tentang
banner
tutor
fb
home

Saturday, August 31, 2013

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-56 Malaysia!

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

laung dengan semangat okay!

Selamat menyambut kemerdekaan ke-56 Malaysia
Sama-sama kita menjaga keharmonian negara
Agar tiada yang berani untuk "mencemar"!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 30, 2013

Hadiah cotton wallet dari The Great Little Summer Crafts

Alhamdulillah hadiah comel ini selamat sampai dalam minggu lepas. Hadiah dari seorang crafter yang sangat ohsem!




Tengoklah cotton wallet comel ini. Geram pula bila aku kelebek lama-lama. Sayang nak pakai! Boleh gitu? Korang berminat nak dapatkan juga? Mungkin boleh request design macam mana yang diinginkan.


The Great Little Summer Crafts



Jom terjah sambil cuci mata mana tahu ada yang berkenan. Boleh terus tempah =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 29, 2013

ST89 # - Erti kemerdekaan buat anda?

Merdeka dari jajahan luar
Merdeka dari sifat yang buruk
Merdeka dari segala kekusutan
InsyaALLAH


Apakah erti kemerdekaan buat kalian?


SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN
YANG KE-56

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Raya Lela & Shinchan

Korang yang rajin singgah & baca blog aku pasti perasan yang aku suka beli baju kucing. Aku bagi pakai kepada kucing-kucing yang suka pakai. Ada sesetengah tak suka, maka tak bagi dah.


Atas permintaan beberapa blogger yang nak tengok kucing-kucing aku beraya bersama baju raya mereka, nah ini gambar untuk kalian. 




Dua ekor ini yang rajin duduk diam bila pakai baju terutama Lela. Shinchan setakat sejam dua dia boleh bertahan lepas itu baju kemana dia pun kemana. Huhu.


Lela D'Majnun : Betina
Shinchan : Jantan


* Seksikan Lela dengan skirt merah nampak ketiak dan buntutnya. Hahaha!


Update : Baju dibeli di Daiso




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 28, 2013

WW 99 - Baju raya Lela





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

KakiWayang : The Conjuring

Minggu lepas aku berkesempatan tengok wayang dengan adik aku. Punya nak sangat tengok cerita The Conjuring. Beli tiket pun dah lambat maka dengan hampa dapat kerusi dua dari hadapan. Tengok jam 9.00 malam.





Aku review sikitlah ya. Nak penuh kena tengok sendiri. Hahaha. Bab nama memang aku tak ingat tapi izinkan aku cerita secara ringkas.


The Conjuring adalah berdasarkan KISAH SEBENAR. Kisah sebuah keluarga yang berpindah ke rumah lain dan bagiku rumah itu agak "suram" dan jauh dari kawasan orang. 


Satu persatu kejadian pelik berlaku. Dimulakan dengan kematian anjing kesayangan mereka sewaktu hari pertama duduk di rumah itu. Terjadi pada si isteri dan anak-anaknya. Paling teruk jadi pada si isteri! Kesan lebam dan kejadian rasukan dalam dirinya.




Terdapat pasangan suami isteri yang kerjanya mengesan,menghalau dan "membersihkan" hantu. Maka mereka berdua ini yang tolong pasangan keluarga tadi.




Macam-macam yang berlaku sepanjang usaha mereka untuk mengetahui apa yang hantu-hantu itu inginkan. Nak tahu akhirnya? Kena tengok sendiri dan lebih puas hati.


Bagi aku, 20 minit terakhir ada unsur seram. Permulaan just ada buat kejutan tapi ramai gelak-gelak termasuk aku. Nak kata seram sangat tidak juga. Bolehlah =)


Aku bagi 4/5 bintang. 


Selamat menonton bagi yang belum tonton





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 27, 2013

Kinta Riverfront a.k.a I-City Ipoh

Berdasarkan entry { ini }, ramai yang tertanya benarkah ada i-city di Ipoh? Disebabkan rata-rata bertanya, maka aku dengan baik hati updatelah cerita penuh hari ini.


Kalau anda di Ipoh, jika orang tanya kat mana i-city Ipoh, jawapannya ialah di Kinta Riverfront. Tak tahu belah mana? Belakang bangunan Bank Islam. Dari jalan besar korang akan nampak Kinta Riverfront Hotel. Ikut sahaja situ.


Bagi aku oklah. Sekadar nak tengok cahaya lampu warna-warni di waktu malam. Keindahan ciptaan manusia yang mana ideanya dari yang maha berkuasa.


- sumber google -


Ada jambatan yang boleh korang lalui untuk lintas sungai kinta ini. Kat i-city Shah Alam takde jambatankan? Aku pun tak pernah sampai sana. Hihi. Info dari kawan-kawan yang duduk di KL.


Kalau yang singgah Ipoh, bolehlah jejak sini. Tapi jika ada yang kata setakat nak tengok pokok lampu warna warni buat apa, aku cadangkan korang duduk sahaja di rumah, pasang lampu berwarna dalam rumah sendiri. Haha.




Sebenarnya ada gambar lain tapi malas nak upload. Boleh gitu?


TIADA BAYARAN DIKENAKAN
UNTUK BERJALAN DI I-CITY IPOH



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Hasil duit bonus raya 2013

Masih ingat dengan entry [ Duit raya 2013 setengah bulan gaji ]? Ok aku tahu jawapannya. Mestilah tak ingat. Kau siapa nak suruh ingat? Kih kih.


Duit setengah bulan gaji yang aku dapat, terdetik hatiku nak bagi sesuatu pada mak tersayang. Bukan apa, sebelum ini dia ada pakai cincin aku. Kira macam mencuba. So,aku terus buat keputusan nak hadiahkan kepada mak dengan beli yang lain.




Mak test pakai cincin aku, secara automatik aku tahu ukuran jarinya. Masih ada longgar sedikit tapi tetap selesa pakai.




Untuk mak aku belikan cincin dan untuk diri sendiri dapat sepasang subang. Alhamdulillah rezeki syawal. Balance duit aku gunakan untuk apa yang patut.


Gambar jari itu adalah jariku. Habis jelas guna samsung grand. Malu tengok tangan sendiri. Siap jelas nampak kesan pakai cincin di jari manis. Muahahaha!


Harga emas dijangka makin meningkat pada tahun 2020


Elok sangat kalau nak mula membeli sikit dari sekarang =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 26, 2013

Kad raya dari rakan blogger untuk tahun 2013

Maaf sangat daku lambat up entry ini. Time nak upload dari grand, kejap ok kejap meragam. Alhamdulillah pagi ini mudah pula. So terbitlah entry ini.
















Alhamdulillah ini yang telah selamat daku terima. Terima kasih kepada kalian yang sudi kirimkan. Sangat terharu.


Untuk tahun ini, juga buat aku terharu dan terkejut sebab Shapit bagi kad raya by post! Tanjat gugurl bila baca kad itu datang darinya. Katanya buat kelainan. Hihi. Terima kasih ya.


* Buat eca, yui tak kirim pula kad sebab eca bagi suprise kad ini. InsyaALLAH tahun depan ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Duit Raya 2013

Raya aku tahun ini makin menipis jika membabitkan soal duit raya. Bukan apa, penerimaan makin kurang. Muahahaha. Tahun ini dengan jayanya hanya dapat duit raya dari abah. 


Tahun lepas, dapat juga dari pakcik, dari si dia. Tahun ni nan hado. Ok aku sedar aku makin dewasa. Makin meningkat remaja. Hahaha. Remaja sangat!


Bab penerimaan je berkurang, pengeluaran masih normal. 


Motif entry? Saja nak bercerita kisah raya 2013. Sebagai kenangan. Banyak lagi "hutang" aku untuk entry raya termasuk kad raya dari blogger.


* Aku tak heran sangat bab duit raya sebab saja suka-suka. Orang beri kita terima orang tak beri nak kata apa. Rezeki masing-masing.


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, August 25, 2013

Kucing berkenduri di hari minggu



Bukan manusia sahaja hari minggu sibuk ke kenduri kahwin, jamuan hari lahir dan seangkatannya. Kucing-kucing aku pun berkenduri juga. 


Ini baru sebahagian yang ada. Ada lagi yang tiada dalam gambar.


Ini juga antara kucing yang akan ku beri jika ada yang sudi untuk membela. InsyaALLAH gambar yang lain bakal menyusul.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, August 24, 2013

Kad raya dan kad kahwin blogger Azhafizah

Alhamdulillah kad raya dan kad kahwin selamat sampai Perak. Sebelum raya lagi. Sangat cantik! Yang penting serba pink. Ai like pink.




Yang pasti design sendiri dari pengantin. Cun!




Terima kasih Fiza sebab sudi jemput yui tapi sayangnya yui tak dapat pergi. Yui doakan dari jauh moga Fiza bahagia sentiasa dan menjadi isteri solehah. InsyaALLAH.


Selamat Pengantin Baru Sayang







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 23, 2013

2 pemenang GA Ogos Nurul Yui 2013 ialah

Setelah dinilai, dibelek, dibaca bercampur dengan yang berjaya buat aku tersenyum secara rasmi dengan lafaz BISMILLAH aku umumkan 2 peserta yang berjaya di pilih untuk GA Ogos 2013 Nurul Yui- Duit Raya 2013 ialah




Anda boleh baca entry mereka. Yang pasti semua entry peserta aku suka dan aku ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi join.


Kepada 2 pemenang ini sila mesej daku Yui 019-2331810 untuk pemberian hadiah yang dijanjikan.


InsyaALLAH bulan depan ada lagi GA seterusnya. Moga tercapai hajat nak adakan GA ringkas setiap bulan untuk tahun 2013. Aminnn.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Senarai peserta GA Ogos 2013 Nurul Yui - Duit Raya 2013

Seperti yang dijanjikan aku keluarkan list peserta yang sudi join. Maka sila check samada terdapat kesilapan atau tidak. Jika ada terus inform di komen entry.


Disebabkan yang join tak ramai, maka peluang anda tinggi! Pemenang akan diumumkan dalam entry seterusnya. Hope allert ya.


Mak Jemah sentap sebab korang yang lain taknak join. Yela sapelah kita. Hahaha. Takdelah, gurau je. Sukahatilah nak join ke tak. Kih kih.


Terima kasih kepada 10 orang peserta ini. Nantikan pengumuman pemenang dalam entry selepas ini ya.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Olo comei comei 5 ekor sekaligus!

Teman seronok sebenarnya bila tengok Eton beranak kali ini. Rasanya kali ke empat atau kelima. Kome nak tahu pasaipa teman seronok?


1) Kali pertama Eton beranak 5 ekor ( sebelum ini 3-4 ekor sahaja)
2) Kali pertama 4/5 berekor panjang ( sebelum ini semua kontot macam dia )
3) Kali pertama seekor berwarna kelabu ( sebelum ini hitam macam dia )




D.O.B : 19/8/2013
Masih tiada nama hingga kini


Geram giler bila tengok baby kucing. Comel bangat! Eh, indon sudah. Hahaha. Hope anak kali ini hidup lama. Yang sebelum ini banyak mati.


Oh ya, kalau ada yang nak kucing free, boleh datang rumah aku di Sg Siput, Perak. Sebab ada banyak kucing. Dari dibuang ( sangat kejam ) lebih baik aku bagi pada yang nak belakan? Walau buka baka hebat tapi anak-anak eton semua comel.


Nak gambar kucing, aku boleh bagi


Jika pecinta kucing, tak kisah kucing biasa or luar biasa, semua bedal sahaja. Betul tak?


Serious, aku dalam tempoh untuk bagi kucing-kucing pada orang sebab lepas ini InsyaALLAH nak mandulkan kucing.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 22, 2013

GA Ogos 2013 Nurul Yui - Duit Raya 2013

Sempena Syawal maka GA Ogos pun ada feeling syawal juga. So anda tak kisahkan? Tengok tajuk pun dah tahu apa hadiahnya kan. Sangat mudah. Senang de amor. Hihi.




Bagaimana nak dapatkan duit raya 2013 Nurul Yui?

1) Buat satu entry dengan tajuk " GA Ogos 2013 Nurul Yui - Duit Raya 2013"
dan letakkan banner diatas beserta link entry ini

2) Hanya blogger beridentiti sahaja diterima

3) GA berakhir 22/8/2013 jam 9.00 malam

4) Berikan link entry penyertaan anda di ruangan komen entry ini

5) 2 pemenang akan dipilih dan diberikan RM 10 setiap seorang

6) Pemilihan pemenang berdasarkan kekreatifan/menarik minat entry anda

7) Duit raya dibuat melalui pembayaran online atau cdm ke CIMB/Maybank
boleh request masuk topup juga

Contoh : 
Follow step atas dan korang boleh bagitahu kenapa nak duit raya tak seberapa dariku ini
Atau boleh letak gambar menarik
Atau apa sahaja yang korang rasa okay

Contoh : [ entry ]


Senangkan? 2 hari sahaja. Kali ini perlu berentry sebab berbaloi-baloi nak dapat RM10 kan? Haha. Kalau seorang sahaja join, tetap berjalan! Dont worry sebab GA ini 2 hari sahaja. Pendek dan tinggi peluang nak dapat. Buat entry sahaja pun cukup.


* Nak tengok ada tak sudi join. Maklum jelah hadiah tak seberapa. Ekekekek.


SENARAI PEMENANG & PEMENANG 
AKAN DIKELUARKAN PADA HARI
JUMAAT 23/8/2013

- Entry baru scrool bawah -



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

St 88 # - GA Ogos 2013 Nurul Yui tamat jam 9.00 malam ini

GA akan tamat malam ini
Refer pinned post jika mahu join


Esok keputusan
Walau hanya seorang
Hadiah tetap berjalan
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kemalangan bas yang mengakibatkan kematian tertinggi di Malaysia [ Genting Highland ]

Terkejut melihat berita terkini semalam. Keadaan yang sangat menyayat hati. Kemalangan bas yang meragut banyak nyawa. 


Kemalangan yang merupakan angka tertinggi jumlah kematian di Malaysia! Ya ALLAH, sedih hati bila tengok berita & gambar.


37 mangsa mati
16 cedera ( kebanyakan parah )


Al-Fatihah dan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Kita doakan semoga kejadian ini menjadi iktibar khasnya kepada pemandu bas dan seluruh pemandu di Malaysia agar lebih berhati-hati terutama kepada pemandu yang membawa banyak nyawa.


" bas dipandu dalam keadaan laju"
kata salah seorang mangsa yang terselamat



* Menitis air mata bila melihat berita dan gambar kemalangan




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 21, 2013

WW 98 - Anak Kika ( Kaka & Kiki )





D.O.B : 13/8/2013
Betina & Jantan





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 20, 2013

Beraya di rumah teman lama PUO

Aci tak kalau aku kata nak sambung entry raya + tunang dengan member-member? Hahaha. Sekarang mood baru ada. 


Hari kedua bersamaan Ahad 11/8/2013, kami sempat singgah di rumah rakan sepoli di Parit Buntar. Aton nama panggilan. Aton bertunang petang tersebut tapi sayang kami tak dapat tunggu. Harus segera pulang ke Ipoh.




Yang si kecil molek di tengah-tengah itu yang bertunang. Sorry aton, kami sempat singgah beraya sahaja. Selamat bertunang kami ucapkan. Nanti kahwin jangan lupa jemput naa. Rumah dah tahu =)


Malam tersebut aktiviti kami pergi funfair, makan di Dataran Ipoh dan i-city Ipoh. Nanti aku story okay.


Oh ya, sakan korang ea tengok aku terlampau "sopan" berkayak memakai baju kurung! Nak tengok gambar, entry { ini }.


* Banyak benda nak update dari kad raya, duit raya, raya raya dan raya. Ni haa GA bulanan belum start lagi. Ada cadangan?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Masalah kabel sebagai punca

Petang semalam datang 2 orang untuk perbaiki apa yang patut. Betulkan komputer ini yang itu bermasalah. Betulkan yang itu yang ini pula bermasalah.


Akhirnya punca sebenar adalah masalah kabel. Baru 2 tahun beroperasi tapi kabel problem. Uisshhh. Sabar jelah.


Hari ini hanya 2 pc yang terpilih boleh digunakan melalui kabel simpanan dan salah satunya aku. So, kalau aku mampu bw aku bw terus okay. Itupun kalau pelanggan tak ramailah.


* Dah ada azam baru =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 19, 2013

Kasut raya 2013

Letak gambar sahaja dulu. Banyak benda nak buat sebenarnya tapi disebabkan pc opis belum dibaiki maka mood itu ke laut.




Itulah kasut aku dengan adik aku. Sama warna sama design sama saiz. Pakai pun selesa sebab ringan. Beli last minute. Hmmmm.


Tension mak jemah up entry guna grand!! Tak puas tengok weiiii.


Aku jejak balas lepas pc okay ya. Harap maaf.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, August 18, 2013

Agar-agar oreo dan milo

Gigih aku online cara buat walau sebenarnya senang sahaja. Alhamdulillah percubaan pertama menjadi walau nampak comot sedikit.


Yang penting rasa itu adakan?


Resepi nanti aku update tapi gambar tiada. Tak sempat snap sebab dah ngap habis. Huhu. 


* online guna samsung grand sebab malas on laptop


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, August 17, 2013

Kasih sayang suami dan isteri

Kes terkini penderaan dalam lif. Yang tendang bagai itu. Pasti ramai tahukan? Bila aku tengok video full rasa macam nak angkat kaki letak di muka si panas baran! Geram betul.




Tengok kucing-kucing aku ini. Berkasih sayang sahaja. Takde pula aku nampak angkat tangan letak di pipi. Ini manusia yang ada akal, tak payah nak guna kekerasan kalau betul pun ada salah silapnya. Molek-molek buat kerja.


* Aku benci orang yang panas baran tidak bertempat!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 16, 2013

Masalah connection di pejabat

Masuk kerja tengok pc buat hal. Test juga pada pc member yang bercuti hari ini, sama juga! Tension pula mak jemah rasa.


Maka kalau siang tidak blogwalking mungkin lewat sikit okay. Hingga pc ok semula atau tunggu sahaja aku online di rumah nanti.


Tak suka nak berblog guna samsung ni. Tak puas mata memandang!!! Nampak tak entry aku kali ini formal benorrrr.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 15, 2013

ST 87 # - Perubahan yang dicipta

Perubahan yang dicipta
kadang-kadang menggembirakan
kadang-kadang mendukakan


Rela atau tidak
ia tetap terjadi


Perlu pasrah
perlu redha
kerana pasti ada hikmahnya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 14, 2013

WW 97 - I City Ipoh, Perak






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Aktiviti di Taman Tasik Taiping

Selepas selesai majlis pertunangan, kami terus bergerak ke Taman Tasik Taiping. Lagipun orang KL mai dari jauh, apa salahnya jalan ke tempat yang mereka tidak pernah pergi.


Ingatkan nak naik "itik" tapi tengok ramai yang naik. Rasa macam lambat pula. Maka idea nak berkayak ke apa entah namanya timbul! 


Yang paling pelik di antara ramai-ramai yang tunggu turn nak naik. kami berempat sahaja insan yang berkurung, berkain. Orang lain semua berseluar! Okay, jadi perhatian!




Serious kami menjadi tumpuan orang tengok. Malu pulak rasanya teman! Pakai punya sopan tapi beraktiviti macam ini. Sepanjang naik. memang gelak memanjang. Tension mak jemah.




Sopankan aku? Hahaha. Nasib baik pakai seluar panjang. Kalau tidak jenuh berkepit duduk dalam sampan. 





Muka aku macam itu sebab takut! Sebab sampan dah masuk zon larangan. Bergegas patah balik. Jenuh sungguh. Dahlah tak kahwin lagi, haha.


Kesimpulan untuk aktiviti macam ini, memang gila sempoi. Aku siap rekod video. Bila tengok balik, gelak sorang-sorang.


Selepas itu terus kami pergi makan di Yong Tau Fu belakang bomba. Yang mana satu yong tau fu paling best tak pasti, duduk sahaja terus order. 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 13, 2013

[100813] Majlis pertunangan sahabat baik - Atiqah Rusyda

Berdasarkan entry { ini }, aku bersama 3 orang sahabat yang lain alhamdulillah selamat sampai ke destinasi yang dituju iaitu Taiping.


Tujuan utama adalah untuk menghadirkan diri di majlis pertunangan sahabat baik kami sejak dari PUO. Kiranya dia orang pertama dalam geng kami yang bertunang. Tahniah beb! Gembira untuk hang.


- rakan sepoli -


Pertama kali aku dapat tengok cara orang bertunang. Yalah, sesi keluarga lelaki bersembang, memperkenalkan semua. Meriah dengan senyum ketawa. Seronok dengar.




Serious aku suka tengok baju dan mini pelamin. Sangat cantik! 




Okay, cukuplah 3 gambar ini. Yang penting ada gambar pasangan tunang. Tahniah sekali lagi buat Atiqah dan pasangannya Mail. Nak kahwin nanti jangan lupa jemput ya.


* Abaikan gambar yang aku pegang "i'm next" itu okay. TIADA MAKNANYA




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Hari Raya 2013 kami

Tiada apa yang menarik sebenarnya. Semua serba sederhana. Sebab raya setahun sekali jadi macam ralat pula jika tiada gambar sebagai kenangan. Walau bukan full satu family yang ada bergambar bersama, takpe dah biasa.




Dimulakan dengan gambar cik empunya blog. Kemudian baru gambar-gambar lain. Cuci mata sahaja memerhati gambar menggunakan samsung grand.


- bersama mak tersayang yang sangat susah untuk bergambar -


- birthday boy ahad lepas -






Jangan tanya mana gambar abah aku, itu orang lagi susah jika nak dapat gambarnya. Sebab itu selama 25 tahun aku hidup, tidak pernah ada satu pun gambar lengkap satu keluarga. Entah mimpi tahun bila baru boleh dapat. Jenuh berajak tahun lepas, macam-macam alasan keluar.


Gambar adik perempuan aku tiada sebab dia bekerja. Perjanjian sebab dia buat part time, jadi harus redha orang cuti dia bekerja.


- bersama motor tersayang, ececeh! -


Sekian ini sahaja gambar yang ada. Jadilah dari tiada langsung. Selamat berhari raya ya kalian.


* Baju raya ihsan dari orang lain. Terima kasih





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 12, 2013

Keputusan temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27


Sebenarnya dah dapat jangka dari awal. Serious tidak letak harapan terlalu tinggi. Bila dah panggil interview, aku pergi sahaja. Bukan mudah nak dapatkan?


Tahniah kepada mereka yang berjaya. Dan jutaan tahniah buat blogger Sis Mimie kerana berjaya sebagai calon simpanan. Alhamdulillah.


Untuk semak keputusan


Ada tips yang aku kongsikan, moga bermanfaat untuk mereka yang bakal ditemuduga lagi untuk akan datang.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Mood bekerja dalam suasana raya

Hari ini dah masuk kerja. Rabu & Khamis cuti semula. Saja suka-suka. Banyak cerita nak dikongsikan bersama tapi kena ambil mood satu persatu dulu.


Secara ringkas terlebih dahulu aku nak ucapkan

1) Tahniah kepada 4 orang kawan semasa di PUO kerana selamat menjadi tunangan orang

2) Selamat hari lahir buat adik lelaki yang ke-17

3) Semoga perjalanan balik ke Kuala Lumpur buat kawan-kawanku selamat

4) Selamat Hari Raya kepada semua

5) Selamat bekerja kepada semua termasuk aku

6) Terima kasih untuk kad-kad raya dari para blogger


Semua cerita InsyaALLAH akan berupdate. Satu persatu bakal menyusul. Sekarang ambil mood untuk terjah dan transfer gambar.


* Daku "tension" dengan sesetengah kata-kata orang!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, August 11, 2013

Selamat Hari Lahir adik tersayang - Shahrizan

11/8 genap usia adik lelaki aku yang ke 17. Semakin meningkat remaja rupanya. Aku bajet kecil lagi boleh aku pulas telinga. Kih kih.


Selamat Hari Lahir buat adikku
Shahrizan Bin Ahmad Shah
yang ke-17
Semoga menjadi insan yang berguna
buat keluarga dan masyarakat
Good luck untuk SPM tahun ini
dan good luck kerana bakal menjadi
pewira negara
InsyaALLAH


Kat blog aku wish berjela, kat rumah just ucap macam itu. Malu! Kat blog aku tak malu pula sebab bebel dari hati dan korang yang tengok ni baca sahaja ya.


Tak lama lagi akan hantar dia balik ke sekolah di Port Dickson. Kesian kamu, cuti tak seperti budak-budak sekolah yang lain. Belajar elok-elok ya adikku.


Gambar birthday boy
{ entry }




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin dari Yui

Di kesempatan ini, daku selaku owner blog Corat Coret Nusha ingin mengucapkan khasnya untuk pembaca blog termasuk silent reader dan umumnya kepada seluruh umat Islam di Malaysia & seluruh dunia dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Mohon maaf untuk segala kesilapan yang ada
Samada sengaja atau tidak sengaja


Berhati-hati kepada mereka yang memandu untuk pulang ke kampung. Jalan raya semakin sesak, sikap pemandu juga tidak dapat dijangka. Ada yang pentingkan diri sendiri sahaja.


Kepada yang bercuti lama, selamat bercuti.


Jemput datang beraya di rumah tapi bagitahu terlebih dahulu samada telefon atau mesej takut daku tiada pula di rumah. Jaga diri baik-baik dan insyaALLAH panjang umur kita akan "bertemu" lagi walau hanya di alam maya.


ENTRY MELEKAT HINGGA 11/8/2013
ENTRY BARU SCROLL BAWAH





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, August 10, 2013

Bergerak ke Taiping, Perak

InsyaALLAH jika tiada apa-apa aku dan rakan-rakanku dari KL akan bergerak ke Taiping. Menghadirkan diri di majlis pertunangan rakan baik, Atiqah Rusyda.


Moga semua urusan dipermudahkan. InsyaALLAH esok baru balik sebab nak spend time masa dengan rakan-rakan yang jarang sangat nak jumpa setelah tamat belajar.


Buat sahabat, selamat bertunang dan moga menjadi tunangan yang baik dan jangan lupa jemput untuk kenduri kahwin ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 09, 2013

Kerana GPS - Guna Pun Sesat

Aku pernah terkena dengan GPS. Tak memasal terpaksa terlajak berpuluh km akibat percaya bulat-bulat pada gps. 


Kes aku takpe lagi. Ni kes dalam gambar, kesian tengok mereka. SESAT tak tentu hala nak balik ke mana. Hahaha.




Orang balik kg sebelum raya. Ini dah raya kedua. Tertinggal flight ya mak jemah?


* Aku tahu ramai tak bw. Tumpu pada hari raya. Takpe, segala jejak balas akan dilakukan bermula Isnin depan. InsyaALLAH





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 08, 2013

CPUV 2013 [13,14,15&16] - Duit Hari Raya dari Nuffnang


Anggap ini sebagai duit hari raya dari Nuffnang untuk daku. Wahhhh! Bolehke macam itu? Hihi. Hari ini hari raya maka aku update perkara yang menggembirakan sahaja.


Alhamdulillah ada 4 iklan tengah running setelah aku cash out minggu lepas.


Terima kasih kepada para pengiklan yang sudi memilih blog picisan daku sebagai penerima CPUV. Ececeh, ucapan raya ke yui? Hihi.


4) Q3 Prepaid Roaming


Sesiapa yang sudi "cubit-cubitan" bagitahu la ya. Aku cubit kuat-kuat lagi blog kalian. Hihi. Anggap bagi "duit raya ".


* Banyak ke dapat duit raya di hari pertama? Hihi




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 07, 2013

Duit Raya untuk mereka

Sejak dah bekerja, tibanya hari raya memang aku dah get ready sampul raya. Tinggal nak letak duit or tidak sahaja. Hahaha.


Niat untuk bersedekah. Ada duit lebih apa salahnya. InsyaALLAH jika kita buat baik, baik juga balasannya. 


Duit raya tahun ini diberi pada sepupu sepapat, anak saudara & saudara yang berusia di bawah 18 tahun sahaja. Lebih dari itu, tak perlu bagi. Dah pandai berdikari. Eceh!


* Macam biasa, sampul raya yang digunakan adalah ihsan dari company sendiri. Muahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Imaginasi blogger melalui gambar terhadap yui

Serious, bila tengok macam alahai comelnya. Comel sebab kreativiti melukis itu ada. Bakat kurniaan Illahi. Korang nak tengok tak gambaran blogger Lynndamya terhadap aku melalui lukisannya?




Terima kasih dear. Sangat suka lukisan itu. Tak sabar nak tengok depan mata. Bukan aku seorang sahaja, ramai lagi blogger lain yang bertuah.


Jom terjah blog lynndamya. Tambah kenalan di bulan mulia.


* Aku tiada bakat melukis tapi bakat membebel itu pasti. Hahaha. Esok dah raya. Selamat hari raya semua!!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 06, 2013

Duit raya 2013 setengah bulan gaji

Alhamdulillah. Rezeki dapat "duit raya" dari tempat daku bekerja. Selalunya jika ada, memo akan keluar 2 minggu sebelum raya  tapi kali ini semalam baru dapat. Dato' nak buat kejutan ya. Hihi.


Bersyukur sangat dengan company sedia ada ini sebab selalu ada rezeki yang tidak diduga.  Ada family day, majlis beriftar dan macam-macam. Kadang-kadang awal tahun dapat bonus bergantung kepada prestasi syarikat.


Sebenarnya aku dah beli barang khas lain sempena duit raya yang diberi. Barang apa? Nanti aku update. Mungkin selepas selesai cuti raya. Maklum sahaja sepastinya sibuk dalam minggu ini.


* Bersyukur dengan apa yang ada. Yang pahit terubat.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Cuti hari raya aidilfitri 2013

Tahun ini aku tidak ambil cuti sebelum hari raya macam tahun lepas. Semua staff sama. Masih kerja pada hari Rabu. 


Bukan apa, alhamdulillah tahun ini hari raya insyaALLAH jatuh pada hari Khamis. Maka terus direct cuti dari Khamis hingga Ahad.


Bila pula aku ambil cuti raya? 14/8/2013-15/8/2013. 2 hari sahaja. Sebab hari yang lain member-member lain bercuti. Haruslah bergilir-gilir.


Korang pasti cuti lamakan? Mesti sunyi sepi blog. Muahahaha. Takpe, nanti kita memeriahkan lagi setelah mood bekerja mari ya.


Esok aku half day!
Suka sangat
=__=







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 05, 2013

1003338 sudah!



Kalau earning Nuffnang banyak itu, jutawan sudah namanya. Hahaha. Sebenarnya aku ada niat nak snap bila pageview mencapai 1 juta tapi tak kesampaian gamaknya.


Dah terlebih angka. Muahahahah! Takpelah, mak jemah tak kisah. Saja suka-suka sebenarnya.


Orang lain dah berjuta-juta aku baru sampai angka ini. Pelan-pelan kayuh namanya =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, August 04, 2013

Kad-kad raya selamat sampai

Balik Sg Siput kelmarin, tengok beberapa keping sampul bertulis namaku. Dalam hati riang gembira sebab pasti itu semua datangnya dari blogger-blogger.


Gambar nanti aku update. Malas nak cari kabel untuk transfer.


Terima kasih kepada mereka yang sudi kirimkan kad padaku. Suka sangat-sangat.


Hanya ALLAH sahaja balas budi kalian.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, August 03, 2013

Menyiapkan tempahan akhir mini popia ikan bilis

Bermula Jumaat malam, Sabtu dan Ahad insyaALLAH masa akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk siapkan tempahan mini popia ikan bilis bagi mereka yang akan COD ( cash on delivery ).


Terima kasih tak terhingga kepada yang menempah. Alhamdulillah rezeki untuk membantu mak. Pulun buat sebab adik lelaki dari Port Dickson dah balik bercuti. Jadi, boleh cepat siap. Hihi. 


Tolong mesej atau telefon aku terlebih dahulu jika ingin ambil kerana berkemungkinan besar kami akan keluar untuk persiapan hari raya. 


Harap maklum.


Lepas ini mood apa tidak pasti lagi.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 02, 2013

Pertemuan keempat di tahun 2013 [01082013]

Kali terakhir bertemu bulan 5 yang lalu. Semalam berjumpa perancangan tak sampai seminggu. Itupun keluar sendiri dari mulut dia. Harus aku AL bukan ikut waktu sepatutnya. Sayang punya pasal =)


Terus menuju ke greentownmall dan sekarang telah bertukar menjadi angsana ipoh mall. Sebab di sana banyak baju raya dan pilihan pun okay. Nak taknak sahaja lagi.


Alhamdulillah, dapat juga aku jubah. Buat baju raya. Jubah hitam dan tudung ala-ala warna tema mereka yang lain. Pelik aku tahun ini. Lain dari mereka. Dia tanya taknak kasutke, aku geleng. Tak perlu keluarkan banyak duit.


Terima kasih awak untuk semua. Terima kasih sebab sudi susahkan diri. Terima kasih untuk kuih raya dan terutama kek Secret Recipe kesukaanku.


Selamat Hari Raya Awak
Maaf untuk semua


* Tiada gambar kali ini. Terima kasih sekali lagi. Saya tahu awak memerhati blog saya dalam diam untuk mengetahui apa yang saya sampaikan =)






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Dalam bakul sahaja tanpa kemana-mana

Kalau aku pergi veterinar, aku akan letak kucing dalam bakul merah ini. Jadi mereka dah faham maknanya aku nak bawa pergi mana-manalah. 


Haritu saja aku bukak penutup bakul, terus Shinchan laju masuk dalam itu. Perasan nak pergi jalan-jalanlah tu. Tengoklah, dia buat muka kesian sebab aku tak angkat bakul.




Muka simpati sebab dah lama tak bawa dia ronda-ronda naik motor. Nanti ya sayang.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 01, 2013

Shinchan yang semakin malas



Sekarang memang mak aku buka penutup bekas basuh tangan disebabkan meow-meow dalam rumah pemalas! Tengok sahajalah ketua segala malas, Shinchan.


Tak padan dengan muat-muat muka, kasi redah sahaja asalkan dapat minum. Padahal dah ada mangkuk dekat dengan toilet untuk meow-meow minum. Dalam sangkar pun ada. 


Kau betul-betul nakal macam kartun Shinchan. Shinchan oh Shinchan! Geram tapi sayang tetap ada. Hihi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Misi mencari persiapan raya

Hari ini, Khamis bersamaan 1 Ogos 2013 aku AL lagi. Dia ajak jumpa. Jika tak salah untuk persiapan raya macam sebelum ini.


Sehingga tarikh hari ini, JUJUR tiada satu persiapan untuk diri sendiri. Aku tak pasti kenapa perasaan teruja itu tiada seperti tahun-tahun sebelumnya. 


Yang pasti, aku nak keluarga aku yang lain seronok. Cukup sekadar persiapan mereka lengkap walau tak semewah mana. 


InsyaALLAH jika jadi kami bertemu hari ini dan membeli apa yang patut di Ipoh. Moga dipermudahkan urusan kami berdua. Amiiin.


* Esok aku jejakbalas ya 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^