Kali ini kita buat egg muffin tuna. Eceh! Nama nak kerrrlaassss je jah oi. Tak kisahlah asalkan dilidahku rasanya sedap & mengenyangkan. Itu yang pentingkan?
Bahan-bahan ( dapat 6 ketul )
1) 3 biji telur
2) Sedikit garam
3) Sedikit serbuk lada
4) Sedikit tuna
5) Sedikit lada benggala/cili merah
6) Sedikit bawang
7) 2 keping cheese
Cara-cara
1) Pukul telur & garam hingga sebati
2) Masukkan serbuk lada
3) Tumis bawang, lada, cili & tuna sekejap
4) Masukkan telur sedikit dalam bekas
5) Masukkan bahan tumis
6) Letakkan kepingan cheese ( ikut citarasa )
7) Bakar lebih kurang 15 minit dalam oven
Mudahkan? Korang boleh gantikan letak udang, daun sup, sayuran hijau lain & pelbagai bahan lain ikut tekak masing-masing. Bagi yang diet atkins, ambil bahan yang dibenarkan sahaja. 6 ketul egg muffin tuna ini aku makan 2 kali.
Rasanya ini sahaja menu-menu yang dapat aku sharekan sebab lepas ini mood aku kena siapkan 6 biji bantal perhiasan felt craft. Maka mood masak nan hado ok. Kih kih kih.
15 dak comei sayang YUI:
Egg muffin dah sedap... tapi akk tuna kurang sket...kena ganti yg lain...
Selamat Petang Yui,
Macam best je tengok egg muffin tuna ni.. ; ) Tuna antara ikan kegemaran saya kerana tulang tk leceh.. ; ) Yang pasti saya akan try.. tapi bukan saya yang buat, recipe pass pada mak, buat muka cute minta mak buat.. ; )
bila teringat tuna terus melting :P
SEDAPNYA
banyak kongsi resipi dia sekarang ni :)
sedapnya yui tengok intinya tu :)
sedap ni.. nak kena try jugak
huuuiiissshh nampak sedap
tengok bahan² tu dah tahu sedap kat tekak tu :)
Boleh try lepas nih
Macam senang je..nak kena beli bekas bakar muffin ni...nak diet jgk!!
amboi sedapnyaa yui..meleleh2 heheee :)
Pergh. Sebut cheese meleleh
Wah..egg muffin.sedap dh tu namanya..mesti sesedap rasanya.hihi
Kalau tgh berdiet, boleh makan berapa biji muffin ni?
Post a Comment