tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, June 24, 2016

Cuba juga Ramen Samyang hot spicy yang jadi viral kat Facebook tu!

Wahh kau kemain Yui, sibuk juga nak rasa. Benda ni dah viral. Sejak deme kata ada cabaran makan ramen hot spicy dari Korea ini. Time tu aku lalu kat Aeon, tak laku weiii !! Berlambak aje stok.


Sampailah tahap ada yang menjual dengan ambil keuntungan RM 2 per paket kecil, stok senantiasa nan hado. Aku yang berniat nak cuba, terbantut.


Baru ni tengok stok banyak, rembat 1 bungkus RM 24.90.




Inilah rupanya. Pastikan ada cop HALAL. Sebab kata deme, ada yang takde cop itu kau jangan gegatal nak makan plak.




Sekali suap,
Wowww leh tahan. Dia punya terasa pedas tu bila mee dah selamat telan tau. Hahahaha. Tapi mee dia serius sedap. Bagi mak rasa, 1 sudu je dia dapat telan. Hahahaha.


Aku dapat habiskan sebungkus tu dalam masa 30 minit. Makan 2-3 sudu, berhenti sat. Pastu sambung. Heeeeee. Takdelah sampai menangis. Kira oklah dengan aku. Aku tunggu juga kot esok aku sakit perut, alhamdulillah okay aje.


Air masak memang letak tepi je. Senang telan. Hahaha.


Orang kata kalau nak atasi pedas, minum susu, Aku tak cuba plak. Lepas ini boleh cuba.


Kesimpulan,
Boleh aje kalau nak makan lagi lepas ini.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

12 dak comei sayang YUI:

Nurzakiah Hanum said...

wow2

orked violet @ SYA said...

dia masuk suapan ke3 baru rase pedas die.

tp sya mmg species hardcore pedas.
makan samyang ramen ni xminom air pon.
tp hardcore2 pon, ke toilet gak pastu!
hahahahahahaha

Shahida Dzulkafli said...

Teringin nak cuba.. tapi x jumpa lagi..

Afif Rayyan said...

Aritu ade makan sekali, mencurah2 air mata.. makan tak abes pn.. hoho

Atie Yusof said...

menyahut cabaran juga ya sis... haha..akak teringin gak nak cuba, tpi kt sini masih susah nak jumpa.. :)

Murni Alysa said...

hehehe tak berani ler akak..

anis abdullah said...

Memang sedap weh...kat ampang point kita selalu makan kat kedai sebelah taiwan house tu.. kami panggil megi mahal. Semangkuk RM10.

Syeeda said...

syeeda tak tahan pedas. huhu tapi tak serik nak cuba lagi. hii

Ann Ishak said...

ok noted, bole cuba lepas ni

mun said...

wahhh yui dah rasa.. hmmm ari tu ada terperasan org beli kat area opis ni.. time bulan pose ni.. mmg xde laa nak menapak ke kedai tu...x kuar opis.. nampak gaya tunggu pas raya laa try beli ni..

Siqah Hussin said...

Macam sedap je! Banyak dah orang review pasal maggi ni! Teringin nak rasa walaupun tak tahan pedas. Pastikan air masak dan susu di sebelah lah nampaknya. Hehe

Nurfaezah Abdullah said...

err fae tak tahan pedas