Mula-mula rasa sedih pun ada bila terima komen macam ini. Tak tahu nak bagitahu macam mana. Hari Jumaat penuh mulia, ada yang berkata sebegini.
Untuk pengetahuan anon dan yang membaca, tujuan utama aku untuk entry hari itu adalah untuk berkongsi kegembiraan kerana dipanggil temuduga walau tak tahu macam mana hasilnya. Bersyukur.
Mengenai tips yang senior aku bagi, if anda nak, apa salahnya bagitahu nak. Aku boleh buat entry khas untuk tips yang diberi. Bukan tak boleh. Aku bukan jenis orang KEDEKUT ILMU, if bertanya, mana boleh aku tolong, aku tolong.
Nak tahu apa tips yang senior aku bagi erti kata lain mungkin soalan yang diterima
1) Mengenai pakaian harus kemas. Kasut hitam bertutup dan sedikit bertumit bagi perempuan
2) Nama penuh menteri besar Perak
3) Bilangan kerusi dimenangi oleh negeri Perak
4) Apa tugas PPT?
5) Isu semasa sekarang mengenai politik
6) Cerita mengenai kerja sekarang
7) Kenapa nak masuk kerja kerajaan?
8) Rukun Negara
9) Perkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris
Itu antara yang dikongsi oleh senior aku. Sekarang aku kongsi bersama kalian dan khasnya untuk anon yang mungkin anda juga bakal hadapi sesi temuduga ini. Perlu diingatkan kerana mungkin soalan berlainan untuk setiap orang.
Jika nak tahu lagi tips/soalan yang diberi, kalian boleh rujuk blogger Sis Ummie. Beliau ada kongsikan soalan dalam entry di blognya { entry }. Atau boleh rujuk blogger Sis Arisyah. Baca pengalamannya { entry }
Moga anda berpuashati untuk ini. Aku agak kecewa sedikit bila diperkatakan PENTINGKAN DIRI SENDIRI. Adakah anda mengenali saya? Tak kenal maka tak cinta. Jangan mudah memperkatakan sesuatu.
Dengan wujudnya entry ini, aku buktikan aku bukan jenis pentingkan diri. Dan untuk awak anon, saya publish komen anda untuk tatapan mereka yang singgah di blog saya. Jaminan awak sudah saya buktikan.
Terima kasih ya. Moga anda senang dengan entry ini. InsyaALLAH, aku akan kongsikan soalan yang diberi setelah aku ditemuduga isnin ini. Memang sudah niat untuk berkongsi kepada mereka terutama yang mendapat panggilan untuk jawatan yang sama.
Sharing is caring ♥
Aku tidak marah atau melenting ya. Sila baca entry ini dengan penuh kasih sayang dan hormat kerana bukan mudah nak puaskan hati orang. Terima kasih buat mereka yang doakan daku. ALLAH sahaja mampu membalasnya.












