tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label kes. Show all posts
Showing posts with label kes. Show all posts

Thursday, August 27, 2015

Motorsikal hampir di curi! Hampeh punya orang sebab aku selisih dengan dia

Fuhhh tajuk entry panjang sepanjang emosi tak keruan. Semalam waktu rehat aku keluar beli makanan kucing, sampai saja di opis, makcik guard dok cerita motor aku hampir kena tarik atau erti kata lain CURI!


Memang aku berselisih dengan lelaki 30an itu. Pakai helmet.
Aku nampak dia ambil besi dari kedai sebelah. Entah mana rembat aku tak pasti.


Masuk je opis bila dengar hal itu, aku keluar.
Konon nak cari jantan tak guna tu la malangnya dah hilang!
Laju lesapnya.


Keadaan motor?
Dia sempat tolak tapi nasib aku baik sebab aku lock pemegang.
Jadi dia tak mudah nak tolak motor tersebut.


Lagi bersyukur sebab rakan opis perasan jantan tu tolak motor. Maybe sempat deme jerit dari dalam. Walhal opis aku dipenuhi cctv. Sebab itu dia pakai helmet, taknak dikenali.


Paling aku terkilan, dalam raga motor aku ada bekas makanan kucing terbiar, jantan tu campak ke jalan. Sekali kunci mangga dia campak. Hampeh sungguh! Nasib baik makanan kucing ada berbaki sedikit dalam itu.


Macam-macam kes sekarang. Penjenayah semakin berani!
Berhati-hatilah kita walau kenderaan kita ada dalam pagar rumah sekalipun.
Nasib aku semalam baik.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 19, 2015

VIDEO BAYI DILAMBUNG IBU MUDA MENGUNDANG KEMARAHAN

Siapa yang tak marah bila saksikan video macam itu?
Tak marah? Takde perasaan! Sekurangnya sedikit pun akan rasa.
Semalam aku nampak sedikit saja video mengenai penderaan kepada seorang bayi comel disyaki oleh ibu sendiri di berita.


Hari ini, tengok video berkenaan tapi tak habis,
ALLAH, tak sampai hati!
Kenapa nak aniaya bayi yang masih tidak mengerti apa-apa?


Kalau ya pun ada masalah dengan laki or sesiapa, jangan nak lepaskan kepada orang lain
Dapat info ibu yang bersifat "kebinatangan" ini masih muda
Geram dan marah bila mengetahui suaminya ada perempuan lain


Yang paling penting, orang Ipoh
Siapa yang komen maki dia di fb, dia block
Tengah malam semalam cari akaun fb, dah tak jumpa


Hai, dekat benar je ni
Kalaulah aku nampak, nak saja aku lempang dan lambungkan dia macam mana dia buat pada anaknya.
Mana sifat seorang ibu?


Macam-macam zaman sekarang
Mungkin ini salah satu sebab kenapa ramai tak galak kahwin TERLALU MUDA
Pokok pangkal hati sendiri tak kisah tua muda.
Guna akal!


Kesian kamu nak, moga bila kamu besar, kamu tidak ternampak video itu.
Tak sanggup nak share video, sayu.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, July 05, 2014

Keracunan makanan dari bazar

Korang ada baca tak kisah adik beradik yang keracunan makanan akibat makan roti? Tapi aku tak pasti memang benar dari roti atau makanan/minuman lain. Ayahnya beli di bazar.


Hal macam ini sekarang kerap berlaku. Kalau sebelum ini jadi pada majlis kahwin yang sampai mengakibatkan kematian. Siapa yang perlu disalahkan? Peniaga? Pembeli? Pembekal? Masing-masing ada tanggungjawab tersendiri nak pastikan kebersihan.


Kes keracunan makanan ini memang membimbangkan. Tambahan melibatkan kanak-kanak. Daya ketahanan mereka lain. Ya ALLAH, harap kes macam ini tidak semakin meningkat. Risau.


Ini antara salah satu sebab sekarang aku kurangkan pergi bazar. Cuba kawal nafsu membeli sebab peningkatan harga & kualiti semakin menurun di kebanyakan gerai.


Bukan bazar sahaja boleh jadi punca keracunan. Di mana-mana pun boleh. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^