tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, July 09, 2014

Kisah bazar di Sg Siput

Dalam cuba mengelak akhirnya jadi juga pada keluarga sendiri. Kisahnya macam ini, abah aku ada singgah di bazar SS hari minggu lalu. Dia ni hantu pajeri terung, jadi belilah 3 ketul kecil ( yang dah takde rupa ) sebab dah lembik dengan harga RM 5.


Time berbuka, mak aku rasa sekali dan dia bagitahu kenapa macam pelik pajeri tu. Dahlah lembik, rasa pun semacam. Ok, takpelah. Aku takde ambil port sangat sebab aku tak makan masa tu. Abah pun makan sikit je. Mungkin tak kena dengan tekak.


Macam biasa, bersahur esoknya mak aku perangat ( panaskan ) pajeri tersebut, apa yang mengejutkan pajeri tu dah basi! Basi? Macam pelik. Kalau betul semalam dia masak, mesti pajeri tu boleh dimakan lagi. Apa yang ada dalam fikiran aku, peniaga itu gunapakai lauk yang tidak habis.


Bukan menuduh tapi secara logik begitu. Nak salahkan abah pun tak boleh, dia laki bukan tahu benda tu basi or tidak. Yang dia tahu, pilih & bayar.


Kesal. Aku tak pasti gerai mana satu tapi kalau dapat tahu memang tidak akan ku beli lagi di situ.


Sebab itulah aku tak gemar ke bazar. Pergi pun kalau terpaksa sahaja. Jawapannya masak sendiri lebih baik.


Berniaga biar jujur jangan nak dapat keuntungan sahaja. Sekian.


Walau apa pun bersyukur sebab tiada kejadian sakit perut. Kalau tidak, memang dugaan sungguh.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

13 dak comei sayang YUI:

Inani Hazwani said...

macam2 ragam orang menaga sekarang. nani pun kalau beli dekat tempat yang dah biasa je :)

Anum said...

tue la kan kalau x teruk gak kena sakit perut

adyna AB said...

Kawan akak ckp Sg siput n chemor makanan mmg tak bape, beli yg susah nk jumpa ok ler, takat lauk2 kami pun masak.. Tmn perpaduan tambun bot Bad gak bazar nye ;)

EkaTikah said...

nak membeli sekarang kene berhati-hati. Penjual sekarang takde yg jujur 100%

nur anis said...

tak suka peniaga macam tu..humm

Hazmin Hamudin said...

Samalah. Hari tu adik saya terkena beli ayam goreng berempah yang dah busuk dekat bazar ramadan. Sah2 la ayam yang tak abis digoreng balik. Memang geram dengan peniaga yang macam ni.

Cik Rose said...

semoga dijauhi dari peniaga sedimikian. yang suka jual balik lauk/kuih yang tak habis semalam..

AnneRaini said...

akak mmg xsuke beli lauk kat bazar...selalu tu beli kuih or murtabak. nasi2 pun jrg sgt beli...rela buat nasi goreng kat rumah.

Nisa Greennnpanda said...

aduhai sian yui...

kwn sy pun ceri beri pas mkn popia basah kat bazar...

ninie said...

kalau berniaga bulan puasa aje memang banyak kes mcm ni, huhu minta dijauhkan la dari kita kan, mujur la tak de pape blaku

Azhafizah MN said...

banyak kes bazaar sekarang ni..peniaga hanya mengaut keuntungan..lauk basi, ayam berulat, dan macam macam lagi..dahlah mahal..ishh.nasib fiza masak kat rumah je

Mimie said...

kdg kdg memg de peniaga yg xjujur yui...sbb tuh akak lbih selesa masak kt rumah

Shida Radzuan said...

betul yui..setju sgt shida pn xbpe suka g bazar..dah nk msk 3mnggu puasa shida pergi baru skali tu pn beli air jus epal dgn keropok lekor ank buah huhuu..