tentang
banner
tutor
fb
home

Sunday, July 27, 2014

Cuti Hari Raya 2014

Aku tak berapa kisah sangat pasal cuti raya asalkan setiap kali raya aku dapat bersama keluarga. Berebut cuti dengan staf lain? Tidaklah. Kami gunakan sistem gilir. Kalau tahun lepas aku dah ambil sebelum raya, tahun ini kena ambil lepas raya. Macam itulah sebaliknya.


Staf dalam ini ada 3 orang sahaja. Maka sistem gilir harus dipraktikkan. Sementara aku masih bujang, tolak ansur itu masih tinggi & tetap ada. Jangan asyik muka sama sahaja yang cuti lepas raya, itu memang naik lemak. Alhamdulillah staf sini semuanya ada akal untuk berfikir.


Kesian juga aku baca ada member sedih sebab terpaksa "tolak ansur" dengan orang tak reti berfikir pasal cuti. Tahun lepas dia, tahun ini dia, tahun depan pun dia. Aiyooo orang macam itu kasi tendang je. Eheheheh.


Aku cuti raya pertama & kedua sahaja. Lepas itu kerja. Ambil cuti hari Isnin 4/8/2014 sehari sahaja. AL dah nak habis, banyak nak kena guna hujung tahun ini. Huhu.


Selamat Hari Raya korang. Maaf zahir & batin. Hati-hati di mana pun berada.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

5 dak comei sayang YUI:

Azhafizah MN said...

baguslah begitu kan..asalkan dapat beraya :)

Hazmin Hamudin said...

Selamat Hari Raya Yui. Wah.. Lain macam pulak banyak guna cuti hujung tahun ni ye. Macam ada majlis besar je. Setuju dengan sistem gilir ni kalau satu ofis semua orang melayu. Dah terkena dekat batang hidung sendiri dah. Memang makan hati jadinya.

Anonymous said...

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir batin..

Inani Hazwani said...

selamat hari raya yui :)

Mimie said...

samalah ngan akak...buat sistem gilir raya