Masih ingat pada entry { ini } ? Hari itu tunjuk gambar sahaja tapi belum cuba. Lepas dah baik demam sikit, tangan ini rajin pula nak buat. Oh ya! Sungguh mudah nak buat. Budak tadika pun reti. Rajin dengan tak sahaja.
BAHAN-BAHAN
1) 4 keping roti
2) Coklat masakan
3) Nestum
CARA-CARA
1) Potong roti ikut saiz yang kita nak
2) Bakar hingga jadi keras ( anggaran 5-10 minit )
3) Cairkan coklat & celup roti yang sudah keras
4) Kemudian celup terus dalam nestum & sekatakan
* Boleh gantikan nestum dengan horlicks jika nak
Macam mana? Mudah sangatkan? Ada yang tanya perlu atau tidak coklat itu dicairkan kemudian masukkan susu & gula. Okay, bagi aku mudah sahaja. Korang cairkan coklat, lepas itu terus rasa coklat itu. Kalau dah rasa lemak manis tak perlu nak campur bahan lain.
Aku lupa jenis coklat masakan yang aku gunakan sebab memang lemak & manis. Sedap sangat. Biskut ini juga boleh dijadikan biskut raya cuma takut belum sempat masuk balang dah habis. Muahahaha!
Selamat mencuba.
12 dak comei sayang YUI:
Wah wahhh pandai dia buat ek, bole la try sebab bahan2 pon x banyak. Yg penting hasilnya sedap :)
salam. thanks share yuii..nanti sy try hihi
p/s menabung lectacyd :))
HA..NI MESTI NAK masuk dalam oder kan
Salam, yui~ haa ade nmpk resepi ni kat FB semalam, tp org lain buat agaknya..rasa mcm nak jugak buat utk jadikan kuih raya...tp nak tanya siikit, sbb roti kan kejap je tarikh luputnya, so kalau lepas bakar roti tu sampai keras, boleh tahan lama mcm biskut lah ye jadinya? Kita xsure and x arif psl masak2 bakar2 kuih ni, tu sbb tanye dulu, haha kang dh buat byk2 expired pulak :p haha
Salam Yui..mmg sedap tu.Tggu anak2 blk leh buat sama2..hehe
menarik, thanks sebab share resepi yang simple ni. haha, nak try la nanti =D
mudah kan nak buat...tak payah susah2 beli
hi yui ! lama sangat x singgah sini. :D
kenapa nampak sedap je ni. hehe bahan pon senang je nak cari ni. :D
senang nak buat tp tak rajin nak buat.. hah camno tu?
Sedapnya kak yui. Terima kasih kongsi ilmu akak. ^_^ Akak... jawab la pertanyaan lynndmya. nak tahu juga. :))))
Ok yui jwb sekali lg utk soalan lyndmya
Btoi roti cpt expired. Jadi cdgn Yui boleh beli biskut sedia ada keras tu
pastu celup coklat.
sbb yui buat ni tak smpai 2 hari hbs..huhuhu..
dah try buat..memang sedap!
Post a Comment