tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, February 04, 2015

Ujian buat kita lebih tabah

Memang benar dan itu hakikatnya. Walau diri dilanda masalah, tapi bila masalah itu selesai sedikit demi sedikit  mahupun mengambil masa, ia membuatkan diri lebih tabah. Lebih mengenali apa itu sabar, apa itu kekuatan, apa itu semangat.


Minggu lalu memang banyak yang menguji aku. Ada yang buat aku buntu, ada yang buat aku lebih cekal. ALLAH sayang sebab itu ALLAH uji. Cabaran kehidupan.


Kadang orang lain boleh kata, SABAR.
Kadang kita rasa, orang itu tidak merasai jadi tidak mengetahui.
Apa pun memang benar kata mereka.


Sabar buat kita tabah. Sabar buat kita cekal dan sabar buat kita kuat walau kadang rasa "jatuh". Penyelesaian yang terbaik adalah cara yang perlu kita cari.


Apa pun jenis ujian yang kita hadapi, moga kita dapat selesaikan dengan sebaiknya biarpun ia mengambil masa.


Mungkin kita terlalu leka dengan dunia. ALLAH sedang "tegur" kita.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

10 dak comei sayang YUI:

Nur Inani said...

allah uji tanda Dia sayang :)

shaFazie said...

betul itu yui
selain sabar kita tawakal & memohon padaNya mudah2an apa yg kita lalui akan menguatkan lagi diri kita..

have a nice day yui..

Myra Jay said...

InsyaaAllah Yui ada hikmahnya bila kita sabar dan redha dengan ujian Allah

Azhafizah Md Nor said...

cuma ingat "orang yang sabar selalu dapat yang terbaik"

eima said...

bertabah la yui .. harap yui kuat !!

Azizah Green Line said...

setiap dari kita xpernah lari dr pelbagai masalah yui..ada org lg teruk..sbb Allah uji ikut kemampuan kita

Diana Rashid said...

betul yui..sentiasa kekal positif ok..:)

Ann Ishak said...

be positif ye dear

Puteri Beribiru said...

kite pun sekarang sedang dilanda dugaan. mampu berdoa je =(

ros_reeza said...

Sabar ye Yui.. Moga baik baik saja