbul ke permukaan.

4) Masukkan gula. Ikut tekak masing-masing. Jangan banyak sebab gula melaka pon dah manis. 

5) Akhir sekali masukkan santan. Dan nampak mendidih, tutup api dan sedia untuk dimakan.




Senang sahaja kan. Hanya orang yang malas macam aku akan kata susah. Hahaha. Nampak simple tapi rasanya memang besh. Buat bubur paling mudahkan? Cara ini sama seperti nak sediakan bubur cacar. Tak faham boleh tanya.


# Lama sungguh tak kongsi resepi!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 73 - Anak teruna keluarga Shah





Khusyuk dengan hpnya dan eksyen dengan spek aku
Sekarang dia dah berada di PD
Rindu =__=


Update : Belajar di Sekolah Perintis Tentera Darat, PD
Tahun 2013, umurnya 17 tahun



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 08, 2013

Dinner bersama keluarga di Restoran Roslan Hanipah Pelbagai Chicken Chop

Hari Jumaat lepas bersamaan 4/01/2013, kami sekeluarga berkesempatan untuk makan malam di luar. Kali ini pilihan aku di Restoran Roslan Hanipah Pelbagai Chicken Chop, Chemor. Niat aku nak belanja apabila semua dapat berkumpul bersama.


- pilihan aku Beef Chop -


- pilihan aku Banana Split -


Gambar hanya makanan aku je sempat diambil. Yang lain tak sempat sebab mereka dah tak sabar nak makan. Hihihihi. Order 5 chop chop ( lupa ) dan 1 nasi goreng paprik ( abah punya ). Air semuanya special belaka. 


- tengok pinggan sudah! -


- anak dara yang rajin,hahaha! -


- bersama si teruna -


Total makan dalam RM 70++ tapi memang berbaloi sebab mak aku sendiri cakap sedap. So, jangan lupa try rasa ya. Oh ya, jangan tanya nape gambar abah takde sebab dia tak gemar bergambar, semua ini aku snap kecuali yang last.


# Ini kira JJCM versi Yui jugalah ya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pertama kali berwarna macam ini!

Aku mengaku aku tak pandai nak berfesyen bagai. Kalau orang lain dah 5 km ke depan, aku baru nak start. Kih kih. Tapi hari jumaat lepas, entah macam mana aku terberkenan dengan seluar warna macam itu + harganya hanya RM 30!




Baju tu memang dah lama beli. Selalu pakai dengan jeans. Kali ini dengan berani cuba combine kaler begitu. Oh, agak nebes! Takut tak ngam kaler macam itu.


- mak malu2 meowww -


Korang rasa aku sesuaike pakai kaler combine combine ini? Ke nampak pelik dik non? Hahaha.


# Gambar Ahad lepas, time hantar adik lelakiku ke sekolahnya di PD.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 07, 2013

Shawl Halfmoon Berbunga Manik & Bawal Manik

Sebenarnya dah diupdate di page Nurul Yui Collection dan juga blogshop daku. Stok sangat terhad sebab aku ambil sikit sahaja. Kira ready stock. Tak perlu nak tunggu lama-lama.


- ini adalah shawl halfmoon -


Untuk gambar setiap warna, termasuk size dan harga, boleh trus rujuk { sini }. Jangan malas-malas ya. Harga lebih murah dari yang biasa. Baru upload pagi tadi dan alhamdulillah ada yang dah booking. Nak tengok status, boleh tersu ke page atau blogshop.


- contoh dariku -


Untuk gambar tudung bawal pon ada. Rajinkan jemari anda untuk view ya jika berminat. Mesej terus itu lebih baik.


# Siapa bayar dulu, dia didahulukan =__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bantal perhiasan felt dalam proses

Kali ini order dari orang yang berada di Sabah. Unutk majlisnya. Tak sure tunang atau nikah. Tapi dalam bulan 3. Order awal supaya senang dan cepat dapat =__=


- maaf gambar "goyang" -


Design 100% dari beliau. Nak 3 warna ini sahaja dan tulisan tidak berdouble. Yang atas ini baru 70% siap. Nak tambah sikit dan terus jahit. Beliau dah tengok dan katanya sangat suka. Lega den bila customer inform camtu.


# Dah ada stok shawl halfmoon bunga bermanik. Saiz 1.5 meter dan mudah dibentuk. Ada 6 warna sahaja. Sangat terhad. Akan ku update nanti ya. 







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^