tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, July 14, 2014

RESEPI : Almond Crunchy Mudah

Aku dah bagitahu, sejak aku join group FB Resepi Ringkas, kerajinan aku bertambah 50% lebih-lebih lagi dengan resepi yang sangat mudah. Bahan sikit, senang dicari & senang disediakan. Apa yang penting resepi itu aku sendiri suka makan. 


Resepi lebih lanjut 
{ entry }
Suhu ikut oven anda


Bahan-bahan yang dinyatakan di atas adalah SUKATAN UNTUK PERCUBAAN. Boleh dapat 1/4 balang. 


Jom aku cerita pasal bahan-bahan & modal :

1) Tepung florinta : RM 17.50 ( 600 gram )
2) Almond : RM 12 ( 250 gram )
3) Pumpkin seed : RM 6.40 ( 250 gram )
4) Sunflower seed : RM 3.20 ( 250 gram )
5) Black sesame seed : RM 1.20 ( 100 gram )

Modal : RM 40.30


Bahan-bahan di atas senang dicari kalau korang terus pergi kedai bakery. Macam aku sendiri pertama kali dengar tepung florinta. Bagitahu je di kedai dan mereka akan bagi apa yang anda perlukan.


Tips & cara sediakan :

1) Boleh bakar sekejap kesemua bahan kekacang ( 3-5 minit ) tapi jangan sampai terlajak takut rasa pahit nanti. Taknak pun boleh.

2) Dicadangkan buat ikut sukatan ( macam dalam gambar ) andai oven anda gunakan kecil. Sementara tunggu, bancuhan dalam bekas seperti mengeras iaitu tepung florinta ( berketul ). Mungkin sebab udara dah masuk. Jadi buat sukatan sedikit agak-agak sempat nak menunggu.

3) Lapik dengan non stick paper ( mudah dikeluarkan nanti apabila masak ). 

4) Letakkan bahan jangan terlampau nipis/terlampau tebal. Tekan dengan garfu untuk ratakan. Pastikan jangan ada jarak.

5) Apabila keluar dari oven, potong ikut sukatan ketika masih panas. Sebab ketika itu adunan mudah dipotong. Dah potong, biarkan sebentar dalam 5 minit. Adunan akan mengeras & anda boleh keluarkan dan masuk dalam bekas.


Itu sahaja tips dari orang tidak berpengalaman seperti aku. Korang boleh olah dengan tambah cornflakes, gajus & pelbagai kekacang lain. Jadi tidak pelik kenapa orang jual mahal sebab modalnya juga mahal. Nak jimat, beli bahan & buat sendiri.


Selamat mencuba.


* Kalau ada nak tambah/tanya dipersilakan di komen entry ini




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

11 dak comei sayang YUI:

msredcheesecake said...

berminat nak beli je , nak buat tak panadai

Anum said...

sedapnya

Cik Itah said...

salam. thanks share yuii...rajin eh buat biskut hehe

AnneRaini said...

modal mmg mahal.akak tgk hrga tepung tu kat bakery pon dah seram..haha. terus xjadi nak buat.

Nadia Johari said...

Pandainya la yui buat

IntaNBerliaN said...

teringin gak nak buat tp xtau la bila... teringin je tapi buatnya tak jugak... hahah

Rizziela said...

memang nak try buat juga ni..sedap..ranggup ajakan ..tp yg x tahan modalnya tu la

adam said...

Mahal biskut tu, kat PETRONAS ada jual balang kecil pun dekat RM 30.

lynndamya said...

Salam...aaaa sy mmg xleh tgk kuih ni, sbb ade yg warna2 hijau tu..xtau kenapa, tp sy mcm xleh nak makan...sbb warna dia hijau kot..erk (-_-')

Shida Radzuan said...

sedapnye yui ^_^

Mimie said...

akak pun join group reaipi ringkas tuh..