Sayu hati ini pabila nampak keadaan Atam malam tadi
Nampak dia dah terbaring kaku atas jalan
Dia dilanggar
Darah masih pekat
Badan masih lembik ketika dipegang
Sah! Dia baru saja kemalangan
Kenapa kematian dia aku nampak?
Sayu hati ini lihat keadaan dia terbujur kaku
Darah banyak
Kematian dia amat tragis
Lebih 3 tahun membela
Pertama kali kucing aku mati akibat dilanggar
Masih teringat keletahan Atam
Tiada lagi ciuman mesra darinya saat aku acukan pipiku padanya
Tiada lagi sahutan darinya saat kami panggil namanya
Tiada lagi geselan manja darinya saat dia meminta makanan
Ya ALLAH
Aku sedih
Aku pasrah
Aku redha dengan apa yang jadi
KAU berikan dia melalui penemuan dalam longkang ketika masih kecil
KAu pinjamkan dia hanya untuk beberapa bulan
Untuk membesar dengan kami
Maafkan kami Atam andai kami tidak sempurna menjagamu
Tapi ketahuilah bahawa kami sangat sayangkanmu
Sama seperti yang lain
Moga ATAM tenang di sana
Moga ATAM bahagia
ATAM DALAM KENANGAN
* Sambil aku menaip sambil laju air mata ini mengalir. Hanya yang mengetahui mengerti perasaan ini
9 dak comei sayang YUI:
ala comel
kucing kesayangan kita mati, mmg sedih...sy faham... :'(
ni yang lemah ni. serious sedih gila
kesian..comel lagi tu kucing..
alahai sedihnye ....
aku dulu lama jg nangis yui ...lama lbh sebulan tak leh terima kenyataan ......
patah tumbuh hilang berganti. sabar ye Yui
sedihnya :(
akak pun paham perasaan tu mcm mana.. dah byk kali rasa mcm tu.. mgkn sbb tu akak belajar lebih redha.. mati itu pasti, mereka hanya pinjaman .. jadi bila2 masa Allah boleh ambil.. redha jelah dik..
Sgt sedih....dh mcm hilang ahli kuarga rasa klu kita syg kucing yg dh lama bsama kita ni....
Post a Comment