tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, February 11, 2015

Pelanggan yang tiada adab

Aku tak berapa setuju kalau customer always right! Dulu memang relevan tapi zaman sekarang yang makin "cerdik" akal fikiran, dah tak waras ayat itu. Maaf kerana itu pendapat peribadi aku.


Nak dijadikan cerita, minggu yang aku banyak alami masalah, ini pertama kali masalah besar aku dengan pelanggan di tempat kerja. Sejak aku kerja 4 tahun yang lalu.


Dia ( seorang perempuan lingkungan usia 43 tahun ) yang merupakan penduduk tetap di Malaysia. Dia pelanggan pertama aku serve. Kira otak aku masih fresh. Dia datang atas urusan tertentu, kemudian aku bagi baki RM 11 pada dia.


Kebetulan ketika itu ada sesi lelongan, dia kehulu ke hilir tengok barang. Aku teruskan kerja aku macam biasa hingga baki duit diberikan. Dia keluar.


Aku serve pelanggan kedua. Tiba-tiba dia masuk balik.


Dengan angkuh,
"Eh, awak tak bagi baki saya RM 11. Tadi awak bagi ic saya je"
"Akak, saya dah bagi sekali dengan ic akak. Tadi kan akak ke sana sini. Cuba akak check beg akak. Ada dua beg itu kan. "


Berlagak lagi. Dia buka beg duit dan tunjuk hanya not RM 50 sahaja berkeping-keping dalam beg duit. Tiada not RM 10 & RM 1. Padahal beg satu lagi tak buka.


Aku malas nak banyak bunyi tambah ada pelanggan lain depan aku. Malu ok!
Dia bercakap seperti aku KEBULUR sangat nak ambil RM 11.
Please! 
Aku masih tahu perihal amanah walau keliling kerja aku dipenuhi barang kemas & duit.


Manager aku siap kira duit aku depan dia. Baki sama seperti dalam sistem. Duit RM 11 tiada dalam peti besi aku.


Dia masih berdiri depan aku.
Terus aku cakap
"Takpelah kak, kita tengok cctv"


"Ok,kita tengok siapa betul siapa salah" Itu kakak itu cakap!
Fuh hati aku memang dah hilang sabar sebenarnya. Tapi memikirkan itu adalah tugas, ku hadap juga.


Belum sempat nak tunjuk rakaman cctv, dia terus cakap ada duit itu dalam beg kedua.
Dengan muka yang buat aku menyampah, dia terus blah.
Tanpa kata MAAF dari mulutnya.
Memang takde adab manusia macam itu!


Pertama kali air mata aku mengalir disebabkan kerja. Bukan sebab hati lemah tapi aku tercabar dengan kata-katanya seolah aku kebulur duit dia. Dia juga malukan aku depan orang luar. ALLAH, macam-macam ragam. Manager & kawan-kawan tenangkan aku. Hampir 30 minit aku ambil masa nak kembali seperti biasa. Air mata memang laju, jantung memang kuat berdebar.


Perangai aku
Bila aku marah dan pendam, aku mengalirkan air mata. Aku tak naikkan suara.


Jadi, biasakanlah ucap terima kasih atau kata maaf. Walau rasa marah, bila dengar sekurangnya kita lega. Jangan berlagak sombong walau hakikatnya diri itu bersalah.


Bak kata adik aku, sama-sama manusia juga. Akal fikiran itu yang penting. Itu aku setuju!


Maaf panjang sebab ini luahan aku.


Tak lama jadi perkara itu, aku dapat berita gembira. Alhamdulillah. Memang benar setiap yang berlaku ada hikmahnya. InshaaALLAH nanti aku kongsikan berita gembira itu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

15 dak comei sayang YUI:

Anum said...

sabar je la

Unknown said...

pernah rasa benda yang sama. Huhu. Lepas tgk cctv terus pucat muka. Dia nak kita byr lebih tu. Menyampah tauu org macam tu. Xda adab. Menciikk. Sesama manusia jugak, mana adabnyaa. Huhu.

eMMe said...

adat la yui, sudah lumrah alam.. ade manusia begitu, jadi Yui kene tabah hadapinya.. jgn mudah melenting atau mengaku kalah... kite jgn buat org, biar org buat kite, ikhlas tu penting!

AMIIZAA@Mieja said...

allahuakbar, kesiannya dekat yui:(

eima said...

hmmmm sabar lah yui ... kadang tu hidup ni ade hitam kadang ade pelanginya ....
dah nama pun kehidupan ... ni pengalaman dan cabaran utk yui utk tk betapa tinggi tahap yui .... mengahdapi dan mengatasi masalah dan emosi....nampaknya yui berjaya !!

ezy.fia said...

kalo saye kene pon kompem nangis jgk..
paling xsuke kalo ade org aibkan kite dpn org ramai..
kalo ye pon nk mrh sgt, jgn la mrh dpn org ramai.. malu sgt..
mcm kite xde maruah..
=(

sabo ye..

AnneRaini said...

biasalah manusia...hati2 lain.. akakpon kalo dgn org luar jrg marah...kalau akak rasa nk menangis tu bukan sbb sedih tp sbb menahan marah.

Inani Hazwani said...

ya allah kenapa mak cik tu sombong sangat. sabar je lah dengan orang macam ni

dhiera zainudin said...

sabar je la..

tapi part ni:
Bila aku marah dan pendam, aku mengalirkan air mata. Aku tak naikkan suara.

atas ni kita serupa!

zazanizam said...

sabar ye yiu..

Unknown said...

xsmpat nk mintak maaf dah sbb dah malu bsar yui..

Azhafizah MN said...

cust jenis suka cari pasal ni susah..sabar yui..bila dah bekerja dengan perkhidmatan awam ni memang kena sabar je la kan even kekadang tu sangat menusuk hati sakit n pedih tu..

Cik Rose said...

Sabar yer Yui.. Bila berhadapam dengan pelanggan ni memang kena banyak sabar.. Perangai orang ni macam-macam... Alhamdulillah, ada berita gembira menyusul lepas tu kan ;)

Chot said...

Bagi tempeleng je skali.hohoho.

Anum Abdullah said...

tidak kau bagi penampar sekali ngan orng begitu...hehe...