tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label ~~KAMI~~. Show all posts
Showing posts with label ~~KAMI~~. Show all posts

Tuesday, November 08, 2016

Hadiah ulangtahun diri sendiri 2016

Coklat dan kek
Haaa inilah hadiah untuk diri sendiri dari orang lain




Coklat dari Langkawi
"Awatlah takde almond gold"
Fuhhh demand plak Yui kan
Hahahaha




Nak cari kek tapi nan hado pilihan
Ambil jelah 2 ini
Jadilahhh, dah ada yang nak belanja


Terima kasih ya awak
Siapa awak?
Awaklahhh


Muehehehe ;)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 20, 2016

Bila aku dan dia tiada kerja


Lokasi : AEON Klebang, Ipoh


Ini kisah raya ke-5. Lepas beraya rumah aku, katanya tak pernah masuk AEON Klebang, ateeee moh kita pergi. 


Sampai kat port mainan, saja suka-suka aku pakaila topeng ini. Tunjuk kat dia, dia lak rajin p snap. Layankan ajeeee.


Jadi,
Memang takde kerjalah ni kan. Heeee.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 17, 2016

Genap 8 tahun



Kalau ada anak, dah masuk darjah 2
Ehhh!


17 Jun 2008 - 17 Jun 2016
8 tahun dah berlalu


Doakan kami
Doakan kami
Doakan kami


Kami sedang berusaha
InshaaALLAH


Ada jodoh
Aameen




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, April 21, 2016

[NUSHA] - Pengganti dompet

Katanya pengganti kepada dompet lama yang agak "terlerai". Yang lama pun hadiah darinya juga. Ini dapat pula yang baru, dah jadi "turun-temurun" guna dompet orang bagi. Hahahaha !



[3] 19042016


Terima kasihlah awak. Hadiah ini sekaligus untuk mengingati setiap 17hb kita. Ewaaahh muntah hijo. Wakakaka. Terima kasih ya.


Nanti bagi lagi. Eh eh, gurau ajeeee.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 14, 2015

Baju raya 2015

Baju raya 2015 yang dibeli last minute. Takde tema.
Main hentam kromo je dulu ni. Hahahaha.




Hari Ahad lepas keluar dengan dia.
Pergi Angsana Mall Ipoh, tiba-tiba terkenan baju ini. Suka dengan warna yang ada.


Terima kasih sudi belanja. Mehmehmeh.


Inilah baju raya 2015 daku.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 07, 2015

AISKRIM HAAGEN DAZS




Selalu tengok dalam fb sahaja, takdelah terliur tapi nak beli sendiri macam nak taknak saja.
Tengok bekas kecil, harga oh mak ai ( zaman gst, kena kedekut sikit )
Tapiiiii
Memandangkan ada yang sudi belanja, ambil saja
Miahahahahaha!


Sekali sekala
Akhirnya merasa juga aiskrim haagen dazs
Selain aiskrim baskin robins yang mahal
Sedap wei perisa ini!


Nak makan cepat bagi habis pun sayang
Wakakaka!


#trobek22042015




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, April 23, 2015

[GAMBAR] - SEDIKIT CERITA SEMALAM



Pabila mood menaip belum ada
Bagi gambar sahaja dulu
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 27, 2014

Pertemuan keempat di tahun 2014 [birthday]

Cuti sempena deepavali lepas, alhamdulillah kami jumpa lagi secara rasmi untuk kali keempat. Tujuan utama untuk sambut birthday mungkin. Dia bulan September dan aku Oktober. Kira sekali harung.


Angsana Mall, Ipoh
Hujan sangat lebat petang itu. Memang ada tragedi terjadi. Payung rosak disaat diri memerlukan. Mehmehmeh. Gigih masuk beli payung dulu lepas itu baru parking kereta. Motif utama di sini nak beli hp baru, Asus Zenfone 6. Beli AP set sahaja.


InshaALLAH aku akan review pasal Asus Zenfone 6.


Jusco Kinta City, Ipoh
Sampai sahaja terus buat aktiviti wajib kami, MAKAN. Pilihan kami sebenarnya nak makan di Shabu-shabu tapi sebab buka pun lambat, kami pilih untuk kali kedua makan di Seoul Garden. Kali ini bos besar belanja. Puas hati makan!


Kemudian bos besar tawarkan untuk aku pilih kek di Secret Recipe { entry }. Sangat puas hati dapat kek diidamkan sampai sayang nak habiskan. Hahaha. 


Shopping sikit dalam Jusco. 


Dapat hadiah kad birthday, tshirt & beg duit. Terima kasih tau. 



Keseluruhannya sangat gembira. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Bila lagi nak jumpa? Hujung tahun mungkin.  Apa pun terima kasih untuk semua. Terima kasih awak.


Doakan moga jodoh kami cepat =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 12, 2014

Kronologi raya 2014

Secara kesimpulan raya 2014 aku tahun ini serba sederhana. Biasa seperti tahun-tahun sebelumnya. Akan ku coretkan kronologi yang berlaku dalam seminggu perayaan 2014.


Raya pertama
Pulang ke kampung sebelah abah di SS juga ( Lasah ). Alhamdulillah satu keluarga lengkap berkumpul tahun ini walau adik perempuan kena kerja petang pada raya pertama ( partime ).

Part paling sedih raya pertama adalah Jep mati. Dia seekor kucing yang patuh bila dipanggil. Tak tahu kenapa bila dia balik, keadaan dia dah lain. Hingus, ada luka yang dah kering. Dia sakit sejak Sabtu ( tiada veterinar buka ) dan aku kata padanya, andai sampai hari Selasa dia masih kuat, hari Rabu akan ku hantar ke Veterinar tapi sayang ALLAH lebih menyayanginya.


Raya kedua
Berada di SS sahaja sambil layan apa yang patut. Tak sangka pula bos besaq sms bagitahu nak mai kalau sempat. Ok, dia suka buat kejutan tak tentu hala macam itu. Mehmehmeh. Takpelah janji aku dapat kuih raya & duit raya darinya. Ahahahahaha!


Raya ketiga hingga kelima 
Aku kerja seperti biasa sebab bagi peluang pada yang lain beraya dulu. Sementara masih bujang, takde masalah nak beralah. Ekekeke. Poyo!


Raya keenam 
Pergi kenduri kahwin. Macam best bila kenduri kahwin di musim perayaankan? Rasa lebih meriah sebab ramai yang bercuti


Raya ketujuh
Satu keluarga kecuali adik perempuan pergi ke PD hantar adik lelakiku. Dia sekarang dalam kursus & kerja. Nasib baik dia dapat bercuti. Katanya raya haji mungkin tak balik sebab masih berkursus.


Itulah serba sedikit kisah raya 2014 Yui. Ada manis & pahit. Ada gembira & duka. Walau apa pun kehidupan diteruskan seperti biasa. InshaALLAH.


Kisah raya korang macam mana?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 25, 2014

Pertemuan ketiga di tahun 2014 [persiapan hari raya]

Alhamdulillah 22/7/2014 kami jumpa lagi. Motif utama nak cari barang untuk hari raya. Walau tak "semeriah" dulu tapi tetap gembira. Seronok tengok muka orang kita sayang senyum, ekekeke.


Terus gigih ke Jakel konon nak tengok baju melayu. Bagi aku, harga boleh tahan & kualiti kain pun ok ok aje. Tapi si Shapit tak beli situ, akhirnya ke Jusco juga. Samalah dengan baju raya aku, di Jusco juga. Bukan apa, mencari di Angsana Mall tapi yang banyak jenis manik-manik bertaburan sana-sana.


Misi GAGAL di Angsana Mall sebab aku nak cari yang simple sahaja. Last destinasi tu kami ke Jusco. Haaa, ambil semua beli situ. Kasut di Vincci, tshirt di Padini & baju raya dalam Jusco. Settle!


Kami buka puasa pun di food court. Ingatkan hari biasa restoran takdelah full ternyata kami silap. Semua dah kena booking. Aiyoyoyoyo. Padahnya melantak saja di food court.




InshaaALLAH mungkin lepas ini jumpa untuk raya. Dah siap rancang nak pergi makan di Shabu shabu. Bak kata Shapit, puas makan buffet. Tengok dia macam ular kekenyangan telan kambing aje. Mehmehmeh.


Terima kasih Shapit sebab sudi belikan baju raya & yang lain-lain. Nanti dah jadi suami, kena lebih banyak bagi tau. Ahahahahaha. InshaaALLAH, ada jodoh tak kemana.



Doakan kami.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 30, 2014

Pertemuan kedua di tahun 2014

Alhamdulillah kami bertemu lagi dalam keadaan yang baik-baik. Banyak buah tangan yang diberikan terutama dapat banyak kurma & coklat dari Mekah. Rezeki Apek sekeluarga pergi umrah. Satu family dapat buah tangan masing-masing. Aku  & mak dapat jubah.


Khamis 26/6/2014 pertemuan kedua kami. 


Kali ini makan hanya sekali sebab kami makan di tempat yang special iaitu Seoul Garden. First time masuk & alhamdulillah sangat berpuas hati. Aku lagi puas hati bila tengok Apek tersandar kekenyangan macam ular telan kambing. Ekekekeke!




Aktiviti kami lepas itu macam biasa. Shopping sikit. InshaaALLAH nanti jumpa lagi untuk preparation Hari Raya. Moga ALLAH permudahkan. Doakan kami ya.


Selamat berpuasa semua.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 17, 2014

Alhamdulillah 6 tahun sudah

17 Jun 2014 = 6 tahun kami berkawan


Kalau dulu, setiap bulan terasa nak update tarikh istimewa. Tapi sekarang cukuplah untuk tahunan sahaja. Nampak macam over pula sebab baru "berkawan" bukan ada tali perikatan yang sah. Jadi batas itu masih ada.


Bila difikirkan, terasa cepat masa berlalu. Teringat zaman awal perkenalan. Teringat macam mana boleh hingga tahap ini. Walau dalam tempoh perkenalan, pahit manis itu tetap ada. Apa yang penting kena pandai handle untuk atasi setiap yang terjadi.


Alhamdulillah. Apa yang aku harapkan moga hubungan kami akan menuju ke fasa yang seterusnya. InshaaALLAH. Jika jodoh itu ada, pasti ALLAH mengizinkannya.


Doakan kami sebaiknya. Aamiin.


* Sebenarnya teragak-agak nak post atau tidak entry ini. Bacalah dengan nada bersahaja.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 21, 2014

Semoga selamat pergi & selamat kembali

Hari ini 21/5/2014 "teman" rapat & keluarganya pergi menunaikan ibadah umrah. Alhamdulillah daku tumpang gembira dan bersyukur kerana dia dapat jejakkan kaki ke tempat yang menjadi idaman untuk setiap umat Islam pergi.


Katanya inshaaALLAH 31/5/2014 akan pulang ke Malaysia. Aku tetap sabar menanti & mendoakan segalanya dipermudahkan dan ibadahnya diterima ALLAH SWT. Moga mereka baik-baik & sihat senantiasa.


Aku? Biasakan diri tidak menerima panggilan & sms untuk tempoh 10 hari. Sedih itu tak perlu sebab dia pergi menjalankan ibadah. Tumpang gembira & harap dia doakan untuk hubungan kami. Moga ALLAH permudahkan.


Moga aku juga mampu jejakkan kaki ke sana satu hari nanti. InshaaALLAH.


Aamiin.


Sunyi sekejap untuk diri sendiri.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 31, 2014

Perjumpaan mengejut pertama di tahun 2014

Perjumpaan secara mengejut. Tanpa dirancang. Jadi tak jadi. Boleh dikatakan dengan tiba-tiba. Buat kali pertama di tahun 2014, kami berjumpa. 


Aktiviti kami, pergi Angsana Mall Ipoh & Jaya Jusco. Aktiviti tak seperti selalu sebab jumpa pun lewat. Masa tidak mengizinkan. Makan pun sekali. Selalunya 2 kali.





Berbulan-bulan baru nak berjumpa. Walau kami satu negeri tapi banyak perkara membataskan kami.


Entry ini lebih kepada peringatan/kenangan aku bersama. Walau inshaaALLAH boleh jelas ingat di fikiran tapi kita tak tahu keadaan masa datang bagaimana. Kita mengharapkan yang terbaik untuk semua.


Doakan kami.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 27, 2013

Pertemuan kelima di tahun 2013 [26122013]

Setelah 4 bulan tak jumpa { entry } maka semalam rancang tak berapa rancang kami jumpa juga. Macam biasa.


Aktiviti kami masih sama. Masih menyeronokkan terutama bab makan dan minum harus 2 kali! Huhu. Diet dah kemana. Tak penting sebab bukan senang kami nak jumpa walau satu negeri.


Rupanya dia tunaikan hajatku nak makan coklat dari Langkawi. Nak dapatkan patung hello kitty dari mcd. Saja ja "menipu" kata benda tu semua takde!




Dapat hadiah hari lahir seutas jam. Terima kasih awak. Sengaja daku biarkan dia pilih design sendiri. Sebab daku tak kisah macam mana asalkan ikhlas dari hatinya.


Terima kasih untuk perjumpaan terakhir di tahun 2013 yang sangat manis. Dalam tahun 2013 kami berjumpa 5 kali. Alhamdulillah. Tetap gembira dan sangat gembira.


Terima kasih Mohd Shafiq Hasbullah. Kita doakan moga jodoh kita panjang & dipercepatkan segalanya. InshaaALLAH.


Awak awak semua, doakan kami ya =)








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 02, 2013

Pertemuan keempat di tahun 2013 [01082013]

Kali terakhir bertemu bulan 5 yang lalu. Semalam berjumpa perancangan tak sampai seminggu. Itupun keluar sendiri dari mulut dia. Harus aku AL bukan ikut waktu sepatutnya. Sayang punya pasal =)


Terus menuju ke greentownmall dan sekarang telah bertukar menjadi angsana ipoh mall. Sebab di sana banyak baju raya dan pilihan pun okay. Nak taknak sahaja lagi.


Alhamdulillah, dapat juga aku jubah. Buat baju raya. Jubah hitam dan tudung ala-ala warna tema mereka yang lain. Pelik aku tahun ini. Lain dari mereka. Dia tanya taknak kasutke, aku geleng. Tak perlu keluarkan banyak duit.


Terima kasih awak untuk semua. Terima kasih sebab sudi susahkan diri. Terima kasih untuk kuih raya dan terutama kek Secret Recipe kesukaanku.


Selamat Hari Raya Awak
Maaf untuk semua


* Tiada gambar kali ini. Terima kasih sekali lagi. Saya tahu awak memerhati blog saya dalam diam untuk mengetahui apa yang saya sampaikan =)






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 17, 2013

Genap 5 tahun [17062008]

17 Jun 2008 perkenalan kami. Bermula dari Myspace. Kerana berani, dia tegur aku. Bermula sebagai kawan dan sampai ke hari ini masih "berkawan".


Sekejap dah berlalu. 5 tahun sudah. Alhamdulillah, macam-macam yang dilalui samada pahit mahupun manis. Yang penting mampu kendali dengan sebaiknya walau hasutan syaitan itu selalu ada.


Terima kasih awak kerana masih bersabar dengan saya. Masih tahan dengan kerenah saya. Masih mampu buat saya rasa bahagia selepas keluarga saya. Masih tersenyum saat duka itu ada.


Moga hubungan kita direstui dan ALLAH permudahkan segala urusan kita. InsyaALLAH ada jodoh, pasti kita bersama. Itu doa yang selalu dititipkan.


" Terima kasih Mohd Shafiq Hasbullah Bin Hj. Ahmad "


Doakan kami ya kawan-kawan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 23, 2013

Pertemuan ketiga di tahun 2013 [ 18052013 ]

Alhamdulillah Sabtu lepas kami bertemu. Bertemu bersebab { entry }. Jumpa dalam tengahari. Takde makan apa. Terus p cari hp yang ingin dibeli.


Lepas itu layan cerita " Star Trek". Best juga cerita tu. Layan! Dah settle, aku terus mencari kasut hitam bertutup. Motif? Sebab ada temuduga SPA. Hahahaha. Kasut duk ada terbuka di hujung, maka untuk lebih formal, carilah yang bertutup.


Melilau mencari kasut yang berkenan. Ke Vincci, ke Nose last-last Bata juga menjadi pilihan. Ini kali pertama aku beli kasut dari Bata. Selesa. Tapi sayang terasa longgar. Ada niat nak jual nanti.




Destinasi makan kami kali ini di Kenny Rogers. Lama tak masuk situ. Eh, kali ini SEKALI sahaja makan-makan kami. Macam pelik. Hahaha. Bukan apa sebab aku busy nak mencari barang aku sendiri. Takde masa nak makan banyak kali.






Perjumpaan kami tak lama. Yang penting selesai urusan yang sepatutnya. Terima kasih ye shapit sebab bagi daku guna rebat RM 200. Belanja beli casing hp, belanja tengok cerita, belanja makan dan lain-lain.


InsyaALLAH ada masa, ada jodoh kita jumpa lagi. Bulan depan 5 tahun kita kenal. Rasa macam kejap masa berlalu. Okay sudah yui, sila jangan melalut!


* Gambar diambil menggunakan hp yang telah selamat ku beli. Beli hp biasa je. Nanti aku update ea bagi yang bertanya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, May 18, 2013

Bertemu bersebab

Kalau takde apa-apa halangan insyaALLAH kami bertemu. Bertemu pun bersebab. Sebab utama nak guna rebat RM 200 under nama shapit.


Dah nak tamat tempoh Selasa ini. Walau boleh lanjut tapi makan masa juga, lebih baik settlekan segera. 


Harini jalan-jalan lusa dan nak kena interview. Nebes aiiiii. Huwaaaa.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, April 28, 2013

Bear comel masih disimpan rapi

Awal perkenalan, kerap juga dihadiahkan bear. Terutama ketika tarikh tertentu tapi tak bermakna sekarang pun tiada. Sebab bila meningkat dewasa, bear macam dah tak diminati sangat. Cukuplah dah ada yang besar buat peluk.




Aku juga suka kumpul kotak-kotak comel. Sebab itu dia bagi hadiah beserta kotak. Alahai, rindu time di awal perkenalan.


Tiba-tiba kelmarin aku cakap, aku nak bear! Hahaha. Buang tabiat gamaknya aku ini.


Eh, kalau korang yang baca entry ini nak juga hadiahkan aku, bagitahu saja. Laju aku bagi alamat. Kui kui. Gurau sahaja.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^