tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, January 18, 2017

Western Food sedap di Klebang, Ipoh

Yui pernah up pasal kedai ini. Sebelum ini ada di Chemor tapi sekarang owner buat di halaman rumah aje. Haaaaa, walau halaman tapi tetap banyak permintaan.


Yui dok terbayang-bayang rosemary grill chicken dia. Kuah tu memang terbaik habaq! Pekat, sedap dan takkan tinggalkan kuah tu sebab akan hirup sampai habis.  Konon haritu nak tunggu adik yang tentera balik bercuti baru pergi tapi Yui tak sabar, tak menahan. So, ajak mak, abah dan bongsu pergi makan.





Beli rosemary grill percuma air teh o lemon


Kami bertiga order rosemary grill chicken. Abah Yui plak nak makan nasi goreng ikan rebus. Penuh satu pinggan. Sambal dia memang merecik!




Memandangkan nak juga rasa waffle dia yang penuh buah-buahan dan dilimpahi cairan coklat, Yui bungkus bawa balik. 



Waffle Mix Fruit
Ada pisang, kiwi dan strawberi


Jumlah harga bagi 3 set rosemary grill, teh o suam & waffle mixfruit RM 48.20 . Bagi Yui harga yang berbaloi sebab penuh satu pinggan!




Ada pelbagai lagi menu lain
Korang boleh telefon owner sebelum datang ya





Facebook : Diyana Rusli
No tel : 012 508 4604
Alamat : Laluan 3 No 7 
Taman Klebang Jaya
( berhadapan Aeon Klebang )



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

8 dak comei sayang YUI:

Mrs Velentine said...

sedapnya yui....mengoda

Ann Ishak said...

kalau untuk menu macam tu + quantity sekali, memang murah yui

Cik Nor said...

murahnya..:)

jie susanos said...

huuhu,, sian la kak adik tak tggu tu..

mesti sdp makanan tu kan..

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Serius yuii harga berbaloi.! presentation makanan pun menarikk =)

Acik Erna said...

tengok gambar tu boleh terliur nuyui..nampak sedap

Azhafizah MN said...

lapar pulak tengok makanan waktu hujan ni.

Kaklong Chan said...

Tengok gambar pun dah sedap..