tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, January 27, 2015

2 kemalangan sepanjang perjalanan

Semalam balik dari SS otw terus ke office, sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 50 minit, ada 2 kemalangan yang aku nampak. Dua-dua melibatkan motor dan kereta.


Aku yang menunggang motor rasa debarnya. Melihatkan keadaan motor, tak dapat bayang macam mana kecederaan si penunggang.


Orang selalu kata menunggang motor ini berbahaya. Bagi aku, bahaya ada di mana-mana cuma yang membezakan adalah % cara kita protect diri.


Kadang kita dah bawa elok, ikut undang-undang tapi ada juga yang terkena. Salah orang lain!


Tak tahulah macam mana nak komen cara para penunggang & pemandu di Malaysia ini. Banyak aku jumpa pentingkan diri sendiri saja. Asal lepas tekak sendiri, orang lain dah tak peduli. Ingat, kita buat jahat kat orang, mana tahu satu hari nanti terkena pada kita.


Macam itu juga ketika di jalan raya.
Jangan nak tunjuk eksyen baik yang tunggang atau memandu.
ALLAH nak tunjuk kejap sahaja.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

12 dak comei sayang YUI:

Anonymous said...

nauzubillah..
minta dijauhkan yang buruk dan bahaya itu..
baca doa naik kenderaan ya =)

Anum said...

sentiasa alert

Inani Hazwani said...

kena banyak hati hati lah sekarang

Permata Malap said...

akak pun selalu juga jumpa yang pentingkan diri sendiri.kadang sampai libatkan kita.nak marah pun susah.

Siti Sharini said...

yes kadang-kadang kita dah bawak hati-hati pun kena juga sebab salah orang lain..apapun sentiasa doakan keselamatan dr segala bahaya ye..baca doa sblm keluar rumah n naik kenderaan=))

eMMe said...

BTOL TU YUI..RISIKO N BAHAYA DIMANA MANE PUN ADA... APE PUN... SENTIASA MOHON BERLINDUNG PADA ALLAH SWT MINTA DIJAUHKAN MALAPETAKA...

Azhafizah MN said...

berhati hati di jalan raya..baca doa sebelum memulakan perjalanan

Najib Ariyan Ali Basha said...

dulu saya pernah menunggang motor... kena langgar dek kereta yg mengejar lampu... patah tangan... bila sambung sampai sekarang tak lurus... kesian saya...

tapi betul, kadang orang motor dah elok bawak tapi orang lain pulak yg samseng... cemana nak buat...

anamizu said...

betoi2. masing2 jgnla selfish sbnrnye atas jln raya hurmm

AnneRaini said...

selalu kesian kt org yg eksiden psl org lain..mcm contohnye kena rempuh dgn lori tetibe...huhu

Unknown said...

Malang tak berbau kan. Kalau kita dah berhat-hati, orang lain pulak yang cuai. Huhu..

Lynn Damya said...

Salam, hati2 tunggang motor... :)