tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label bil bulanan. Show all posts
Showing posts with label bil bulanan. Show all posts

Friday, November 13, 2015

Kerana bil internet YES belum bayar

Kerana bil internet YES belum bayar _____________________________ ( sila isi tempat kosong )


Aku tak boleh online guna hp. Hambiikkkk!
Alaaaaa, due date bayar adalah setiap 12hb, terleka semalam tak bayar jeeee
Pagi tadi lepas beli breakfast lebih kurang 10.30 pagi, ingat nak bayar tapi tak buka lagi!


Adoiiii!
Dahlah coverage sekarang pun siput tenuk.
Kalau dulu sebelum beli, dah check area line tiptop, dah 4 bulan guna baru tunjuk taring sebenar


Ikut hati nak terminate ajeeee tapi sebab kontrak sampai Feb 2017 ( tudiaaa lama lagi ), harung jugalahhhh walau hati dah tak kenan! Kontrak aku 2 tahun tauuu.


Jadi, kome yang nak melanggan internet, fikir-fikirlah dulu terutama yang jenis KONTRAK. Haruuu wei kalau jadi macam aku!


Lagi senang langgan data DiGi. Setakat ini tak mengecewakan aku.


YES : 2 GB RM 48 ( tak masuk GST )


Nak membeli sambil menderma : Dana Untuk Meow
Nak beli CMD/Klenz dari Revell : 019 233 1810 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 09, 2015

Bakal potong streamyx

Aku rasa dah lebih setahun abah aku langgan streamyx di rumah. Sampailah dalam 2 minggu lepas, adik aku perasan dah beberapa hari internet tak dapat guna.


Dia telefon, dan bila diselidik katanya modem ( entah betul ke tidak ejaan ) rosak mungkin disebabkan kilat yang kuat.


Uih!
Dalam fikiran aku, ketika itu dah beberapa hari tak hujan. Kalau hujan memang jarang kami nak on streamyx itu. Itu rasa pelik.


Penyelesaian?
Disuruhnya ganti yang baru dengan bayaran lebih RM 100.


Bila difikir, aku guna pun hari Sabtu & Ahad. Dengan bayaran lebih RM 100 untuk penggunaan dalam 8 hari sahaja, macam tak berbaloi. Jadi keputusan aku, aku minta abah aku batalkan penggunaan streamyx.


Jadi sekarang, tunggu bil terakhir. Tapi tak pastilah kalau ada bayaran lain pula. Mana tahu kot ada kontrak tersembunyi atau terbuka yang kami tak perasan. Harap selesai dengan baik.


Zaman sekarang, penjimatan harus diutamakan.


Dah fikir nak guna yang lain. Nanti aku share.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^