tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, March 21, 2016

Nasi Magic RM 4 di Ipoh, Perak (2 lauk+1 sayur)

Apa itu nasi magic?
Itu satu nama saja. Dan orang faham itu adalah nasi bajet yang telah menjadi viral di merata tempat. Dengan harga RM 4, anda makan dengan puas sekali!!


Nasi magic ini asalnya ada di Meru Ipoh ajeee. Tapi mungkin selepas ramai pelanggan di area Ipoh "mengadu" nak merasai nasi bajet yang super jimat ini, jadi owner ambil inisiatif bergerak ke tempat tertentu. Kiranya lebih ramai dapat merasa.


Contoh sekarang dah ada di Station 8, Ipoh. Yang kat Meru tetap ada ya dari Isnin - Jumaat.



1 ekor keli + ayam + terung


Pertama kali beli, memang puas hati. Lagi seronok lokasi deme depan office aje. Hahaha. So, kita boleh nampak berapa ramai yang sanggup singgah beli. Kira tak menang tangan. Kalau dia dah buka payung, ada saja orang yang terjah. Jangan lambat takut banyak lauk habis !!


Paling best, ada pelbagai jenis pilihan lauk. Kita bagitahu saja dan mereka akan ambilkan untuk kita. Ingat ya, hanya RM 4.


Apa pun, moga perniagaan ini dengan nilai bajet akan kekal. Susah nak jumpa harga macam ini di saat ekonomi yang semakin teruk.


Lokasi : Berdepan Arrahnu Station18, Ipoh
Waktu operasi : Isnin, Selasa & Khamis
Bermula 11.00 pagi hingga habis 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

14 dak comei sayang YUI:

Mrs Velentine said...

wah murahnya

Dunia Zumal said...

Wah murahnya Yui... jimat banyak la dari beli kat tempat Zumal nie

Nieyla Nadia said...

Ok sgt la tuh tau RM4 tu..
kat tempat nieyl nie xde maknernya nak dapat harga yang macam tu da sekarang nie...

eima said...

SEMOGA MURAH REZEKI PENIAGA TERSEBUT

Unknown said...

Homaigaaaaaaad ! Murah gileeeeee. Semoga murah rezeki peniaga pemurah macam tu. Aminnnn. ♥

Mardiah Diana said...

Wahh...kira murah tu dik yui....

amira faqihah said...

murah2,,utk lauk tu,,susah nk dpt macam tuuu,,

SYANI said...

Murahnya... untung duduk Ipoh ni..

Unknown said...

jual murah, orang ramai beli. Saham akhirat melimpah2.. InsyaAllah

Cik Itah said...

murahnya!..nampak macam sedap tapi sy tak makan ikan keli huhu

Myra Jay said...

Wahhh bestnya....
Bila jual rega gitu pelanggan tak putus2 murah rezeki penjual ha :)

Unknown said...

murahhh! pun sedapp ni

Murni Alysa said...

murah tu...klu kat kedai mamak 2lauk + sayur mau double harganya

SIQAHIQA said...

murah betul nie.. kalau kat area pejabat saya, mahal sangat. boleh sampai rm8 sekali makan kalau ambil 2 lauk dan sayur. huhu.

baru tahu, Meru ada di Ipoh. Ingatkan kat Klang je ada. Hihi.