tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, June 08, 2016

Cara sediakan Air Nabeez

Cara-cara :

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur ya. Kalau buat kurma, kurma sahaja. Kalau kismis, kismis sahaja.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.

Khasiat dan Kelebihan air Nabeez 
1. Pemberi & pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).
2. Tinggi kandungan fiber ~ menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit).
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya akan pottassium ~ penting dalam menjaga jantung & menstabilkan tekanan darah.

Air nabeez adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang kelebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh.

Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya didalam tubuh. Dalam kata lain berguna sebagai sebagai detox. Disebabkan air nabeez tinggi akan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.


Air Nabeez yang Yui sediakan
Guna 3 biji kurma dibuang biji & dicarikkan
Rendam dalam air dan letak pada suhu bilik
Buat malam, minum waktu sahur


Selamat mencuba ya !






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

8 dak comei sayang YUI:

Eintan Nurfuzie said...

boleh try la

Nurzakiah Hanum said...

nak cuba la
tq

Encik Suami said...

Assalamualaikum.

dah try buat n minum ker?apa kesan lepas minum air tue ye?
habaq mai sat.

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

nak cuba buat jugak la arini.. =)

Azlan Strider said...

bagus minuman nie untuk kesihatan dan nampak macam tak susah sangat nak buat...

Regards,
-Strider-

Nadia Johari said...

mak kita selalu buat..

MAT NOR said...

Dah buat, esok pagi masa sahur boleh minum.

Siqah Hussin said...

terima kasih yui berkongsi tip ni. siqah nak cuba lah. senang je cara buatnya dan khasiatnya bagus :)