tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, February 28, 2013

Cashout Nuffnang kali kedua

Pertama kali aku cashout 29/06/2012 { entry }. Dah lama kan? Alhamdulillah, hari ini 28/02/2013 aku tekan button untuk cashout. Amaun tak banyak mana tapi lepaslah untuk makan 1/2 bulan. Hihihihi. Duit ini insyaALLAH nak digunakan untuk jalan-jalan nanti.




Kalau kali pertama dulu check aku pernah pending { masalah ini }, moga kali ini semua berjalan lancar. Oh ya, aku cashout Nuffnang hari ini mengikut waktu sesuai seperti yang dicadangkan { entry }. Doakan semoga semua dipermudahkan ya. Amiiinnn.


# Bila tengok earning Nuffnang "0", rasa nak cepat-cepat ada amaun. Hahahaha! Tamak ea?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 70 # Air mata lelaki

Perempuan dan air mata itu NORMAL
Lelaki yang "tegas" tetapi bila mengalirkan air mata 
pasti ada sebabnya yang mampu membuatkan hatinya tersentuh
 samada kerana kebaikan atau keburukan.


Terkesima melihat air mata lelaki


sumber : dari hati sendiri

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 27, 2013

Cara menyemak status BR1M 2.0

Berdasarkan entry { ini }, aku terima maklum balas melalui emel yang telah ku kirimkan. Sebenarnya selepas aku tengok kawan-kawan terdekat dah dapat surat BR1M, aku rasa pelik sikit kenapa aku tak dapat feedback apa-apa.


Maka setelah aku baca sebuah blog, macam mana cara nak semak status samada lulus/tidak, aku terus follow cara beliau. Laju saja taip untuk hantar emel. Oh ya, jangan pelik kenapa kalau dalam masa seminggu emel anda belum dibalas, aku pun dapat selepas 13 hari!




Member opis ada bagitahu, telefon terus LHDN untuk bertanya status. So, boleh telefon LHDN berdekatan anda.


Cara nak semak melalui emel :

1) Hantar emel dengan tajuk sesuai ke br1m2@treasury.gov.my
 contoh : Status permohonan BR1M2

2) Mulakan dengan kata-kata permulaan seperti salam dan ucapan selamat pagi/petang. Letak nama penuh anda beserta nombor kad pengenalan. 

3) Akhiri emel anda dengan ucapan terima kasih


Mudahkan? Bila dah hantar emel, mohon sabar menunggu balasannya. Mesti ramai bertanya sebab itu ambil masa. Fikir postif ya kawan-kawan.


Bantuan yang aku pohon untuk bantuan orang bujang RM 250. Hingga hari ini belum tiba surat rasmi. Moga cepat sampai suratnya dan permudahkan segalanya. Amiiiin.


# Bila kita berbudi dengan orang, insyaALLAH orang itu lebih berbudi dari kita




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 77 - Maklumbalas emel mengenai BR1M 2.0


Akan aku ceritakan perihal BR1M 2.0
dalam entry selepas ini




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 26, 2013

Cara basuh dan masak Pure Marine Collagen

Jom kita tengok cara yang mudah untuk membasuh dan makan PMC ini. Aku kongsikan versi umum atau ramai yang ikut.


Untuk satu paket / 100 gram PMC

1) Basuh PMC bersih-bersih, bilas 5-6 kali air sambil ramas-ramas untuk buang hablur garam. ( air yang dibilas asing dalam bekas lain )

2) Rendam dalam air mineral/air tapis selama 6 jam atau seharian atau sehingga PMC kembang

3) Basuh lagi 5-6 kali hingga hilang bau garam

4) Rebus dalam periuk bersih dan masukkan 2.5 liter air

5) Kacau PMC hingga hancur/cair ( dalam 30 - 45 minit )

6) Masuk dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais ( jangan letak dalam sejukbeku )

7) Makan 2 kali sehari ( 3 sudu ) pagi sebelum makan dan malam sebelum tidur


KIRI : Mula direndam
KANAN : Selepas 6 jam


Amaran :

Jangan makan PMC bersama teh/kopi/air berkarbonat selama tiga jam pengambilan. Kalau minum, sia-sia sahaja telan PMC. Pemakanan bersama vitamin c atau oren amat digalakkan.


Diingatkan juga PMC gred AAA lebih berbau hanyir berbanding PMC gred AA. Jadi macam mana cara nak kurangkan bau hanyir? Jom tengok cara aku buat.

1) Semasa basuh/bilas, boleh gunakan limau. Macam basuh ikan juga. Guna asam jawa pun boleh

2) Semasa rebus PMC, masukkan daun pandan. Letak 5-6 helai pun boleh

3) Nak letak gula batu/ gula merah pun boleh semasa rebus

4) Jika anda nak jadikan masker, jangan letak gula batu/ gula merah. Asingkan sikit untuk masker. Hanya sikit saja diperlukan jika nak buat masker.


* Kenapa semasa basuh, aku suruh asingkan dalam bekas air? Sebab air tersebut boleh dibuat rendaman kaki. Elok untuk mereka yang ada rekahan pada kaki. 


Untuk melihat PMC yang telah dimasak dan sudah menjadi jelly { klik sini }
Campuran lain supaya lebih enak makan pmc { klik sini }
Kebaikan atau kelebihan pengambilan PMC { klik sini }


Nak dapatkan PMC yang aku jual dengan harga jimat? { klik sini


Gred AA ( kuning ) 100 gram : RM 10
Gred AAA ( ungu ) 100 gram : RM 15

( tidak termasuk kos poslaju / pos daftar / pos domestik )




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Air Barli suam

Motif utama buat air barli ini sebab Shinchan macam taknak kencing sejak beberapa hari atau aku yang tak nampak?. Tengok dia punya "tuttt" nampak macam kotor dan bila disentuh dia marah.




Oleh kerana mak kata jika untuk orang yang ada masalah kencing tak lawas, masalah pembuangan , elok benar minum air ini. Maka dia cadangkan bagi Shinchan minum. Apa lagi, siap je sediakan air barli, terus bagi dia minum.


Tapi yang paling banyak minum haruslah aku. Sedap wei. Sambil minum sambil kunyah, kenyang gak. Nyum nyum nyum.


# Risau plak kalau dia ada masalah kesihatan lain. Nak cuti macam itu saja tak boleh sangat.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 25, 2013

Pemenang GA Februari 2013 Nurul Yui ialah

Sebelum ini, aku ada keluarkan entry senarai penuh peserta yang sudi join GA simple daku. Oleh kerana tiada perubahan, sekarang akan aku umumkan siapakah seorang peserta yang berjaya memperoleh topup RM 10.


Senarai peserta { rujuk sini }


Peserta nombor 4, sila bagitahu nak daku topup/transfer RM 10 samada Celcom/ DiGi / Maxis dan sebolehnya terus bagi nombor telefon anda. Komen di entry ini pun takpe kerana komen anda TIDAK AKAN DIPUBLISH. Pemenang diberi masa hingga 12.00 tengahari esok, jika tiada, nama lain akan dicabut.


Terima kasih ya semua. Alhamdulillah settle GA bulan Februari 2013. Insya ALLAH bulan Mac 2013 pula  =)


Settle topup pada pemenang 
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Senarai penuh peserta GA Februari 2013 Nurul Yui { sila semak }

Berikut adalah mereka yang sudi menjoinkan diri dalam GA simple daku. Terima kasih diucapkan. Sila semak samada link blog anda tersenarai atau tidak dan jika tiada atau ada kesilapan sila bagitahu secepat mungkin sebelum jam 12.00 tengahari.




Sila semak secepatnya. Apabila keputusan rasmi pemenang telah dibuat, sebarang penukaran TIDAK DIBENARKAN. Pemenang akan diumumkan dalam entry selepas ini. Sabar menanti ya =__=


Ada seorang peserta tersangat rajin buat entry untuk GA ini, jom terjah -----> BELIAU





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, February 24, 2013

GA Februari 2013 Nurul Yui

GA Januari 2013 Nurul Yui telah berlalu dan alhamdulillah berjalan lancar. GA untuk bulan kedua dariku lebih mudah. Untuk memahami perihal GA, sila baca { sini }. Okay, taknak melalut panjang, jom tengok apa langkah mudah yang perlu anda PATUHI.


Syarat-syaratnya :

1) Hanya perlu tinggalkan LINK BLOG anda 
di komen entry ini 
contoh : http://nusha1706.blogspot.com

2) Hadiah berupa TOPUP RM 10
Celcom/ Maxis / Dg sahaja

3) Pemenang dipilih menggunakan
perkhidmatan random

4) GA bermula 22/02/2013
tamat sebelum 9.00 malam 24/02/2013


Fahamkan? So, senang sahaja kali ini. Tinggal komen anda dan ikut syarat-syarat, automatik dikira peserta ya. Pemenang akan diumumkan pada hari Isnin 25/02/2013. Selamat menjoinkan diri dalam GA yang simple ini.


Maaf kerana tiada banner bagai ya
=___=





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Gardenia Butterscotch

Aku bab merasa sesuatu keluaran yang baru memang agak ketinggalan. Ini pun nampak bila masuk kedai runcit berdekatan rumah. Selalu beli yang harga RM 3 +. Kali ini versi RM 0.70 sahaja. 




Lagi satu perisa rose. Sedap juga. Tapi lebih suka yang butterscotch, lebih menyelerakan rasanya. 


# Breakfast roti macam ini pun dah mengenyangkan




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, February 23, 2013

Secret Recipe : Oreo Cheese Cake

Apa saja berkaitan CHEESE pasti aku suka. Pasti aku nak telan yang pasti harus halal! Lunch haritu saja pula tekak ini gatal nak makan kek. Maka tergoda dengan kek dari Secret Recipe, Oreo Cheese Cake.




Korang suka cheese? Kalau suka kita geng! Hihihi.


Jangan lupa join GA Februari 2013 Nurul Yui
Sangat mudah untuk dapatkan topup!
Hanya perlu tinggalkan komen



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 22, 2013

Kesan atau kebaikan pengambilan Pure Marine Collagen

Ada yang bertanya, apa kebaikannya. Okay, meh aku nak share antara kesan atau kebaikannya. Oh ya, kesan pada setiap orang mungkin berbeza. Bergantung kepada daya tubuh masing-masing. 


-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)


Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori-pori kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker.


Yang di atas ini antaranya. Kesannya padaku? Bintik di hidung berkurangan. Sebab selalu juga buat masker. Sejuk sahaja bila dah apply pada wajah. Bila dah bersihkan, rasa lebih segar. Sambil makan PMC aku juga makan vitamin c. Itu amat digalakkan.


Nak dapatkan PMC yang jimat?



Klik { sini } untuk maklumat lanjut. Terima kasih.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 21, 2013

Campuran untuk lebih sedap makan Pure Marine Collagen

Selain dari campur dengan sunquick, aku pernah juga cuba campur dengan nata de coco. Sambil kunyah nata sambil tu telan PMC. Kira lalulah untuk dimakan. Hihihi.




Nampak tak PMC dalam itu. Kepada yang tak lalu nak telan macam itu saja, boleh guna cara ini. Tapi bagiku cara terbaik setakat ini campur dengan sunquick. Terasa masam lebih untuk kurangkan bau hanyir.


Ada caranya basuh PMC ini untuk kurangkan hanyir. Akan ku update secepat mungkin.


Nak dapatkan PMC dengan harga yang berpatutan?

Gred AA 100 gram : RM 10 { klik untuk detail }
Gred AAA 100 gram : RM 15 { klik untuk detail }


Update :
Lain orang lain tekaknya
Ada yang mampu makan macam itu sahaja
tapi tidak untuk diriku =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 69 # - Biarkan berlalu, mulakan yang baru

Yang berlalu biarkan ia berlalu
Jadikan ia sebagai pedoman atau pengajaran
untuk masa akan datang


Kesian Almy Nadia
Kesian Fizz Fairuz
Lagi kesian keluarga perempuan itu


Update :
Kesian pada keluarga perempuan
kerana MUNGKIN
tidak tahu anaknya dah bernikah
dah jadi isteri kedua
Berperangai sebegitu


Mungkinlah, sebab kita bukan tahu cerita sebenar
=__=

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 20, 2013

GA Februari 2013 Nurul Yui bakal berlangsung Jumaat ini

GA Januari dah berjalan insyaALLAH lepas ini untuk bulan Februari pulak. Seperti yang aku janjikan setiap bulan nak buat GA simple. Untuk bulan kedua, nak buat yang sangat mudah.


Hanya perlu tinggalkan komen link blog anda di entry sahaja. Hadiah? Kali ini sekadar topup RM 10. Celcom/ Maxis/ Dg sahaja. So, tunggu Jumaat ini ya. Hanya 2 hari. Pemenang dipilih menggunakan perkhidmatan random.


Terima kasih buat mereka yang banyak support daku.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 76 - Manisan Sagu Berlemak



Ada yang nak tahu resepi ke?
Mudah sangat, korang lebih pandai
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 19, 2013

Order seterusnya beg craft

Order dari ex-rakan office. Nak bagi pada anaknya. Tema purple + pink. Ada nama SURA. Nak ada love. Siyes, aku nan hado idea maka terhasillah seperti berikut.




Lebih detail termasuk harga boleh rujuk { sini }. Terima kasih sudi order. Moga puashati dengan apa yang telah dihasilkan. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Jelly Pure Marine Collagen Gred AAA

Aku sekarang ini ada makan PMC Grea AAA. Sebagai makanan tambahan. Setelah mengikut cara untuk basuh dan jadikan ia jelly, berikut adalah hasilnya. Untuk 100 gram, dapat 3 bekas. 1 bekas besar dan 2 sederhana.


- 100 gram hasilnya 2 bekas kiri dan 1 bekas kanan -


Untuk cara makan yang aku amalkan, aku campur dengan perisa sunquick + letak air sedikit. Telan terus sahaja jelly PMC tersebut. Tak sanggup nak kunyah-kunyah. Kih kih.




Yang PMC Gred AA aku tak pernah rasa. Lepas ini InsyaALLAH nak cuba yang itu pula.  Mungkin juga aku akan update cara basuh PMC, penggunaan dan kesannya kepada sesiap yang amalkan ya. InsyaALLAH.


Dalam minggu ini InsyaALLAH stok untuk PMC gred  AA dan gred AAA akan sampai. Nak order, inform ya.


Gred AA 100 gram : RM 10
Gred AAA 100 gram : RM 15


Mesej atau telefon yui 019-2331810 ( 9.00  pagi - 9.00 malam sahaja )




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 18, 2013

Bercuti di hari Isnin

Harini 18/02/2013 dimaklumkan bahawa cik empunya blog Corat Coret Nusha bercuti. Saja ambil AL lagi. Lagipun semalam hantar adik balik ke UUM, penat plak rasanya.


Segala jejak balas akan dijalankan esok ya. Sabar menanti. Jangan rindu-rinduan. Hahaha, ini semua poyo! Cuti hari Isnin bermakna tiada istilah monday bluesssss.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, February 17, 2013

Burger bakar Sg Siput

Teruja sebab ada burger bakar kat tempat sendiri. Trylah beli buat kali pertama. Beli 2 biji. Sebiji dalam RM 7 +. Bila dah makan, rasanya biasa je. Hiasan pun biasa juga. Yang beza daging aje tebal. 


- malas rotate sebab takde mood =) -


Secara kesimpulan, burger bakar yang ku rasa ini biasa sahaja. Lepas ini nak try tempat lain plak. Mana tahu lebih kawww kan. Hihihi. Lain orang lain tekak dan seleranya ya.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, February 16, 2013

Lena tidurnya

Tak mau panjang lebar menaip. Tengok sajalah aksi Shinchan dapat tidur lena. Aku perasan, kalau dia tidur lena, beginilah caranya. Siap nampak dia mengeliat kepuasan!




Bila tengok gelagat kucing-kucing yang pelbagai ragam, sangat mencuit hati. Tambahan bila mereka beraksi manja dengan kita. Sayang semuanya.


# Oh ya, dah dapat lagi 3 ekor anak kucing. Entah bila masa si Hitam bunting. tiba-tiba dah ada anak.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 15, 2013

RESEPI : Keropok Ketam Mudah

Sempena CNY, auty rumah sewa ada bagi angpaw, mandarin dan keropok ketam. Bila dimakan sedap rasanya. Krop krap krup bunyinya. Hahahahaha! Maka rajinkan diri try sendiri. Alah, senang aje.


Bahan-bahan

1) Kepingan ketam ( crab stick )
2) Minyak masak secukupnya


Cara- cara

1) Panaskan minyak. Pastikan betul-betul panas.
2) Koyak kepingan crab tersebut. Tengok gambar ya.
3) Goreng terus. Pastikan kepingan ketam tadi tidak melekat antara satu sama lain. 
4) Bila nampak kekuningan, angkat dan biarkan dulu. Kalau makan time panas, akan jadi liat. Tapi bila dah sejuk, jadi seperti keropok.
5) Oh ya, aku tak letak garam tapi rasanya tetap okay.




Selamat mencuba ya !




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 14, 2013

Debaran yang telah berlalu

Kepada yang mengikuti perkembangan blog aku, pasti ada yang terbaca kisah ini { entry }. Walau hanya hadiri majlis perkahwinan tapi perasaan gementar itu berlebihan! Kepada yang bertanya, inilah kronologi cerita. Kronologi sangat! Hahaha.


Sabtu 09/02/2013

12.00 pm - Gerak dari Sg Siput (U). Abah, mak, aku, dan dua orang adik lelaki.

2.00 pm - Sampai kerumahnya. Siap mesej dan telefon Shapit. Dia jemput kami di kereta. Jumpa mak dia dulu, salam dan bagi hadiah tak seberapa. Abah dan adik-adik jumpa ayahnya. Aku dan mak tunggu di khemah makan. Tapi ayahnya suruh makan di tempat yang dah disiapkan. Untuk tetamu istimewa seperti kawan-kawan dan saudara. Segan ok!


2.00 pm - 3 pm - Sambil makan sambil sembang dengan Shapit. Mak abahnya melayan tetamu yang hadir. Tapi mereka berulang alik ke meja makan kami. Cukupkan apa yang ada. Siap berbungkus lauk. Dengan kuih muih berbalang. Jumpa juga kakak sulungnya, abangnya. Yang mana nampak, terus Shapit bagitahu itu siapa, ini siapa.


3 pm - Gerak balik semula. Tak sempat nak jumpa kakaknya yang berkahwin. Time tu dah sibuk mereka makan.


Nampak macam biasakan? Tapi hakikatnya perasaan berdebar berlebihan. Korang nak tahu apa yang aku fikirkan?


Apa kata keluarganya setelah melihat aku?
Pandangan mereka?


Bila fikir macam entah apa-apa plak kan. Itu belum lagi nak kahwin. Baru kenal-kenal. Okay, sabar. Ada jodoh tak kemana kan. Doakan aku ya kawan-kawan.


- buntu nak bagi apa, so inilah akhirnya -





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Ole-ole dari langkawi [ TQ Kak Anne sayang ♥ ]

Antara rakan alam maya yang lama ku kenal. Dari orangnya takde anak, sampailah ankanya dah makin handsome sekarang, Kasyah. Even tak pernah bertemu. Nak jumpa haritu tak jadi sebab faktor kesihatan. Kesian akak sekeluarga.


Terima kasih akak sudi bagi secara FREE walau sebenarnya aku kirim padanya untuk beli coklat Twix di Langkawi. Kak Anne siap "taip" surat suruh jangan tanya berapa harganya. Kih kih. Mak aku baca dulu surat itu.


- dapat dua jenis, TQ kakak -


Oh ya kak, coklat tu tak sempat CNY dah habis! Sakan sebab satu family ada. Adik-adik laki pakat pulun. Terima kasih sekali lagi yer kak. InsyaALLAH ada jodoh nanti kita jumpa.


Akak, rasanya dah bertahun kita kenal di alam maya kan? Dengar suara pun dah, comel gituuuuuu =)


Jom kenal dengan owner Blog Suka Hati Aku. Orangnya peramah okaaayyyy. Aii likeeee.


# Ramai lagi rakan maya dah lama kenal tapi tak bertemu kan. Adake yang nak jumpa dengan aku?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 13, 2013

Kembali bekerja

Aku tak apply untuk cuti selepas cuti umum CNY. Maka harini mulalah bekerja. Oh ya, mood masih nak balas jejak mereka yang sudi singgah ke teratak aku ini.


Mengenai debaran ke kenduri, settle dah semuanya. Alhamdulillah. Sabar ea menanti kedatanganku. Perlahan-lahan "jalan kaki".

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 11, 2013

Promosi Felinna Beauty Inchloss Lotion | 2 botol RM 120 |

Sempena Chinese New Year, Felinna Beauty  mengadakan 
promotion yang sangat berpatutan bermula 
2 Feb 2013 hingga 11 Feb 2013 sahaja. 


Pembelian 2 botol Inchloss Lotion hanya RM 120!!
Normal price sebotol RM 75
Jimat RM 30




Boleh contact terus untuk order
Jangan lepaskan peluang
yang ada


Boleh kongsi beli dengan kawan-kawan
lebih jimat gittuuuuuu =__=
Siapa cepat dia dapat
sebab sangat cepat habis stok!




Pembelian sah dari 2 Feb hingga 11 Feb 2013 sahaja
Selepas itu harga kembali seperti biasa
Terima kasih


MELEKAT HINGGA 11 FEB 2013
ENTRY BARU SCROOL BAWAH





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Hari terakhir promosi 2 botol RM 120 Felinna Inchloss Lotion

Kalau entry sebelum ini, aku maklumkan pihak Felinna mengadakan promosi sempena CNY { entry }. Harini 11 Feb 2013 merupakan hari terakhir untuk pembelian 2 botol dengan harga RM 120. Jimat RM 30!




Harini hari terakhir bagi mereka yang ingin mencuba dan berjimat. Sila mesej atau telefon yui 019-2331810 untuk pembelian. Selepas ini, harga kembali seperti biasa, satu botol RM 75. Cepat jangan lepaskan peluang hebat ini! 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, February 10, 2013

Selamat Tahun Baru Cina & Selamat Bercuti

Kepada rakan-rakan yang menyambut Tahun Baru Cina, selamat menyambutnya. Dan kepada mereka yang bercuti lama, selamat bercuti. Jaga diri baik-baik dan semoga selamat kembali.


Oh ya, aku pun bercuti hingga hari Selasa. InsyaALLAH lepas itu kembali aktif berblog. Moga sabar menanti kehadiranku ke "teratak" anda. 

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, February 09, 2013

Kesihatan Eton merosot

Abaikan dulu kisah nervous aku untuk ke kenduri kejap lagi. Sekarang nak cerita pasal kesihatan Eton. Antara kucing terawal yang kami bela.




Tengoklah keadaan mata kanannya. Aku yakin matanya terkena kencing katak. Bernanah aje. Sebelum ini ada beli ubat mata tapi tiada kesan. InsyaALLAH kalau panjang umurnya selepas CNY nak bawanya ke Veterinar.


Moga cepat sembuh ya sayang. Amiiin. Tak tahan tengok kamu camtu. Sedih sangat.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 08, 2013

Gemuruh untuk menghadiri majlis perkahwinan

Sedia maklum, esok majlis perkahwinan kakaknya
Tapi aku tak pasti kenapa aku perlu rasa gemuruh!
Selama hampir 5 tahun perkenalan
Tidak sekali aku bertentang mata dengan ahli keluarganya


Tapi esok, walau hanya memenuhi undangan
Walau peratus rendah keluarganya akan perasan aku
Aku sebenarnya segan, malu
Iyalah, kami masih "dalam proses mengenali"
Walau sudah hampir 5 tahun!!


Oh ya, mungkin ada yang fikir
" Alah, kenduri je pun, bukan merisik"
Yup! Tapi gementar tetap ada


Mungkin kerana keluarganya dikenali
Ayahnya seorang ustaz, seorang tok kadi
Aishhhh! Macam takde kena mengena


Lagipun selama kami keluar bersama
Keluarganya tahu
Siap berkirim barang dari sana
Cuma mata saja tidak bertemu


InsyaALLAH, doakan baik-baik ya
Mungkin ditakdirkan 

INI SESI BERKENALAN BERSAMA KELUARGA


Oh ya, aku pergi bersama ibu bapaku
Selamat bernikah diucapkan kepada kakaknya dan pasangan
InsyaALLAH dinikahkan selepas Asar petang ini






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

JJCM versi Yui : Restoran Ciku-ciku di Chemor, Perak

Ini first time aku makan di Restoran Ciku-ciku. Kalau orang Chemor mesti tahu. Walau jarak tak jauh tapi tak tahu kenapa tak pernah nak try. Okay, aku sekeluarga try order makan nasi dan lauk-lauknya.




Ada siakap 3 rasa, kailan ikan masih, kerabu sotong, tomyam campur & sup cendawan. Oh ya, nasi untuk 5 orang. Total harga dalam RM 65+. Aku rasa harganya berbaloi. Sedap pon sedap. Boleh try pula menu lain pula nanti.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 07, 2013

Wig Hijab Instant?

Sekarang dah heboh di fb dan juga blog mengenai ini. Aku tak pasti ini boleh dinamakan hijab atau tidak. Malas komen banyak. Tengok gambar berikut.




Tak pasti juga itu satu koleksi atau apa. Masing-masing dah pandai fikir. Berhijab itu wajib tapi biarlah kena caranya juga kan. 


Kalau bagi free kat aku, aku fikir 10x nak pakai atau tidak.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 68 # - Mencari hadiah perkahwinan

Memandangkan hari Sabtu ini
majlis perkahwinan kakak si dia
Korang rasa hadiah apa yang sesuai?


Bab hadiah memang aku buntu!
Dok terlintas bagi hadiah
beg tangan, tudung atau kain pasang
Tapi mana rasa okay ea


Korang ada idea tak?
Share sama-sama ya
=___=

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 06, 2013

Sepasang Peplum untuk dijual | RM 80 |

Mula-mula harusku sedih. Kain yang ditempah dan dibeli khas dari Padang, Indonesia { entry }  tidak boleh ku guna. Kenapa? Sebab aunty buat saiz ngam-ngam bentuk badan. Okay, aku tak suka ikut bentuk badan!




Harga kain + upah : RM 100
Harga nak jual : RM 80 sahaja

BAJU
Bahu : 13 1/2
Labuh : 29 1/2
Pinggang : 29
Dada : 35
Labuh Tangan : 21

KAIN
Pinggang : 28
Punggung : 35
Labuh 36 1/2

saiz dalam inci



Boleh juga kalau nak pos. Kepada yang benar-benar berminat, boleh terus mesej/ telefon 019-2331810. Siyes, sangat sedih sebab tak dapat nak pakai. Boleh pakai tapi jadi tak selesa. Baik jual sahaja. Takpelah aku rugi sikit. Korang yang berbadan kecil, sesuailah.


Serious sulamannya sangat cantik. Itu buat aku terkilan. Waaaaaaa!


SUDAH DIJUAL






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 75 - Pure Marine Collagen Gred AAA



Dah start makan 2/02/2013
Kalau rasa tak lalu telan 
{ yang dah dijadikan jelly }
boleh telan kapsul  





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 05, 2013

Pertemuan pertama di tahun 2013 [30012013]

Update macam biasa, simpan kat blog sebagai kenangan dan rujukan. Rujukan? Macam pelik bunyinya. Hihihi. 30/01/2013 bersamaan hari Rabu buat kali pertama di tahun 2013 kami bertemu. Pertemuan selepas sebulan lebih.


Aktiviti kami? Macam biasa, makan harus 2x. Hahaha! Dapat big apple, pastu jalan-jalan beli barang, pastu makan di Johnny. Part makan harus banyak sebab aku kan suka makan. Tak heran kalau makin gemuk. 











Macam niasa gak, si dia suka ambil gambar aku macam ini.  Sukahati andalah. Den tak kisah. Yang penting HAPPY.






Paling best dapat coklat yang diidamkan. Akhirnya jumpa makan terus rembat! Oh ya, dia sekeluarga panggil aku sekeluarga ke majlis perkahwinan kakaknya Sabtu ini. segan plak nak pergi. Tapi fikir balik sebab kenduri kan watpe nak malu? 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Percubaan pertama untuk diri sendiri

Cuti weekend, selepas siap order, tangan gatal plak nak mencuba craft yang lain. Yang tak pernah ku hasilkan sebelum ini. Paling best bila guna zip. Nampak lebih kemas gituuuu.




Mula-mula nak jadikan coin purse tapi aku dah terbuat cartoon tu saiz besar. Maka 2 in 1. Boleh letak syiling/duit kertas atau boleh juga letak kedua-dua hp aku dalam itu. Dalam dilapik kain cotton. Nampak lebih kemas.




Ini percubaan pertama. Tanpa perhiasan apa-apa. Okay ke tak ea?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 04, 2013

Bantal perhiasan felt craft 30cm x 30cm

Settle siapkan order bantal perhiasan seterusnya. Order dari orang Sabah. Oh ya, design 100% dari pelanggan. Kalau aku rasa ada yang tak kena, akan aku bagitahu terus pelanggan. Kira pendapatlah tu ya.






Maklumat lanjut boleh tengok di blogshop aku { sini } atau lebih mudah tengok di page Nurul Yui Collection ya. Terima kasih. Kepada yang sudi nak order, silakan sebab ada masa sempena cuti CNY. Mesej aku terus ya.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Audit bermula 4 hingga 8 Feb 2013

Just nak maklumkan bermula hari ini hingga Jumaat, akan ada audit di pejabatku. Maka mungkin jejak balas akan terbatas. Maklum saja pasti ada benda yang nak kena buat. Terutama nak check barang kemas yang ada.


Tapi jangan risau, jejak tetap akan ada cuma cepat atau lambat aje. Buat masa ini auditor belum sampai lagi dari KL. Maka bolehlah bersukaria dulu. Hahahaha!


# Terima kasih kepada yang wish birthday aku walau dah berlalu 4 bulan lepas =p

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, February 03, 2013

Hadiah hari lahir ke 24

Walau birthday aku dah lepas bulan 10 yang lalu tapi itu tak menghalang untuk aku terima hadiah. Kih kih kih. Poyo ayatnya!


Keluar haritu, dia belikan aku "bebola kaca". Pengganti kepada bebola kaca yang pecah disebabkan adikku tertepis. TQ yer awak. Suka hadiah macam itu. Siap ada lampu lip lap gitu. Hihihi.




Hadiah ini ku simpan di rumah sewa. Senang malam-malam pasang lampunya. Jimat lampu meja. Lalala. Merepek nombor satu!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, February 02, 2013

Lunch free dari Kenny Rogers ROASTERS

Hari Khamis 31/01/2013 rezeki dapat lunch FREE. Satu pejabat dapat. Hihihih. Satu pejabat ada 4 orang je pun. Sikitkan? Tapi best!




Terima kasih kepada pengurusku, Akak Azura kerana sudi belanja. Rezeki dapat bonus. Hihihi. Tahun ini kami dapat bonus walau setengah gaji tapi alhamdulillah. Tetap rezeki tu.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 01, 2013

[3] Antara aktiviti Blogger Perak di Teluk Senangin

Lambat plak citer ni nak keluar. Maaf ya, kekangan masa. So, teruskan. Ini entry terakhir untuk kisah Blogger Perak di Teluk Senangin. Mungkinlah terakhir. Hihihi.


Jom tengok gambar ya. Biar gambar menceritakan segalanya. Tak mampu nak taip panjang-panjang. Malas namanya! 










Gambar-gambar di atas adalah aktiviti hari pertama. Part paling best bagi aku adalah berendam berjam-jam dalam pantai. Perghh! Lepas gian lama tak berendam pantai.














- antara orang kuat  Blogger Perak -




Sekian sahaja dari daku, Nurul Yui untuk laporan awal tahun 2013 Blogger Perak. Okay, merepek! Apa-apa pun tetap enjoyyyyyyyy.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^